Wednesday, February 6

KAMELIA - AQIL



‘Tension grows. A missile launch!’



Sebuah pesawat *** tanpa lewat sesaat pun terus melancarkan peluru kepada sasarannya di tengah-tengah jambatan. Desahan nafas Megat Haikal semakin deras. Renik peluhnya bercucuran tanpa henti, seiring dengan danyutan nadi, mengencangkan larian, menyelamatkan diri daripada terjahan peluru yang baru sahaja dilepaskan oleh pihak musuh tadi. Lima langkah sahaja, lariannya mati dibedil peluru. Megat Haikal terhumban di tengah-tengah jambatan. Keringatnya dikerah sehabis daya untuk kembali bangun dan menyelamatkan diri daripada dibedil peluru kedua. Telefon bimbitnya yang tercampak di hadapan mata tiba-tiba berbunyi. Masih berfungsi dengan baik.



‘Run with everything you got. And jump off.’



Mata Megat Haikal meluas. Sempat dia menoleh melihat pesawat yang masih berlegar-legar di atas kepalanya menunggu isyarat peluru kedua dilepaskan. Keringat yang semakin laju bercucuran diseka dengan pantas. Pemuda itu terhinjut-hinjut mendekati palang jambatan. Dia nekad. Inilah jalan terakhir untuk dia menyelamatkan diri. Tanpa berfikir panjang, palang jambatan itu dipanjat dan dia terus mencampakkan diri ke dalam laut. Megat Haikal mengeluh buat kesekian kalinya. Helaian terakhir skrip itu diselak lemah.



“Hai, tak ada ending lain ke nak buat?” lelaki itu berkata-kata sendirian.



Ketika itu dia sedang duduk betul-betul di tepi laut mengadap jambatan Pulau Pinang yang bakal dijadikan sebagai set pengambaran bagi filem yang sedang dilakonnya. Beberapa orang krew pengambaran di belakangnya sedang sibuk membuat persiapan untuk babak tersebut. Buku skrip ditutup. Megat Haikal menyilangkan kakinya. Malas mahu memikirkan apa-apa. Sudah sampai ke babak yang terakhir pun. Pedulilah masuk akal atau tidak.



**********



Kereta api antara bandar itu bergerak laju menuju ke utara. Destinasi seterusnya, Ipoh, Perak. Kamelia menopang dagu di hadapan notebook biru pastel kesayangannya itu sambil berangan jauh ke luar jendela kereta api. Hampir lima minit mengerah idea, gadis itu mencapai kembali kaca matanya yang diletakkan di tepi tadi.



“Seorang gadis cantik, sedang berlari sambil mendengar muzik.”



Jari-jemarinya laju menekan papan kekunci menaip sebaris ayat itu. Dimindanya terbayangkan seorang gadis dalam persalinan sukan merah lembut sedang berjoging di atas trek sambil mendengar lagu daripada ipod.



“Macam boring je.” Kamelia berkata-kata sendirian.



Serentak itu juga jarinya memadam kembali ayat yang ditulisnya tadi sekaligus memadamkan bayangan gadis berbaju merah lembut tadi. Dia kemudian sekali lagi menaip sebaris ayat yang baru.



“Bagaikan menerima kehadiran seorang tuan puteri, trek larian itu nampak berseri sejak awal pagi.”



Kamelia tersenyum sendirian membayangkan seorang gadis dengan gaya yang lebih mewah sedang berjoging dan mendengar lagu dari ipod miliknya. Bagai mahu tergelak pun ada juga. Lucu membaca ayat yang baru sahaja ditulisnya sendiri tadi. Mujur gerabak kereta api itu tidak ada sesiapa. Kebetulan agaknya, hari-hari biasa begini tidak ramai penumpang yang menaiki kereta api antara bandar itu. Dia mencapai secawan kopi yang sedia terletak di atas meja gerabaknya itu lalu menghirup perlahan.



**********



Kepingan-kepangan gambar berselerakan di atas tempat duduk. Tiga jenis kamera berlainan jenis terletak elok di antaranya. Namun, model Samsung *** juga yang menjadi pilihan Hazaqil untuk merakamkan momen-momen indahnya kali ini. Dari biliknya itu, Hazaqil memetik picu kamera beberapa kali. Cuba mencari sudut terbaik untuk disimpan sebagai kenang-kenangan.
Setelah berpuas hati, lelaki tinggi lampai itu menapak keluar. Berjalan-jalan di sekitar gerabak yang agak lengang tengah hari itu. Tangan dan matanya tidak putus-putus merakam apa sahaja figura yang dirasakan mengusik jiwa. Hazaqil tersenyum sendirian. Dia terus berjalan dari satu gerabak ke atu gerabak lain sehinggalah…



**********



“Sementara itu, si jejaka sedang menyiapkan sarapan pagi untuk mereka nikmati bersama-sama.” Kamelia masih kusyuk menaip sambil terus berkata-kata sendirian.



“Bila masa you siapkan semua ni?” si gadis tersenyum sebaik muncul di meja makan.



Kekasih hatinya hanya membalas dengan senyuman.



“Jom.” si jejaka tidak menjawab pertanyaan. Ringkas respon yang diberikan. Lalu dia mencapai satu demi satu hidangan untuk disuapkan kepada si gadis.



“I letak extra salad dalam sandwich you. Makan banyak-banyak ok.” ujar si jejaka lagi.



“Kalau macam tu, penatlah I jogging pagi-pagi.” si gadis tertawa mengusik buah hatinya.



Mereka saling bertukar-tukar suapan, bergelak ketawa serta riang bercerita perihal keadaan masing-masing yang semakin sibuk dengan kerja dan komitmen lain.



Kamelia terus hanyut dalam dunia penulisan anganannya. Namun, angan itu tidak lama apabila telinganya menangkap bunyi alat digital seperti ditekan-tekan tidak jauh dari tempat duduknya. Dia lekas menoleh. Seorang lelaki berdiri memandangnya dengan kamera ditangan. Kamelia mengetap bibir. Sepantas itu juga dia bangun dan mendekati lelaki itu.



“Wait a minute. Excuse me Mr.…” Kamelia melurutkan cermin matanya perlahan-lahan.



Mr. Photographer.” sambungnya lagi.



Hazaqil mengangkat keningnya menanti gadis itu meneruskan bicara.



Kamelia cuba mencari peluang untuk membela dirinya.



“What on earth you’re doing? Are you taking my picture? Without my consent?” Dia terus mengasak lelaki itu dengan pertanyaan tanpa sedikit pun rasa cuak.



Cermin mata yang dilurutkannya tadi diletakkan di atas kepala. Hujung kain selendangnya yang agak mengganggu pandangan, disebakkan kebelakang. Sambil memeluk tubuh, gadis itu memberi ruang kepada lelaki di hadapannya itu untuk memberikan penjelasan.



“Saya tak ambil gambar awak pun.” ringkas Hazaqil menjawab.



Lagak selamba lelaki itu membuatkan Kamelia tertawa kecil.



“You’re not a good actor. Jangan nak tipulah. Bak sini kamera tu.” Kamelia pantas merentap kamera daripada pegangan Hazaqil.



Pemuda itu pula sekadar membiarkan. Sesekali dia tersenyum melihat tingkah laku Kamelia yang pada pandangan matanya agak comel walaupun sedikit kasar. Puas membelek agaknya, gadis itu menyerahkan kembali kameranya tadi lambat-lambat.



“So cute.” Terlepas kata-kata itu daripada mulutnya.



“Hah?” Kamelia memandangnya dengan terpinga-pinga.



“Suffering from the princess syndrome? Ada ke gambar awak tu?” Hazaqil selamba mengusik apabila melihat riak wajah gadis di hadapannya itu perlahan-lahan berubah merah.



Kamelia cepat-cepat berlalu pergi. Baru beberapa langkah menapak, dia berpatah balik mendapatkan Hazaqil.



“Mr. Photographer…” panggil gadis itu perlahan. Hampir tidak kedengaran kerana ditenggelami bunyi bising enjin kereta api yang masih dalam perjalanan menuju ke destinasinya.



Hazaqil sekali lagi sekadar mengangkatkan kening.



“I’m sorry.” ujar Kamelia hampir menundukkan tubuhnya 90 darjah memohon maaf di atas keterlanjuran tingkah lakunya sebentar tadi. Cermin mata di atas kepalanya dipakai kembali, lalu berpatah ke tempat duduknya dengan pantas.



Hazaqil tidak membalas apa-apa. Dia melihat gadis kecil-molek itu mencapai barang-barangnya lalu beralih tempat ke meja lain yang agak terselindung daripada pandangannya. Lelaki itu tersenyum. Dia menuruti langkah gadis tadi dan selamba mengambil tempat di meja yang sama, bertentangannya dengan tempat duduknya.



Kamelia terkebil-kebil.



**********



Megat Haikal mengasingkan dirinya agak jauh dari set pengambaran. Dia baru selesai melakukan aksi bagi sudut satu, babak terakhir filem itu. Permukaan telefon bimbitnya yang bergetar kuat sejak tadi disentuh. Wajah seorang gadis terpampang di skrin membuat panggilan video dengannya.



“I stuck lagi. Tak tahu nak tulis apa. Help me…!!!” teriakan manja itu membuatkan Megat Haikal tersenyum. Gadis di skrin itu juga tertawa kecil.



“Help?” Megat Haikal tersenyum sendirian. Terdetik sesuatu di dalam benaknya untuk menyakat gadis itu.



“Tolong! Tolong! There’s someone in trouble!” lelaki itu tiba-tiba menjerit kuat. Berlakon sungguh!



“Haikal…” si gadis membulatkan mata, berpura-pura geram. Namun seketika kemudian dia tersenyum.



“Apa kata you call tok wan. Dia mesti banyak idea untuk tolong you.” sambung Megat Haikal lagi tidak puas mengusik.



“Dahlah, malas nak layan. Anyway, you kat mana sekarang? Dah habis filming?” soal gadis itu menukar topik perbualan.



“Belum. Dekat set lagi.” ujar Megat Haikal.



“Tak nampak siapa-siapa pun.”



“I cari tempat yang privacy sikit. Nak dating dengan you, kan?” lelaki itu mengangkat-angkat keningnya, nakal.



“Sweet. Tapi setakat dating dekat phone buat apa.” Balas si gadis membuat mimik muka.



“Sabarlah. You tak sampai lagi. Jauh lagi ke?” soal Megat Haikal pula.



Si gadis kelihatan tertinjau-tinjau di sekitarnya. Kelihatan seperti sedang bertanyakan sesuatu kepada orang lain.



“Baru nak sampai Rawang. Lambatnya…” gadis itu merengek manja.



“Tak apalah. Kalau you sampai awal tapi I tak habis shoot pun no point jugak. Enjoy your view. Dah sampai Penang nanti kita dating puas-puas ok.” ujar lelaki itu cuba memujuk.



“Ok. You better make it worth. Kalau tidak…”



“Megat, director dah panggil. Second shoot coming up.” panggilan beberapa orang krew filem di belakangnya membuatkan Megat Haikal menoleh. Dia sekadar mengangguk sebelum kembali mendapatkan gadis kesayangannya yang masih di talian.



“Kamelia, I…”



“You got to go.” si gadis bersuara lemah. Perasaan hampanya disembunyikan di sebalik senyuman.



**********



Kamelia mematikan talian. Gadis itu mengeluh berat. Sudahlah dia yang menelifon lelaki itu pada hari ulang tahunnya sendiri, sepatah ucapan selamat hari lahir pun tidak diterimanya. Malah Megat Haikal juga tergesa-gesa mematikan talian demi memenuhi tuntutan kerjaya yang tidak menentu, membuatkan hatinya bertambah-tambah sedih dan kecewa.



Tangannya menutup notebook dengan agak kasar. Satu keluhan lagi kedengaran. Gadis itu hampir-hampir sahaja menghamburkan kemarahannya sepuas hati. Namun kelibat ‘Mr. Photographer’ yang masih leka bermain-main dengan kamera di hadapannya sejak tadi membuatkan dia cuba mengawal diri. Notebook miliknya tadi dibuka semula. Perlahan-lahan tangannya menaip, merangka kembali cerita-cerita yang sedang dikarangnya ketika itu.



“Dia, pereka fesyen terkenal di ibu negara. Semua orang mengenali dan menyukai pakaian-pakaian yang direkanya.” Kamelia kembali kusyuk. Sedikit demi sedikit, dia mula melupakan sakit hatinya kepada Megat Haikal tadi.



“Namun dia adalah seorang pembunuh. Malam itu, satu misi yang tidak terduga sedang menantinya.” Kamelia terus hanyut menyusun plot kisahnya untuk dihabiskan sepanjang perjalanan menuju ke utara hari itu.



Hazaqil pula seakan tidak wujud di hadapan mata. Kamelia langsung tidak membuka mulut untuk memulakan perbualan dengan lelaki itu apatah lagi berkenalan dengan lebih rapat. Tambahan pula lelaki itu sekali-sekala bangun dan berdiri mengambil gambar di luar jendela, jadi tidaklah mengganggu sangat konsentrasinya.



“Satu misi yang tidak pernah tercapai di akal fikiran. Malam itu, si gadis bersiap-siap untuk menjalankan misinya. Telefon bimbit di atas meja solek berbunyi menandakan ada panggilan masuk daripada kekasih hati.” Kamelia terus menaip. Jalan ceritanya menjadi semakin rancak.



“Skip dinner. Kita jumpa around pukul 10 malam ni boleh? I belanja.” ujar si jejaka.



“Malam ni? I rasa tak bolehlah. Kawan I sakit. She’s all by herself. So, I tak sampai hati nak biarkan dia.” si gadis memberikan alasan.



“Really? Tak apalah kalau macam tu. So that I pun boleh jumpa client.” ujar si jejaka tanpa banyak soal.



“Jumpa client malam-malam?” si gadis menyoal kembali.



“Since you tak free malam ni, better jugak kalau I kerja.” ujar si jejaka. Dia tersenyum walaupun tidak dilihat oleh kekasih hatinya.



“Hmm, ok. Then we set another time ya!” si gadis membalas sebelum mematikan talian.



“Opocot kau sejuk.” Kamelia tersentak apabila sebuah botol mineral didekatkan ke pipinya.



Hazaqil ketawa perlahan tanpa rasa bersalah. Entah bila masa agaknya lelaki itu pergi ke kiosk kereta api, Kamelia sendiri tidak sedar.



“Nah, sejukkan mood awak tu sikit. Macam pressure je.” ujar Hazaqil tersenyum manis.



Kamelia menyambut teragak-agak. Gadis itu turut tersenyum akhirnya.



“Terima kasih.” ujarnya perlahan.




**********



“Cut! Ok, nice one Megat.” suara pengarah lantang menjerit di tengah-tengah set pengambaran.



Megat Haikal mendapatkan lelaki itu. Dia duduk melihat kembali aksi yang telah dilakukannya sebentar tadi dan mendengar penerangan daripada pengarah bagaimana babak seterusnya akan dilakukan. Sesekali lelaki itu terangguk-angguk perlahan.



“Ok, take five. Sekejap lagi kita start scene baru.” ujar pengarah itu lagi.



Megat Haikal bangun lantas berjalan ke luar set. Telefon bimbitnya dikeluarkan lalu mendail nombor buah hatinya sekali lagi.




**********



Hazaqil meneguk air minumannya. Dia memandang gadis di hadapannya itu tanpa berkata apa-apa lebih kurang lima minit yang lalu.



“Awak tak nak cakap apa-apa dengan saya?” soal Hazaqil sambil meletakkan botol minumannya tadi. Botol itu ditolaknya hampir ke tingkap gerabak kereta api yang sedang mereka duduki.



“Saya tak ada apa nak cakap.” balas Kamelia perlahan.



Dia mengulum senyuman seakan dibuat-buat. Padahal peristiwa salah faham mereka tadilah yang sebenarnya membuatkan dia malu untuk menegur lelaki itu. Jadi, daripada dia terus memalukan diri sendiri, baiklah dia diam atau buat tak tahu dengannya.



“At least takkan awak tak nak tanya nama saya, atau saya nak pergi mana?” ujar Hazaqil pula.
Kamelia mengangkat kening. Should I? Bisik hatinya.



“Maybe awak nak saya yang tanya dulu?” soal Hazaqil lagi.



Kamelia masih tidak memberi respon. Sesekali pandangannya di arahkan ke luar jendela, memerhatikan pemandangan kawasan luar bandar yang sedang dilalui kereta api ketika itu. Kedengaran telefon bimbitnya bordering tiba-tiba. Cepat-cepat gadis itu menjawab panggilan.



“Hai sayang, sorry pasal tadi. You dah sampai mana tu?” sekali lagi pasangan itu saling memandang skrin membuat panggilan video antara satu-sama lain.



“Huh? I… I sekarang ni dekat... Err, dekat…” ujar Kamelia tergagap-gagap. Dia menjarakkan diri sedikit daripada Hazaqil memandangkan lelaki itu galak memerhatikannya sejak tadi.



“You ok ke? Kenapa macam gelabah je. You curang dengan I eh?” Megat Haikal cuba berseloroh mengusik gadis itu.



“Curang? What? Mana ada. Kenapa you cakap macam tu?” Kamelia mula gelisah.



Adakah Megat Haikal tahu dirinya ketika itu sedang bersama dengan seorang lelaki asing yang cuba berkenalan dengannya di tengah-tengah perjalanan? Takkan canggih sangat handphone dia sampai boleh nampak ‘sorrounding’ dalam gerabak ni? Getus Kamelia dalam hati.



“Yeke? Kalau macam tu tunjuk bukti. Mana cincin yang I bagi you? Mesti tak pakai ni.” Megat Haikal ketawa perlahan. Melihat wajah cemas Kamelia, semakin seronok pula dia mengusik gadis itu.



“Ni cincin. Sampai hati you tak percayakan I.” Kamelia memasamkan muka melihat Megat Haikal sengaja mengenakannya. Dia menghalakan tangannya di hadapan skrin menunjukkan kepada lelaki itu bahawa dia tidak menipu apatah lagi berlaku curang.



Megat Haikal tersenyum lebar melihat gadis itu bersungguh-sungguh meyakinkannya. Hampir tiga tahun menyulam kasih bersama, tidak sekalipun dia meragui cinta gadis itu. Cuma sekali-sekala dia gemar mengusik Kamelia hinggakan kadang-kala menangis gadis itu dibuatnya.



“Amboi, jahat eh. Habis cincin you pulak mana?” soal Kamelia kembali. Kereta api bergerak semakin perlahan menandakan mereka bakal berhenti di stesen seterusnya.



Sementara itu dihujung talian, Megat Haikal membelek cincin pemberian gadis itu. Riak wajahnya berubah serta-merta. Tiada! Cincin itu tiada ditangannya!



“Haikal, you kenapa?” soal Kamelia lagi apabila wajah Megat Haikal tiba-tiba hilang di talian. Entah apalah yang disibukkan oleh lelaki itu agaknya. Dia hanya mampu melihat persekitaran lelaki itu yang tidak statik.



“Haikal…” panggil Kamelia buat kesekian kalinya.



“Sayang, sorry I have to go, something urgent came up.” Megat Haikal tergesa-gesa muncul di skrin. Lelaki itu sempat melemparkan ‘flying kiss’ kepadanya sebelum sempat dia berkata apa-apa.



Kamelia mengerut kening. Sekali lagi dia ditinggalkan begitu sahaja. Entah kenapa dengan lelaki itu agaknya. Dia sendiri tidak dapat mengagak.



“Sayang, kita dah sampai Ipoh. Awak boleh teman saya sekejap tak?” seorang lelaki di sebelahnya membuatkan Kamelia terkejut.



Dia mengurut dada. Mr. Photographer tadi rupanya. What? Sayang?



“Awak panggil saya apa tadi?” soal Kamelia sedikit tinggi nada suaranya.




“Sayang.” ujar Hazaqil selamba. Lelaki itu mengangkat kening dan bahunya serentak.



“You have no right to call me like that.” Kamelia mengetapkan bibir. Dia tidak salah dengar rupanya.



“Habis tu dah saya tak tahu nama awak, saya panggillah macam yang boyfriend awak panggil tadi.” Hazaqil buat muka tida bersalah.



Kali ini Kamelia melepaskan keluhan berat. Kenapalah dia ditakdirkan jumpa dengan lelaki sengal macam ni. Di saat dia mahu menikmati hari ulang tahunnya dengan gembira, Megat Haikal dengan perangai begitu, lelaki di hadapannya pula dengan perangai begini. Dahlah biadab curi dengar perbualan orang.



“Fine. Panggil saya Kamelia.” ujar Kamelia akhirnya.



“Lia?” Hazaqil bertanya lagi.



“Saya tak suka orang panggil saya dengan nama pendek. Call me Kamelia or don’t call me at all.” ujar gadis itu seraya berjalan kembali ke tempat duduknya tadi.



Hazaqil masih tercegat di situ sambil terangguk-angguk perlahan. Tidak sampai beberapa minit, gadis tadi kembali mendapatkannya.



“Mana notebook saya?” soal Kamelia sedikit geram.



Hazaqil terkebil-kebil seketika. Soalan itu seakan-akan lambat tercerna dalam kepala otaknya.



“Notebook? Oh, notebook awak. Ni ada dekat saya.” ujar Hazaqil sambil menepuk-nepuk beg sandang yang disangkut pada bahunya ketika itu.



“What? Apa masalah awak dengan saya haa? Did I owe you anything?” Soal Kamelia cuba memikirkan adakah dia mempunyai apa-apa urusan yang belum selesai dengan lelaki itu. Rasanya dia sudah meminta maaf di atas keterlanjurannya menuduh lelaki itu mengambil curi gambarnya tadi. Selain daripada itu, dia tidak berhutang apa-apa.



“Awak tak berhutang apa-apa pun dengan saya. Cuma saya nak minta awak temankan saya jalan-jalan sekitar bandar Ipoh ni. Itupun kalau awak sudi.” ujar Hazaqil sambil berjalan mendekati pintu kereta api, berhasrat hendak keluar dari situ. Bila-bila masa sahaja nampaknya kereta api itu akan bergerak ke stesen seterusnya.



“Why should I?” Kamelia mendekati lelaki itu dengan perasaan sebal.



“Kalau tak nak tak apa, saya tak paksa.” balas Hazaqil sambil melangkah turun.



Kamelia cuak. Mengenangkan notebook miliknya yang berada di tangan lelaki itu, dia gagahkan juga langkah kakinya turun dari kereta api.



“Ini dah kes ugut namanya. Jangan sampai saya jerit dekat stesen ni.” Kamelia cuba memberanikan diri walaupun hakikatnya dia amat cemas ketika itu. Kalaulah Megat Haikal ada disisinya.



“Rileks Kamelia, saya bukan orang jahat. I just want you to enjoy the view. Lagipun, mana boleh cari idea nak buat cerita romantik dalam train. Come on…” Hazaqil seakan dapat mentafsir perasaan gadis di hadapannya itu.



Bunyi siren pintu kereta api dibunyikan. Kamelia menoleh apabila kereta api mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan stesen Ipoh itu. Sementara lelaki yang masih tidak dikenalinya itu selamba berjalan jauh meninggalkannya di belakang. Sekali lagi Kamelia pasrah ditimpa kesulitan sepanjang perjalanannya menuju ke utara hari itu.




**********



Megat Haikal tergesa-gesa kembali ke set pengambarannya sebentar tadi mencari-cari cincin milikya yang tercicir entah di mana. Berkali-kali dia menyumpah dalam hati, menyalahkan diri sendiri atas kecuaian yang telah dilakukannya.



“Mana pulak cincin ni pergi.” Megat Haikal tergaru-garu kepalanya yang langsung tidak gatal itu.



Seingatnya, memang dia memakai cincin itu ke mana sahaja. Walau di set pengambaran sekalipun. Puas mengerah ingatannya, akhirnya Megat Haikal teringat babak dia terjun dari jambatan seketika tadi. Agaknya ketika itulah cincinnya terlucut daripada jari.



“I’m a dead man.” lelaki itu memejamkan mata membayangkan rajuk kekasih hatinya yang bakal berpanjangan gara-gara dia cuai menjaga lambing cinta mereka berdua itu.




**********



Kamelia memeluk tubuh. Dia berdiri kira-kira tiga langkah jaraknya daripada lelaki itu. Wajahnya memerah menahan marah. Sedangkah lelaki itu selamba duduk bersilang kaki merenungnya sejak tadi.



“Saya rasa awak ni normal. Tapi kenapa perangai awak macam orang gila eh?” Kamelia mendekati lelaki itu lalu duduk di sebelahnya.



Hazaqil tertawa kecil mendengar kata-kata itu. Dia sedikit pun tidak terkejut apatah lagi mahu berkecil hati. Bagai sudah mengagak.



“Awak takut dengan saya ke?” soal Hazaqil kembali.



Kali ini giliran Kamelia pula tertawa kecil.



“Takut? Huh, annoying adalah.” balas gadis itu perlahan. Namun masih mampu didengari oleh Hazaqil.



“Sekali-sekala apa salahnya, jalan-jalan dengan kawan baru, pergi tempat baru.” Hazaqil bangun dari tempat duduknya. Dia memberi insyarat mata kepada gadis itu untuk mengikutnya.



“Jomlah Kamelia. Train kita pun dah terlepas. Jadi sementara next train sampai, apa kata kita round-round Ipoh. So here’s the deal. Awak jadi model photografi saya, then saya pulangkan balik notebook awak ni. Lepas tu saya janji saya takkan kacau awak lagi dalam train nanti.” Hazaqil mengangkat tangannya seakan bersumpah.



Kamelia mengerdipkan matanya berkali-kali. Mulutnya juga hampir ternganga. Memang gila lelaki ini agaknya.



“Aaarrrggghhh!!!” Kamelia bangun dengan keterpaksaan. Bibirnya terkumat-kamit menghamburkan kemarahan kepada lelaki itu. Kalau tidak mengenangkan notebook miliknya yang sedang menjadi tawanan, jangan mimpilah dia mahu menurut.



“I like that face.” Hazaqil tiba-tiba menoleh. Dia tersenyum seraya melambatkan-lambatkan langkahnya menyaingi Kamelia.



“Awak nak aiskrim? Sekejap eh saya pergi kedai sana tu.” Hazaqil berlalu ke deretan kedai snek di stesen kereta api Ipoh itu.



Sekali lagi Kamelia tersentak. Dia hanya memerhatikan tingkah laku lelaki asing itu tanpa menyedari perasaan marahnya tadi mulai reda perlahan-lahan. Bibirnya menguntum senyuman kecil sewaktu lelaki itu mendekati dan menghulurkan aiskrim kepadanya.



“Terima kasih.” ujar Kamelia. Dia berjalan seiring dengan lelaki itu sambil menikmati aiskrim itu dengan perlahan.



Hazaqil hanya tersenyum sebagai balasan.



“Coffee?” soal Kamelia memandang lelaki itu.



“Ipoh white coffee. Kenapa, awak tak suka ke?” soal Hazaqil kembali. Alamak!



“No. I love it! Ada perisa Ipoh White Coffee rupanya ya.” ujar Kamelia agak teruja. Berbeza sungguh nada suaranya berbanding tadi.



“Only in Ipoh.” Hazaqil tersenyum lega.



Dia tidak salah meneka. Melihat gadis itu tekun menaip dengan ditemani secawan kopi di dalam kereta api tadi, tidak susah untuk mengagak perisa kegemaran Kamelia.




**********



Tamat sahaja babak terakhir itu, Megat Haikal terus bersiap-siap untuk beredar. Dia memecut keretanya ke tengah-tengah bandar Pulau Pinang, menerjah satu demi satu kedai aksesori barang kemas mencari cincin yang serupa dengan pemberian Kamelia. Dia tidak sedikitpun peduli pandangan orang ramai yang leka memerhatikan gerak-gerinya di situ. Bahkan, permintaan beberapa orang peminatnya untuk bergambar juga terpaksa ditolak dengan baik atas alasan dia sedang menghadapi kecemasan.



Keletihan berlari hampir satu bangunan pusat membeli-belah itu, Megat Haikal akhirnya melepaskan lelah dengan bersandar di pintu masuk kedai aksesori yang barangkali kedai terakhir yang bakal dimasukinya. Tanpa disengajakan, pandangan matanya tertancap pada sepasang bentuk cincin yang diletakkan saling bersebelahan berhampiran cermin pameran tempat dia berdiri ketika itu.



“Saya nak tengok cincin ni.” ujarnya kepada pembantu kedai aksesori itu dengan pantas.



“Oh ya, dengan rantai ni sekali.” Megat Haikal tersenyum lebar sebaik ternampak seutas rantai yang diletakkan berdekatan cermin pameran itu.



Mungkin dia tidak dapat mencari cincin yang serupa dengan pemberian Kamelia, tetapi dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lain. Dan juga rantai itu sebagai tanda minta maaf. Megat Haikal tersenyum lagi. Dia yakin Kamelia pasti akan gembira menerimanya.




**********



Hazaqil tidak dapat menahan tawanya mendengar soalan daripada gadis itu. Dia tidak menyangka sama sekali gadis itu boleh berubah emosi dengan begitu cepat. Tidak sampai pun setengah jam mereka bersiar-siar di sekitar bandaraya Ipoh, Kamelia tidak lagi bersikap dingin dengannya. Malahan gadis itu juga begitu terbuka bercerita tentang tujuan perjalanannya ke Pulau Pinang semata-mata untuk berjumpa dengan buah hati kesayangannya. Tetapi, soalan daripada gadis itu tadi…



“Awak ni kelakar jugak rupanya ye.” Hazaqil menekan-nekan perutnya sewaktu mereka berdua melangkah keluar daripada perkarangan Muzium Negeri itu.



“Apa yang kelakarnya? Saya tanya nama awak je, tak perlulah beriya sangat gelak sampai macam tu.” balas Kamelia sambil membuat mimik muka apabila Hazaqil memetik picu kamera ke arahnya.



“Aqil.” ringkas lelaki itu menjawab.



“Pendek itu je?” soal Kamelia kembali.



“Kalau awak nak panggil saya Mr. Photographer pun saya tak kisah.” balas Hazaqil lagi dengan selamba.



Kamelia tertawa perlahan. Habis dibahannya oleh lelaki itu.



“Saya tak pernah tahu pun bandar Ipoh ni rupnya sangat klasik.” Kamelia memberikan komennya sambil terus berjalan di sekitar istana lama di tengah-tengah bandar itu pula.



“Awak tak pernah sampai sini?” soal Hazaqil kembali.



Kamelia mengeleng sebagai jawapan.



“Kan saya dah cakap tadi, boyfriend saya tu bukannya orang Penang. Kebetulan dia ada kerja dekat sana, jadi dia pun suggest saya datang so that kitorang boleh spent time sambil bercuti sama-sama.” ujar Kamelia sedikit teruja.



 “Tapi awak cakap tadi dia kerja. Then nak spent time sambil bercuti pulak.” Hazaqil mengerutkan dahi. Dia mengambil tempat di salah sebuah kafe berhampiran istana lama itu setelah puas bersiar-siar disekitarnya.



“Besok dia dah start cuti.” ujar Kamelia ringkas. Gadis itu menurut langkahnya mengambil tempat bertentangan.



Hazaqil mengangguk-angguk faham. Dia memesan air batu campur sementara Kamelia pula memesan jus sengkuang cina bagi menghilangkan dahaga. Kepenatan berjalan tengah hari itu menambahkan nikmat mereka berdua sebaik air sejuk itu melalui anak tekak.



“Awak ni wartawan ke?” soal Hazaqil lagi memecah kesunyian antara mereka.



“Hmm, lebih kuranglah. Saya sebenarnya editor majalah.” ujar Kamelia. Gadis itu tersenyum manis menampakkan lekuk lesung pipitnya di sebelah kiri.



“So yang awak tekun sangat menaip lovestory dalam train tadi, pasal kerjalah? Tengah kejar dateline ke?” Soal Hazaqil lagi.



Kamelia mengeleng. Gadis itu menghirup minumannya perlahan sebelum menyambung.



“Tak adalah. Itu hobi saya kalau ada masa lapang.” jawab Kamelia agak teruja.



“Tak nak share dengan saya lovestory awak tu?” Hazaqil tersenyum cuba menunjukkan minatnya.



“Well, to make it short, I’m working on a story about a girl who is a fashion designer and her boyfriend who owned a restaurant. Tapi dua-dua orang ni sebenarnya adalah pembunuh and suatu hari diorang dapat mission yang sama iaitu untuk bunuh seorang penjahat.” Kamelia berhenti seketika menyedari keterujaannya bercerita.



“Wow, romantic triller cerita awak ni. So, diorang kantoi ke?” soal Hazaqil lagi.



“Lebih kuranglah. Saya tak sampai ke part ‘kantoi’ tu lagi.” Kamelia ketawa perlahan membayangkan penulisannya yang terhenti separuh jalan gara-gara lelaki itu menganggunya di dalam kereta api tadi.



“Anyway, awak asyik tanya saya je. Awak pulak kerja apa?” soal gadis itu kembali.



“Awak rasa?” Hazaqil sengaja mahu berteka-teki.



“Photographer?” Kamelia malas mahu berfikir panjang. Namun melihat perwatakan lelaki di hadapannya itu, Kamelia merasakan Hazaqil bukan berjawatan sebarangan.



“Secara amaturnya, ya.” ujar pemuda itu sambil menyuap sebiji buah laici ke dalam mulutnya. Sempat dia mempelawa gadis itu untuk merasa air batu campurnya itu namun ditolak lembut oleh Kamelia.



“And secara profesionalnya?” soal Kamelia tidak sabar apabila lelaki itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meneruskan kata.



“Kamelia, saya nak ke kedai seberang jalan tu sekejap. Nah notebook awak. Manalah tahu kalau-kalau ada idea nak sambung cerita awak kat sini. Boleh saya dengar sampai habis.” Hazaqil tidak menjawab pertanyaan Kamelia.



Bahkan lelaki itu selamba berlari-lari anak menyeberangi jalan selepas menyerahkan notebook itu kembali kepada tuannya. Kamelia terpinga-pinga seketika. Lelaki itu menjauh dalam sekelip mata tanpa sempat dia berkata apa-apa.



“Awak tunggu sekejap eh. Lima belas minit je.” sempat lagi lelaki itu melaungkan kepadanya.
Kamelia mengeluh perlahan. Dia tergamam bercampur pelik. Lelaki itu rupanya sukar untuk diramal.




**********



“Apa you buat dekat sini?” si jejaka hampir berteriak sebaik ternampak kelibat kekasih hatinya dalam persalinan ala ‘gadis bond’ sambil memegang pistol di kiri dan kanan tangannya.



Si gadis tergagap-gagap. Sama sekali di tidak menyangka buah hati kesayangannya selama ini merupakan pesaingnya dalam diam. Masing-masing terduduk selepas segalanya terbongkar satu demi satu.



“Betul ke restoran tu you punya?” si gadis menyoal sambil menyarungkan kembali kasut butnya yang tertanggal ketika bergelut dengan penjahat tadi. Si jejaka turut membantu.



“Habis, you betul ke fashion designer?” soalannya dibalas dengan soalan.



Si gadis akhirnya ketawa perlahan. Menyedari bagaimana mereka sedaya upaya menipu untuk menyembunyikan identity sebenar.



“Jaga kawan sakit konon.” ejek si jejaka. Dia menarik lengan si gadis membantunya berdiri dan mengimbangkan diri sebelum keluar dari kawasan jenayah itu.



“So itulah client yang you cakap nak jumpa tadi? Eh, yakuza tu I punya target tau. I dah lama aim dia.” ujar si gadis membela diri.



Si jejaka hanya mampu ketawa. Dia memaut pinggang kekasih hatinya itu lalu mendapatkan kereta yang diparkir tidak jauh dari situ.



“Sorry…” suara Hazaqil kembali mencelah di tengah-tengah penulisannya. Kamelia mendongak memandang lelaki itu yang muncul dengan semangkuk besar taufu fa ditangan.



“Sedapnya bau. Awak pergi sana semata-mata nak beli benda ni?” soal Kamelia lalu mencapai sudu kecil yang dihulurkan Hazaqil kepadanya.



“Sedapkan. So, apa lagi. Lets dig in!” ujar Hazaqil yang turut teruja dengan manisan itu.



“Wait! Awak punya?”



“Lah, kenapa nak beli sampai dua. Semangkuk ni pun dah banyak. Jom makan sekali. Kejap lagi next train sampai. Takkan awak sanggup nak lepak dengan saya lagi kot?” Hazaqil sempat mengusik sebelum menyuap taufu fa itu ke dalam mulutnya dengan penuh berselera.



Kamelia sekadar mengangkat bahu. Dia turut melakukan perkara serupa.




**********



“I tertinggal train tadi. Sorry, I might be late.” Hazaqil mendengar gadis itu bercakap-cakap di telefon tidak jauh dari situ.



Hampir lima minit kemudian, Kamelia kembali mendapatkannya. Mereka berdua kemudian beriringan jalan memasuki stesen kereta api Ipoh dan terus mendapatkan kereta api yang kebetulan sudah sedia menunggu.



“Thanks sebab sudi temankan saya dan jadi model sambilan saya hari ni.” ujar Hazaqil sebelum gadis itu memasuki gerabaknya.



“What? Awak tak naik sekali?” soal Kamelia agak terkejut.



Hazaqil mengeleng perlahan. Pemuda itu melemparkan senyumannya sebelum menyerahkan kembali notebook milik Kamelia yang dibawa di dalam beg sandangnya tadi.



“Ini memang stesen saya. Awak jaga diri baik-baik ok. Kirim salam dekat orang rumah.” Hazaqil sempat lagi mengusik.



Kamelia berdiri di muka pintu gerabak itu sambil mendakap notebooknya dengan erat. Perjalanannya hari itu, amat tidak terduga. Dia hanya mampu tertawa membayangkan detik perkenalannya dengan lelaki bernama Hazaqil yang tidak sampai pun beberapa jam itu.



“I had so much fun as well. Thanks sebab belanja saya tadi.” ujar Kamelia bersungguh-sungguh.



Entah kenapa, rasa berat pula hatinya untuk berpisah dengan lelaki itu. Namun dia tahu perasaan itu tidak boleh dilayan. Megat Haikal ada menantinya di hujung perjalanan nanti. Lalu Kamelia berpaling masuk mendapatkan tempat duduknya.



“Kamelia…” Hazaqil cepat-cepat memanggil.



Gadis itu menoleh kembali.



“Nah.” lelaki itu menghulurkan sebuah bungkusan kepadanya.



“Apa ni?” soal Kamelia kembali.



“Hadiah untuk awak. Happy birthday!”



Ketika itu pintu kereta api sudahpun hampir tertutup. Namun Kamelia masih dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Hazaqil melalui gerak bibir lelaki itu.



Siren dibunyikan. Lalu kereta api mulai bergerak laju membelah landasan menuju ke utara. Kamelia mengambil tempat duduknya seraya membuka bungkusan itu. Dia tersenyum sendiri sebaik melihat beberapa keping gambar dirinya yang sedang duduk merenung ke luar jendela kereta api.



"Macam mana dia tahu birthday aku?" Kamelia mengerutkan dahi. Sejurus kemudian, gadis itu tertawa perlahan.



No comments:

Post a Comment