Tuesday, October 1

Pre - reading - FOUR



Kesesakan di Dewan Agong Tuanku Canseleri UiTM itu semakin reda. Ratusan ibu bapa yang hadir meraikan hari graduasi anak-anak mereka juga beransur pulang. Termasuklah saudara-mara dan sahabat handai yang berkeliaran dengan jambak bunga pelbagai saiz. Kalau nak advance sikit, ada teddy bear tercatuk di tengah-tengah. Kalau nak extra advance lagi, taman bunga sebelah kanan, zoo beruang sebelah kiri. Itu baru saudara-mara dan sahabat handai, belum termasuk lagi dengan ratusan para graduan yang berjubah serba hitam di sana-sini. Masing-masing tersengih jadi model ubat gigi. Make up entah berapa inci. Kasut pula bergalah-galah punya tinggi. Majlis konvokesyen, dah macam majlis meraikan raja sehari!


Tapi dicelah-celah lautan manusia di situ, terdapat sebuah tangga mengunjur ke tempat letak kereta. Ada empat orang gadis membentuk bulatan sedang tersenyum-senyum menghadap batang hidung antara satu-sama lain. Dua daripada mereka, baru sahaja lepas gian naik pentas dewan petang tadi. Dua orang lagi, sidang pagi.


Zaraa, si tinggi lampai, membetul-betulkan jubah konvonya sekaligus membuatkan tiga orang kawan yang lain turut memeriksa jubah mereka. Dia graduan dalam bidang seni dan reka bentuk. Sidangnya sudah selesai pagi tadi tapi sengaja tak nak pulangkan jubah lagi. Dia betulkan pula juntaian rambut coklat gelap yang sekali-sekala gatal nak ikut arah angin. Kali ini dia ketawa geli hati. Konfirm kawannya lagi tiga orang tu tak boleh nak bajet touch-up rambut macam dia. Dah masing-masing tutup-litup. Dia pandang Syarifah Adrianna sambil angkat-angkat kening. Memberi isyarat kepada gadis yang tidak berapa nak ayu itu.


“Dah comel dah.” teriak Syarifah Adrianna. Dia pandang Balqish, teman mereka berdarah campuran arab di sebelahnya. Gadis itu dengan gigihnya sedang sibuk menepek ‘compact powder’ pada wajah. Pipi yang dah sedia bulat itu ditenyeh-tenyeh pewarna merah kasi jelas bentuknya. Tak perlu peduli masyarakat sekeliling. Terutama sekali Syarifah Adrianna yang tengah buat muka tak puas hati. Balqish mencebik. Kedua-dua mereka merupakan graduan bidang undang-undang. Yang baru sahaja naik pentas beberapa jam tadi. Paling rapat dan juga paling kerap bercakar sesama sendiri. Bezanya Balqish montel sikit daripada Syarifah Adrianna dan Syarifah Adrianna pula rendah sikit daripada Balqish.


Melihat mimik wajah Balqish, Zaraa ketawa tak cukup tanah. Sekali dengar dah macam langsuir mengilai. Mujur hari masih siang. Kalau tak, sah-sah orang ingat ada shooting sekuel filem Pontianak Harum Sundal Malam dekat UiTM hari itu. Hanis juga ketawa. Tapi versi sopan. Ala-ala Saidatul Nafisah dalam filem Tujuh Petala Cinta. Itupun kalau jumpa part dia ketawa. Entah. Yang penting Hanis memang sopan. Paling sopan antara tiga orang kawannya yang lain. Dia pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan. Sekali-sekala Hanis betul-betulkan hujung selendangnya yang hampir sebaya dengan tudung labuh itu. Sewaktu telefon bimbit Syarifah Adrianna berbunyi, dia dan Balqish, masing-masing tersengih sendiri. Hanya Zaraa yang buat muka tiada perasaan.


“Is that him?” soal Balqis tidak sabar.


Syarifah Adrianna senyum memberi jawapan. Bibirnya diketap lalu cepat-cepat dia jawab panggilan. Panggilan yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka berempat sejak tadi.


“Hah, macam mana?” tanpa salam tanpa pendahuluan, gadis itu menyoal sebaik menjawab talian.


Balqish dan Hanis tekun dengar setiap butir bicara Syarifah Adrianna. Kebingitan di sekitar majlis graduasi itu sedikit pun tidak menganggu konsentrasi mereka. Sementara Zaraa mengambil peluang untuk meliarkan mata memerhatikan gelagat pelajar dan ibu bapa yang masih berada di sekitar dewan. Entah bila nak bersurai dia pun tak tahu. Tak sampai lima minit, Syarifah Adrianna matikan talian. Wajahnya nampak tenang. Susah nak tafsirkan sama ada berita yang bakal disampaikan gembira atau tak berapa nak gembira.


“So?” sekali lagi Balqis mencelah. Gadis itu memang spesis kurang sabar sikit.


“Adrian cakap apa?” soal Zaraa pula, selamba dia sebut nama lelaki itu.


“Tak sia-sia kau jadi girlfriend abang aku, Zaraa. Kalau bukan disebabkan kau, tak ada mana dia nak sponsor tiket kita berempat.” Syarifah Adrianna terlompat-lompat tak cukup tanah.


“So, jadilah kita nak terbang ni?” Balqish meminta kepastian.


Syarifah Adrianna angguk. Dia pandang ketiga-tiga kawan baiknya itu. Zaraa tersengih paling lebar. Namun mengenangkan Syed Adrian, kekasih hatinya yang juga abang kepada Syarifah Adrianna, dia hampir diserang sawan.


“Tak sia-sia konon. Dia cakap dengan aku, tiket habislah, tak ada budget nak sponsorlah. Aku baru je plan nak holiday dekat I-City tu haaa. Kalau dah susah sangat.” bentak Zaraa buat-buat merajuk. Macamlah ada orang nak pujuk.


“Rilekslah Zaraa. Dia saja nak bergurau tu.” Hanis siku si Zaraa. Nasib baik Zaraa cepat sedar diri. Gadis itu ketawa mengenangkan emosinya yang entah apa-apa tadi. Saja nak berdrama, bajet Yash Chopra datang UiTM nak shooting filem Datuk Shah Rukh Khan yang terbaru. Padahal bukan dia tak tahu perangai Syed Adrian yang sukar diramal tu.


‘Abg saja kan?’


Sempat dia menghantar pesanan ringkas itu kepada Syed Adrian.


“Untunglah ada abang gaji berkepuk-kepuk. Senang paw tiket free.” Balqish paut lengan Syarifah Adrianna mengajaknya ke tempat letak kereta. Zaraa dan Hanis ikut langkah mereka dari belakang.


“Untung? Kalau bukan Zaraa punya pasal, tak ada maknanya. Dengan aku pun sikit punya kedekut. Dasar tahi hidung masin.” Syarifah Adrianna sempat jeling bakal kakak ipar merangkap kawan baiknya itu. Zaraa tersengih-sengih. Balqish dan Hanis pun tumpang sengih sekali.


“Untunglah Zaraa.” ujar Balqish lagi disertai dengan cuitan kecil Zaraa pada pinggangnya. Mengelintin kawan tu. Ketawa empat orang terus bertukar jadi macam ketawa empat puluh empat orang. Langkah mereka kemudian terhenti di sebelah volvo rekaan klasik peninggalan arwah ayah Balqish. Volvo pusaka yang digunakan oleh gadis itu sejak sekian lama. Masih cantik dan elegan kerana dijaga dengan baik.


“Wait. Dah dapat tiket, kan? Tapi kita nak pergi mana?” Balqish macam baru tersedar nak tanya soalan itu ketika dia mahu menghidupkan enjin kereta.


“Haaa, itu yang aku nak tanya dari tadi sebenarnya. Tapi tak terkeluar.” Hanis angguk-anggukkan kepala. Ketika itulah suasana antara mereka sepi seribu bahasa walaupun kawasan sekitar masih riuh-rendah dengan manusia. Masing-masing pandang Syarifah Adrianna yang sudah siap-siap buka pintu hadapan di sebelah pemandu.


“I thought you’d never ask.” gadis itu menyeringai. Selamba dia masuk ke dalam kereta membuatkan Balqish, Hanis dan Zaraa menjerit bagai tersampuk setan. Oh, kecuali Hanis. Dia ala-ala malaikat sikit. Mereka semua masuk tergesa-gesa. Sambung riuh-rendah dalam kereta.


**********


84 BULAN KEMUDIAN = 7 TAHUN ^_^


“Zaraa terpaksa delay balik Malaysia minggu depan. Boss suruh attend opening ceremony hotel tu jugak. No excuses.” Zaraa Aishah berdiri di balkoni rumah. Suasana kota Madrid pagi ini terlebih indah dia rasakan. Dia mundar-mandir memegang telefon bimbit dengan secawan kopi ditangan kiri. Dua ekor burung merpati hinggap di palang balkoni. Zaraa tersenyum macamlah burung-burung tu boleh cair memandangnya.


“Well, boss Zaraa kan ada. Takkan opening ceremony pun nak kena attend? Zaraa arkitek je.” suara Syed Adrian kedengaran memprotes dihujung talian. Zaraa mencebik. Dia ajuk kata-kata lelaki itu tanpa mengeluarkan suara. Arkitek je? Eleh, tahulah kerja dia lagi hebat.


“Adalah tu nak kenalkan Zaraa dengan mana-mana international company dekat sini ke? Mana tahu dapat opportunity kerja terus dekat sini.” Zaraa tidak mahu kalah. Dia mengambil tempat di bangku panjang berhampiran pintu lalu menghirup kopinya perlahan. Pahit. Mendengar suara Syed Adrian mengeluh, tak pasal-pasal kopi pahit jadi manis.


“Dah tak nak balik Malaysia terus dah? Abang baru je plan nak celebrate birthday dengan Zaraa. Dua tahun Zaraa tak balik Malaysia, ingatkan tahun ni dapat. Rupanya tak jugak.” Lemah Syed Adrian membalas. Zaraa tahan ketawanya sedaya upaya. Dia letakkan cawan kopi di atas meje. Cepat-cepat dia tekup mulut. Kang mengilai tak pasal-pasal hilang mood merpati dua ekor tadi nak bertenggek.


“Alaaa, nak buat macam mana. Abang bukan tak tahu perangai Mr.Kim tu. Dahlah dia ikat Zaraa dengan kontrak tiga tahun kerja dekat Madrid ni. Lepas tu tak boleh kahwinlah, itulah inilah. Tapi abang sabar je. Takkanlah seminggu lagi abang tak boleh sabar...” Zaraa pujuk tunangnya itu dengan suara paling menggoda.


Ya. Mereka bertunang beberapa minggu sebelum Zaraa terbang ke Sepanyol dan mengikat kontrak untuk bekerja di sana selama tiga tahun. Syed Adrian diam dihujung talian. Sementara Zaraa seronok dengan lakonan sendiri. Itu tandanya Syed Adrian amat merinduinya dan tidak sabar menanti kepulangannya ke Malaysia.


“Nanti Zaraa nyanyi lagu happy birthday untuk abang dekat skype, ok?” Zaraa terus berusaha menyedapkan hati lelaki itu. Kali ini Syed Adrian ketawa. Ketawa yang dibuat-buat.


“It’s ok. Abang fahamlah. Macam tak biasa pulak sambut birthday sorang-sorang.” Syed Adrian memujuk diri sendiri dalam perli.


“Eh, takkan merajuk kot? Dah 30 tahun plus plus pun pandai merajuk lagi?” Zaraa mengusik. Seronok benar dapat kenakan lelaki itu. Tak peduli langsung sama ada lelaki itu kepenatan melayan panggilannya. Malaysia kalau tidak silapnya sekarang hampir pukul dua pagi. Tak tidur lagi tunang aku ni? Dia berkira-kira sendiri.


“Dengan Zaraa abang pandailah.” Syed Adrian balas selamba. Zaraa sengih.


“Bagus! Jangan sekali-sekali cuba buat dengan orang lain. Ini amaran keras.” Gadis itu masih tidak puas mengusik. Usikan berbaur ugutan. Bunyi loceng pintu membuatkan Zaraa menoleh ke pintu masuk. Alamak!


“Ok lah abang. Ada orang datang ni. Nanti kita jumpa dekat skype ok. Jangan lupa countdown.” gadis itu bangun dari duduknya mendapatkan pintu utama rumah. Elle, teman sepejabatnya muncul dengan depaan tangan. Pantas Zaraa peluk gadis berambut keemasan itu sebelum mengajaknya masuk ke dalam.


“Ready for home coming?” Elle tersenyum-senyum pandang Zaraa. Mata hijau zaitunnya kemudian meleret memerhatikan sebuah bagasi besar dan dua beg kecil milik gadis itu di tengah-tengah ruang rumah.


Zaraa angguk berkali-kali. Anggukan yang disertakan dengan senyuman. Dia juga memerhatikan sekitar ruang dalam rumah yang didudukinya selama hampir tiga tahun itu. Rumah yang sebenarnya lebih kepada sebuah bilik besar dengan perabot yang sama seperti pertama kali dia melangkah masuk. Tiada apa yang berubah. Siapa sangka, pagi itu adalah pagi terakhir dia akan menikmati pemandangan kota Madrid sebelum melangkah pulang ke Malaysia. Dah sampai masa untuk berbakti di tanah air sendiri.


“It’s time.” Gadis itu mencapai kot dan bagasi lalu keluar dari rumah. Elle mengangguk dan turut membantu memasukkan barang ke dalam kereta. Penerbangannya dijadualkan kira-kira tiga jam lagi. Mujur lapangan terbang tidak berapa jauh dari situ. Mujur juga gadis kecil molek kelahiran Sepanyol itu sudi menghantarnya ke lapangan terbang. Harap-harap jalan tidak sesak.


“I’m going to miss you.” Zaraa seolah-olah bercakap dengan bangunan di hadapannya itu. Dua ekor merpati tadi melintas lagi. Macam tahu-tahu pulak gadis itu hendak pergi. Zaraa tarik nafas dalam-dalam. Perasaan sedih dan gembira bercampur-baur. Namun senyumnya masih tidak putus-putus bergayut dibibir.


“Let’s go, Elle.” Zaraa bersuara lantas masuk ke dalam perut kereta. Opening ceremony? Sekali-sekala kenakan birthday boy apa salahnya. Zaraa mengekek dalam hati. Teruja dengan idea sendiri.


**********


Jarum panjang dan pendek jam sama-sama tunjuk angka enam. Gadis itu tergesa-gesa menyusun fail-fail kes yang telah siap di atas rak. Baru dia sedar, dia sudah agak lewat petang itu. Fail kes yang masih belum selesai, dibiarkan berselerakan di atas meja. Pantas dia capai kot yang tersangkut elok di kerusi. Beg tangan dan briefcase juga dicapai sekaligus. Usai mematikan suis lampu dan penghawa dingin, dia berjalan pantas keluar dari pejabat. Namun langkahnya mati sewaktu melintasi pantry dan terpandangkan seseorang di situ.


“Tak balik lagi Encik Hairul?” soalnya perlahan.


“Oh, Anna. Biasalah, banyak kerja tak siap lagi. Saya ingat awak dah balik.” Lelaki bernama Hairul Hafizi yang juga merupakan teman sepejabat gadis itu sekadar berbasa-basi. Syarifah Adrianna senyum buat muka ayu.


“Baru nak balik.” balasnya sopan.


“Encik Hairul buat kopi ke? Nak saya bancuhkan?” dia sempat menawarkan bantuan apabila melihat lelaki itu agak tergesa-gesa mencapai cawan dan serbuk kopi campuran segera. Nak tunjuk prihatin agaknya.


“It’s ok. Instance coffee je pun.” lelaki itu senyum. Peket kopi ditangannya diangkat. Syarifah Adrianna mengangguk lagi. Teragak-agak dia membalas senyuman Hairul Hafizi.


“Err, Encik Hairul...” panggil gadis itu perlahan.


“Yup.” Hairul Hafizi angkat kening.


“Saya ada sesuatu nak tanya dekat Encik Hairul.” ujar Syarifah Adrianna. Dia berjalan mendekati lelaki itu.


“Nak tanya pasal apa? Tanyalah.” Hairul Hafizi mencapai sudu kecil dan mengacau-ngacau cawan minumannya. Sempat dia mempelawa gadis itu namun ditolak lembut oleh Syarifah Adrianna.


“Saya nak tanya tentang kes-kes syariah, hadhanah.” ujar gadis itu lagi. Hairul Hafizi taut kening. Dia berfikir sejenak.


“Saya ada bagi awak kes hadhanah ke?” soal lelaki itu kembali.


“Eh, tak. Maksud saya, saya cuma nak minta pendapat Encik Hairul atau mungkin Encik Hairul ada fail-fail kes yang boleh saya baca berkaitan dengan hadhanah?” Syarifah Adrianna mengeleng lalu menjelaskan maksud pertanyaannya tadi. Alahai, tak payahlah beriya sangat Anna oooi. Dia kutuk diri sendiri.


“Ooh, saya ingatkan saya tersalah bagi kes tadi.” lelaki itu ketawa perlahan. Syarifah Adrianna mengeleng.


“Nanti saya tengokkan. Tapi kalau ada pun mungkin tak banyak mana. Awak pun tahu firma kita ni bukan ambil kes-kes syariah.” balas Hairul Hafizi lagi.


Syarifah Adrianna angguk kepala berkali-kali. Macamlah dia tak tahu. Sengaja nak rasa teruja dengan kesudian lelaki itu untuk membantu. Nak cari peluang untuk semai benih bunga-bunga cinta layu di pusara. Yelah, bukan senang nak berbual dengan lelaki itu kalau bukan disebabkan perihal kerja.


“Kalau macam tu, saya balik dulu ye Encik Hairul. Terima kasih banyak.” gadis itu meminta diri. Hairul tersenyum dan mengangguk sebelum kembali ke biliknya. Sebaik sahaja lelaki itu menutup daun pintu, Syarifah Adrianna mengurut dada. Jantungnya terasa laju tiba-tiba.


“Menggelabah, siot.” Dia maki diri sendiri.


Sekali-sekala matanya meninjau sekeliling. Manalah tahu kalau-kalau ada rakan sekerjanya yang masih belum pulang. Kang kantoi tak pasal-pasal pulak. Lega. Suasana di sekitar pejabat guaman itu senyap sunyi. Dia memandang plag nama pada pintu bilik lelaki bernama Hairul Hafizi. Lelaki itu bukan sahaja pemilik firma guaman itu bahkan dia juga merupakan ketua unitnya di bahagian jenayah. Dahlah tinggi, kacak pula tu. Kalau Hairul Hafizi mengaku dirinya sebagai Bradley Cooper versi Malaysia pun pasti ramai yang akan setuju. Pakej lengkap untuk buat calon menantu ibu.


Syarifah Adrianna kagum dengan perwatakan lelaki itu. Bahkan sejak tahun pertama dia bekerja di firma guaman itu lagi dia sudah usya Hairul Hafizi dalam diam. Tiga tahun pendam perasaan. Entah bila ‘Bradley Cooper’ itu hendak perasan agaknya. Syarifah Adrianna tarik nafas dalam-dalam. Dia jeling jam tangan. Shit. Dah dekat pukul 7. Hairul Hafizi jarang balik awal. Disebabkan lelaki itu jugalah dia pun terjebak sama ke kancah pulang lewat. Padahal tak pernah pun diangkat sebagai pekerja terbaik. Adalah sekali dua. Cuma hari ini jadualnya sedikit lari dari biasa.


“Opocot kau meletup!” bunyi telefon bimbitnya membuatkan gadis itu melatah tak pasal-pasal. Alamak!


“Kau dekat mana weh?” bingit! Sepantas kilat dia jarakkan telefon bimbit dari telinga.


“Sorry, Qish. Aku baru keluar office ni. Sekejap lagi aku sampai.” Syarifah Adrianna terkial-kial lari keluar dari pejabat. Dia mendapatkan keretanya yang diparkir tidak jauh dari pintu masuk utama.


“Kan mak tiri dah mengamuk.” gadis itu menyumpah-nyumpah lagi sebaik sahaja mematikan talian. Toyota Altis bewarna hitam miliknya itu dipecut laju menuju ke Bandar Putra Mahkota, Bangi. Kalah formula one.


**********


Hanis melangkah masuk ke dalam kedai. Gadis berselendang labuh itu tergesa-gesa ke dapur meletakkan beg tangan di atas sebuah meja kecil. Meja kecil itu pula bersama beberapa buah rak fail yang digabungkan, membentuk satu ruangan seakan kubikel untuk dia melakukan tugasan seharian. Dia pengurus dan pemilik kedai itu. “Hanis Honey House”, yang ditubuhkannya kira-kira tiga tahun lalu. Pantas gadis itu mencapai sebuah mangkuk besar dari dalam kabinet. Lengan bajunya disinsing hingga ke siku. Lalu dia mencapai tepung, mentega, telur dan beberapa bahan lain untuk memulakan kerja. Kaira, gadis berusia lingkungan 20 tahun yang juga merupakan pekerjanya di kedai itu memandang pelik.


“Amboi Kak Hanis, kabut semacam je. Kenapa?” Gadis itu menegur.


Dia kerutkan dahi memandang Hanis. Namun tangannya tetap juga ligat meneruskan kerja menyusun biskut-biskut ke dalam balang kecil untuk dipamerkan di hadapan kedai. Hanis Zulaikha yang mesra dipanggilnya dengan panggilan Kak Hanis itu terkebil-kebil memandang wajahnya.


“Hmm, lupa Kak Hanis nak tanya. Kek apa yang ada dekat depan tu Kaira?” Hanis merujuk kepada rak kaca yang menempatkan deretan kek yang dijual dikedainya. Soalan gadis itu tidak pula dijawab.


“Kek kat depan?” giliran Kaira pula terkebil-kebil. Dia tergesa-gesa berlari keluar dari dapur itu mendapatkan kek yang dipamerkan di dalam sebuah rak kaca berhawa dingin berhampiran kaunter di ruang utama kedai. Hanis menurut langkah gadis itu keluar dari dapur. Dia membongkok di sebelah Kaira memerhatikan satu demi satu nama kek yang dipamerkan.


“Black forest cheese ada tak?” Hanis seakan bertanya kepada gadis itu. Namun gayanya yang kusyuk memerhatikan rak empat tingkat itu menampakkan dia seolah-olah bercakap sendiri.


“Tu. Ada lebih kurang 2,3 slice je lagi.” jari Kaira menunjukkan kek yang diletakkan pada tingkat kedua sebelah kiri sekali.


Hanis menghela nafas panjang. Kedengaran agak berat dan dalam. Dari posisi membongkok tadi, dia bangun meluruskan pinggang. Kaira tercengang-cengang memerhatikan tingkah laku majikan yang dianggap seperti kakak sendiri itu. Black forest cheese? Urgent sangat ke sampai Kak Hanis gelisah macam ni?


“Kak Hanis nak kek tu sebiji?” soal Kaira apabila melihat gadis itu diam seakan berfikir. Lama pula tu.


Hanis angguk akhirnya. Sempat dia melarikan pandangan di sekitar kedai. Petang-petang begini memang tidak ramai pelanggan. Cuma terdapat dua orang lelaki di suatu sudut kedai sedang menikmati minuman petang dengan dua ketul brownies coklat bersaiz sederhana. Masing-masing berpakaian formal. Mungkin melibatkan urusan kerja agaknya. Entah. Tak kuasa pula dia hendak mengambil tahu masalah orang.


Kaira bertaut pandangan dengan teman sekerjanya, Susan yang sedang mengemaskan meja. Sekumpulan pelanggan, yang barangkali pelajar Kolej di sekitar Bangi itu agaknya baru sahaja keluar. Gadis sebayanya itu memberikan isyarat mata merujuk kepada Hanis. Kaira angkat bahu. Bunyi loceng pintu kedengaran, menandakan ada pelanggan masuk ke kedai mereka. Kaira dan Susan toleh hampir serentak. Hanis yang masih diam berfikir turut menoleh sekali.


“Auntie Hanis...” Seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan enam tahun berlari-lari anak mendapatkannya. Syarifah Adrianna yang muncul dari belakang sekadar memberi isyarat untuk pulang. Dia hanya ingin memastikan anak kecil itu selamat bersama Hanis. Hanis angguk, faham. Dia sambut huluran tangan kanak-kanak perempuan itu untuk bersalam. Bagus. Kecil-kecil dan pandai beradab.


“Lily tak nak ikut Auntie Anna?” gadis itu bertanya kepada Lily. Gadis kecil itu sedang meletakkan beg sandangnya di salah sebuah meja di dalam kedai. Kemudian Lily capai sebuah buku di deretan almari buku berhampiran. Memang di sepanjang dinding kedai, hanya almari buku yang terpampang. Sekaligus menampakkan kedai itu seakan-akan sebuah perpustakaan mini. Cuma versi lebih santai dengan kemudahan minuman dan kudap-kudapan. Malah wifi. Baik di tingkat bawah mahupun di tingkat atas, kedai itu tidak pernah sunyi dengan pelanggan. Terutamanya pelajar kolej dan universiti berhampiran.


“Auntie Anna nak pergi airport kan?” gadis kecil itu bertanya kembali. Hanis senyum lalu mengangguk.


“Tak naklah. Lily nak buat cuppies.” Lily goyang-goyangkan tangan Hanis. Sengaja hendak mengada-ngada.


“Ok, Lily nak buat cuppies apa?” soal Hanis. Gadis itu cukup rajin melayan karenah Lily. Bukan Lily sahaja, mana-mana buda kecil pun pasti akan mendapat perhatiannya kerana memang secara semulajadi sifat keibuan itu ada dalam diri. Lily kelihatan berfikir. Jarinya menggosok-gosok dagu penuh gaya. Hanis juga mengelamun seketika. Cuppies? Kek?


“Alamak, Anna!” Hanis berlari mendapatkan pintu masuk kedai. Menggelabah dia cari kelibat Syarifah Adrianna di luar. Hampa. Syarifah Adrianna sudah selamat hilang dari pandangan.


“Hmmm.” Gadis itu keluh perlahan melihat Altis milik kawan baiknya itu betul-betul berhenti di simpang jalan utama. Telefon bimbitnya dikeluarkan lmendail nombor Syarifah Adrianna.


“Yup.” Syarifah Adrianna menjawab dihujung talian.


“Aku lupa nak cakap tadi, black forest cheese yang kau pesan tu tak ada.” ujar Hanis sambil menapak kembali masuk ke dalam kedai.


“Tak ada? Buatlah.” selamba sekali jawapan Syarifah Adrianna. Gadis itu mengekek ketawa. Saja mengusik.


“Kalau boleh buat, tak adanya aku telefon kau ni. Now your option. Nak tukar dengan kek lain atau nak aku beli je?” soal Hanis lalu mengambil tempat di hadapan Lily. Kanak-kanak itu mengeluarkan sebuah buku dan pensel warna lalu melakar sesuatu di atasnya.


Hanis diam. Lama juga dia berjeda.


“Itulah, lain kali tempah awal-awal. Ini tidak. Birthday hari ni, hari ni baru kau nak cakap.” Hanis membebel-bebel. Jarinya mencapai botol minuman yang dihulurkan oleh Lily dan membukakannya untuk gadis kecil itu. Botol air kosong yang dibekalkan mamanya ke sekolah. Bagus. Kecil-kecil dah pandai jaga kesihatan.


“Sorry lah beb. Kes banyak minggu ni.” Syarifah Adrianna memberi alasan. Alasan yang memang benar.


“Banyak pun takkan sampai lupa birthday abang sendiri?” Hanis ketawa perlahan.


Syarifah Adrianna ketawa memikirkan bagaimana kalam-kabut dia hari ini. Sebenarnya sejak dua hari lepas lagi ibunya sudah bising menelefon mengingatkan dia membuat tempahan kek dan restoran. Kerja melambak punya pasal, habis tunggang-langgang semua. Ditambah pula dengan Balqish yang tidak sudah-sudah menggesanya untuk ke lapangan terbang bersama. Keretanya masih diservis. Dalam perjalanannya menjemput Lily di sekolah tadi, ketika itulah dia baru meminta Hanis menyediakan kek tersebut. Memang mengarut. Tapi nak buat macam mana.


“Ok kalau macam tu kau beli jelah. Nanti aku bayar. Aku rasa Adrian tak kisah makan kek apa pun. Yang beriya nak black forest cheese tu ibu aku sebenarnya.” ujar Syarifah Adrianna lalu ketawa lagi tanpa rasa bersalah. Hanis geleng kepala berkali-kali. Sabar jelah. Lily memandang pelik ke arahnya. Siap angkat kening lagi.


“Ok, so pukul 8 dekat Pearl Restaurant?” gadis itu bertanya sekadar untuk memastikan.


“Yup. Ok beb, polis kat depan. Aku tak pakai hands free ni. Bye.” Syarifah Adrianna menggelabah mematikan talian. Hanis tersenyum. Dia kembali menumpukan perhatiannya kepada Lily yang terkebil-kebil memandangnya dari tadi.


“Lily, apa kata kalau hari ni kita tak payah buat kek. Auntie Hanis bawak Lily jalan-jalan nak?” soal Hanis tersenyum-senyum memandang anak kecil itu.


“Nak!” ringkas dan lantang sekali bibir mungil itu menjawab. Hanis tersenyum girang lantas memimpin tangan Lily Sempat dia capai beg tangannya di dapur sebelum melangkah keluar.


**********


Mereka berdua berjalan pantas memasuki pintu utama Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Kalau diikutkan, penerbangan Zaraa akan sampai lebih kurang setengah jam lagi. Gembira dan teruja silih berganti. Hampir setahun lamanya mereka tidak bersua muka. Sejak tiga tahun gadis itu ke Sepanyol, hanya beberapa kali sahaja mereka dapat bertemu. Itupun hanya pada musim perayaan atau beberapa bulan sekali. Kalau nasib tidak menyebelahi, langsung tak nampak muka. Semenjak-menjak dah bekerjaya ni biasalah.


Syarifah Adrianna menoleh memandang Balqish Insyirah yang berjalan di sebelah. Sebaik sahaja menjemput dia di Kolej Universiti Islam Selangor tadi, wanita itu tidak henti-henti merungut meluahkan perasaan. Masalah dia dan bekas suaminya menjadi tajuk utama perbualan sepanjang perjalanan.


“Masalahnya, kenapa sekarang Anna? Lima tahun hilang, tiba-tiba muncul cari aku. Gila ke apa?” Perasaan gadis itu rupanya masih belum reda. Syarifah Adrianna angkat bahu. Mereka memasuki balai menunggu. Dia melilaukan mata ke skrin yang memaparkan jadual penerbangan yang telah mendarat. Penerbangan dari Madrid masih belum tiba. Lega. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu membiarkan seseorang menunggu.


“Yang penting Lily tak tahu pasal ni. Daniel ada call kau lagi?” Syarifah Adrianna menyoal, merujuk kepada bekas suami kawan baiknya itu.


“Mahunya tak ada. Aku tengah dalam kelas, dalam office, dalam jamban pun dia nak call.” Balqish meluahkan geram. Syarifah Adrianna pantas mencuit lengan kawan baiknya itu. Tak payahlah emosional terlampau.


“Part jamban tu slow sikit. Kau tu dah jadi mak orang, tak apalah. Aku ni anak dara sunti lagi. Turun diskaun, beb.” Syarifah Adrianna menarik lengan wanita itu ke sebuah kafe berhampiran. Penerbangan Zaraa pun belum sampai lagi. Balqish buat muka. Tapi dia turutkan  sahaja langkah Syarifah Adrianna.


“Lima tahun dia blah macam tu, tinggalkan aku terkial-kial? Pernah dia tanya pasal aku? Pasal Lily? Entah hidayah Allah turun dari mana tiba-tiba nak tuntut hak penjagaan anak. Ingat Lily tu barbie doll boleh main ambik suka hati?” Balqish masih belum dapat meredakan kemarahan. Syarifah Adrianna hanya tersenyum melihat raut wajahnya.


“Sabar Qish. Benda-benda macam ni kita tak boleh emosional. Negara kita ada undang-undang. So, kita lawan dia pakai undang-undang.” Gadis itu bangun menuju ke kaunter. Dia pesan dua gelas fresh oren dengan harapan dapat menyejukkan hati kawannya yang masih membara itu.


“Tak habis-habis nak cakap pasal hak. Dia ingat dia ada duit, aku boleh melutut depan dialah?” Balqish capai minuman yang dihulurkan Syarifah Adrianna. Sejuk memang sejuk. Tapi belum cukup untuk redakan hangat hatinya. Entah kenapa meluap betul marahnya pada Daniel.


“Tu laa Qish. Bila aku fikir-fikirkan balik, macam tak logik pun ada. Padahal, masa dia ceraikan kau dulu, dia bukan tak tahu yang kau tengah mengandungkan Lily. Lelaki, seteruk mana pun, mesti sayang anak punya. Janda kau ni je yang spesis lain macam sikit.” Syarifah Adrianna memberikan pendapat.


Dia simpati melihat keadaan Balqish sejak kebelakangan ini. Risau melihat keadaan kawannya yang agak serabut kerana didatangi bekas suaminya, Daniel kira-kira seminggu yang lalu.


“Memang. Spesis alien planet Namet agaknya.” Balqish menambah lagi.


Kedua-dua mereka ketawa. Itupun sekadar menyedapkan hati masing-masing. Syarifah Adrianna kerling jam tangan. Bila-bila masa lagi penerbangan Zaraa akan mendarat. Dia bercadang mahu bergerak ke balai ketibaan dan menunggu di sana. Balqish setuju.


“Apalah nasib aku ni. Tak pernah bertuah dengan lelaki. Ayah aku meninggal masa aku kecil, dapat laki kena cerai pulak.” keluh Balqish perlahan. Dia memaut lengan Syarifah Adrianna. Ketika itu mereka menapak ke ruang menunggu. Syarifah Adrianna terkedu. Langkahnya terhenti lalu menoleh memandang Balqish. Mencerlang matanya tiba-tiba. Balqish pelik.


“Apa kau cakap?” suara Syarifah Adrianna sedikit meninggi.


“Apa?” balas Balqish kembali.


“Tak bertuah apanya? Kau kena ingat, kau ada Lily, ok. Is that a bad luck for you?” bentak Syarifah Adrianna lagi. Raut wajahnya berubah serta-merta. Balqish tersentak. Menikus tak pasal-pasal. Pautan pada lengan Syarifah Adrianna tadi ditarik perlahan-lahan. Bibirnya pula digigit-gigit.


“Sekali lagi aku dengar kau cakap macam tu, aku lenyek kau dekat tayar kapal terbang tu. Faham!” Syarifah Adrianna memberi amaran. Balqish terangguk-angguk pantas. Tak pasal-pasal kena herdik tengah orang ramai.


“Sorry.” ujarnya perlahan. Syarifah Adrianna mengeluh berat. Baru tersedar dia agak emosional ketika itu.


“Aku pun.” ujarnya lalu memaut bahu Balqish. Kali ini dia merendahkan suara.


“Lain kali, kalau kau nak cakap tu janganlah pentingkan diri. Cuba tengok orang sekeliling kau. Zaraa, Hanis, even aku ni, ada ke yang bernasib baik sangat dengan lelaki?” Syarifah Adrianna menarik lengan Balqish. Sebuah bangku panjang yang diletakkan betul-betul di hadapan balai menunggu. Mereka duduk di situ. Balqish termenung sejenak.


“Dah berapa tahun aku cuba tackle si Hairul tu, sampai sekarang tak dapat-dapat. Putus cinta, kau jangan cakaplah. Zaraa dengan abang aku, bukan main lama bertunang. Kahwinnya tidak. Si Hanis pulak, single sampai sekarang. Kau patut bersyukur, at least kau pernah rasa bahagia dengan Daniel tu, Qish.” Syarifah Adrianna menambah lagi.


“Tak ada jodoh, nak buat macam mana.” tutur Balqish lemah.


“Haaa, kalau kau cakap macam tu tadi kan bagus. Ini nak menyalahkan nasib sendiri, tak baik tau. Allah tu Maha Adil. He will always gives the best for us. Ingat tu.” Ah, sudah. Bagi tazkirah rumah tangga pula dia di situ. Bahu Balqish dipeluk. Menitik air mata wanita itu dibuatnya.


“Aku pernah terfikir, kaulah manusia yang paling bertuah antara kita berempat. Kau paling pandai antara kita semua. Kau dapat dekan every sem. Kau selalu bagi kitorang tumpang kereta arwah ayah kau. See, masa belajar pun dah pakai kereta, hebat tak?” Gadis itu cuba buat lawak walaupun tak berapa nak lawak sebenarnya.


“Sebab ayah aku dah meninggal.” Balqish membalas. Tangisnya masih bersisa.


“But that the reason you were struggling, right?” Syarifah Adrianna tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu gadis itu. Balqish tersenyum. Dia angguk sahaja. Sejenak dia terkenangkan arwah bapanya yang sudah hampir 10 tahun meninggalkan mereka sekeluarga.


“Lepas tu kau kenal dengan Daniel, muka sebijik macam hero korea yang kau suka tu. Err, siapa nama dia?” soal Syarifah Adrianna cuba sedaya upaya mengingat kembali nama pelakon korea yang pernah menjadi kegilaan kawan baiknya itu sewaktu mereka sama-sama belajar dahulu.


“Err, Lee Byung Hun?”


“Haaa, iyelah agaknya.”


“But he left me.” Bentak Balqish tiba-tiba. Air matanya bergenang lagi apabila memikirkan tentang bekas suaminya itu.


“Alah, sudahlah, Qish. Orang macam Daniel tu tak layak kita nak nangis. Membazir air mata je. Orang ramai lalu-lalang ni, malulah sikit.” Syarifah Adrianna lekas-lekas mengeluarkan tisu daripada beg tangan. Tisu itu dihulur kepada Balqish buat kesat air mata yang tidak tahu bila nak berhenti. Balqish pula terus melayan fikiran mengenang nasib diri.


“Por favor, senioritaa” seorang gadis tiba-tiba menyampuk. Gadis itu tercegat di hadapan mereka berdua. Cermin mata hitamnya dibuka lalu disisip kemas di atas kepala. Rambut panjangnya dilepaskan begitu sahaja. Hitam berkilat. Dah hilang karat agaknya sejak duduk di Madrid.


“Zaraa!” Teriak Syarifah Adrianna dan Balqish hampir serentak. Tetapi dalam nada yang berlainan. Balqish masih lagi mengesat air mata. Namun dia gembira Zaraa selamat tiba di Malaysia. Zaraa tersenyum lalu mendepakan tangan. Dia peluk erat dua orang kawan baiknya itu.


“Ada shooting drama ke? Amboi, takkan dah jadi pelakon you ols.” Zaraa mengekek suka. Dia mememaut pinggang Balqish keluar dari perkarangan balai itu. Syarifah Adrianna pula membantu menolak troli yang memuatkan bagasi dan beg-beg Zaraa.


“Balqish Insyirah, biasalah. Dia memang suka buat drama-drama sebabak ni.” Syarifah Adrianna menepuk lengan Zaraa mengisyaratkan bantuan daripada gadis itu untuk menolak troli.


“Ini beg ke bongkah simen?” komen Syarifah Adrianna lagi.


“Syhh, aku culik CR letak kat dalam ni. Jangan bising, nanti dia dengar.” Zaraa merujuk kepada Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak kelab Real Madrid yang menjadi kegilaan Syarifah Adrianna sejak mereka belajar lagi. Kata-kata itu sekaligus membuatkan Balqish dan Syarifah Adrianna ketawa kuat.


“Serious? Alahai, kenapa tak bawak Ramos sekali?” Syarifah Adrianna berlagak seolah-olah percaya. Drama diteruskan. Habis nama-nama pemain Real Madrid yang lain turut terjebak. Diselang-selikan dengan gelak ketawa sehinggalah mereka sampai ke tempat letak kereta. Tak dapat bayangkan kalaulah betul Cristiano Ronaldo atau Sergio Ramos betul-betul ada di dalam bagasi gabak gadis itu.


**********


Hanis menolak pemegang pintu di Secret Recipe itu memberi laluan kepada si kecil Lily keluar mendahului. Seronok melihat gadis itu memegang kotak kecil berisi kek coklat macadamia kegemarannya dengan cermat. Sementara tangannya pula menjinjit sebuah kotak besar berisi sebiji kek keju black forest. Mereka berdua mendapatkan kereta Hanis yang diparkir tidak jauh dari situ.


“Lily nak makan dalam kereta ke nak tunggu mama?” soal Hanis sewaktu memakaikan tali pinggang keledar untuk gadis kecil itu.


“Tunggu mama.” Lily tersenyum. Hanis angguk. Dia hidupkan enjin kereta lalu meluncur laju menuju ke Restoran Pearl yang terletak di pinggir Bandar Baru Bangi. Sewaktu dia berhenti di lampu isyarat memasuki simpang ke Bandar Mutiara, Lily kelihatan kusyuk memandang ke luar tingkap. Hanis kerutkan dahi.


“Lily tengok apa tu?” soal Hanis tercari-cari apa yang dikusyukkan oleh Lily.


“Ada orang sakit.” Lily menunjukkan jarinya ke arah sebuah taman rekreasi tidak jauh dari situ.


“Orang sakit?” ulang Hanis. Dia mengecilkan anak mata mencari kelibat ‘orang sakit’ yang dimaksudkan oleh Lily.


“Tuu, dekat bawah pokok sana.” ujar Lily lagi. Kali ini dia mendekatkan wajah Hanis dekat dengan jarinya. Hanis tidak sempat memerhatikan dengan jelas apabila kereta di belakang membunyikan hon berkali-kali. Lampu sudah bertukar hijau. Tergesa-gesa gadis itu memasukkan gear lalu membelok ke sebelah kiri. Ya, sebelah kiri.


Hanis nampak seorang lelaki terbaring di bawah pokok berhampiran taman rekreasi di situ. Badannya bergerak-gerak, tapi lemah. Hari semakin gelap. Azan maghrib mungkin akan berkumandang bila-bila masa. Hanis serba-salah. Hendak ditolong, pelbagai perkara buruk bermain dikepala. Bagaimana kalau lelaki itu penjahat yang berpura-pura sakit? Bagaimana kalau dia diapa-apakan? Lagi menakutkan, bagaimana kalau dia mengapa-apakan Lily?


Hanis serba-salah lagi. Bagaimana pula kalau lelaki itu benar-benar dalam kesusahan? Atau mungkin bagaimana kalau nyawa lelaki itu dalam bahaya? Dia bertawakal dalam hati lalu menanggalkan tali pinggang keledar.


“Lily tunggu dekat sini ya. Biar auntie pergi tengok orang sakit tu.” Hanis sempat berpesan sebelum melangkah keluar daripada kereta. Lily angguk berkali-kali. Gadis kecil itu sekadar memerhatikan Hanis menapak ke arah ‘orang sakit’ yang dikatakannya tadi. Perlahan-lahan dia perhatikan langkah Hanis sambil tertoleh ke kiri dan kanan. Gadis kecil itu tekun menanti di dalam kereta.


“Excuse me. Are you ok?” Hanis bersuara agak kuat dalam jarak lebih kurang beberapa kaki daripada lelaki itu.


“Limit...” lelaki itu bersuara lemah.


“Limit? Awak... ok ke?” Hanis bertanya lagi. Langkahnya semakin dekat.


“Air... Saya... nak air.” ujar lelaki itu perlahan.


“Air? Sekejap...” Hanis lekas-lekas mendapatkan keretanya kembali. Dia yakin lelaki itu benar-benar perlukan pertolongannya.


“Aunite Hanis cari apa?” Lily berbisik sendiri. Dia melihat Hanis membuka bonet belakang kereta. Tanpa Hanis sedari dia kemudian membuka pintu dan keluar mendapatkan lelaki yang masih terbaring di bawah pokok itu.


“Ya Allah, Lily...” Hanis terkejut apabila melihat Lily sedang duduk bersimpuh sambil membuka kotak keknya. Lily menyuakan lelaki yang terbaring itu. Hanis pantas mendapatkannya.


“Dia sakit.” ujar Lily sebaik Hanis mengambil tempat di sebelahnya. Hanis angguk pantas. Dia suakan botol minuman yang diambil dari belakang bonet keretanya tadi ke mulut lelaki itu. Nampaknya lelaki itu sangat-sangat tidak berdaya walaupun sekadar untuk mengangkat tangan. Lily turut membantu. Dia suapkan beberapa sudu kek lagi sehinggalah lelaki itu perlahan-lahan membuka mata.


“Awak cedera ke? Nak saya panggilkan sesiapa?” soal Hanis apabila melihat lelaki itu kelihatan mula bergerak sedikit aktif daripada tadi. Lelaki itu mengeleng. Melihat pakaian yang dipakainya, Hanis membuat kesimpulan lelaki itu mungkin kepenatan selepas bersukan. Takkan bersukan sampai pengsan? Takkan tak tahu kemampuan badan sendiri? Hanis tertanya-tanya.


“Auntie, dia nak air lagi.” Lily ingin mencapai botol mineral daripada tangan gadis itu.


“Sini auntie bukakan.” Hanis memberikan botol tersebut kepada Lily. Lily pula suakan minuman tersebut kepada lelaki itu sekali lagi. Lelaki itu tersenyum. Dia mengeleng perlahan apabila Lily cuba memberikannya sesuap kek lagi.


“Terima kasih.” ujar lelaki itu sambil memandang Lily. Dia turut mengucapkan kata-kata itu kepada Hanis. Namun kali ini pandangannya bertaut lama. Dia terasa seperti disinari oleh satu cahaya sehingga menyilaukan mata. Silauan lampu jalan, menandakan malam sudah menjelma.


Azan maghrib berkumandang. Hanis lekas menyedari bahawa mereka sudah terlambat untuk ke Restoran Pearl bagi meraikan kepulangan Zaraa dan menyambut hari ulang tahun abang Syarifah Adrianna iaitu Syed Adrian bersama.


“Hari dah gelap ni. Rumah awak dekat mana? Biar saya hantar balik ya?” Hanis lagi. Dia ingin membantu lelaki itu bangun. Kalau perlu dipapah, dia akan lakukan apa sahaja asalkan lelaki itu tidak ditinggalkan sendirian. Tidak sampai hati pula rasa.


“It’s ok. Rumah saya tak jauh dari sini.” lelaki itu bangun perlahan-lahan tanpa dibantu. Namun Hanis sentiasa bersedia manalah tahu kalau-kalau lelaki itu pengsan buat kali kedua.


“Alhamdulillah.” Dia berbisik sendirian. Nafas lega dihela. Mujur tenaga lelaki itu kelihatan pulih walaupun masih tidak sepenuhnya.


“Awak betul tak apa-apa ni?” soal Hanis lagi. Lelaki itu berdiri dan meregang-regangkan ototnya. Dia mengangguk memandang Hanis. Pandangannya beralih pula kepada Lily apabila gadis kecil itu dengan baik hati menghulurkan kotak kek tadi kepadanya. Hanis tersenyum. Lelaki itu membongkokkan badannya lalu menyambut huluran Lily dengan ucapan terima kasih.


“So, what’s your name princess?” soal lelaki itu pula.


“Lily.” ringkas Lily menjawab.


“And... your auntie’s name?” Lelaki itu menoleh ke arah Hanis pula. Soalan itu membuatkan Lily turut menoleh memandang Hanis. Hanis terkedu. Ini dah lain macam ni.


“Kalau awak tak ada apa-apa, saya balik dulu. Jaga diri jangan pengsan lagi ya.” ujar Hanis. Dia capai tangan Lily dan kembali mendapatkan keretanya. Lelaki itu mengangguk lalu tersenyum pasrah. Sebaik masuk ke dalam kereta, telefon Hanis nyaring berbunyi. Cepat-cepat dia menjawab.


“Aku dekat Bandar Baru ni. Korang dah sampai ke?” soal gadis itu sebaik mendengar suara Balqish  di talian.


“Boleh Lily bagi cuppies ni dekat orang sakit tu Auntie?” Lily menyoal Hanis sebaik sahaja mendengar gadis itu mulai sibuk bercakap-cakap di telefon.


Hanis tidak sempat berkata-kata. Lily sudah membuka tingkap dan menghulurkan sekotak kek cawan yang dibawa dari kedainya kepada lelaki tadi. Kotak seakan tray yang boleh memuatkan empat biji kek cawan bersaiz sederhana itu memang sentiasa menjadi kegemaran Lily apabila datang ke kedainya. Tapi takkanlah sampai sekotak Lily?


“Your welcome.” jawab Lily sebaik sahaja lelaki itu mengucapkan terima kasih. Cepat-cepat dia menutup tingkap dan merengek-rengek untuk bercakap dengan mamanya. Telefon bertukar tangan. Hanis teruskan perjalanannya yang tergendala tadi.


**********


Zaraa membetul-betulkan rambutnya sebaik ternampak kelibat Syed Adrian melangkah keluar dari restoran. Dari tempat duduk belakang kereta itu Zaraa cuba mengawal perasaannya yang berdebar-debar sejak tadi. Dari dalam kereta itu juga dia melihat Syarifah Adrianna dan kedua ibu bapanya bersama Hanis, Balqis dan Lily, masing-masing meninjau dari dalam restoran. Syed Adrian pula semakin mendekat.


“Aku akan suruh dia ambil kek dalam kereta, lepas tu kau sergah dia, ok?” Teringat kata-kata Syarifah Adrianna sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang tadi. Zaraa tersengih-sengih sendiri. Ditambah pula dengan perbualannya dengan Syed Adrian di dalam telefon beberapa jam yang lalu, sewaktu dia masih di Madrid, Zaraa semakin teruja.


“Nanti Zaraa nyanyi lagu happy birthday untuk abang dekat skype, ok?”.


“It’s ok. Abang fahamlah. Macam tak biasa pulak sambut birthday sorang-sorang.”


“Eh, takkan merajuk kot? Dah 30 tahun plus plus pun pandai merajuk lagi?”


“Dengan Zaraa abang pandailah.”


Zaraa ketawa sendiri.


“Zaraa?” suara Syed Adrian membuatkan gadis itu tersentak. Zaraa kaget. Badannya keras tiba-tiba. Alamak, bila masa Syed Adrian sampai? Bila masa dia buka pintu?


“Surprise...hee.” Gadis itu menayangkan gigi. Suaranya hampir-hampir tenggelam. Kek ditangannya dihulurkan kepada Syed Adrian. Surprise yang tidak menjadi kerana dia begitu asyik mengelamun seketika tadi.


“Surprise...!!!” kali ini teriakan kuat daripada Syarifah Adrianna dan lain-lain membuatkan kek ditangan lelaki itu hampir-hampir sahaja terlepas. Syed Adrian beku. Dia tidak mampu berkata apa-apa semasa mereka semua menyanyikan lagu selamat untuknya. Bukan kerana terharu dengan sambutan hari jadinya, tetapi kerana kehadiran Zaraa di hadapan matanya tanpa diduga.


“Happy birthday, abang.” ujar Zaraa dengan senyuman yang paling manis sekali. Syed Adrian mengeleng-ngelangkan kepala. Masih tidak percaya.


*****


Selesai menikmati makan malam itu, Zaraa bersalaman dengan kedua ibu bapa Syed Adrian dan mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Syed Adrian di sebelahnya membuat mimik muka, menyampaikan isyarat geramnya kepada Zaraa. Bukan itu sahaja, sepanjang makan malam mereka tadi bermacam-macam cara ditunjukkan oleh Syed Adrian sebagai isyarat menyerang balas. Zaraa disuap kek bertalu-talu, dia disuruh menyanyikan lagu selamat hari jadi secara solo dan bermacam-macam lagi. Hinggakan naik lali Zaraa dengan segala helah lelaki itu terhadapnya. Sebaik kereta kedua ibu bapanya hilang dari pandangan, Syarifah Adrianna pula mendekati pasangan itu.


“Kitorang pun nak gerak la beb.” Gadis itu mencelah. Dia mendukung Lily yang sudahpun terlelap dalam dakapannya seketika tadi. Balqish dan Hanis mengangguk setuju. Zaraa dan Syed Adrian juga mengangguk.


“Abang jangan balik lambat sangat. Kena tangkap khalwat nanti.” sempat lagi Syarifah Adrianna mengusik. Lelaki itu mencebik. Gurau kasar nampak.


“Jadi tidur rumah Qish malam ni?” Syed Adrian bertanya tanpa mempedulikan usikan Syarifah Adrianna tadi. Gadis itu dan Balqish mengangguk serentak.


“Dah lewat sangat ni. Takut besok kalau Anna lambat bangun, dengan Qish sekali lambat masuk office.” Balqish menambah. Mereka ketawa namun cepat-cepat dimarahi Syarifah Adrianna apabila merasakan tidur Lily terganggu dengan riuh-rendah itu.


“Kesian Lily, sampai terlelap.” Zaraa sempat mengucup pipi anak kecil itu.


“Drive elok-elok Anna. Kau pun sama Hanis.” sambungnya lagi.


Usai mengucapkan selamat malam, sebaik sahaja dua biji kereta itu berlalu meninggalkan mereka, Syed Adrian berdehem kuat. Siap terbatuk-batuk lagi. Batuk yang sengaja dibuat-buat.


“Abang ni kenapa?” soal Zaraa selamba. Entah apalah helah lelaki itu kali ini agaknya.


“Abang sejuklah. Tak nak masuk dalam ke?” soal Syed Adrian membuat aksi terketar-ketar sambil jeling memandang kereta. Zaraa buat muka tak ada perasaan. Mulalah tu.


“Jom balik. Zaraa pun penat ni. Tujuh jam dalam flight, lepas tu prepare party untuk abang pulak. Aaaahhhh...” gadis itu meregangkan ototnya tanpa mempedulikan pandangan Syed Adrian. Jelas sekali lelaki itu mahu berlama-lamaan.


“Takkan cepat sangat nak balik?” Syed Adrian cuba rotes.


“Eh, besok abang tak kerja ke?” soal gadis itu kembali.


“Memanglah kerja. Tapi takkan Zaraa tak nak bagi chan abang dating dengan Zaraa berdua je malam ni?” Syed Adrian cuba meraih simpati. Zaraa berfikir sejenak. ‘Macamlah aku nak balik ke Madrid balik.’ Dia merungut sendiri.


“At least until I reach 30 years and 1 day?” pujuk lelaki itu lagi.


“Ok. Zaraa temankan abang sampai midnight. Right after that abang kena terus hantar balik rumah tau. Nanti mama dengan abah bising, abang jugak yang susah.” Zaraa mengalah. Dia melangkah ke arah kereta lelaki itu meninggalkan Syed Adrian meraikan kegembiraannya sendirian.


“Mama dengan abah tahu Zaraa dah balik Malaysia ni?” soal Syed Adrian tergesa-gesa mendapatkan  Zaraa.


“Mestilah tahu. Zaraa sempat balik rumah tadi. Ibu dengan ayah abang pun singgah sekali.” Gadis itu mengerling.


“So, semua orang tahu Zara balik hari ni kecuali abang?” Syed Adrian seakan tidak percaya. Dah tua-tua pun dia masih lagi mudah diperdaya. Tawa Zaraa membenarkan tekaannya. Syed Adrian mengeleng perlahan.


“Cepatlah. Abang ada lebih kurang sejam je lagi masa untuk dating.” Zaraa menggertak lagi. Sepantas itu juga Syed Adrian melompat masuk ke dalam Nissan Murano miliknya. Dia menghidupkan enjin dan membelah malam menuju ke tempat istimewa yang biasa dikunjungi mereka berdua.


“Patutlah korang BBF. Sama je perangai dengan si Anna tu.” komen Syed Adrian.


“BFF lah abang. BBF tu apa benda?” Zaraa membetulkan.


“Iyelah. Zaraa tunggu bila abang dah salam tok kadi nanti.” balas Syed Adrian ringkas.


“Kenapa kalau dah salam tok kadi?” soal Zaraa lagi.


“Adalah.” Syed Adrian tersengih nakal. Zara terkebil-kebil bajet tak faham.


“Abang nak jadi BFF dengan tok kadi ke?” gadis itu bertanya lagi walaupun soalan itu memang langsung tidak masuk akal. Syed Adrian ketawa kuat.


**********


Syarifah Adrianna perhatikan langkah Balqish memasuki blok bangunan Fakulti Undang-undang di Kolej Universiti Islam Selangor itu sehingga hilang dari pandangan. Dia mengeluh perlahan mengenangkan nasib kawannya itu. Bekerja keras untuk menampung hidup dan membesarkan anak tunggalnya sendirian. Dalam diam, dia mengagumi Balqish dan bertekad untuk membantu wanita itu sedaya yang dia mampu. Dia tidak mahu kawannya itu terluka lagi walaupun dia tahu Balqish cekal menghadapi segala rintangan dalam hidup. Pergh, skema ayat.


“Err, Laila, Encik Hairul ke yang letak semua fail ni atas meja saya?” gadis itu menyoal sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat. Syarifah Adrianna meneliti fail-fail itu sepintas lalu. Fail-fail berkenaan kes syariah dan undang-undang Islam yang diminta daripada lelaki itu semalam. Laila, yang sedang leka menyemak beberapa tuntutan kes di atas meja menoleh. Dia melirik ke arah timbunan fail di atas meja Syarifah Adrianna yang terletak bertentangan dengannya. Dua saat kemudian, dia angguk.


“Encik Hairul yang minta saya ambil dari bilik dia.” Laila memberitahu.


“Oh, terima kasih.” Anggukan daripada Syarifah Adrianna membuatkan gadis itu kembali menyambung semua kerjanya tadi.


“Eh, Cik Anna nak ke mana?” soal Laila sewaktu gadis itu ingin melangkah ke luar bilik pejabat.


“Nak jumpa Encik Hairul sekajap. Kenapa Laila?” Syarifah Adrianna mengangkat kening.


“Jangan lupa sekejap lagi Cik Anna ada appointment dengan defendan Puan Gina untuk keterangan kes semalam.” Laila mengingatkan.


“Oh ya. Puan Gina. Saya ingat ada appoinment dengan dia. Tapi pukul berapa ya?” soal Syarifah Adrianna kurang pasti.


“Sepatutnya pukul sembilan pagi tadi. Tapi sampai sekarang tak nampak-nampak lagi.” ujar Laila. Syarifah Adrianna melihat jam di dinding. Hampir pukul sepuluh pagi. Dia ucapkan terima kasih kepada Laila sebelum mendapatkan mejanya kembali. Tak jadi jumpa Hairul Hafizi. Dia keluarkan fail berkenaan kes Puan Gina yang sedang diselesaikannya baru-baru ini.


“Cik Anna nak saya call Puan Gina ke?” Laila bertanya. Syarifah Adrianna diam sejenak. Kemudian dia mengeleng.


“Kita tunggu sekejap lagi. Kalau selepas pukul sepuluh nanti dia masih tak datang, saya akan call dia sendiri.” Syarifah Adrianna tersenyum memandang gadis itu. Laila, pembantunya itu sangat baik. Gadis yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di universiti tempatan itu amat cekap dan teliti orangnya. Segala maklumat dan bukti yang diperlukan untuk sesuatu kes tidak pernah menghampakan.


“Jadi Puan Gina mengaku bahawa puan yang melanggar Suhaili Abdul Rashid dengan kereta puan sehingga menyebabkan kematiannya?” Syarifah Adrianna bertanya sambil menyelak-nyelak helaian laporan kes pada fail di atas mejanya itu. Kira-kira pukul 10.20 minit tadi, wanita berbangsa sikh itu tiba di pejabatnya dengan tenang. Tanpa bertanya sebab kelewatan, Syarifah Adrianna terus memulakan sesi soal siasat kepada wanita itu.


“Dia lintas jalan dengan tiba-tiba. Jadi saya tak sempat nak brek kereta.” Puan Gina lafazkan keterangannya dengan tenang. Laila yang turut mendengar sesi soal jawab itu dari tempat duduknya pula kelihatan tekun. Sekali sekala gadis itu turut mencatat beberapa maklumat penting sejak sesi mengambil keterangan itu berlangsung beberapa minit yang lalu.


“Masa tu saya habis kerja shift malam dan balik ke rumah awal pagi. Saya memandu macam biasa tapi saya tak perasan pulak ada orang melintas jalan.” ujar Puan Gina lagi.


“Menurut laporan yang saya terima, puan sendiri yang menghantar mangsa ke hospital? Betul?” Syarifah Adrianna masih menyoal. Puan Gina angguk perlahan.


“Saya turun dari kereta dan melihat mangsa masih bernyawa. Jadi saya cepat-cepat bawanya ke hospital.” Puan Gina menjawab soalan itu. Sekali-sekala matanya bertentangan dengan Syarifah Adrianna. Peguam muda itu kelihatan mengangguk-anggukkan kepala. Dia terus menyemak beberapa helaian dokumen lain sebelum meneruskan soalan.


“Puan mengambil tindakan untuk selesaikan masalah ini secepat mungkin dan memberikan wang berjumlah tiga ribu ringgit kepada suami mangsa. Boleh jelaskan kepada saya kenapa?”


“Saya tak nak kes ini sampai ke mahkamah. Memandangkan mangsa tidak dapat diselamatkan, jadi saya rasa bersalah. Sebab itulah saya memberi wang kepada suaminya.” kali ini Pun Gina tertunduk mengenangkan kemalangan yang telah meragut nyawa seseorang. Dia nampak serba-salah.


“Dari mana puan dapat wang sebanyak tu?” soal Syarifah Adrianna sambil mencatatkan sesuatu di dalam failnya.


“Duit tu daripada insuran kereta saya dan sebahagian daripada simpanan saya sendiri.” jawab Puan Gina.


“Tadi puan ada cakap yang puan tak sempat nak brek kereta. Adakah sebab puan memandu dengan laju waktu tu? Mengantuk mungkin?” kening Syarifah Adrianna bertaut. Mindanya semakin ligat mencernakan maklumat yang diberikan oleh Puan Gina dan mengaitkannya dengan laporan sedia ada. Syarifah Adrianna melihat wanita itu mengeleng.


“Walaupun penat, tapi saya tak mengantuk. Saya masih bawa kereta berhati-hati. Lagipun pagi tu masih gelap. Mungkin juga mangsa melintas jalan melulu tak pandang kiri kanan?” Puan Gina terus memberikan keterangan.


Hampir sejam sesi mengambil keterangan itu berterusan, Syarifah Adrianna akhirnya mengucapkan terima kasih kepada Puan Gina. Dia menghantar wanita itu keluar dari pejabatnya setakat di muka pintu.


“Selalunya bila orang beri keterangan mesti cemas, takut. Tapi Puan Gina tu saya tengok rilek je. Rilek sangat.” Komen Laila sebaik Syarifah Adrianna menutup pintu bilik. Syarifah Adrianna diam sekejap. Ya. Dia setuju dengan komen Laila. Ada sesuatu yang bermain difikirannya ketika itu. Sesuatu yang tidak kena dengan keterangan Puan Gina.


“Apa pendapat awak Laila? Awak rasa logik ke kalau dia cakap dia tak mengantuk tapi dia tak nampak mangsa melintas jalan?” Syarifah Adrianna menyoal gadis itu. Belum sempat Laila membuka mulut, Syarifah Adrianna mengomel lagi.


“Apa perasaan suami dan keluarga mangsa bila Puan Gina bertindak untuk memberikan sejumlah wang yang banyak macam tu? Isn’t that wierd?” kali ini gadis itu seakan berkata-kata sendiri. Laila hanya membiarkan peguam seniornya itu. Syarifah Adrianna biasanya akan bertukar karekter apabila berada dalam situasi begini. Lebih-lebih lagi apabila menyelesaikan kes-kes berat yang melibatkan kematian. Keputusan yang diambil sangat berhati-hati.


**********


Sebaik sahaja menamatkan kelas hari itu, Balqish mengeluarkan telefon bimbit. Satu mesej diterima daripada Syarifah Adrianna.


‘Smthing cme up ovr hre. Zaraa will fetch u tday. Wait 4 her, ok!’


Dia tersenyum faham. Mujurlah hari ini keretanya siap diservis. Dia tidak mahu lagi terus menyusahkan sesiapa walaupun dia tahu mereka semua langsung tidak berkira dengannya. Mesej tersebut dibalas dengan smiley lalu Balqish melangkah ke sebuah kafe berhampiran. Sementara menunggu kehadiran Zaraa, sempat dia bertegur sapa denan beberapa orang pelajarnya yang lalu-lalang.


“Tak balik lagi Miss?” seorang lelaki tiba-tiba muncul. Selamba lagaknya mengambil tempat di hadapan wanita itu.


“Amboi, dok tanya saya, yang awak tu kenapa tak balik lagi Luqman? Dah habis presentation kan?” Balqish membalas mesra. Dia sudah dapat mengangak pelajarnya itu akan duduk di situ. Dari jauh lagi dia sudah nampak kelibat Luqman tersengih-sengih menghampirinya.


Luqman Aziz merupakan pelajarnya dalam kelas undang-undang. Pantang berselisih, lelaki itu pasti akan menegur. Sikapnya yang ringan mulut itu membuatkan Luqman mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Sikap itulah yang membuatkan Luqman agak rapat dengannya sejak dia di tahun pertama lagi.


“Eh, mana miss tahu saya ada presentation tadi? soal lelaki itu penuh kagum. Balqish senyum. Bukan susah sangat nak tahu.


“Tuu, pakai kemeja. Pakai Tie. Kasut tutup. Selalunya, susah nak nampak awak pakai macam ni. Asyik dengan jeans, t-shirt. Lepas tu dengan muka tersengih-sengih ni, mesti nak bodek saya. Kan?” ujar Balqish selamba. Sesekali dia menoleh mencari kelibat Zaraa kalau-kalau gadis itu sudah sampai. Luqman ketawa suka. Lelaki itu letakkan beg sandangnya di atas meja, kemudian dengan selamba, dia tundukkan badannya sedikit ke depan.


“Miss memang hebatlah. Kenapa miss tak jadi lawyer je?” soal lelaki itu mengangkat kening.


Kali ini Balqish tidak menyahut. Keningnya bertaut mendengar kata-kata Luqman. Lawyer? Profession itu pernah menjadi cita-citanya suatu masa dahulu. Sewaktu dia dan Syarifah Adrianna sama-sama di UiTM. Bahkan cita-cita itu didorong dengan rasa cinta daripada seorang insan yang pernah bergelar suaminya yang ketika itu juga merupakan seorang peguam. Namun entah kenapa bahagia yang dia kecapi tidak lama. Sebaik dia berjaya mencapai cita-citanya, insan yang pernah bergelar suami pergi meninggalkan dirinya tanpa kata. Dia ditinggalkan terumbang-ambing seorang diri membawa zuriat yang baru dikandung beberapa bulan.


Bertahun lama dia bermurung. Cita-citanya mati. Dia meletakkan jawatan sebagai peguam dan membuat keputusan untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat master. Mujur dia dikelilingi sahabat baik yang bukan sahaja berkongsi suka dengannya, malahan mereka tetap setia dikala dia berduka.


“Miss...” panggilan Luqman membuatkan Balqish tersentak. Lamunan masa silamnya hilang. Wanita itu terpinga-pinga.


“Belanja saya milo ais boleh?” Luqman tersengih. Soalan tadi dibiarkan begitu sahaja. Biarlah. Mungkin Balqish keberatan untuk bercerita dengannya. Balqish senyum mendengar permintaan lelaki itu.


“Boleh. Tapi saya tak nak dengar perkataan ‘miss’ tu lagi ok. Berapa kali nak bagitahu ni?” Balqish buat-buat geram. Padahal dah naik malas dia menegur lelaki itu supaya memanggilnya dengan gelaran ‘puan’ atau ‘madam’ seperti yang dilakukan oleh pelajar lain. Namun Luqman tak pernah hirau.


“Miss nampak muda sangat untuk panggil madam. Kalau ikutkan hati, saya nak panggil nama je. Beza umur kita pun bukan jauh sangat. In fact, saya nampak lagi matured daripada miss kot.” Teringat kata-kata Luqman sewaktu mula-mula dia menegur lelaki itu suatu ketika dahulu. Cuma Balqish tidak pasti, sama ada Luqman yang nampak matang atau dia yang terlebih kolagen awet muda? Ah, sudah. Perasan tak sudah. Dia tidak kisah sebenarnya. Lagipun itu cuma sekadar panggilan. Tetapi mengenangkan status mereka sebagai pensyarah dan pelajar, Balqish rasakan panggilan itu tidak sesuai buatnya.


“Miss nak air apa?” soalan lelaki itu membuatkan Balqish tersentak lagi. Haish, kenapa asyik nak berangan je ni? Entah bila masa Luqman memanggil pelayan kafe itu ke meja mereka, dia sendiri tidak pasti.


“It’s ok. Milo ais je untuk dia. Awak dah makan ke? Kalau belum makan, orderlah sekali.” ujar Balqish lagi. Luqman tersengih-sengih mendengar ayat itu. Matanya dikecilkan memandang Balqish. Agak lama sehingga wanita itu naik gelisah dibuatnya.


“Kenapa miss baik sangat dengan saya eh? Miss suka kat saya eh?” selamba lelaki itu tenung wajah Balqish. Tak pasal-pasal kawan tu diserang bahang pada wajah. Budak ni, boleh pulak dia buat muka menggoda dekat aku. Dahlah pelayan kafe ni dok pandang lain macam.


“Luqman Aziz, awak nak makan nasi ke nak makan handbag saya ni?” Balqish berura-ura mengangkat beg tangannya. Sedia untuk dicampakkan kepada lelaki itu bila-bila masa.


“Ok, ok. Bagi saya nasi goreng kampung satu.” Cepat-cepat Luqman menyatakan pesanan. Pelayan kafe itu angguk. Balqish kertap bibir


“Kalau cakap awal-awal tadi kan senang.” Balqish mengomel-ngomel.


“Jangan marah miss. Haa, tu kedut dah naik lagi satu.” Luqman tidak puas mengusik. Balqish hampir-hampir mengangkat beg tangannya untuk kali kedua namun deringan telefon dari dalam beg tersebut mematikan niatnya. Nama Daniel terpampang di skrin. Wajah Balqish berubah.


Luqman kelihatan selamba dan berlagak seolah-olah tidak peduli. Balqish ditatap tanpa bertanya apa-apa. Beberapa minit berfikir, wanita itu akhirnya menjawab panggilan.


“Ada apa you call?” Balqish menyoal dingin.


**********


Kaira ucapkan selamat datang kepada seorang pelanggan yang masuk ke dalam kedai itu. Seorang pemuda dengan ketinggian sederhana. Wajahnya nampak seperti kacukan iras pelakon korea Bi Rain dalam drama Full House yang pernah menjadi kegilaannya suatu masa dahulu. Lelaki itu berkulit agak cerah. Rambutnya tebal. Mujur ototnya tidak terlebih sasa. Kalau setakat badan saiz kecil molek macam dia, sekelip mata sahaja boleh ditumbangkan. Lelaki itu melilaukan mata bagai sedang mencari seseorang.


“Can I help you, sir?” Soal Kaira perlahan.


“Saya nak jumpa owner kedai ni. Miss Hanis, right?” lelaki itu mendekati Kaira di kaunter.


Kaira telan air liur. Boleh cakap Melayu rupanya. Puas dia merangka ayat bahasa Korea di dalam kepala. Itupun setakat mengingat patah lagu yang langsung dia tidak faham maknanya. Manalah tahu tiba-tiba lelaki di hadapannya itu berhabuk ‘speaking Korea’. Walaupun masih tidak berapa petah berbahasa Melayu, Kaira lega. Sekurang-kurangnya tidaklah dia ternganga sendiri.


“Oh, nak jumpa Cik Hanis. Sekejap saya panggilkan ye. Encik duduklah dulu.” Kaira mempersilakan dengan lembut. Lelaki itu mengangguk dan mengambil tempatnya di meja berhampiran.


“Lelaki yang duduk depan kaunter tu?” Hanis berbisik kepada Kaira. Dia keluar dari dapur sebaik Kaira mengangguk. Gadis itu kembali meneruskan kerjanya. Hanis pula segera menanggalkan apron dan mendapatkan lelaki itu. Sebaik sahaja menyedari kehadirannya, lelaki itu bangun serta merta. Hanis tersenyum sebelum memperkenalkan diri.


“What can I do for you, sir?”


“Saya Aiden Lee.” Ujar lelaki itu. Hanis hanya anggukkan kepala apabila lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalam. Lelaki bernama Aiden itu turut menganggukkan kepala. Dia tersenyum sembunyikan kekok dalam hati.


“I actually come for this.” lelaki itu mengeluarkan sebuah kotak kecil yang tertera lambang kedai kek itu di atasnya. Bekas kosong itu memang dikhaskan untuk mengisi kek cawan. Untuk saiz sekecil itu, hanya empat biji kek sahaja yang boleh dimuatkan.


“Do you want to buy some cupcakes?” Hanis loading. Dia bertanya kerana kurang pasti dengan maksud lelaki itu. Aiden ketawa perlahan. Ternyata dia terlalu lambat untuk datang mencari Hanis. Mana mungkin Hanis mengecam wajahnya setelah lebih seminggu peristiwa dia pengsan di bawah pokok dahulu berlaku.


“Lily gave this to me. Remember?” soal Aiden lagi. Dahi Hanis berkerut sebaik mendengar nama Lily disebut-sebut. Dari mana dia kenal Lily? Sekali lagi dia merenung kotak kek yang ditunjukkan oleh Aiden tadi.


“Oh, awak ‘orang sakit’ yang dekat bawah pokok hari tu!” Hanis teruja akhirnya. Dia menyedari siapa lelaki itu. Aiden ketawa. Ketawa tanpa mengeluarkan suara sehingga menampakkan lekuk lesung pipit pada pipi kanannya. Dia angguk mengiakan.


“Macam mana awak tahu saya kerja dekat sini?” soal Hanis lagi.


“Lily.” Aiden jawab sepatah. Dia tunjuk lambang ‘Hanis Honey House’ yang tertera pada kotak kek itu. Secara tidak langsung memberikan klu untuk dia menjejak Hanis walaupun klu tersebut muncul agak lambat. Hanis geleng kepalanya macam tak percaya.


“Lily mana? She’s not around?” Sejenak Aiden terkenangkan Lily. Tak sangka, gadis sekecil itu seakan sengaja mengatur peluang untuk dia bertemu Hanis, insan yang menyelamatkan nyawanya dahulu.


“Dia belum balik sekolah lagi.” Hanis sempat mengerling jam di dinding. Selalunya Balqish akan menjemput Lily di pra-sekolah dan menghantar anak kecil itu ke kedainya. Melainkan jika Balqish tiada kelas pada sebelah petang, maka dia akan terus membawa Lily pulang.


“Dia balik pukul berapa?” melihat perlakuan gadis itu, Aiden menyoal lagi.


“Are you interested that much?” Hanis buat-buat marah. Kemudian ketawa. Agak aneh baginya melihat perlakuan Aiden yang berjumpa buat pertama kali dan bertanyakan tentang Lily seolah-olah lelaki itu sudah kenal lama dengannya. Aiden juga ketawa.


“Then, should I ask about you?” soal lelaki itu selamba.


“Sorry?” Hanis bertana. Dia tidak percaya melihat kemesraan yang begitu cepat ditunjukkan oleh Aiden.


“Well, would you like something to drink?” Hanis cepat-cepat alihkan topik. Nampaknya lelaki ni dah mula melalut yang bukan-bukan


“I’d love to. Apa yang paling special dekat sini?” soal Aiden kembali.


“All types of coffees here are specially made by me. And the tropicana smooties as well. Or maybe you want to try banana apple milk-shake. It’s kind of good for your... diet.” Hanis mencapai buku menu pada kaunter dan menyebut satu demi satu nama hidangan dengan lancar tanpa melihat senarai. Dia melemparkan senyuman manis kepada Aiden. Aiden pandang penuh kagum. Mulutna hampir ternganga. Mujur dia lekas-lekas sedar.


“Macam mana awak tahu saya on diet?” soal Aiden perlahan. Hanis angkat bahu.


“Guessing.” Jawab Hanis ringkas. Padahal gadis itu teka berdasarkan pakaian yang sama yang dipakai lelaki itu ketika mereka berjumpa di bawah pokok dahulu dan hari ini. Berbaju sukan sedondon dengan seluar dan lengkap berkasut. Sesiapa pun pasti akan meneka lelaki itu seorang yang amat mementingkan kesihatan.


“Well, you guessed it right.” jawab Aiden masih kagum. Dia memesan banana apple milk-shake untuk dirinya.


“So, were you’re really fainting on that day. What happened actually?” soal Hanis sebaik menghantar pesanan kepada pekerja kedainya.


Aiden diam seketika. Dia sempat melilaukan mata memerhatikan dekorasi kedai kek milik gadis di hadapannya itu. Gabungan warna kuning terang dan coklat gangsa yang diserikan dengan sentuhan merah jambu pada meja, kerusi, rak termasuklah bingkai gambar yang digantung pada dinding-dinding kedai membuatkan sesiapa pun pasti seakan ditarik untuk memasuki ‘Hanis Honey House’. Paling menarik, rak-rak buku yang memenuhi ruang dinding. Sedikit pun tiada yang kosong. Persis perpustakaan. Ditambah pula dengan bau haruman daripada kek, biskut dan kopi yang memenuhi segenap ruang, perut kenyang pun boleh berbunyi semula. Begitu sekali penangannya.


“Aiden?” panggil Hanis lagi apabila melihat lelaki itu mengelamun.


“Is it really ok if I tell you?” Aiden soal kembali. Dia teragak-agak untuk memulakan kata.


“If you want to.” Hanis memberi peluang kepada lelaki itu. Jika Aiden ingin bercerita, dia sedia mendengar. Namun jika lelaki itu enggan, dia tetap menghormatinya.


“I’m a football player.” Aiden memulakan kata-kata. Hanis angkat kening.


“I mean. I’m an athlete.” jelas Aiden lagi. Hanis tersenyum lantas mengangguk. Dia memberi ruang kepada lelaki itu untuk meneruskan bicara.


“Saya jogging masa tu. And that was the maximum point I reached. It’s kind of suffering when my coach really forced me to loss weight for a next week match.” Aiden meluahkan perasaan.


“Forced?” Hanis teringat ketika Aiden berdiri tadi. Badan lelaki itu tidaklah sebesar mana sehingga dipaksa untuk menurunkan berat badan sehingga begitu teruk. Ada logiknya juga. Takkanlah lelaki itu dengan kerelaan sendiri sanggup membiarkan dirinya hampir kehilangan nyawa dengan berjoging habis-habisan.


“Personally, I think I’m not fit for this. I have no guts to continue this, Hanis. It’s just painful.” luah Aiden perlahan. Hanis tatap wajah lelaki itu yang mula berubah suram. Aiden sebak rambutnya berkali-kali menggambarkan kekusutan perasaannya secara tidak langsung.


“I was thinking, if I do something else, I would be happier. I just want happiness. Not suffer.” tambah Aiden lagi.


Susan muncul membawakan segelas banana apple milk-shake kepada lelaki itu. Hanis teragak-agak memberi ruang memandangkan dia juga seakan dapat merasakan tekanan Aiden dalam dirinya.


“What do you think, Hanis? Kalau awak di tempat saya? What would you do?” Aiden mengasak soalan. Hanis kaget seketika.


“Well, if I were you... I mean, if it will makes you... and people around you happier...” Hanis berjeda beberapa saat. Aiden memandang wajahnya, menanti dengan penuh sabar.


“I think... it’s better to take another road.” Ujar gadis itu lagi.


“Take another road?” lelaki itu mengulangi kata-kata Hanis.


“The moment you set yourself from suffering, you will see new light in your life.” Tambah Hanis dengan seulas senyuman manis buat kawan barunya itu.


“A new light...” Aiden seakan berkata-kata dengan dirinya sendiri. Hanis sekadar mengangguk. Aiden juga terangguk-angguk. Dah macam angguk beriramalah pulak dah.


**********


Hampir seminggu bercuti, Zaraa bangun awal daripada biasa pagi itu. Dia bersiap-bersiap untuk ke pejabat dan meneruskan tugasannya seperti biasa. Dia langsung tidak menyangka, usaha kerasnya selama tiga tahun di Madrid diberi imbalan yang luar biasa daripada pihak majikan. Memang siapa pun tidak akan percaya gadis seusianya akan memperolehi semua itu.


“Adrian jemput Zaraa pagi ni?” Ibunya, Puan Norzanah menyoal sebaik sahaja gadis itu mengambil tempat di meja makan. Naik seleranya sebaik terbau nasi goreng kampung air tangan ibu. Dah gian sangat bertahun di negeri orang katanya.


“Taklah. Zaraa pergi sendiri. Lagipun waktu kerja Adrian bukannya fixed macam Zaraa ni. Dia tu kena on call sepanjang masa.” Zaraa capai pinggan yang dihulurkan oleh adiknya Zureen. Dia senduk nasi goreng untuk mereka sekeluarga. Ayahnya yang juga kebetulan baru masuk ke dapur di pelawa bersama.


“Arin, siapa hantar?” soal Puan Norzanah lagi.


“Zaraa la hantar. Mama ni macam tak biasa pulak.” balas gadis itu tersenyum.


“Manalah tahu. Hari tu Zaraa tengah cuti, boleh la hantarkan Arin pergi kelas. Ni dah start kerja, jadual dah lain, kan?” Puan Norzanah memberi komen.


Suaminya Encik Nazri hanya menjadi pendengar perbualan dua beranak itu. Dia leka menikmati sarapannya sambil menyelak akhbar. Begitu juga dengan anak bongsunya Zureen, leka mengunyah dan hanya sekali-sekala menyampuk jika perlu.


“Bukannya hari-hari Arin ada kelas pagi, ma. Kalau kak Zaraa tak dapat hantar, Arin tumpang la Faizal.” gadis awal dua puluhan itu bersuara. Dia merujuk kepada jirannya yang kebetulan belajar di unversiti yang sama tetapi dalam bidang yang berlainan. Dia yang kini sedang menuntut di tahun satu Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perakaunan sekadar tersengih-sengih menghabiskan suapan terakhir.


Usai bersalaman dengan kedua ibu bapa mereka, Zaraa dan Zureen meminta diri untuk keluar. Puan Norzanah menghantar kedua-dua anaknya ke muka pintu.


“Baik-baik bawak kereta tu.” pesan Encik Nazri sebaik sahaja Zaraa dan Zureen melangkah keluar rumah. Dua beradik itu mengangguk serentak.


***


Zaraa melangkah gembira memasuki bangunan Delegation Tower yang dia tinggalkan hampir tiga tahun yang lalu. Gadis itu berdiri seketika di hadapan pintu masuk. Bangunan setinggi 20 tingkat itu dipandang kagum. Banyak naik taraf yang dapat dia lihat. Selama ini jika dia pulang ke Malaysia pun, adalah semata-mata untuk bercuti. Jarang sangat dia singgah di bangunan itu. Kalau perlu berjumpa bos atau penyelia projeknya sekalipun, mereka lebih banyak berjumpa di luar, dalam suasana separa formal yang lebih santai.


“So, this is your new office. New view. New assistance. And I hope you like it.” Mr. Kim, pengarah di bahagian reka bentuk itu mengiringinya masuk ke dalam sebuah bilik sederhana besar. Itu pejabat barunya.


Bilik itu menempatkan sebuah meja dan kerusi di tengah-tengah, ruangan santai di mana satu set sofa kecil dengan meja kopi diletakkan, beberapa rak fail dan rak buku, juga sebuah meja besar di bahagian belakang sekali berhampiran tingkap untuk kerja-kerja melakar pelan atau pembinaan model-model projek. Zaraa berjalan melihat dekorasi pejabat barunya itu dengan perasaan penuh kagum. Dari cermin besar tingkap di belakang mejanya itu, dia dapat melihat hampir separuh bandar Nilai berlatar belakangkan pemandangan yang sungguh indah.


“This is so cool!” Gadis itu bersuara perlahan namun mampu didengari oleh ketuanya yang tersenyum-senyum sejak tadi. Dia gembira Zaraa menyukainya.


“Thank you so much Mr. Kim. I’m... speechless.” ujar gadis itu terharu.


“You deserve it, Zaraa. You have put so much effort to this company and this is the least I can do.” ujar lelaki berbangsa cina kacukan America itu. Jauh disudut hatinya dia amat berterima kasih kepada Zaraa kerana sedikit sebanyak, syarikat pembangunan itu semakin kukuh dengan adanya arkitek hebat seperti Zaraa.


Zaraa hampir menitikkan air mata mendengar kata-kata Mr. Kim. Lelaki separuh abad yang mungkin seusia dengan bapanya itu sudah lama dia anggap sebagai mentor. Kalau tidak kerana kepercayaan yang diberikan oleh Mr. Kim, tidak mungkin dia akan berjaya seperti hari ini. Ah, air matanya menitik juga.


“Are you ok my dear?” Lelaki itu sedikit kaget melihat reaksi Zaraa. Zaraa terangguk-angguk. Emosi pulak aku ni.


“I don’t know what to say Mr. Kim...” Gadis itu kesat air mata. Perasaan sebaknya masih belum hilang. Mr. Kim tersenyum. Dia faham perasaan gadis itu. Tapi taching-taching jugak. Kerja mesti diteruskan.


“Come, I’ll introduce you with your very special assistant.” Mr. Kim mempersilakan gadis itu mengikutnya ke sebuah lagi bilik, selang beberapa pintu sahaja dari pejabatnya. Zaraa menurut.


“Zaraa, this is Farizal Hakim, your assistance, I mean, he’s the chief designer while you’re not around all these while. And Farizal, this is Zaraa Aishah. She’s a chief designer as well. I told you, remember?” Lelaki berbangsa cina itu melakukan sesi suai kenal secara ringkas. Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Macam tahu-tahu. Mr. Kim tergesa-gesa meminta diri. Dia harus jawab panggilan itu. Zaraa dan Farizal hanya angguk.


Farizal berdiri tegak di hadapan Zaraa. Lelaki itu berdehem sebelum membetul-betulkan kot lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Salam perkenalan yang sangat formal bagi pandangan Zaraa.


“Farizal Hakim. Welcome back Zaraa.” lelaki itu bersuara. Dia melemparkan senyuman yang paling manis. Namun senyuman itu pada pandangan Zaraa terselindung seribu satu makna.


“I’m Zaraa.” Gadis itu menyambut salam. Dia memberi senyuman balas. Farizal angguk dengan pandangan mata yang sukar untuk dimengerti.


“I guess, we’re going to make a good collaboration, huh.” kata-kata sinis yang jelas sekali berbaur sindirian. Cabaran hari pertama. Zaraa tersenyum lagi. Iguess so. Detik hatinya.


**********


“This is awesome!” Jerit Balqish sambil melihat gambar-gambar ditelefon pintar milik gadis itu. Syarifah Adrianna yang leka memerhatikan Hanis melayan karenah Lily di taman permainan itu cepat-cepat menyelitkan diri di sebelah kirinya.


“Oh my God, hebat gila office baru kau. Apasal tak tweet awal-awal? Dah hari sabtu baru kau nak tunjuk. Tergamak kau eh?” Syarifah Adrianna pula memberikan komen. Panjang dan lebar.


Zaraa yang duduk di sebelah kanan Balqish tersengih-sengih. Bukan bangga, tetapi gembira melihat kawan-kawan baiknya turut berkongsi kegembiraan dan keterujaan mereka bersama. Komen-komen begitu sudah lali di dengar, terutamanya daripada Syarifah Adrianna. Dengar agak kasar, tetapi begitulah cara mereka menunjukkan kemesraan.


Petang hujung minggu itu, mereka berempat berkumpul di rumah Balqish. Selesai masak-masak, bercerita tentang perkembangan terbaru masing-masing, mereka sediakan sandwich untuk minum petang sebelum membawa Lily keluar berjalan-jalan di sekitar taman permainan berhampiran rumahnya. Untung Lily.


“Aku tak ada masa lah nak layan tweet-tweet ni. Sekarang bukan zaman belajar lagi. Tak sempat nak fikir semua tu.” ujar Zaraa pula. Balqish angguk setuju. Syarifah Adrianna mencebik. Macamlah nak upload sekeping gambar pun berhari-hari.


Ketiga-tiga mereka kemudian ketawa melihat gambar Zaraa yang diambil bersama dengan sebuah patung harimau kecil pemberian Syed Adrian. Patung itu diletakkan di atas rak berhampiran meja pejabatnya dan sering dibawa kemana-mana termasuklah sewaktu dia bertugas di Madrid dahulu.


“Ouch, sweetnye kakak ipar kau.” Balqish memanjangkan muncungnya menoleh ke arah Syarifah Adrianna.


“Tu bukan sweet. Tu gedik.” Syarifah Adrianna cari gaduh.


Zaraa bulatkan mata. Bersungguh-sungguh dia berusaha mencapai lengan gadis itu untuk dicubit-cubit. Sepantas kilat Syarifah Adrianna berlari meninggalkan mereka. Zaraa bangun tanpa berlengah. Lily pula terkekek-kekek dari jauh melihat telatah dua orang auntie-nya yang berperangai budak-budak kalah dirinya sendiri. Sesekali Hanis turut terjerit kecil. Pihak yang tidak bersalah pun menjadi mangsa.


Balqish tersenyum. Merekalah anugerah Allah yang tidak ternilai buatnya. Dikurniakan sahabat setia dan saling bersamanya tidak kira susah dan senang. Malah, sahabatnya itu jugalah yang banyak melimpahkan kasih sayang kepada Lily, satu-satunya harta yang paling bermakna buat dia di dunia ini.


“I’m happy for you.” sorang lelaki tiba-tiba mengambil tempat di sebelahnya.


Balqish terperanjat bukan kepalang. Tanpa menoleh pun dia tahu siapa pemilik suara itu sekaligus membuatkan amarahnya membuak.


“Apa you buat dekat sini, Daniel?” Balqish membentak geram. Suaranya dikawal agar tidak terlalu kuat.


“I nak jumpa you. Nak jumpa anak kita.” ujar lelaki itu sambil menoleh memandang Balqish. Wanita itu tertawa tak pasal-pasal. Kelakar ke?


“Anak kita? Since when?” Balqish mengejek. Daniel diam mencari kata-kata terbaik. Dia berusaha memujuk wanita itu.


“Sudahlah Daniel. I tak nak tengok muka you lagi. Sebelum I halau you, baik you balik.” sambung wanita itu lagi. Balqish menoleh membalas pandangan Daniel. Namun pandangan itu bukanlah seredup seperti yang pernah diberikan kepada lelaki itu suatu masa dahulu.


“I have something to ask.” ujar Daniel tiba-tiba. Sikap dingin Balqish enggan diendahkan.


“But I have nothing to answer. Baliklah, Daniel.” Balqish semakin gelisah apabila melihat Lily tertoleh-toleh menandang ke arahnya. Begitu juga dengan kawan-kawannya yang lain.


Balqish terpaksa menarik lengan baju Daniel apabila lelaki itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pergi. Dia tidak mahu Lily melihat apatah lagi berjumpa dengan Daniel. Dia tidak mahu lelaki itu wujud dalam hidup Lily. Daniel akur.


Kini, mereka berdua duduk di sebuah bangku panjang agak jauh dan terlindung daripada pandangan Lily. Zaraa, Hanis dan Syarifah Adrianna tahu dia bersama lelaki itu. Mujur mereka pandai mengalihkan perhatian Lily.


“Berapa umur Lily?” soal Daniel selepas beberapa minit membiarkan suasana antara mereka sunyi sepi. Balqish tarik nafas beberapa kali cuba menenangkan hati.


“You... nampak macam berminat sangat nak ambil tahu pasal anak I. Apa sebenarnya yang you nak tahu Daniel? Sama ada Lily tu betul-betul anak you atau tidak? So that you boleh tuntut hak penjagaan dia dekat mahkamah? Macam tu?” Balqish terus mengasak lelaki itu dengan soalan bertubi-tubi.


Daniel kelihatan tenang mendengar luahan dan bentakan emosi daripada wanita itu. Lima tahun dia meninggalkan Balqish terkapai-kapai sendiri, Daniel akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Beberapa bulan yang lalu, dia mencuba nasib untuk menghubungi nombor wanita itu yang masih berada dalam simpanannya. Dia bernasib baik kerana Balqish tidak menukar nombor telefon.


Apabila dia mendapat tahu bekas isterinya itu kini bekerja sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam di Bangi, Daniel perlahan-lahan cuba mendekatinya kembali untuk menebus kesalahan yang pernah dia lakukan dahulu. Namun, kekesalannya itu disalah ertikan oleh Balqish.


“Lima tahun dulu you tinggalkan I, you pijak-pijak maruah I, how wierd. Daniel you tak ada perasaan malu ke?” Balqish bersuara sinis. Daniel berjeda agak lama. Dia tahu marah Balqish masih belum hilang.


“You dah kahwin?” Daniel memberanikan diri bertanya. Terlalu banyak yang ingin dia tahu daripada wanita itu. Namun dia masih mampu tenang dan bersabar. Dia faham, sesiapa pun yang berada pada situasi Balqish pasti tidak mampu menerima apa yang telah dia lakukan. Malah tidak mungkin serasional wanita itu menghadapinya.


“You have no right to ask me that.” balas Balqish tenang. Dia masih mampu mengawal perasan walaupun dalam hatinya membentak yang bukan-bukan.


“Tolonglah Daniel. Jangan tambahkan serabut hidup I ni lagi. You kan dah bahagia dengan hidup you sekarang. Isteri baru you. So please, leave me alone.” pinta Balqish lagi. Dia bernada lemah. Luka dihatinya mengenang masa lalu terasa berdarah kembali.


“I dah bercerai.” ujar Daniel perlahan. Balqish terdiam. Wajahnya sedikit berubah mendengar kata-kata lelaki itu.


“I sepatutnya dengar cakap you dulu. I’m sorry.” Daniel menyatakan kekesalan.


“I don’t care.” Balqish memeluk tubuh. Dia malas mahu meneruskan perbualan itu. Petang pun semakin lewat. Lantas dia berdiri, berura-ura untuk pergi dari situ.


“You dah berubah, Qish.” tutur Daniel lemah. Dia berdiri di belakang wanita itu. Namun Balqish sekadar membatukan diri.


“Lima tahun dulu...” Balqish bersuara tanpa menoleh.


“I also thought you wouldn’t changed.” sambungnya lagi lalu menapak meninggalkan lelaki itu tanpa menoleh walaupun sekali. Daniel meraup wajahnya. Dia mengeluh berat.




**********