Kesesakan
di Dewan Agong Tuanku Canseleri UiTM itu semakin reda. Ratusan ibu bapa yang hadir
meraikan hari graduasi anak-anak mereka juga beransur pulang. Termasuklah
saudara-mara dan sahabat handai yang berkeliaran dengan jambak bunga pelbagai
saiz. Kalau nak advance sikit, ada teddy bear tercatuk di tengah-tengah. Kalau
nak extra advance lagi, taman bunga sebelah kanan, zoo beruang sebelah kiri.
Itu baru saudara-mara dan sahabat handai, belum termasuk lagi dengan ratusan
para graduan yang berjubah serba hitam di sana-sini. Masing-masing tersengih
jadi model ubat gigi. Make up entah berapa inci. Kasut pula bergalah-galah
punya tinggi. Majlis konvokesyen, dah macam majlis meraikan raja sehari!
Tapi
dicelah-celah lautan manusia di situ, terdapat sebuah tangga mengunjur ke
tempat letak kereta. Ada empat orang gadis membentuk bulatan sedang
tersenyum-senyum menghadap batang hidung antara satu-sama lain. Dua daripada
mereka, baru sahaja lepas gian naik pentas dewan petang tadi. Dua orang lagi,
sidang pagi.
Zaraa,
si tinggi lampai, membetul-betulkan jubah konvonya sekaligus membuatkan tiga
orang kawan yang lain turut memeriksa jubah mereka. Dia graduan dalam bidang
seni dan reka bentuk. Sidangnya sudah selesai pagi tadi tapi sengaja tak nak
pulangkan jubah lagi. Dia betulkan pula juntaian rambut coklat gelap yang
sekali-sekala gatal nak ikut arah angin. Kali ini dia ketawa geli hati. Konfirm
kawannya lagi tiga orang tu tak boleh nak bajet touch-up rambut macam dia. Dah
masing-masing tutup-litup. Dia pandang Syarifah Adrianna sambil angkat-angkat
kening. Memberi isyarat kepada gadis yang tidak berapa nak ayu itu.
“Dah
comel dah.” teriak Syarifah Adrianna. Dia pandang Balqish, teman mereka
berdarah campuran arab di sebelahnya. Gadis itu dengan gigihnya sedang sibuk
menepek ‘compact powder’ pada wajah. Pipi yang dah sedia bulat itu ditenyeh-tenyeh
pewarna merah kasi jelas bentuknya. Tak perlu peduli masyarakat sekeliling. Terutama
sekali Syarifah Adrianna yang tengah buat muka tak puas hati. Balqish mencebik.
Kedua-dua mereka merupakan graduan bidang undang-undang. Yang baru sahaja naik
pentas beberapa jam tadi. Paling rapat dan juga paling kerap bercakar sesama
sendiri. Bezanya Balqish montel sikit daripada Syarifah Adrianna dan Syarifah
Adrianna pula rendah sikit daripada Balqish.
Melihat
mimik wajah Balqish, Zaraa ketawa tak cukup tanah. Sekali dengar dah macam
langsuir mengilai. Mujur hari masih siang. Kalau tak, sah-sah orang ingat ada
shooting sekuel filem Pontianak Harum Sundal Malam dekat UiTM hari itu. Hanis juga
ketawa. Tapi versi sopan. Ala-ala Saidatul Nafisah dalam filem Tujuh Petala
Cinta. Itupun kalau jumpa part dia ketawa. Entah. Yang penting Hanis memang
sopan. Paling sopan antara tiga orang kawannya yang lain. Dia pemegang ijazah
sarjana muda dalam bidang perniagaan. Sekali-sekala Hanis betul-betulkan hujung
selendangnya yang hampir sebaya dengan tudung labuh itu. Sewaktu telefon bimbit
Syarifah Adrianna berbunyi, dia dan Balqish, masing-masing tersengih sendiri. Hanya
Zaraa yang buat muka tiada perasaan.
“Is
that him?” soal Balqis tidak sabar.
Syarifah
Adrianna senyum memberi jawapan. Bibirnya diketap lalu cepat-cepat dia jawab
panggilan. Panggilan yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka berempat sejak
tadi.
“Hah,
macam mana?” tanpa salam tanpa pendahuluan, gadis itu menyoal sebaik menjawab
talian.
Balqish
dan Hanis tekun dengar setiap butir bicara Syarifah Adrianna. Kebingitan di
sekitar majlis graduasi itu sedikit pun tidak menganggu konsentrasi mereka.
Sementara Zaraa mengambil peluang untuk meliarkan mata memerhatikan gelagat
pelajar dan ibu bapa yang masih berada di sekitar dewan. Entah bila nak
bersurai dia pun tak tahu. Tak sampai lima minit, Syarifah Adrianna matikan
talian. Wajahnya nampak tenang. Susah nak tafsirkan sama ada berita yang bakal
disampaikan gembira atau tak berapa nak gembira.
“So?”
sekali lagi Balqis mencelah. Gadis itu memang spesis kurang sabar sikit.
“Adrian
cakap apa?” soal Zaraa pula, selamba dia sebut nama lelaki itu.
“Tak
sia-sia kau jadi girlfriend abang aku, Zaraa. Kalau bukan disebabkan kau, tak
ada mana dia nak sponsor tiket kita berempat.” Syarifah Adrianna
terlompat-lompat tak cukup tanah.
“So,
jadilah kita nak terbang ni?” Balqish meminta kepastian.
Syarifah
Adrianna angguk. Dia pandang ketiga-tiga kawan baiknya itu. Zaraa tersengih paling
lebar. Namun mengenangkan Syed Adrian, kekasih hatinya yang juga abang kepada Syarifah
Adrianna, dia hampir diserang sawan.
“Tak
sia-sia konon. Dia cakap dengan aku, tiket habislah, tak ada budget nak
sponsorlah. Aku baru je plan nak holiday dekat I-City tu haaa. Kalau dah susah
sangat.” bentak Zaraa buat-buat merajuk. Macamlah ada orang nak pujuk.
“Rilekslah
Zaraa. Dia saja nak bergurau tu.” Hanis siku si Zaraa. Nasib baik Zaraa cepat
sedar diri. Gadis itu ketawa mengenangkan emosinya yang entah apa-apa tadi. Saja
nak berdrama, bajet Yash Chopra datang UiTM nak shooting filem Datuk Shah Rukh
Khan yang terbaru. Padahal bukan dia tak tahu perangai Syed Adrian yang sukar
diramal tu.
‘Abg saja kan?’
Sempat
dia menghantar pesanan ringkas itu kepada Syed Adrian.
“Untunglah
ada abang gaji berkepuk-kepuk. Senang paw tiket free.” Balqish paut lengan Syarifah
Adrianna mengajaknya ke tempat letak kereta. Zaraa dan Hanis ikut langkah
mereka dari belakang.
“Untung?
Kalau bukan Zaraa punya pasal, tak ada maknanya. Dengan aku pun sikit punya
kedekut. Dasar tahi hidung masin.” Syarifah Adrianna sempat jeling bakal kakak
ipar merangkap kawan baiknya itu. Zaraa tersengih-sengih. Balqish dan Hanis pun
tumpang sengih sekali.
“Untunglah
Zaraa.” ujar Balqish lagi disertai dengan cuitan kecil Zaraa pada pinggangnya. Mengelintin
kawan tu. Ketawa empat orang terus bertukar jadi macam ketawa empat puluh empat
orang. Langkah mereka kemudian terhenti di sebelah volvo rekaan klasik
peninggalan arwah ayah Balqish. Volvo pusaka yang digunakan oleh gadis itu
sejak sekian lama. Masih cantik dan elegan kerana dijaga dengan baik.
“Wait.
Dah dapat tiket, kan? Tapi kita nak pergi mana?” Balqish macam baru tersedar
nak tanya soalan itu ketika dia mahu menghidupkan enjin kereta.
“Haaa,
itu yang aku nak tanya dari tadi sebenarnya. Tapi tak terkeluar.” Hanis angguk-anggukkan
kepala. Ketika itulah suasana antara mereka sepi seribu bahasa walaupun kawasan
sekitar masih riuh-rendah dengan manusia. Masing-masing pandang Syarifah
Adrianna yang sudah siap-siap buka pintu hadapan di sebelah pemandu.
“I
thought you’d never ask.” gadis itu menyeringai. Selamba dia masuk ke dalam
kereta membuatkan Balqish, Hanis dan Zaraa menjerit bagai tersampuk setan. Oh,
kecuali Hanis. Dia ala-ala malaikat sikit. Mereka semua masuk tergesa-gesa. Sambung
riuh-rendah dalam kereta.
**********
84 BULAN KEMUDIAN = 7 TAHUN ^_^
“Zaraa
terpaksa delay balik Malaysia minggu depan. Boss suruh attend opening ceremony
hotel tu jugak. No excuses.” Zaraa Aishah berdiri di balkoni rumah. Suasana
kota Madrid pagi ini terlebih indah dia rasakan. Dia mundar-mandir memegang
telefon bimbit dengan secawan kopi ditangan kiri. Dua ekor burung merpati
hinggap di palang balkoni. Zaraa tersenyum macamlah burung-burung tu boleh cair
memandangnya.
“Well,
boss Zaraa kan ada. Takkan opening ceremony pun nak kena attend? Zaraa arkitek
je.” suara Syed Adrian kedengaran memprotes dihujung talian. Zaraa mencebik.
Dia ajuk kata-kata lelaki itu tanpa mengeluarkan suara. Arkitek je? Eleh,
tahulah kerja dia lagi hebat.
“Adalah
tu nak kenalkan Zaraa dengan mana-mana international company dekat sini ke?
Mana tahu dapat opportunity kerja terus dekat sini.” Zaraa tidak mahu kalah.
Dia mengambil tempat di bangku panjang berhampiran pintu lalu menghirup kopinya
perlahan. Pahit. Mendengar suara Syed Adrian mengeluh, tak pasal-pasal kopi
pahit jadi manis.
“Dah
tak nak balik Malaysia terus dah? Abang baru je plan nak celebrate birthday
dengan Zaraa. Dua tahun Zaraa tak balik Malaysia, ingatkan tahun ni dapat.
Rupanya tak jugak.” Lemah Syed Adrian membalas. Zaraa tahan ketawanya sedaya
upaya. Dia letakkan cawan kopi di atas meje. Cepat-cepat dia tekup mulut. Kang
mengilai tak pasal-pasal hilang mood merpati dua ekor tadi nak bertenggek.
“Alaaa,
nak buat macam mana. Abang bukan tak tahu perangai Mr.Kim tu. Dahlah dia ikat
Zaraa dengan kontrak tiga tahun kerja dekat Madrid ni. Lepas tu tak boleh
kahwinlah, itulah inilah. Tapi abang sabar je. Takkanlah seminggu lagi abang
tak boleh sabar...” Zaraa pujuk tunangnya itu dengan suara paling menggoda.
Ya. Mereka bertunang beberapa minggu sebelum Zaraa terbang ke Sepanyol dan mengikat kontrak untuk bekerja di sana selama tiga tahun. Syed Adrian diam dihujung talian. Sementara Zaraa seronok dengan lakonan sendiri. Itu tandanya Syed Adrian amat merinduinya dan tidak sabar menanti kepulangannya ke Malaysia.
“Nanti
Zaraa nyanyi lagu happy birthday untuk abang dekat skype, ok?” Zaraa terus
berusaha menyedapkan hati lelaki itu. Kali ini Syed Adrian ketawa. Ketawa yang
dibuat-buat.
“It’s
ok. Abang fahamlah. Macam tak biasa pulak sambut birthday sorang-sorang.” Syed
Adrian memujuk diri sendiri dalam perli.
“Eh,
takkan merajuk kot? Dah 30 tahun plus plus pun pandai merajuk lagi?” Zaraa mengusik.
Seronok benar dapat kenakan lelaki itu. Tak peduli langsung sama ada lelaki itu
kepenatan melayan panggilannya. Malaysia kalau tidak silapnya sekarang hampir
pukul dua pagi. Tak tidur lagi tunang aku ni? Dia berkira-kira sendiri.
“Dengan
Zaraa abang pandailah.” Syed Adrian balas selamba. Zaraa sengih.
“Bagus!
Jangan sekali-sekali cuba buat dengan orang lain. Ini amaran keras.” Gadis itu
masih tidak puas mengusik. Usikan berbaur ugutan. Bunyi loceng pintu membuatkan
Zaraa menoleh ke pintu masuk. Alamak!
“Ok
lah abang. Ada orang datang ni. Nanti kita jumpa dekat skype ok. Jangan lupa
countdown.” gadis itu bangun dari duduknya mendapatkan pintu utama rumah. Elle,
teman sepejabatnya muncul dengan depaan tangan. Pantas Zaraa peluk gadis
berambut keemasan itu sebelum mengajaknya masuk ke dalam.
“Ready
for home coming?” Elle tersenyum-senyum pandang Zaraa. Mata hijau zaitunnya
kemudian meleret memerhatikan sebuah bagasi besar dan dua beg kecil milik gadis
itu di tengah-tengah ruang rumah.
Zaraa
angguk berkali-kali. Anggukan yang disertakan dengan senyuman. Dia juga
memerhatikan sekitar ruang dalam rumah yang didudukinya selama hampir tiga
tahun itu. Rumah yang sebenarnya lebih kepada sebuah bilik besar dengan perabot
yang sama seperti pertama kali dia melangkah masuk. Tiada apa yang berubah. Siapa
sangka, pagi itu adalah pagi terakhir dia akan menikmati pemandangan kota Madrid
sebelum melangkah pulang ke Malaysia. Dah sampai masa untuk berbakti di tanah
air sendiri.
“It’s
time.” Gadis itu mencapai kot dan bagasi lalu keluar dari rumah. Elle
mengangguk dan turut membantu memasukkan barang ke dalam kereta. Penerbangannya
dijadualkan kira-kira tiga jam lagi. Mujur lapangan terbang tidak berapa jauh
dari situ. Mujur juga gadis kecil molek kelahiran Sepanyol itu sudi
menghantarnya ke lapangan terbang. Harap-harap jalan tidak sesak.
“I’m
going to miss you.” Zaraa seolah-olah bercakap dengan bangunan di hadapannya
itu. Dua ekor merpati tadi melintas lagi. Macam tahu-tahu pulak gadis itu
hendak pergi. Zaraa tarik nafas dalam-dalam. Perasaan sedih dan gembira bercampur-baur.
Namun senyumnya masih tidak putus-putus bergayut dibibir.
“Let’s
go, Elle.” Zaraa bersuara lantas masuk ke dalam perut kereta. Opening ceremony?
Sekali-sekala kenakan birthday boy apa salahnya. Zaraa mengekek dalam hati.
Teruja dengan idea sendiri.
**********
Jarum
panjang dan pendek jam sama-sama tunjuk angka enam. Gadis itu tergesa-gesa
menyusun fail-fail kes yang telah siap di atas rak. Baru dia sedar, dia sudah
agak lewat petang itu. Fail kes yang masih belum selesai, dibiarkan berselerakan
di atas meja. Pantas dia capai kot yang tersangkut elok di kerusi. Beg tangan
dan briefcase juga dicapai sekaligus. Usai mematikan suis lampu dan penghawa
dingin, dia berjalan pantas keluar dari pejabat. Namun langkahnya mati sewaktu
melintasi pantry dan terpandangkan seseorang di situ.
“Tak
balik lagi Encik Hairul?” soalnya perlahan.
“Oh,
Anna. Biasalah, banyak kerja tak siap lagi. Saya ingat awak dah balik.” Lelaki
bernama Hairul Hafizi yang juga merupakan teman sepejabat gadis itu sekadar
berbasa-basi. Syarifah Adrianna senyum buat muka ayu.
“Baru
nak balik.” balasnya sopan.
“Encik
Hairul buat kopi ke? Nak saya bancuhkan?” dia sempat menawarkan bantuan apabila
melihat lelaki itu agak tergesa-gesa mencapai cawan dan serbuk kopi campuran
segera. Nak tunjuk prihatin agaknya.
“It’s
ok. Instance coffee je pun.” lelaki itu senyum. Peket kopi ditangannya diangkat.
Syarifah Adrianna mengangguk lagi. Teragak-agak dia membalas senyuman Hairul
Hafizi.
“Err,
Encik Hairul...” panggil gadis itu perlahan.
“Yup.”
Hairul Hafizi angkat kening.
“Saya
ada sesuatu nak tanya dekat Encik Hairul.” ujar Syarifah Adrianna. Dia berjalan
mendekati lelaki itu.
“Nak tanya pasal apa? Tanyalah.” Hairul Hafizi mencapai sudu kecil dan mengacau-ngacau cawan minumannya. Sempat dia mempelawa gadis itu namun ditolak lembut oleh Syarifah Adrianna.
“Saya
nak tanya tentang kes-kes syariah, hadhanah.” ujar gadis itu lagi. Hairul
Hafizi taut kening. Dia berfikir sejenak.
“Saya
ada bagi awak kes hadhanah ke?” soal lelaki itu kembali.
“Eh,
tak. Maksud saya, saya cuma nak minta pendapat Encik Hairul atau mungkin Encik
Hairul ada fail-fail kes yang boleh saya baca berkaitan dengan hadhanah?” Syarifah
Adrianna mengeleng lalu menjelaskan maksud pertanyaannya tadi. Alahai, tak
payahlah beriya sangat Anna oooi. Dia kutuk diri sendiri.
“Ooh,
saya ingatkan saya tersalah bagi kes tadi.” lelaki itu ketawa perlahan. Syarifah
Adrianna mengeleng.
“Nanti
saya tengokkan. Tapi kalau ada pun mungkin tak banyak mana. Awak pun tahu firma
kita ni bukan ambil kes-kes syariah.” balas Hairul Hafizi lagi.
Syarifah
Adrianna angguk kepala berkali-kali. Macamlah dia tak tahu. Sengaja nak rasa
teruja dengan kesudian lelaki itu untuk membantu. Nak cari peluang untuk semai
benih bunga-bunga cinta layu di pusara. Yelah, bukan senang nak berbual dengan
lelaki itu kalau bukan disebabkan perihal kerja.
“Kalau
macam tu, saya balik dulu ye Encik Hairul. Terima kasih banyak.” gadis itu
meminta diri. Hairul tersenyum dan mengangguk sebelum kembali ke biliknya. Sebaik
sahaja lelaki itu menutup daun pintu, Syarifah Adrianna mengurut dada.
Jantungnya terasa laju tiba-tiba.
“Menggelabah,
siot.” Dia maki diri sendiri.
Sekali-sekala
matanya meninjau sekeliling. Manalah tahu kalau-kalau ada rakan sekerjanya yang
masih belum pulang. Kang kantoi tak pasal-pasal pulak. Lega. Suasana di sekitar
pejabat guaman itu senyap sunyi. Dia memandang plag nama pada pintu bilik lelaki
bernama Hairul Hafizi. Lelaki itu bukan sahaja pemilik firma guaman itu bahkan
dia juga merupakan ketua unitnya di bahagian jenayah. Dahlah tinggi, kacak pula
tu. Kalau Hairul Hafizi mengaku dirinya sebagai Bradley Cooper versi Malaysia
pun pasti ramai yang akan setuju. Pakej lengkap untuk buat calon menantu ibu.
Syarifah
Adrianna kagum dengan perwatakan lelaki itu. Bahkan sejak tahun pertama dia
bekerja di firma guaman itu lagi dia sudah usya Hairul Hafizi dalam diam. Tiga
tahun pendam perasaan. Entah bila ‘Bradley Cooper’ itu hendak perasan agaknya.
Syarifah Adrianna tarik nafas dalam-dalam. Dia jeling jam tangan. Shit. Dah
dekat pukul 7. Hairul Hafizi jarang balik awal. Disebabkan lelaki itu jugalah
dia pun terjebak sama ke kancah pulang lewat. Padahal tak pernah pun diangkat
sebagai pekerja terbaik. Adalah sekali dua. Cuma hari ini jadualnya sedikit
lari dari biasa.
“Opocot
kau meletup!” bunyi telefon bimbitnya membuatkan gadis itu melatah tak
pasal-pasal. Alamak!
“Kau
dekat mana weh?” bingit! Sepantas kilat dia jarakkan telefon bimbit dari
telinga.
“Sorry,
Qish. Aku baru keluar office ni. Sekejap lagi aku sampai.” Syarifah Adrianna terkial-kial
lari keluar dari pejabat. Dia mendapatkan keretanya yang diparkir tidak jauh
dari pintu masuk utama.
“Kan
mak tiri dah mengamuk.” gadis itu menyumpah-nyumpah lagi sebaik sahaja
mematikan talian. Toyota Altis bewarna hitam miliknya itu dipecut laju menuju
ke Bandar Putra Mahkota, Bangi. Kalah formula one.
**********
Hanis
melangkah masuk ke dalam kedai. Gadis berselendang labuh itu tergesa-gesa ke
dapur meletakkan beg tangan di atas sebuah meja kecil. Meja kecil itu pula
bersama beberapa buah rak fail yang digabungkan, membentuk satu ruangan seakan
kubikel untuk dia melakukan tugasan seharian. Dia pengurus dan pemilik kedai
itu. “Hanis Honey House”, yang ditubuhkannya kira-kira tiga tahun lalu. Pantas
gadis itu mencapai sebuah mangkuk besar dari dalam kabinet. Lengan bajunya
disinsing hingga ke siku. Lalu dia mencapai tepung, mentega, telur dan beberapa
bahan lain untuk memulakan kerja. Kaira, gadis berusia lingkungan 20 tahun yang
juga merupakan pekerjanya di kedai itu memandang pelik.
“Amboi
Kak Hanis, kabut semacam je. Kenapa?” Gadis itu menegur.
Dia
kerutkan dahi memandang Hanis. Namun tangannya tetap juga ligat meneruskan
kerja menyusun biskut-biskut ke dalam balang kecil untuk dipamerkan di hadapan
kedai. Hanis Zulaikha yang mesra dipanggilnya dengan panggilan Kak Hanis itu
terkebil-kebil memandang wajahnya.
“Hmm,
lupa Kak Hanis nak tanya. Kek apa yang ada dekat depan tu Kaira?” Hanis merujuk
kepada rak kaca yang menempatkan deretan kek yang dijual dikedainya. Soalan
gadis itu tidak pula dijawab.
“Kek
kat depan?” giliran Kaira pula terkebil-kebil. Dia tergesa-gesa berlari keluar
dari dapur itu mendapatkan kek yang dipamerkan di dalam sebuah rak kaca berhawa
dingin berhampiran kaunter di ruang utama kedai. Hanis menurut langkah gadis itu
keluar dari dapur. Dia membongkok di sebelah Kaira memerhatikan satu demi satu
nama kek yang dipamerkan.
“Black
forest cheese ada tak?” Hanis seakan bertanya kepada gadis itu. Namun gayanya
yang kusyuk memerhatikan rak empat tingkat itu menampakkan dia seolah-olah
bercakap sendiri.
“Tu.
Ada lebih kurang 2,3 slice je lagi.” jari Kaira menunjukkan kek yang diletakkan
pada tingkat kedua sebelah kiri sekali.
Hanis
menghela nafas panjang. Kedengaran agak berat dan dalam. Dari posisi membongkok
tadi, dia bangun meluruskan pinggang. Kaira tercengang-cengang memerhatikan
tingkah laku majikan yang dianggap seperti kakak sendiri itu. Black forest
cheese? Urgent sangat ke sampai Kak Hanis gelisah macam ni?
“Kak
Hanis nak kek tu sebiji?” soal Kaira apabila melihat gadis itu diam seakan
berfikir. Lama pula tu.
Hanis
angguk akhirnya. Sempat dia melarikan pandangan di sekitar kedai. Petang-petang
begini memang tidak ramai pelanggan. Cuma terdapat dua orang lelaki di suatu
sudut kedai sedang menikmati minuman petang dengan dua ketul brownies coklat
bersaiz sederhana. Masing-masing berpakaian formal. Mungkin melibatkan urusan
kerja agaknya. Entah. Tak kuasa pula dia hendak mengambil tahu masalah orang.
Kaira
bertaut pandangan dengan teman sekerjanya, Susan yang sedang mengemaskan meja.
Sekumpulan pelanggan, yang barangkali pelajar Kolej di sekitar Bangi itu
agaknya baru sahaja keluar. Gadis sebayanya itu memberikan isyarat mata merujuk
kepada Hanis. Kaira angkat bahu. Bunyi loceng pintu kedengaran, menandakan ada
pelanggan masuk ke kedai mereka. Kaira dan Susan toleh hampir serentak. Hanis
yang masih diam berfikir turut menoleh sekali.
“Auntie
Hanis...” Seorang kanak-kanak perempuan berumur lingkungan enam tahun
berlari-lari anak mendapatkannya. Syarifah Adrianna yang muncul dari belakang
sekadar memberi isyarat untuk pulang. Dia hanya ingin memastikan anak kecil itu
selamat bersama Hanis. Hanis angguk, faham. Dia sambut huluran tangan kanak-kanak
perempuan itu untuk bersalam. Bagus. Kecil-kecil dan pandai beradab.
“Lily
tak nak ikut Auntie Anna?” gadis itu bertanya kepada Lily. Gadis kecil itu
sedang meletakkan beg sandangnya di salah sebuah meja di dalam kedai. Kemudian
Lily capai sebuah buku di deretan almari buku berhampiran. Memang di sepanjang
dinding kedai, hanya almari buku yang terpampang. Sekaligus menampakkan kedai
itu seakan-akan sebuah perpustakaan mini. Cuma versi lebih santai dengan
kemudahan minuman dan kudap-kudapan. Malah wifi. Baik di tingkat bawah mahupun
di tingkat atas, kedai itu tidak pernah sunyi dengan pelanggan. Terutamanya
pelajar kolej dan universiti berhampiran.
“Auntie
Anna nak pergi airport kan?” gadis kecil itu bertanya kembali. Hanis senyum
lalu mengangguk.
“Tak
naklah. Lily nak buat cuppies.” Lily goyang-goyangkan tangan Hanis. Sengaja
hendak mengada-ngada.
“Ok,
Lily nak buat cuppies apa?” soal Hanis. Gadis itu cukup rajin melayan karenah
Lily. Bukan Lily sahaja, mana-mana buda kecil pun pasti akan mendapat
perhatiannya kerana memang secara semulajadi sifat keibuan itu ada dalam diri.
Lily kelihatan berfikir. Jarinya menggosok-gosok dagu penuh gaya. Hanis juga
mengelamun seketika. Cuppies? Kek?
“Alamak,
Anna!” Hanis berlari mendapatkan pintu masuk kedai. Menggelabah dia cari
kelibat Syarifah Adrianna di luar. Hampa. Syarifah Adrianna sudah selamat
hilang dari pandangan.
“Hmmm.”
Gadis itu keluh perlahan melihat Altis milik kawan baiknya itu betul-betul
berhenti di simpang jalan utama. Telefon bimbitnya dikeluarkan lmendail nombor
Syarifah Adrianna.
“Yup.”
Syarifah Adrianna menjawab dihujung talian.
“Aku
lupa nak cakap tadi, black forest cheese yang kau pesan tu tak ada.” ujar Hanis
sambil menapak kembali masuk ke dalam kedai.
“Tak
ada? Buatlah.” selamba sekali jawapan Syarifah Adrianna. Gadis itu mengekek
ketawa. Saja mengusik.
“Kalau
boleh buat, tak adanya aku telefon kau ni. Now your option. Nak tukar dengan
kek lain atau nak aku beli je?” soal Hanis lalu mengambil tempat di hadapan
Lily. Kanak-kanak itu mengeluarkan sebuah buku dan pensel warna lalu melakar
sesuatu di atasnya.
Hanis
diam. Lama juga dia berjeda.
“Itulah,
lain kali tempah awal-awal. Ini tidak. Birthday hari ni, hari ni baru kau nak
cakap.” Hanis membebel-bebel. Jarinya mencapai botol minuman yang dihulurkan
oleh Lily dan membukakannya untuk gadis kecil itu. Botol air kosong yang
dibekalkan mamanya ke sekolah. Bagus. Kecil-kecil dah pandai jaga kesihatan.
“Sorry
lah beb. Kes banyak minggu ni.” Syarifah Adrianna memberi alasan. Alasan yang
memang benar.
“Banyak
pun takkan sampai lupa birthday abang sendiri?” Hanis ketawa perlahan.
Syarifah
Adrianna ketawa memikirkan bagaimana kalam-kabut dia hari ini. Sebenarnya sejak
dua hari lepas lagi ibunya sudah bising menelefon mengingatkan dia membuat
tempahan kek dan restoran. Kerja melambak punya pasal, habis tunggang-langgang
semua. Ditambah pula dengan Balqish yang tidak sudah-sudah menggesanya untuk ke
lapangan terbang bersama. Keretanya masih diservis. Dalam perjalanannya
menjemput Lily di sekolah tadi, ketika itulah dia baru meminta Hanis
menyediakan kek tersebut. Memang mengarut. Tapi nak buat macam mana.
“Ok
kalau macam tu kau beli jelah. Nanti aku bayar. Aku rasa Adrian tak kisah makan
kek apa pun. Yang beriya nak black forest cheese tu ibu aku sebenarnya.” ujar Syarifah
Adrianna lalu ketawa lagi tanpa rasa bersalah. Hanis geleng kepala berkali-kali.
Sabar jelah. Lily memandang pelik ke arahnya. Siap angkat kening lagi.
“Ok,
so pukul 8 dekat Pearl Restaurant?” gadis itu bertanya sekadar untuk
memastikan.
“Yup.
Ok beb, polis kat depan. Aku tak pakai hands free ni. Bye.” Syarifah Adrianna
menggelabah mematikan talian. Hanis tersenyum. Dia kembali menumpukan perhatiannya
kepada Lily yang terkebil-kebil memandangnya dari tadi.
“Lily,
apa kata kalau hari ni kita tak payah buat kek. Auntie Hanis bawak Lily
jalan-jalan nak?” soal Hanis tersenyum-senyum memandang anak kecil itu.
“Nak!”
ringkas dan lantang sekali bibir mungil itu menjawab. Hanis tersenyum girang
lantas memimpin tangan Lily Sempat dia capai beg tangannya di dapur sebelum
melangkah keluar.
**********
Mereka
berdua berjalan pantas memasuki pintu utama Lapangan Terbang Kuala Lumpur
(KLIA). Kalau diikutkan, penerbangan Zaraa akan sampai lebih kurang setengah
jam lagi. Gembira dan teruja silih berganti. Hampir setahun lamanya mereka
tidak bersua muka. Sejak tiga tahun gadis itu ke Sepanyol, hanya beberapa kali
sahaja mereka dapat bertemu. Itupun hanya pada musim perayaan atau beberapa
bulan sekali. Kalau nasib tidak menyebelahi, langsung tak nampak muka.
Semenjak-menjak dah bekerjaya ni biasalah.
Syarifah
Adrianna menoleh memandang Balqish Insyirah yang berjalan di sebelah. Sebaik
sahaja menjemput dia di Kolej Universiti Islam Selangor tadi, wanita itu tidak
henti-henti merungut meluahkan perasaan. Masalah dia dan bekas suaminya menjadi
tajuk utama perbualan sepanjang perjalanan.
“Masalahnya,
kenapa sekarang Anna? Lima tahun hilang, tiba-tiba muncul cari aku. Gila ke
apa?” Perasaan gadis itu rupanya masih belum reda. Syarifah Adrianna angkat
bahu. Mereka memasuki balai menunggu. Dia melilaukan mata ke skrin yang
memaparkan jadual penerbangan yang telah mendarat. Penerbangan dari Madrid
masih belum tiba. Lega. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu membiarkan seseorang
menunggu.
“Yang
penting Lily tak tahu pasal ni. Daniel ada call kau lagi?” Syarifah Adrianna menyoal,
merujuk kepada bekas suami kawan baiknya itu.
“Mahunya
tak ada. Aku tengah dalam kelas, dalam office, dalam jamban pun dia nak call.”
Balqish meluahkan geram. Syarifah Adrianna pantas mencuit lengan kawan baiknya
itu. Tak payahlah emosional terlampau.
“Part
jamban tu slow sikit. Kau tu dah jadi mak orang, tak apalah. Aku ni anak dara
sunti lagi. Turun diskaun, beb.” Syarifah Adrianna menarik lengan wanita itu ke
sebuah kafe berhampiran. Penerbangan Zaraa pun belum sampai lagi. Balqish buat
muka. Tapi dia turutkan sahaja langkah Syarifah
Adrianna.
“Lima
tahun dia blah macam tu, tinggalkan aku terkial-kial? Pernah dia tanya pasal
aku? Pasal Lily? Entah hidayah Allah turun dari mana tiba-tiba nak tuntut hak
penjagaan anak. Ingat Lily tu barbie doll boleh main ambik suka hati?” Balqish
masih belum dapat meredakan kemarahan. Syarifah Adrianna hanya tersenyum
melihat raut wajahnya.
“Sabar
Qish. Benda-benda macam ni kita tak boleh emosional. Negara kita ada
undang-undang. So, kita lawan dia pakai undang-undang.” Gadis itu bangun menuju
ke kaunter. Dia pesan dua gelas fresh oren dengan harapan dapat menyejukkan
hati kawannya yang masih membara itu.
“Tak
habis-habis nak cakap pasal hak. Dia ingat dia ada duit, aku boleh melutut
depan dialah?” Balqish capai minuman yang dihulurkan Syarifah Adrianna. Sejuk memang
sejuk. Tapi belum cukup untuk redakan hangat hatinya. Entah kenapa meluap betul
marahnya pada Daniel.
“Tu
laa Qish. Bila aku fikir-fikirkan balik, macam tak logik pun ada. Padahal, masa
dia ceraikan kau dulu, dia bukan tak tahu yang kau tengah mengandungkan Lily.
Lelaki, seteruk mana pun, mesti sayang anak punya. Janda kau ni je yang spesis
lain macam sikit.” Syarifah Adrianna memberikan pendapat.
Dia
simpati melihat keadaan Balqish sejak kebelakangan ini. Risau melihat keadaan
kawannya yang agak serabut kerana didatangi bekas suaminya, Daniel kira-kira
seminggu yang lalu.
“Memang.
Spesis alien planet Namet agaknya.” Balqish menambah lagi.
Kedua-dua
mereka ketawa. Itupun sekadar menyedapkan hati masing-masing. Syarifah Adrianna
kerling jam tangan. Bila-bila masa lagi penerbangan Zaraa akan mendarat. Dia
bercadang mahu bergerak ke balai ketibaan dan menunggu di sana. Balqish setuju.
“Apalah
nasib aku ni. Tak pernah bertuah dengan lelaki. Ayah aku meninggal masa aku
kecil, dapat laki kena cerai pulak.” keluh Balqish perlahan. Dia memaut lengan Syarifah
Adrianna. Ketika itu mereka menapak ke ruang menunggu. Syarifah Adrianna terkedu.
Langkahnya terhenti lalu menoleh memandang Balqish. Mencerlang matanya
tiba-tiba. Balqish pelik.
“Apa
kau cakap?” suara Syarifah Adrianna sedikit meninggi.
“Apa?”
balas Balqish kembali.
“Tak
bertuah apanya? Kau kena ingat, kau ada Lily, ok. Is that a bad luck for you?”
bentak Syarifah Adrianna lagi. Raut wajahnya berubah serta-merta. Balqish tersentak.
Menikus tak pasal-pasal. Pautan pada lengan Syarifah Adrianna tadi ditarik
perlahan-lahan. Bibirnya pula digigit-gigit.
“Sekali
lagi aku dengar kau cakap macam tu, aku lenyek kau dekat tayar kapal terbang
tu. Faham!” Syarifah Adrianna memberi amaran. Balqish terangguk-angguk pantas.
Tak pasal-pasal kena herdik tengah orang ramai.
“Sorry.”
ujarnya perlahan. Syarifah Adrianna mengeluh berat. Baru tersedar dia agak
emosional ketika itu.
“Aku
pun.” ujarnya lalu memaut bahu Balqish. Kali ini dia merendahkan suara.
“Lain
kali, kalau kau nak cakap tu janganlah pentingkan diri. Cuba tengok orang
sekeliling kau. Zaraa, Hanis, even aku ni, ada ke yang bernasib baik sangat
dengan lelaki?” Syarifah Adrianna menarik lengan Balqish. Sebuah bangku panjang
yang diletakkan betul-betul di hadapan balai menunggu. Mereka duduk di situ. Balqish
termenung sejenak.
“Dah
berapa tahun aku cuba tackle si Hairul tu, sampai sekarang tak dapat-dapat.
Putus cinta, kau jangan cakaplah. Zaraa dengan abang aku, bukan main lama
bertunang. Kahwinnya tidak. Si Hanis pulak, single sampai sekarang. Kau patut
bersyukur, at least kau pernah rasa bahagia dengan Daniel tu, Qish.” Syarifah
Adrianna menambah lagi.
“Tak
ada jodoh, nak buat macam mana.” tutur Balqish lemah.
“Haaa,
kalau kau cakap macam tu tadi kan bagus. Ini nak menyalahkan nasib sendiri, tak
baik tau. Allah tu Maha Adil. He will always gives the best for us. Ingat tu.” Ah,
sudah. Bagi tazkirah rumah tangga pula dia di situ. Bahu Balqish dipeluk.
Menitik air mata wanita itu dibuatnya.
“Aku
pernah terfikir, kaulah manusia yang paling bertuah antara kita berempat. Kau
paling pandai antara kita semua. Kau dapat dekan every sem. Kau selalu bagi
kitorang tumpang kereta arwah ayah kau. See, masa belajar pun dah pakai kereta,
hebat tak?” Gadis itu cuba buat lawak walaupun tak berapa nak lawak sebenarnya.
“Sebab
ayah aku dah meninggal.” Balqish membalas. Tangisnya masih bersisa.
“But
that the reason you were struggling, right?” Syarifah Adrianna tersenyum sambil
menepuk-nepuk bahu gadis itu. Balqish tersenyum. Dia angguk sahaja. Sejenak dia
terkenangkan arwah bapanya yang sudah hampir 10 tahun meninggalkan mereka
sekeluarga.
“Lepas
tu kau kenal dengan Daniel, muka sebijik macam hero korea yang kau suka tu.
Err, siapa nama dia?” soal Syarifah Adrianna cuba sedaya upaya mengingat
kembali nama pelakon korea yang pernah menjadi kegilaan kawan baiknya itu
sewaktu mereka sama-sama belajar dahulu.
“Err,
Lee Byung Hun?”
“Haaa,
iyelah agaknya.”
“But
he left me.” Bentak Balqish tiba-tiba. Air matanya bergenang lagi apabila
memikirkan tentang bekas suaminya itu.
“Alah,
sudahlah, Qish. Orang macam Daniel tu tak layak kita nak nangis. Membazir air
mata je. Orang ramai lalu-lalang ni, malulah sikit.” Syarifah Adrianna
lekas-lekas mengeluarkan tisu daripada beg tangan. Tisu itu dihulur kepada
Balqish buat kesat air mata yang tidak tahu bila nak berhenti. Balqish pula terus
melayan fikiran mengenang nasib diri.
“Por
favor, senioritaa” seorang gadis tiba-tiba menyampuk. Gadis itu tercegat di
hadapan mereka berdua. Cermin mata hitamnya dibuka lalu disisip kemas di atas
kepala. Rambut panjangnya dilepaskan begitu sahaja. Hitam berkilat. Dah hilang
karat agaknya sejak duduk di Madrid.
“Zaraa!”
Teriak Syarifah Adrianna dan Balqish hampir serentak. Tetapi dalam nada yang
berlainan. Balqish masih lagi mengesat air mata. Namun dia gembira Zaraa
selamat tiba di Malaysia. Zaraa tersenyum lalu mendepakan tangan. Dia peluk erat
dua orang kawan baiknya itu.
“Ada
shooting drama ke? Amboi, takkan dah jadi pelakon you ols.” Zaraa mengekek suka.
Dia mememaut pinggang Balqish keluar dari perkarangan balai itu. Syarifah
Adrianna pula membantu menolak troli yang memuatkan bagasi dan beg-beg Zaraa.
“Balqish
Insyirah, biasalah. Dia memang suka buat drama-drama sebabak ni.” Syarifah
Adrianna menepuk lengan Zaraa mengisyaratkan bantuan daripada gadis itu untuk
menolak troli.
“Ini
beg ke bongkah simen?” komen Syarifah Adrianna lagi.
“Syhh,
aku culik CR letak kat dalam ni. Jangan bising, nanti dia dengar.” Zaraa
merujuk kepada Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak kelab Real Madrid yang menjadi kegilaan Syarifah
Adrianna sejak mereka belajar lagi. Kata-kata itu sekaligus membuatkan Balqish
dan Syarifah Adrianna ketawa kuat.
“Serious?
Alahai, kenapa tak bawak Ramos sekali?” Syarifah Adrianna berlagak seolah-olah
percaya. Drama diteruskan. Habis nama-nama pemain Real Madrid yang lain turut
terjebak. Diselang-selikan dengan gelak ketawa sehinggalah mereka sampai ke
tempat letak kereta. Tak dapat bayangkan kalaulah betul Cristiano Ronaldo atau
Sergio Ramos betul-betul ada di dalam bagasi gabak gadis itu.
**********
Hanis
menolak pemegang pintu di Secret Recipe itu memberi laluan kepada si kecil Lily
keluar mendahului. Seronok melihat gadis itu memegang kotak kecil berisi kek
coklat macadamia kegemarannya dengan cermat. Sementara tangannya pula menjinjit
sebuah kotak besar berisi sebiji kek keju black forest. Mereka berdua
mendapatkan kereta Hanis yang diparkir tidak jauh dari situ.
“Lily
nak makan dalam kereta ke nak tunggu mama?” soal Hanis sewaktu memakaikan tali
pinggang keledar untuk gadis kecil itu.
“Tunggu
mama.” Lily tersenyum. Hanis angguk. Dia hidupkan enjin kereta lalu meluncur laju
menuju ke Restoran Pearl yang terletak di pinggir Bandar Baru Bangi. Sewaktu
dia berhenti di lampu isyarat memasuki simpang ke Bandar Mutiara, Lily
kelihatan kusyuk memandang ke luar tingkap. Hanis kerutkan dahi.
“Lily
tengok apa tu?” soal Hanis tercari-cari apa yang dikusyukkan oleh Lily.
“Ada
orang sakit.” Lily menunjukkan jarinya ke arah sebuah taman rekreasi tidak jauh
dari situ.
“Orang
sakit?” ulang Hanis. Dia mengecilkan anak mata mencari kelibat ‘orang sakit’
yang dimaksudkan oleh Lily.
“Tuu,
dekat bawah pokok sana.” ujar Lily lagi. Kali ini dia mendekatkan wajah Hanis
dekat dengan jarinya. Hanis tidak sempat memerhatikan dengan jelas apabila
kereta di belakang membunyikan hon berkali-kali. Lampu sudah bertukar hijau.
Tergesa-gesa gadis itu memasukkan gear lalu membelok ke sebelah kiri. Ya,
sebelah kiri.
Hanis
nampak seorang lelaki terbaring di bawah pokok berhampiran taman rekreasi di situ.
Badannya bergerak-gerak, tapi lemah. Hari semakin gelap. Azan maghrib mungkin
akan berkumandang bila-bila masa. Hanis serba-salah. Hendak ditolong, pelbagai
perkara buruk bermain dikepala. Bagaimana kalau lelaki itu penjahat yang
berpura-pura sakit? Bagaimana kalau dia diapa-apakan? Lagi menakutkan,
bagaimana kalau dia mengapa-apakan Lily?
Hanis
serba-salah lagi. Bagaimana pula kalau lelaki itu benar-benar dalam kesusahan?
Atau mungkin bagaimana kalau nyawa lelaki itu dalam bahaya? Dia bertawakal
dalam hati lalu menanggalkan tali pinggang keledar.
“Lily
tunggu dekat sini ya. Biar auntie pergi tengok orang sakit tu.” Hanis sempat
berpesan sebelum melangkah keluar daripada kereta. Lily angguk berkali-kali.
Gadis kecil itu sekadar memerhatikan Hanis menapak ke arah ‘orang sakit’ yang
dikatakannya tadi. Perlahan-lahan dia perhatikan langkah Hanis sambil tertoleh
ke kiri dan kanan. Gadis kecil itu tekun menanti di dalam kereta.
“Excuse
me. Are you ok?” Hanis bersuara agak kuat dalam jarak lebih kurang beberapa
kaki daripada lelaki itu.
“Limit...”
lelaki itu bersuara lemah.
“Limit?
Awak... ok ke?” Hanis bertanya lagi. Langkahnya semakin dekat.
“Air...
Saya... nak air.” ujar lelaki itu perlahan.
“Air?
Sekejap...” Hanis lekas-lekas mendapatkan keretanya kembali. Dia yakin lelaki itu
benar-benar perlukan pertolongannya.
“Aunite
Hanis cari apa?” Lily berbisik sendiri. Dia melihat Hanis membuka bonet belakang
kereta. Tanpa Hanis sedari dia kemudian membuka pintu dan keluar mendapatkan
lelaki yang masih terbaring di bawah pokok itu.
“Ya
Allah, Lily...” Hanis terkejut apabila melihat Lily sedang duduk bersimpuh
sambil membuka kotak keknya. Lily menyuakan lelaki yang terbaring itu. Hanis
pantas mendapatkannya.
“Dia
sakit.” ujar Lily sebaik Hanis mengambil tempat di sebelahnya. Hanis angguk pantas.
Dia suakan botol minuman yang diambil dari belakang bonet keretanya tadi ke
mulut lelaki itu. Nampaknya lelaki itu sangat-sangat tidak berdaya walaupun sekadar
untuk mengangkat tangan. Lily turut membantu. Dia suapkan beberapa sudu kek
lagi sehinggalah lelaki itu perlahan-lahan membuka mata.
“Awak
cedera ke? Nak saya panggilkan sesiapa?” soal Hanis apabila melihat lelaki itu
kelihatan mula bergerak sedikit aktif daripada tadi. Lelaki itu mengeleng. Melihat
pakaian yang dipakainya, Hanis membuat kesimpulan lelaki itu mungkin kepenatan
selepas bersukan. Takkan bersukan sampai pengsan? Takkan tak tahu kemampuan
badan sendiri? Hanis tertanya-tanya.
“Auntie,
dia nak air lagi.” Lily ingin mencapai botol mineral daripada tangan gadis itu.
“Sini
auntie bukakan.” Hanis memberikan botol tersebut kepada Lily. Lily pula suakan
minuman tersebut kepada lelaki itu sekali lagi. Lelaki itu tersenyum. Dia
mengeleng perlahan apabila Lily cuba memberikannya sesuap kek lagi.
“Terima
kasih.” ujar lelaki itu sambil memandang Lily. Dia turut mengucapkan kata-kata
itu kepada Hanis. Namun kali ini pandangannya bertaut lama. Dia terasa seperti
disinari oleh satu cahaya sehingga menyilaukan mata. Silauan lampu jalan,
menandakan malam sudah menjelma.
Azan
maghrib berkumandang. Hanis lekas menyedari bahawa mereka sudah terlambat untuk
ke Restoran Pearl bagi meraikan kepulangan Zaraa dan menyambut hari ulang tahun
abang Syarifah Adrianna iaitu Syed Adrian bersama.
“Hari
dah gelap ni. Rumah awak dekat mana? Biar saya hantar balik ya?” Hanis lagi.
Dia ingin membantu lelaki itu bangun. Kalau perlu dipapah, dia akan lakukan apa
sahaja asalkan lelaki itu tidak ditinggalkan sendirian. Tidak sampai hati pula
rasa.
“It’s
ok. Rumah saya tak jauh dari sini.” lelaki itu bangun perlahan-lahan tanpa
dibantu. Namun Hanis sentiasa bersedia manalah tahu kalau-kalau lelaki itu pengsan
buat kali kedua.
“Alhamdulillah.”
Dia berbisik sendirian. Nafas lega dihela. Mujur tenaga lelaki itu kelihatan
pulih walaupun masih tidak sepenuhnya.
“Awak
betul tak apa-apa ni?” soal Hanis lagi. Lelaki itu berdiri dan
meregang-regangkan ototnya. Dia mengangguk memandang Hanis. Pandangannya
beralih pula kepada Lily apabila gadis kecil itu dengan baik hati menghulurkan
kotak kek tadi kepadanya. Hanis tersenyum. Lelaki itu membongkokkan badannya
lalu menyambut huluran Lily dengan ucapan terima kasih.
“So,
what’s your name princess?” soal lelaki itu pula.
“Lily.”
ringkas Lily menjawab.
“And...
your auntie’s name?” Lelaki itu menoleh ke arah Hanis pula. Soalan itu membuatkan
Lily turut menoleh memandang Hanis. Hanis terkedu. Ini dah lain macam ni.
“Kalau
awak tak ada apa-apa, saya balik dulu. Jaga diri jangan pengsan lagi ya.” ujar
Hanis. Dia capai tangan Lily dan kembali mendapatkan keretanya. Lelaki itu
mengangguk lalu tersenyum pasrah. Sebaik masuk ke dalam kereta, telefon Hanis
nyaring berbunyi. Cepat-cepat dia menjawab.
“Aku
dekat Bandar Baru ni. Korang dah sampai ke?” soal gadis itu sebaik mendengar
suara Balqish di talian.
“Boleh
Lily bagi cuppies ni dekat orang sakit tu Auntie?” Lily menyoal Hanis sebaik
sahaja mendengar gadis itu mulai sibuk bercakap-cakap di telefon.
Hanis
tidak sempat berkata-kata. Lily sudah membuka tingkap dan menghulurkan sekotak kek
cawan yang dibawa dari kedainya kepada lelaki tadi. Kotak seakan tray yang
boleh memuatkan empat biji kek cawan bersaiz sederhana itu memang sentiasa
menjadi kegemaran Lily apabila datang ke kedainya. Tapi takkanlah sampai
sekotak Lily?
“Your
welcome.” jawab Lily sebaik sahaja lelaki itu mengucapkan terima kasih. Cepat-cepat
dia menutup tingkap dan merengek-rengek untuk bercakap dengan mamanya. Telefon
bertukar tangan. Hanis teruskan perjalanannya yang tergendala tadi.
**********
Zaraa
membetul-betulkan rambutnya sebaik ternampak kelibat Syed Adrian melangkah
keluar dari restoran. Dari tempat duduk belakang kereta itu Zaraa cuba mengawal
perasaannya yang berdebar-debar sejak tadi. Dari dalam kereta itu juga dia
melihat Syarifah Adrianna dan kedua ibu bapanya bersama Hanis, Balqis dan Lily,
masing-masing meninjau dari dalam restoran. Syed Adrian pula semakin mendekat.
“Aku
akan suruh dia ambil kek dalam kereta, lepas tu kau sergah dia, ok?” Teringat
kata-kata Syarifah Adrianna sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari
lapangan terbang tadi. Zaraa tersengih-sengih sendiri. Ditambah pula dengan
perbualannya dengan Syed Adrian di dalam telefon beberapa jam yang lalu,
sewaktu dia masih di Madrid, Zaraa semakin teruja.
“Nanti Zaraa nyanyi lagu happy
birthday untuk abang dekat skype, ok?”.
“It’s ok. Abang fahamlah. Macam tak
biasa pulak sambut birthday sorang-sorang.”
“Eh, takkan merajuk kot? Dah 30
tahun plus plus pun pandai merajuk lagi?”
“Dengan Zaraa abang pandailah.”
Zaraa
ketawa sendiri.
“Zaraa?”
suara Syed Adrian membuatkan gadis itu tersentak. Zaraa kaget. Badannya keras tiba-tiba.
Alamak, bila masa Syed Adrian sampai? Bila masa dia buka pintu?
“Surprise...hee.”
Gadis itu menayangkan gigi. Suaranya hampir-hampir tenggelam. Kek ditangannya
dihulurkan kepada Syed Adrian. Surprise yang tidak menjadi kerana dia begitu
asyik mengelamun seketika tadi.
“Surprise...!!!”
kali ini teriakan kuat daripada Syarifah Adrianna dan lain-lain membuatkan kek
ditangan lelaki itu hampir-hampir sahaja terlepas. Syed Adrian beku. Dia tidak
mampu berkata apa-apa semasa mereka semua menyanyikan lagu selamat untuknya.
Bukan kerana terharu dengan sambutan hari jadinya, tetapi kerana kehadiran
Zaraa di hadapan matanya tanpa diduga.
“Happy
birthday, abang.” ujar Zaraa dengan senyuman yang paling manis sekali. Syed
Adrian mengeleng-ngelangkan kepala. Masih tidak percaya.
*****
Selesai
menikmati makan malam itu, Zaraa bersalaman dengan kedua ibu bapa Syed Adrian
dan mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Syed Adrian di sebelahnya membuat
mimik muka, menyampaikan isyarat geramnya kepada Zaraa. Bukan itu sahaja,
sepanjang makan malam mereka tadi bermacam-macam cara ditunjukkan oleh Syed
Adrian sebagai isyarat menyerang balas. Zaraa disuap kek bertalu-talu, dia
disuruh menyanyikan lagu selamat hari jadi secara solo dan bermacam-macam lagi.
Hinggakan naik lali Zaraa dengan segala helah lelaki itu terhadapnya. Sebaik
kereta kedua ibu bapanya hilang dari pandangan, Syarifah Adrianna pula
mendekati pasangan itu.
“Kitorang
pun nak gerak la beb.” Gadis itu mencelah. Dia mendukung Lily yang sudahpun
terlelap dalam dakapannya seketika tadi. Balqish dan Hanis mengangguk setuju. Zaraa
dan Syed Adrian juga mengangguk.
“Abang
jangan balik lambat sangat. Kena tangkap khalwat nanti.” sempat lagi Syarifah
Adrianna mengusik. Lelaki itu mencebik. Gurau kasar nampak.
“Jadi
tidur rumah Qish malam ni?” Syed Adrian bertanya tanpa mempedulikan usikan
Syarifah Adrianna tadi. Gadis itu dan Balqish mengangguk serentak.
“Dah
lewat sangat ni. Takut besok kalau Anna lambat bangun, dengan Qish sekali
lambat masuk office.” Balqish menambah. Mereka ketawa namun cepat-cepat
dimarahi Syarifah Adrianna apabila merasakan tidur Lily terganggu dengan
riuh-rendah itu.
“Kesian
Lily, sampai terlelap.” Zaraa sempat mengucup pipi anak kecil itu.
“Drive
elok-elok Anna. Kau pun sama Hanis.” sambungnya lagi.
Usai
mengucapkan selamat malam, sebaik sahaja dua biji kereta itu berlalu
meninggalkan mereka, Syed Adrian berdehem kuat. Siap terbatuk-batuk lagi. Batuk
yang sengaja dibuat-buat.
“Abang
ni kenapa?” soal Zaraa selamba. Entah apalah helah lelaki itu kali ini agaknya.
“Abang
sejuklah. Tak nak masuk dalam ke?” soal Syed Adrian membuat aksi terketar-ketar
sambil jeling memandang kereta. Zaraa buat muka tak ada perasaan. Mulalah tu.
“Jom
balik. Zaraa pun penat ni. Tujuh jam dalam flight, lepas tu prepare party untuk
abang pulak. Aaaahhhh...” gadis itu meregangkan ototnya tanpa mempedulikan
pandangan Syed Adrian. Jelas sekali lelaki itu mahu berlama-lamaan.
“Takkan
cepat sangat nak balik?” Syed Adrian cuba rotes.
“Eh,
besok abang tak kerja ke?” soal gadis itu kembali.
“Memanglah
kerja. Tapi takkan Zaraa tak nak bagi chan abang dating dengan Zaraa berdua je
malam ni?” Syed Adrian cuba meraih simpati. Zaraa berfikir sejenak. ‘Macamlah
aku nak balik ke Madrid balik.’ Dia merungut sendiri.
“At
least until I reach 30 years and 1 day?” pujuk lelaki itu lagi.
“Ok.
Zaraa temankan abang sampai midnight. Right after that abang kena terus hantar
balik rumah tau. Nanti mama dengan abah bising, abang jugak yang susah.” Zaraa
mengalah. Dia melangkah ke arah kereta lelaki itu meninggalkan Syed Adrian
meraikan kegembiraannya sendirian.
“Mama dengan abah tahu Zaraa dah balik Malaysia ni?” soal Syed Adrian tergesa-gesa
mendapatkan Zaraa.
“Mestilah
tahu. Zaraa sempat balik rumah tadi. Ibu dengan ayah abang pun singgah sekali.”
Gadis itu mengerling.
“So,
semua orang tahu Zara balik hari ni kecuali abang?” Syed Adrian seakan tidak
percaya. Dah tua-tua pun dia masih lagi mudah diperdaya. Tawa Zaraa membenarkan
tekaannya. Syed Adrian mengeleng perlahan.
“Cepatlah.
Abang ada lebih kurang sejam je lagi masa untuk dating.” Zaraa menggertak lagi.
Sepantas itu juga Syed Adrian melompat masuk ke dalam Nissan Murano miliknya.
Dia menghidupkan enjin dan membelah malam menuju ke tempat istimewa yang biasa
dikunjungi mereka berdua.
“Patutlah
korang BBF. Sama je perangai dengan si Anna tu.” komen Syed Adrian.
“BFF
lah abang. BBF tu apa benda?” Zaraa membetulkan.
“Iyelah.
Zaraa tunggu bila abang dah salam tok kadi nanti.” balas Syed Adrian ringkas.
“Kenapa
kalau dah salam tok kadi?” soal Zaraa lagi.
“Adalah.”
Syed Adrian tersengih nakal. Zara terkebil-kebil bajet tak faham.
“Abang
nak jadi BFF dengan tok kadi ke?” gadis itu bertanya lagi walaupun soalan itu memang
langsung tidak masuk akal. Syed Adrian ketawa kuat.
**********
Syarifah
Adrianna perhatikan langkah Balqish memasuki blok bangunan Fakulti
Undang-undang di Kolej Universiti Islam Selangor itu sehingga hilang dari
pandangan. Dia mengeluh perlahan mengenangkan nasib kawannya itu. Bekerja keras
untuk menampung hidup dan membesarkan anak tunggalnya sendirian. Dalam diam,
dia mengagumi Balqish dan bertekad untuk membantu wanita itu sedaya yang dia
mampu. Dia tidak mahu kawannya itu terluka lagi walaupun dia tahu Balqish cekal
menghadapi segala rintangan dalam hidup. Pergh, skema ayat.
“Err,
Laila, Encik Hairul ke yang letak semua fail ni atas meja saya?” gadis itu
menyoal sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat. Syarifah Adrianna meneliti fail-fail
itu sepintas lalu. Fail-fail berkenaan kes syariah dan undang-undang Islam yang
diminta daripada lelaki itu semalam. Laila, yang sedang leka menyemak beberapa
tuntutan kes di atas meja menoleh. Dia melirik ke arah timbunan fail di atas
meja Syarifah Adrianna yang terletak bertentangan dengannya. Dua saat kemudian,
dia angguk.
“Encik
Hairul yang minta saya ambil dari bilik dia.” Laila memberitahu.
“Oh,
terima kasih.” Anggukan daripada Syarifah Adrianna membuatkan gadis itu kembali
menyambung semua kerjanya tadi.
“Eh,
Cik Anna nak ke mana?” soal Laila sewaktu gadis itu ingin melangkah ke luar
bilik pejabat.
“Nak
jumpa Encik Hairul sekajap. Kenapa Laila?” Syarifah Adrianna mengangkat kening.
“Jangan
lupa sekejap lagi Cik Anna ada appointment dengan defendan Puan Gina untuk
keterangan kes semalam.” Laila mengingatkan.
“Oh
ya. Puan Gina. Saya ingat ada appoinment dengan dia. Tapi pukul berapa ya?”
soal Syarifah Adrianna kurang pasti.
“Sepatutnya
pukul sembilan pagi tadi. Tapi sampai sekarang tak nampak-nampak lagi.” ujar
Laila. Syarifah Adrianna melihat jam di dinding. Hampir pukul sepuluh pagi. Dia
ucapkan terima kasih kepada Laila sebelum mendapatkan mejanya kembali. Tak jadi
jumpa Hairul Hafizi. Dia keluarkan fail berkenaan kes Puan Gina yang sedang
diselesaikannya baru-baru ini.
“Cik
Anna nak saya call Puan Gina ke?” Laila bertanya. Syarifah Adrianna diam
sejenak. Kemudian dia mengeleng.
“Kita
tunggu sekejap lagi. Kalau selepas pukul sepuluh nanti dia masih tak datang,
saya akan call dia sendiri.” Syarifah Adrianna tersenyum memandang gadis itu. Laila,
pembantunya itu sangat baik. Gadis yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di
universiti tempatan itu amat cekap dan teliti orangnya. Segala maklumat dan
bukti yang diperlukan untuk sesuatu kes tidak pernah menghampakan.
“Jadi
Puan Gina mengaku bahawa puan yang melanggar Suhaili Abdul Rashid dengan kereta
puan sehingga menyebabkan kematiannya?” Syarifah Adrianna bertanya sambil
menyelak-nyelak helaian laporan kes pada fail di atas mejanya itu. Kira-kira
pukul 10.20 minit tadi, wanita berbangsa sikh itu tiba di pejabatnya dengan
tenang. Tanpa bertanya sebab kelewatan, Syarifah Adrianna terus memulakan sesi soal
siasat kepada wanita itu.
“Dia
lintas jalan dengan tiba-tiba. Jadi saya tak sempat nak brek kereta.” Puan Gina
lafazkan keterangannya dengan tenang. Laila yang turut mendengar sesi soal jawab
itu dari tempat duduknya pula kelihatan tekun. Sekali sekala gadis itu turut
mencatat beberapa maklumat penting sejak sesi mengambil keterangan itu
berlangsung beberapa minit yang lalu.
“Masa
tu saya habis kerja shift malam dan balik ke rumah awal pagi. Saya memandu
macam biasa tapi saya tak perasan pulak ada orang melintas jalan.” ujar Puan
Gina lagi.
“Menurut
laporan yang saya terima, puan sendiri yang menghantar mangsa ke hospital?
Betul?” Syarifah Adrianna masih menyoal. Puan Gina angguk perlahan.
“Saya
turun dari kereta dan melihat mangsa masih bernyawa. Jadi saya cepat-cepat
bawanya ke hospital.” Puan Gina menjawab soalan itu. Sekali-sekala matanya
bertentangan dengan Syarifah Adrianna. Peguam muda itu kelihatan
mengangguk-anggukkan kepala. Dia terus menyemak beberapa helaian dokumen lain
sebelum meneruskan soalan.
“Puan
mengambil tindakan untuk selesaikan masalah ini secepat mungkin dan memberikan
wang berjumlah tiga ribu ringgit kepada suami mangsa. Boleh jelaskan kepada
saya kenapa?”
“Saya
tak nak kes ini sampai ke mahkamah. Memandangkan mangsa tidak dapat
diselamatkan, jadi saya rasa bersalah. Sebab itulah saya memberi wang kepada
suaminya.” kali ini Pun Gina tertunduk mengenangkan kemalangan yang telah
meragut nyawa seseorang. Dia nampak serba-salah.
“Dari
mana puan dapat wang sebanyak tu?” soal Syarifah Adrianna sambil mencatatkan
sesuatu di dalam failnya.
“Duit
tu daripada insuran kereta saya dan sebahagian daripada simpanan saya sendiri.”
jawab Puan Gina.
“Tadi
puan ada cakap yang puan tak sempat nak brek kereta. Adakah sebab puan memandu
dengan laju waktu tu? Mengantuk mungkin?” kening Syarifah Adrianna bertaut.
Mindanya semakin ligat mencernakan maklumat yang diberikan oleh Puan Gina dan
mengaitkannya dengan laporan sedia ada. Syarifah Adrianna melihat wanita itu
mengeleng.
“Walaupun
penat, tapi saya tak mengantuk. Saya masih bawa kereta berhati-hati. Lagipun
pagi tu masih gelap. Mungkin juga mangsa melintas jalan melulu tak pandang kiri
kanan?” Puan Gina terus memberikan keterangan.
Hampir
sejam sesi mengambil keterangan itu berterusan, Syarifah Adrianna akhirnya mengucapkan
terima kasih kepada Puan Gina. Dia menghantar wanita itu keluar dari pejabatnya
setakat di muka pintu.
“Selalunya
bila orang beri keterangan mesti cemas, takut. Tapi Puan Gina tu saya tengok
rilek je. Rilek sangat.” Komen Laila sebaik Syarifah Adrianna menutup pintu
bilik. Syarifah Adrianna diam sekejap. Ya. Dia setuju dengan komen Laila. Ada
sesuatu yang bermain difikirannya ketika itu. Sesuatu yang tidak kena dengan
keterangan Puan Gina.
“Apa
pendapat awak Laila? Awak rasa logik ke kalau dia cakap dia tak mengantuk tapi
dia tak nampak mangsa melintas jalan?” Syarifah Adrianna menyoal gadis itu. Belum
sempat Laila membuka mulut, Syarifah Adrianna mengomel lagi.
“Apa
perasaan suami dan keluarga mangsa bila Puan Gina bertindak untuk memberikan
sejumlah wang yang banyak macam tu? Isn’t that wierd?” kali ini gadis itu
seakan berkata-kata sendiri. Laila hanya membiarkan peguam seniornya itu. Syarifah
Adrianna biasanya akan bertukar karekter apabila berada dalam situasi begini.
Lebih-lebih lagi apabila menyelesaikan kes-kes berat yang melibatkan kematian.
Keputusan yang diambil sangat berhati-hati.
**********
Sebaik
sahaja menamatkan kelas hari itu, Balqish mengeluarkan telefon bimbit. Satu
mesej diterima daripada Syarifah Adrianna.
‘Smthing
cme up ovr hre. Zaraa will fetch u tday. Wait 4 her, ok!’
Dia
tersenyum faham. Mujurlah hari ini keretanya siap diservis. Dia tidak mahu lagi
terus menyusahkan sesiapa walaupun dia tahu mereka semua langsung tidak berkira
dengannya. Mesej tersebut dibalas dengan smiley lalu Balqish melangkah ke
sebuah kafe berhampiran. Sementara menunggu kehadiran Zaraa, sempat dia
bertegur sapa denan beberapa orang pelajarnya yang lalu-lalang.
“Tak
balik lagi Miss?” seorang lelaki tiba-tiba muncul. Selamba lagaknya mengambil
tempat di hadapan wanita itu.
“Amboi,
dok tanya saya, yang awak tu kenapa tak balik lagi Luqman? Dah habis
presentation kan?” Balqish membalas mesra. Dia sudah dapat mengangak pelajarnya
itu akan duduk di situ. Dari jauh lagi dia sudah nampak kelibat Luqman
tersengih-sengih menghampirinya.
Luqman
Aziz merupakan pelajarnya dalam kelas undang-undang. Pantang berselisih, lelaki
itu pasti akan menegur. Sikapnya yang ringan mulut itu membuatkan Luqman mudah
mesra dengan sesiapa sahaja. Sikap itulah yang membuatkan Luqman agak rapat
dengannya sejak dia di tahun pertama lagi.
“Eh,
mana miss tahu saya ada presentation tadi? soal lelaki itu penuh kagum. Balqish
senyum. Bukan susah sangat nak tahu.
“Tuu,
pakai kemeja. Pakai Tie. Kasut tutup. Selalunya, susah nak nampak awak pakai
macam ni. Asyik dengan jeans, t-shirt. Lepas tu dengan muka tersengih-sengih
ni, mesti nak bodek saya. Kan?” ujar Balqish selamba. Sesekali dia menoleh
mencari kelibat Zaraa kalau-kalau gadis itu sudah sampai. Luqman ketawa suka.
Lelaki itu letakkan beg sandangnya di atas meja, kemudian dengan selamba, dia tundukkan
badannya sedikit ke depan.
“Miss
memang hebatlah. Kenapa miss tak jadi lawyer je?” soal lelaki itu mengangkat
kening.
Kali
ini Balqish tidak menyahut. Keningnya bertaut mendengar kata-kata Luqman.
Lawyer? Profession itu pernah menjadi cita-citanya suatu masa dahulu. Sewaktu
dia dan Syarifah Adrianna sama-sama di UiTM. Bahkan cita-cita itu didorong
dengan rasa cinta daripada seorang insan yang pernah bergelar suaminya yang
ketika itu juga merupakan seorang peguam. Namun entah kenapa bahagia yang dia kecapi
tidak lama. Sebaik dia berjaya mencapai cita-citanya, insan yang pernah
bergelar suami pergi meninggalkan dirinya tanpa kata. Dia ditinggalkan terumbang-ambing
seorang diri membawa zuriat yang baru dikandung beberapa bulan.
Bertahun lama dia bermurung. Cita-citanya mati. Dia meletakkan jawatan sebagai peguam dan membuat keputusan untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat master. Mujur dia dikelilingi sahabat baik yang bukan sahaja berkongsi suka dengannya, malahan mereka tetap setia dikala dia berduka.
“Miss...”
panggilan Luqman membuatkan Balqish tersentak. Lamunan masa silamnya hilang. Wanita
itu terpinga-pinga.
“Belanja
saya milo ais boleh?” Luqman tersengih. Soalan tadi dibiarkan begitu sahaja.
Biarlah. Mungkin Balqish keberatan untuk bercerita dengannya. Balqish senyum
mendengar permintaan lelaki itu.
“Boleh.
Tapi saya tak nak dengar perkataan ‘miss’ tu lagi ok. Berapa kali nak bagitahu
ni?” Balqish buat-buat geram. Padahal dah naik malas dia menegur lelaki itu
supaya memanggilnya dengan gelaran ‘puan’ atau ‘madam’ seperti yang dilakukan
oleh pelajar lain. Namun Luqman tak pernah hirau.
“Miss
nampak muda sangat untuk panggil madam. Kalau ikutkan hati, saya nak panggil
nama je. Beza umur kita pun bukan jauh sangat. In fact, saya nampak lagi
matured daripada miss kot.” Teringat kata-kata Luqman sewaktu mula-mula dia
menegur lelaki itu suatu ketika dahulu. Cuma Balqish tidak pasti, sama ada
Luqman yang nampak matang atau dia yang terlebih kolagen awet muda? Ah, sudah.
Perasan tak sudah. Dia tidak kisah sebenarnya. Lagipun itu cuma sekadar
panggilan. Tetapi mengenangkan status mereka sebagai pensyarah dan pelajar,
Balqish rasakan panggilan itu tidak sesuai buatnya.
“Miss
nak air apa?” soalan lelaki itu membuatkan Balqish tersentak lagi. Haish,
kenapa asyik nak berangan je ni? Entah bila masa Luqman memanggil pelayan kafe
itu ke meja mereka, dia sendiri tidak pasti.
“It’s
ok. Milo ais je untuk dia. Awak dah makan ke? Kalau belum makan, orderlah
sekali.” ujar Balqish lagi. Luqman tersengih-sengih mendengar ayat itu. Matanya
dikecilkan memandang Balqish. Agak lama sehingga wanita itu naik gelisah
dibuatnya.
“Kenapa
miss baik sangat dengan saya eh? Miss suka kat saya eh?” selamba lelaki itu
tenung wajah Balqish. Tak pasal-pasal kawan tu diserang bahang pada wajah.
Budak ni, boleh pulak dia buat muka menggoda dekat aku. Dahlah pelayan kafe ni
dok pandang lain macam.
“Luqman
Aziz, awak nak makan nasi ke nak makan handbag saya ni?” Balqish berura-ura
mengangkat beg tangannya. Sedia untuk dicampakkan kepada lelaki itu bila-bila
masa.
“Ok,
ok. Bagi saya nasi goreng kampung satu.” Cepat-cepat Luqman menyatakan pesanan.
Pelayan kafe itu angguk. Balqish kertap bibir
“Kalau
cakap awal-awal tadi kan senang.” Balqish mengomel-ngomel.
“Jangan
marah miss. Haa, tu kedut dah naik lagi satu.” Luqman tidak puas mengusik. Balqish
hampir-hampir mengangkat beg tangannya untuk kali kedua namun deringan telefon
dari dalam beg tersebut mematikan niatnya. Nama Daniel terpampang di skrin. Wajah
Balqish berubah.
Luqman
kelihatan selamba dan berlagak seolah-olah tidak peduli. Balqish ditatap tanpa
bertanya apa-apa. Beberapa minit berfikir, wanita itu akhirnya menjawab
panggilan.
“Ada
apa you call?” Balqish menyoal dingin.
**********
Kaira
ucapkan selamat datang kepada seorang pelanggan yang masuk ke dalam kedai itu.
Seorang pemuda dengan ketinggian sederhana. Wajahnya nampak seperti kacukan iras
pelakon korea Bi Rain dalam drama Full House yang pernah menjadi kegilaannya suatu
masa dahulu. Lelaki itu berkulit agak cerah. Rambutnya tebal. Mujur ototnya
tidak terlebih sasa. Kalau setakat badan saiz kecil molek macam dia, sekelip
mata sahaja boleh ditumbangkan. Lelaki itu melilaukan mata bagai sedang mencari
seseorang.
“Can
I help you, sir?” Soal Kaira perlahan.
“Saya
nak jumpa owner kedai ni. Miss Hanis, right?” lelaki itu mendekati Kaira di
kaunter.
Kaira
telan air liur. Boleh cakap Melayu rupanya. Puas dia merangka ayat bahasa Korea
di dalam kepala. Itupun setakat mengingat patah lagu yang langsung dia tidak
faham maknanya. Manalah tahu tiba-tiba lelaki di hadapannya itu berhabuk
‘speaking Korea’. Walaupun masih tidak berapa petah berbahasa Melayu, Kaira
lega. Sekurang-kurangnya tidaklah dia ternganga sendiri.
“Oh,
nak jumpa Cik Hanis. Sekejap saya panggilkan ye. Encik duduklah dulu.” Kaira
mempersilakan dengan lembut. Lelaki itu mengangguk dan mengambil tempatnya di
meja berhampiran.
“Lelaki
yang duduk depan kaunter tu?” Hanis berbisik kepada Kaira. Dia keluar dari
dapur sebaik Kaira mengangguk. Gadis itu kembali meneruskan kerjanya. Hanis
pula segera menanggalkan apron dan mendapatkan lelaki itu. Sebaik sahaja
menyedari kehadirannya, lelaki itu bangun serta merta. Hanis tersenyum sebelum
memperkenalkan diri.
“What
can I do for you, sir?”
“Saya
Aiden Lee.” Ujar lelaki itu. Hanis hanya anggukkan kepala apabila lelaki itu
menghulurkan tangan untuk bersalam. Lelaki bernama Aiden itu turut menganggukkan
kepala. Dia tersenyum sembunyikan kekok dalam hati.
“I
actually come for this.” lelaki itu mengeluarkan sebuah kotak kecil yang
tertera lambang kedai kek itu di atasnya. Bekas kosong itu memang dikhaskan
untuk mengisi kek cawan. Untuk saiz sekecil itu, hanya empat biji kek sahaja
yang boleh dimuatkan.
“Do
you want to buy some cupcakes?” Hanis loading. Dia bertanya kerana kurang pasti
dengan maksud lelaki itu. Aiden ketawa perlahan. Ternyata dia terlalu lambat
untuk datang mencari Hanis. Mana mungkin Hanis mengecam wajahnya setelah lebih
seminggu peristiwa dia pengsan di bawah pokok dahulu berlaku.
“Lily
gave this to me. Remember?” soal Aiden lagi. Dahi Hanis berkerut sebaik
mendengar nama Lily disebut-sebut. Dari mana dia kenal Lily? Sekali lagi dia
merenung kotak kek yang ditunjukkan oleh Aiden tadi.
“Oh,
awak ‘orang sakit’ yang dekat bawah pokok hari tu!” Hanis teruja akhirnya. Dia menyedari
siapa lelaki itu. Aiden ketawa. Ketawa tanpa mengeluarkan suara sehingga
menampakkan lekuk lesung pipit pada pipi kanannya. Dia angguk mengiakan.
“Macam
mana awak tahu saya kerja dekat sini?” soal Hanis lagi.
“Lily.”
Aiden jawab sepatah. Dia tunjuk lambang ‘Hanis Honey House’ yang tertera pada
kotak kek itu. Secara tidak langsung memberikan klu untuk dia menjejak Hanis
walaupun klu tersebut muncul agak lambat. Hanis geleng kepalanya macam tak
percaya.
“Lily
mana? She’s not around?” Sejenak Aiden terkenangkan Lily. Tak sangka, gadis
sekecil itu seakan sengaja mengatur peluang untuk dia bertemu Hanis, insan yang
menyelamatkan nyawanya dahulu.
“Dia
belum balik sekolah lagi.” Hanis sempat mengerling jam di dinding. Selalunya
Balqish akan menjemput Lily di pra-sekolah dan menghantar anak kecil itu ke kedainya.
Melainkan jika Balqish tiada kelas pada sebelah petang, maka dia akan terus
membawa Lily pulang.
“Dia
balik pukul berapa?” melihat perlakuan gadis itu, Aiden menyoal lagi.
“Are
you interested that much?” Hanis buat-buat marah. Kemudian ketawa. Agak aneh
baginya melihat perlakuan Aiden yang berjumpa buat pertama kali dan bertanyakan
tentang Lily seolah-olah lelaki itu sudah kenal lama dengannya. Aiden juga ketawa.
“Then,
should I ask about you?” soal lelaki itu selamba.
“Sorry?”
Hanis bertana. Dia tidak percaya melihat kemesraan yang begitu cepat
ditunjukkan oleh Aiden.
“Well,
would you like something to drink?” Hanis cepat-cepat alihkan topik. Nampaknya lelaki
ni dah mula melalut yang bukan-bukan
“I’d
love to. Apa yang paling special dekat sini?” soal Aiden kembali.
“All
types of coffees here are specially made by me. And the tropicana smooties as
well. Or maybe you want to try banana apple milk-shake. It’s kind of good for
your... diet.” Hanis mencapai buku menu pada kaunter dan menyebut satu demi
satu nama hidangan dengan lancar tanpa melihat senarai. Dia melemparkan
senyuman manis kepada Aiden. Aiden pandang penuh kagum. Mulutna hampir
ternganga. Mujur dia lekas-lekas sedar.
“Macam
mana awak tahu saya on diet?” soal Aiden perlahan. Hanis angkat bahu.
“Guessing.”
Jawab Hanis ringkas. Padahal gadis itu teka berdasarkan pakaian yang sama yang
dipakai lelaki itu ketika mereka berjumpa di bawah pokok dahulu dan hari ini.
Berbaju sukan sedondon dengan seluar dan lengkap berkasut. Sesiapa pun pasti
akan meneka lelaki itu seorang yang amat mementingkan kesihatan.
“Well,
you guessed it right.” jawab Aiden masih kagum. Dia memesan banana apple
milk-shake untuk dirinya.
“So,
were you’re really fainting on that day. What happened actually?” soal Hanis
sebaik menghantar pesanan kepada pekerja kedainya.
Aiden
diam seketika. Dia sempat melilaukan mata memerhatikan dekorasi kedai kek milik
gadis di hadapannya itu. Gabungan warna kuning terang dan coklat gangsa yang
diserikan dengan sentuhan merah jambu pada meja, kerusi, rak termasuklah
bingkai gambar yang digantung pada dinding-dinding kedai membuatkan sesiapa pun
pasti seakan ditarik untuk memasuki ‘Hanis Honey House’. Paling menarik,
rak-rak buku yang memenuhi ruang dinding. Sedikit pun tiada yang kosong. Persis
perpustakaan. Ditambah pula dengan bau haruman daripada kek, biskut dan kopi
yang memenuhi segenap ruang, perut kenyang pun boleh berbunyi semula. Begitu
sekali penangannya.
“Aiden?”
panggil Hanis lagi apabila melihat lelaki itu mengelamun.
“Is
it really ok if I tell you?” Aiden soal kembali. Dia teragak-agak untuk
memulakan kata.
“If
you want to.” Hanis memberi peluang kepada lelaki itu. Jika Aiden ingin
bercerita, dia sedia mendengar. Namun jika lelaki itu enggan, dia tetap
menghormatinya.
“I’m
a football player.” Aiden memulakan kata-kata. Hanis angkat kening.
“I
mean. I’m an athlete.” jelas Aiden lagi. Hanis tersenyum lantas mengangguk. Dia
memberi ruang kepada lelaki itu untuk meneruskan bicara.
“Saya
jogging masa tu. And that was the maximum point I reached. It’s kind of
suffering when my coach really forced me to loss weight for a next week match.”
Aiden meluahkan perasaan.
“Forced?”
Hanis teringat ketika Aiden berdiri tadi. Badan lelaki itu tidaklah sebesar
mana sehingga dipaksa untuk menurunkan berat badan sehingga begitu teruk. Ada
logiknya juga. Takkanlah lelaki itu dengan kerelaan sendiri sanggup membiarkan
dirinya hampir kehilangan nyawa dengan berjoging habis-habisan.
“Personally,
I think I’m not fit for this. I have no guts to continue this, Hanis. It’s just
painful.” luah Aiden perlahan. Hanis tatap wajah lelaki itu yang mula berubah
suram. Aiden sebak rambutnya berkali-kali menggambarkan kekusutan perasaannya
secara tidak langsung.
“I
was thinking, if I do something else, I would be happier. I just want
happiness. Not suffer.” tambah Aiden lagi.
Susan
muncul membawakan segelas banana apple milk-shake kepada lelaki itu. Hanis
teragak-agak memberi ruang memandangkan dia juga seakan dapat merasakan tekanan
Aiden dalam dirinya.
“What
do you think, Hanis? Kalau awak di tempat saya? What would you do?” Aiden mengasak
soalan. Hanis kaget seketika.
“Well,
if I were you... I mean, if it will makes you... and people around you
happier...” Hanis berjeda beberapa saat. Aiden memandang wajahnya, menanti
dengan penuh sabar.
“I
think... it’s better to take another road.” Ujar gadis itu lagi.
“Take
another road?” lelaki itu mengulangi kata-kata Hanis.
“The
moment you set yourself from suffering, you will see new light in your life.”
Tambah Hanis dengan seulas senyuman manis buat kawan barunya itu.
“A
new light...” Aiden seakan berkata-kata dengan dirinya sendiri. Hanis sekadar
mengangguk. Aiden juga terangguk-angguk. Dah macam angguk beriramalah pulak
dah.
**********
Hampir
seminggu bercuti, Zaraa bangun awal daripada biasa pagi itu. Dia
bersiap-bersiap untuk ke pejabat dan meneruskan tugasannya seperti biasa. Dia
langsung tidak menyangka, usaha kerasnya selama tiga tahun di Madrid diberi
imbalan yang luar biasa daripada pihak majikan. Memang siapa pun tidak akan
percaya gadis seusianya akan memperolehi semua itu.
“Adrian
jemput Zaraa pagi ni?” Ibunya, Puan Norzanah menyoal sebaik sahaja gadis itu
mengambil tempat di meja makan. Naik seleranya sebaik terbau nasi goreng
kampung air tangan ibu. Dah gian sangat bertahun di negeri orang katanya.
“Taklah.
Zaraa pergi sendiri. Lagipun waktu kerja Adrian bukannya fixed macam Zaraa ni.
Dia tu kena on call sepanjang masa.” Zaraa capai pinggan yang dihulurkan oleh
adiknya Zureen. Dia senduk nasi goreng untuk mereka sekeluarga. Ayahnya yang
juga kebetulan baru masuk ke dapur di pelawa bersama.
“Arin,
siapa hantar?” soal Puan Norzanah lagi.
“Zaraa
la hantar. Mama ni macam tak biasa pulak.” balas gadis itu tersenyum.
“Manalah
tahu. Hari tu Zaraa tengah cuti, boleh la hantarkan Arin pergi kelas. Ni dah
start kerja, jadual dah lain, kan?” Puan Norzanah memberi komen.
Suaminya
Encik Nazri hanya menjadi pendengar perbualan dua beranak itu. Dia leka
menikmati sarapannya sambil menyelak akhbar. Begitu juga dengan anak bongsunya Zureen,
leka mengunyah dan hanya sekali-sekala menyampuk jika perlu.
“Bukannya
hari-hari Arin ada kelas pagi, ma. Kalau kak Zaraa tak dapat hantar, Arin
tumpang la Faizal.” gadis awal dua puluhan itu bersuara. Dia merujuk kepada
jirannya yang kebetulan belajar di unversiti yang sama tetapi dalam bidang yang
berlainan. Dia yang kini sedang menuntut di tahun satu Universiti Kebangsaan
Malaysia dalam bidang perakaunan sekadar tersengih-sengih menghabiskan suapan
terakhir.
Usai
bersalaman dengan kedua ibu bapa mereka, Zaraa dan Zureen meminta diri untuk
keluar. Puan Norzanah menghantar kedua-dua anaknya ke muka pintu.
“Baik-baik
bawak kereta tu.” pesan Encik Nazri sebaik sahaja Zaraa dan Zureen melangkah
keluar rumah. Dua beradik itu mengangguk serentak.
***
Zaraa
melangkah gembira memasuki bangunan Delegation Tower yang dia tinggalkan hampir
tiga tahun yang lalu. Gadis itu berdiri seketika di hadapan pintu masuk. Bangunan
setinggi 20 tingkat itu dipandang kagum. Banyak naik taraf yang dapat dia
lihat. Selama ini jika dia pulang ke Malaysia pun, adalah semata-mata untuk
bercuti. Jarang sangat dia singgah di bangunan itu. Kalau perlu berjumpa bos
atau penyelia projeknya sekalipun, mereka lebih banyak berjumpa di luar, dalam
suasana separa formal yang lebih santai.
“So,
this is your new office. New view. New assistance. And I hope you like it.” Mr.
Kim, pengarah di bahagian reka bentuk itu mengiringinya masuk ke dalam sebuah
bilik sederhana besar. Itu pejabat barunya.
Bilik
itu menempatkan sebuah meja dan kerusi di tengah-tengah, ruangan santai di mana
satu set sofa kecil dengan meja kopi diletakkan, beberapa rak fail dan rak buku,
juga sebuah meja besar di bahagian belakang sekali berhampiran tingkap untuk
kerja-kerja melakar pelan atau pembinaan model-model projek. Zaraa berjalan
melihat dekorasi pejabat barunya itu dengan perasaan penuh kagum. Dari cermin
besar tingkap di belakang mejanya itu, dia dapat melihat hampir separuh bandar Nilai
berlatar belakangkan pemandangan yang sungguh indah.
“This
is so cool!” Gadis itu bersuara perlahan namun mampu didengari oleh ketuanya
yang tersenyum-senyum sejak tadi. Dia gembira Zaraa menyukainya.
“Thank
you so much Mr. Kim. I’m... speechless.” ujar gadis itu terharu.
“You
deserve it, Zaraa. You have put so much effort to this company and this is the
least I can do.” ujar lelaki berbangsa cina kacukan America itu. Jauh disudut
hatinya dia amat berterima kasih kepada Zaraa kerana sedikit sebanyak, syarikat
pembangunan itu semakin kukuh dengan adanya arkitek hebat seperti Zaraa.
Zaraa
hampir menitikkan air mata mendengar kata-kata Mr. Kim. Lelaki separuh abad
yang mungkin seusia dengan bapanya itu sudah lama dia anggap sebagai mentor.
Kalau tidak kerana kepercayaan yang diberikan oleh Mr. Kim, tidak mungkin dia
akan berjaya seperti hari ini. Ah, air matanya menitik juga.
“Are
you ok my dear?” Lelaki itu sedikit kaget melihat reaksi Zaraa. Zaraa
terangguk-angguk. Emosi pulak aku ni.
“I
don’t know what to say Mr. Kim...” Gadis itu kesat air mata. Perasaan sebaknya
masih belum hilang. Mr. Kim tersenyum. Dia faham perasaan gadis itu. Tapi
taching-taching jugak. Kerja mesti diteruskan.
“Come,
I’ll introduce you with your very special assistant.” Mr. Kim mempersilakan
gadis itu mengikutnya ke sebuah lagi bilik, selang beberapa pintu sahaja dari
pejabatnya. Zaraa menurut.
“Zaraa,
this is Farizal Hakim, your assistance, I mean, he’s the chief designer while
you’re not around all these while. And Farizal, this is Zaraa Aishah. She’s a
chief designer as well. I told you, remember?” Lelaki berbangsa cina itu
melakukan sesi suai kenal secara ringkas. Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering.
Macam tahu-tahu. Mr. Kim tergesa-gesa meminta diri. Dia harus jawab panggilan
itu. Zaraa dan Farizal hanya angguk.
Farizal
berdiri tegak di hadapan Zaraa. Lelaki itu berdehem sebelum membetul-betulkan
kot lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Salam perkenalan yang sangat
formal bagi pandangan Zaraa.
“Farizal
Hakim. Welcome back Zaraa.” lelaki itu bersuara. Dia melemparkan senyuman yang
paling manis. Namun senyuman itu pada pandangan Zaraa terselindung seribu satu
makna.
“I’m
Zaraa.” Gadis itu menyambut salam. Dia memberi senyuman balas. Farizal angguk
dengan pandangan mata yang sukar untuk dimengerti.
“I
guess, we’re going to make a good collaboration, huh.” kata-kata sinis yang
jelas sekali berbaur sindirian. Cabaran hari pertama. Zaraa tersenyum lagi.
Iguess so. Detik hatinya.
**********
“This
is awesome!” Jerit Balqish sambil melihat gambar-gambar ditelefon pintar milik
gadis itu. Syarifah Adrianna yang leka memerhatikan Hanis melayan karenah Lily
di taman permainan itu cepat-cepat menyelitkan diri di sebelah kirinya.
“Oh
my God, hebat gila office baru kau. Apasal tak tweet awal-awal? Dah hari sabtu
baru kau nak tunjuk. Tergamak kau eh?” Syarifah Adrianna pula memberikan komen.
Panjang dan lebar.
Zaraa
yang duduk di sebelah kanan Balqish tersengih-sengih. Bukan bangga, tetapi
gembira melihat kawan-kawan baiknya turut berkongsi kegembiraan dan keterujaan
mereka bersama. Komen-komen begitu sudah lali di dengar, terutamanya daripada Syarifah
Adrianna. Dengar agak kasar, tetapi begitulah cara mereka menunjukkan
kemesraan.
Petang
hujung minggu itu, mereka berempat berkumpul di rumah Balqish. Selesai
masak-masak, bercerita tentang perkembangan terbaru masing-masing, mereka sediakan
sandwich untuk minum petang sebelum membawa Lily keluar berjalan-jalan di
sekitar taman permainan berhampiran rumahnya. Untung Lily.
“Aku
tak ada masa lah nak layan tweet-tweet ni. Sekarang bukan zaman belajar lagi.
Tak sempat nak fikir semua tu.” ujar Zaraa pula. Balqish angguk setuju. Syarifah
Adrianna mencebik. Macamlah nak upload sekeping gambar pun berhari-hari.
Ketiga-tiga
mereka kemudian ketawa melihat gambar Zaraa yang diambil bersama dengan sebuah
patung harimau kecil pemberian Syed Adrian. Patung itu diletakkan di atas rak
berhampiran meja pejabatnya dan sering dibawa kemana-mana termasuklah sewaktu
dia bertugas di Madrid dahulu.
“Ouch,
sweetnye kakak ipar kau.” Balqish memanjangkan muncungnya menoleh ke arah Syarifah
Adrianna.
“Tu
bukan sweet. Tu gedik.” Syarifah Adrianna cari gaduh.
Zaraa
bulatkan mata. Bersungguh-sungguh dia berusaha mencapai lengan gadis itu untuk
dicubit-cubit. Sepantas kilat Syarifah Adrianna berlari meninggalkan mereka.
Zaraa bangun tanpa berlengah. Lily pula terkekek-kekek dari jauh melihat
telatah dua orang auntie-nya yang berperangai budak-budak kalah dirinya sendiri.
Sesekali Hanis turut terjerit kecil. Pihak yang tidak bersalah pun menjadi
mangsa.
Balqish
tersenyum. Merekalah anugerah Allah yang tidak ternilai buatnya. Dikurniakan
sahabat setia dan saling bersamanya tidak kira susah dan senang. Malah,
sahabatnya itu jugalah yang banyak melimpahkan kasih sayang kepada Lily,
satu-satunya harta yang paling bermakna buat dia di dunia ini.
“I’m
happy for you.” sorang lelaki tiba-tiba mengambil tempat di sebelahnya.
Balqish
terperanjat bukan kepalang. Tanpa menoleh pun dia tahu siapa pemilik suara itu
sekaligus membuatkan amarahnya membuak.
“Apa
you buat dekat sini, Daniel?” Balqish membentak geram. Suaranya dikawal agar
tidak terlalu kuat.
“I
nak jumpa you. Nak jumpa anak kita.” ujar lelaki itu sambil menoleh memandang
Balqish. Wanita itu tertawa tak pasal-pasal. Kelakar ke?
“Anak
kita? Since when?” Balqish mengejek. Daniel diam mencari kata-kata terbaik. Dia
berusaha memujuk wanita itu.
“Sudahlah
Daniel. I tak nak tengok muka you lagi. Sebelum I halau you, baik you balik.”
sambung wanita itu lagi. Balqish menoleh membalas pandangan Daniel. Namun
pandangan itu bukanlah seredup seperti yang pernah diberikan kepada lelaki itu
suatu masa dahulu.
“I
have something to ask.” ujar Daniel tiba-tiba. Sikap dingin Balqish enggan
diendahkan.
“But
I have nothing to answer. Baliklah, Daniel.” Balqish semakin gelisah apabila
melihat Lily tertoleh-toleh menandang ke arahnya. Begitu juga dengan
kawan-kawannya yang lain.
Balqish
terpaksa menarik lengan baju Daniel apabila lelaki itu tidak menunjukkan
tanda-tanda untuk pergi. Dia tidak mahu Lily melihat apatah lagi berjumpa
dengan Daniel. Dia tidak mahu lelaki itu wujud dalam hidup Lily. Daniel akur.
Kini,
mereka berdua duduk di sebuah bangku panjang agak jauh dan terlindung daripada
pandangan Lily. Zaraa, Hanis dan Syarifah Adrianna tahu dia bersama lelaki itu.
Mujur mereka pandai mengalihkan perhatian Lily.
“Berapa
umur Lily?” soal Daniel selepas beberapa minit membiarkan suasana antara mereka
sunyi sepi. Balqish tarik nafas beberapa kali cuba menenangkan hati.
“You...
nampak macam berminat sangat nak ambil tahu pasal anak I. Apa sebenarnya yang
you nak tahu Daniel? Sama ada Lily tu betul-betul anak you atau tidak? So that
you boleh tuntut hak penjagaan dia dekat mahkamah? Macam tu?” Balqish terus
mengasak lelaki itu dengan soalan bertubi-tubi.
Daniel
kelihatan tenang mendengar luahan dan bentakan emosi daripada wanita itu. Lima
tahun dia meninggalkan Balqish terkapai-kapai sendiri, Daniel akhirnya membuat
keputusan untuk pulang ke Malaysia. Beberapa bulan yang lalu, dia mencuba nasib
untuk menghubungi nombor wanita itu yang masih berada dalam simpanannya. Dia
bernasib baik kerana Balqish tidak menukar nombor telefon.
Apabila
dia mendapat tahu bekas isterinya itu kini bekerja sebagai pensyarah di Kolej
Universiti Islam di Bangi, Daniel perlahan-lahan cuba mendekatinya kembali
untuk menebus kesalahan yang pernah dia lakukan dahulu. Namun, kekesalannya itu
disalah ertikan oleh Balqish.
“Lima
tahun dulu you tinggalkan I, you pijak-pijak maruah I, how wierd. Daniel you tak
ada perasaan malu ke?” Balqish bersuara sinis. Daniel berjeda agak lama. Dia
tahu marah Balqish masih belum hilang.
“You
dah kahwin?” Daniel memberanikan diri bertanya. Terlalu banyak yang ingin dia
tahu daripada wanita itu. Namun dia masih mampu tenang dan bersabar. Dia faham,
sesiapa pun yang berada pada situasi Balqish pasti tidak mampu menerima apa
yang telah dia lakukan. Malah tidak mungkin serasional wanita itu menghadapinya.
“You
have no right to ask me that.” balas Balqish tenang. Dia masih mampu mengawal
perasan walaupun dalam hatinya membentak yang bukan-bukan.
“Tolonglah
Daniel. Jangan tambahkan serabut hidup I ni lagi. You kan dah bahagia dengan
hidup you sekarang. Isteri baru you. So please, leave me alone.” pinta Balqish
lagi. Dia bernada lemah. Luka dihatinya mengenang masa lalu terasa berdarah
kembali.
“I
dah bercerai.” ujar Daniel perlahan. Balqish terdiam. Wajahnya sedikit berubah
mendengar kata-kata lelaki itu.
“I
sepatutnya dengar cakap you dulu. I’m sorry.” Daniel menyatakan kekesalan.
“I
don’t care.” Balqish memeluk tubuh. Dia malas mahu meneruskan perbualan itu.
Petang pun semakin lewat. Lantas dia berdiri, berura-ura untuk pergi dari situ.
“You
dah berubah, Qish.” tutur Daniel lemah. Dia berdiri di belakang wanita itu.
Namun Balqish sekadar membatukan diri.
“Lima
tahun dulu...” Balqish bersuara tanpa menoleh.
“I
also thought you wouldn’t changed.” sambungnya lagi lalu menapak meninggalkan
lelaki itu tanpa menoleh walaupun sekali. Daniel meraup wajahnya. Dia mengeluh
berat.
**********
No comments:
Post a Comment