Kuliah hari itu tamat.
Tanpa menoleh kiri dan kanan, Rhea mencapai beg sandangnya dan melangkah pantas
ke kafeteria. Tekaknya yang dahaga itu bagaikan berpuasa gamaknya. Itulah
tabiat gadis itu, liat hendak membawa air walaupun sekecil botol mineral 500ml.
Rhea mempercepatkan langkah. Milo ais kegemarannya mula terbayang-bayang di
hadapan mata.
“Nah, macam nak maut menunggu air sampai.” Kim, kawan baiknya yang berbangsa Cina itu meletakkan dulang minuman lalu mengambil tempat di hadapan Rhea.
Rhea pula tersengih-sengih menayang gigi.
“Terima kasih banyaklah Kim. Nasib baik kau ada. Nak harapkan aku bersesak-sesak dekat kaunter tu, lain tahun sajalah.” Ujar Rhea lalu menyedut air minumannya dengan rakus. Wajah gadis itu berubah.
“Hah, apahal kau ni? Air tu rasa air kelapa?” Kim menyoal pelik. Gadis berambut lurus itu sempat membetulkan bingkai kaca matanya sebelum menilik-nilik gelas minuman Rhea.
“Merepek kau ni. Tak adalah sampai rasa air kelapa. Eh Kim, kau beli air ni kat kedai Mak Piah kan?” soal Rhea.
Kim mengangguk berkali-kali. Dia sempat menoleh memandang papan tanda lot gerai minuman yang dibelinya tadi. ‘Mak Piah Corner’. Betullah. Detik hati gadis kecil molek itu.
“Tapi kenapa rasa air ni lain macam hah? Ini mesti bukan abang Remy Ishak yang buat.” Rhea merujuk kepada pembuat air di gerai Mak Piah yang digelar Remy Ishak kerana mempunyai iras pelakon popular itu.
Rhea tidak puas hati. Dia mengeleng-ngelengkan kepala sambil memeluk tubuh. Tidak puas hati betul dia dengan air minumannya itu. Rhea memanjangkan lehernya ke arah kaunter gerai minuman Mak Piah. Kim pula sekadar mengangkat bahu.
“Kau tunggu sekejap Kim. Aku nak pergi chek.” Ujar Rhea selamba bangun dan memasuki ruang dapur gerai ‘Mak Piah Corner’ di situ.
**********
“Abang Remy Ishak tu dah berhenti kerja.” Ujar Mak Piah tersenyum. Wanita lewat 40-an itu selamba mencedok air minuman ke dalam plastik untuk dibungkuskan kepada pelajar-pelajar yang datang ke kedainya membeli minuman.
“Berhenti? Bila masa dia berhenti? Semalam ada je Rhea tengok.” Balas gadis itu tidak puas hati. Biar betul abang Remy ni. Rhea menggaru-garukan kepalanya.
Dia yang ketika itu berada bersebelahan dengan Mak Piah, sesekali menolong wanita itu melayan pesanan pelanggan yang datang.
“Budak tu berhenti sebab nak sambung belajar. Kebetulan anak saudara Mak Piah tengah bercuti, Mak Piah minta dia tolong. Tu ada kat belakang tu. Kenapa? Dia buat air tak sedap?” soal Mak Piah tersenyum. Masak benar dia dengan perangai cerewet gadis itu dalam bab makan dan minum.
Rhea tidak membalas. Tetapi senyumannya cukup membuatkan Mak Piah tertawa kecil. Hampir tiga tahun dia mengenali Rhea. Sejak gadis itu masuk di tahun satu lagi, mereka berdua sudah berkenalan. Semuanya bermula apabila Rhea bertanyakan kepadanya bagaimana cara-cara membuat air teh tarik kerana minuman itu merupakan kegemaran Rhea dan kena betul dengan tekaknya. Namun untuk minuman sejuk, milo ais yang menjadi kegemaran gadis itu bukanlah air milo sembarangan.
“Boleh Rhea jumpa dia kejap?” soal Rhea perlahan. Kalau orang lain, mungkin dia boleh selamba redah ke belakang dapur itu, tetapi mengenangkan title ‘anak saudara’ Mak Piah, Rhea jadi serba-salah sedikit.
“Pergilah Rhea. Mak Piah tak sempat nak pesan dekat dia. Kamu cakaplah sendiri.” ujar Mak Piah lagi.
Tanpa menunggu lama, Rhea terus ke belakang. Di bahagian separa tertutup itulah seorang lelaki bertubuh sederhana tinggi kelihatan sedang leka membancuh air. Dia mengenakan topi, t-shirt putih polos dan seluar track. Seperti hendak bersukan lagaknya.
“Sibuk ke?” soal Rhea perlahan.
Lelaki itu mendongak. Bingkai kaca mata sebesar alam yang dikenakannya menghalang Rhea untuk melihat wajahnya dengan lebih jelas. Apatah lagi dengan juntaian beberapa anak rambutnya ke hadapan. Juga topi yang dipakainya tadi.
“Ye cik?” Lelaki itu tersenyum.
“Awak sorang je yang buat air kat sini eh?” soal Rhea selamba. Takkanlah dia anak saudara Mak Piah. Nampak macam tiga suku je mamat ni. Bisik Rhea sendirian.
Lelaki itu mengangguk.
“Err, tadi perasan tak ada kertas order dekat situ tulis ‘Milo Ais Rhea’?” soal Rhea lagi.
“Ada. Kenapa dengan air tu?” soal lelaki itu pelik. Wajah Rhea ditatap lama.
“Oh, sebenarnya air tu saya yang order. So...”
Lelaki itu memandang Rhea. Gadis itu tersenyum lalu menyambung.
“So, saya cuma nak pesan dekat awak, lain kali kalau dapat order air macam tu, cara buat dia macam ni...” Rhea lantas mengambil tempat lelaki itu, mencapai gelas dan mula melakukan tutorial ‘Milo Ais’ nya.
“Awak letak milo 2 sudu besar. Lepas tu campur kopi setengah sudu kecil ni.” mata Rhea kemudian ligat mencari tin susu. Lelaki itu tekun memerhati.
“Lepas tu masukkan satu sudu kecil susu ok. Sikit je. Saya tak suka manis-manis.” Ujar Rhea lagi. Sesekali dia menoleh memandang wajah lelaki itu.
“Dan letak air panas hampir setengah. Hampir ye. Belum sampai setegah lagi.” Rhea seakan memberi amaran. Lelaki itu pula terangguk-angguk.
“Lepas tu awak kacau kacau kacau. Kalau boleh tarik sikit macam ni.” kali ini Rhea menunjukkan aksinya menarik minuman itu pula. Kemudian dia selamba mencedok ais dan memasukkan ke dalam gelasnya tadi.
“Last sekali letak ais sampai penuh. Sekian terima kasih. Tak susah kan?” Ujar Rhea lalu berjalan keluar.
Dia mendekati Mak Piah yang masih berada di kaunter minuman. Selepas membayar harga minumannya tadi, Rhea masuk ke dapur kembali.
“Eh, lupa nak tanya. Siapa nama awak?” soal Rhea.
“Saya?” lelaki itu membetul-betulkan cermin mata bingkai besarnya lalu memandang Rhea.
“Yelah siapa lagi yang ada dekat sini?” Rhea bercekak pinggang.
“Mada.” Balas lelaki itu tersengih. Tangannya memainkan sudu minuman yang dipegang tadi.
“Mada?” Rhea mengerutkan kening. Apa pelik sangat nama budak ni? Melayu ke Bangla? Lelaki bernama Mada itu mengangguk mengiakan.
“Peliknya nama. Panggil Mad je boleh?” soal Rhea selamba.
Lelaki itu mengangguk lagi. Rhea tersenyum.
“Saya Rhea. Lain kali ingat eh buat air milo saya macam mana.” Pesan Rhea lalu berjalan keluar.
Dalam terkulat-kulat sendiri, Mada sempat tersenyum. Dia memandang Mak Piah dan wanita itu pula sekadar mengangkat bahu.
**********
Dengan hanya memakai pijama satinnya, Rhea turun ke ruang tamu. Dia melangkah agak pantas apabila menyedari dia agak kelewatan untuk menonton perlawanan bola sepak lewat malam itu. Kelibat Khairi membuatkan Rhea mengetap bibir. Gara-gara abangnya itulah dia terlepas hampir separuh masa perlawanan.
“Selamba dia tak kejut aku.” Gerutu Rhea sendirian.
“Oh, Rhea. Tolong buatkan air. Abang punya yang ni dah habis.” Khairi selamba menghulurkan mugnya yang telah kosong tadi kepada gadis itu. Matanya tidak berkalih dari tv membuatkan Rhea bertambah bengang.
“Kejap lagilah.” Rhea turut selamba mengambil tempatnya menyaksikan perlawanan yang sedang berlangsung itu. Gadis itu tersenyum melihat cebikan Khairi.
“Patutlah tak nak kejut orang. Dah boleh predict Red Devils abang tu kalah eh?” soal Rhea mengusik apabila melihat mata 1-0 yang didahului Chalsea dalam perlawanan menentang Manchester United, kelab bola sepak kegemaran abangnya itu. Dia ketawa perlahan.
Khairi menjeling Rhea. Tidak pula dia membalas apa-apa sehinggalah permainan tamat di separuh masa pertama. Dia menoleh sambil menghulurkan mug yang dipegangnya tadi sekali lagi.
“Dah half-time tu. Pergilah buatkan air abang. Ngantuk ni.” Khairi menoleh memandang adiknya.
“Kalau dah ngantuk tu pergilah tidur. Besok kat office membuta.” Rhea membebel sebelum bangun mencapai mug lelaki itu dan membawanya ke dapur.
“Espresso satu. Thank you.” Sempat lelaki itu tersenyum. Khairi kemudian membuka laptopnya menyambung kerja yang tertangguh sebentar tadi.
Rhea pula muncul dari dapur tidak lama kemudian. Gadis itu tersenyum sendiri sebaik meletakkan mug abangnya di atas meja kopi. Suka sangat buli aku kan. Nah espresso kaw-kaw punya. Bisik Rhea sendirian.
Dia kemudian mengambil tempat bersebelahan Khairi menghirup mocha yang dibuat untuk dirinya sendiri. Melihat Khairi sibuk dengan kerja-kerjanya, Rhea mencapai remote control dan menukar-nukar siaran televisyen tengah malam itu. Jarinya terhenti pada siaran AXN, Hawaii Five-0 Season 2.
“Kelas habis pukul berapa tadi Rhea?” soal Khairi tiba-tiba.
“Lima.” Sepatah dia menjawab. Kalau ikutkan hati mahu saja dia mempertikaikan soalan lelaki itu. Macam tak biasa pulak.
Mujurlah Steven McGarret lebih menarik perhatiannya. Malas dia mahu bertekak tentang soalan remeh-temeh begitu.
“Sibuk Rhea akhir-akhir ni. Apa projek sekarang?” soal lelaki itu lagi. Wajah Rhea yang seakan tidak berminat melayannya tidak dipedulikan.
“Projek? Projek apa lagi, final year thesis la. Lagi mau tanya ka?” balas gadis itu sambil meletakkan mocha yang dibancuh tadi di atas meja. Sesekali dia memandang Khairi. Lelaki itu mengangguk.
“Hah, cakap pasal final year projek Rhea ni, mama dengan abah ada cakap apa-apa tak dekat abang?” soal Rhea pula tiba-tiba.
Khairi menoleh. Berkerut dahinya memandang gadis itu.
“Cakap pasal apa?” soal lelaki itu kembali.
Rhea serba-salah. Sebenarnya, perkara yang mengganggu fikirannya itu sudah mula diutarakan oleh mama dan abahnya beberapa hari yang lalu. Entah kenapa, semakin difikirkan, semakin berat kepala dibuatnya.
“Abang kenal tak Uncle Aziz? Abah cakap, itu kawan dia masa abah kerja askar dulu.” Ujar Rhea perlahan. Siaran Hawaii Five-0 tidak lagi menarik perhatiannya.
“Uncle Aziz? Apa pulak tak kenal. Anak dia sebaya abang. Satu Universiti dekat Perth dulu.” Balas Khairi pula.
Rhea membulatkan mata. Dia duduk bersila mengadap wajah lelaki itu.
“Abang tahu tak, mama dengan abah nak jodohkan Rhea dengan anak Uncle Aziz tu. Tapi masalahnya, bukan anak dia je yang Rhea tak pernah jumpa, Uncle Aziz tu pun Rhea ingat-ingat lupa.” Rhea kelihatan cemas menceritakan perihal itu kepada abangnya.
Khairi sekadar tersengih.
“Tak ingat? Biar betul Rhea ni. Dia duduk sebelah rumah kita masa dekat kem dulu la.” Ujar Khairi lagi.
“Yang baru pergi haji tahun lepas? Dia ada anak ke?” soal Rhea lagi. Riak wajahnya seperti tidak puas hati mendengar keterangan Khairi. Melihat anggukan abangnya itu, Rhea mengerutkan dahi. Tergaru-garu dia seketika.
“Anak dia yang mana satu?” gadis itu seakan berbisik sendirian.
“Anak uncle Aziz tu sorang je. Adam nama dia. Takkan Rhea tak ingat?” Khairi menyampuk lagi.
“Kalau ingat Rhea tak tanya.” Rhea menukarkan kembali siaran apabila Khairi mengarahkannya berbuat demikian. Perlawanan bagi separuh masa kedua sudah bermula. Fokus lelaki itu terarah ke kaca tv sekali lagi. Wajah Rhea yang semakin berkerut itu dibiarkan bersahaja.
“Nantilah senang-senang abang bawak Rhea jumpa dia. Adam tu satu office je dengan abang.” ujar Khairi lagi.
“Tapi masalahnya Encik Khairi, saya ni tak tahu nak cakap macam mana nak cakap dengan mama dan abah tu. Takkan lepas habis belajar nak suruh Rhea kahwin terus? Tak masuk akal.” Rhea meluahkan rasa hati.
“Kahwin jelah. Apa masalahnya?” ujar Khairi selamba.
“Eh, suka-suka hati abang je. Kalau macam tu abanglah kahwin dulu.” Balas Rhea.
Khairi tertawa perlahan.
“Abang bukan gay ok.” Khairi memandangnya.
“Peduli apa. Abang tak rasa macam mana kena kahwin paksa, apa abang tahu.” Rhea membalas pandangan lelaki itu.
“Bukan mama dengan abah nak paksa.” Suara Tan Sri Jamaluddin kedengaran dari belakang.
Rhea dan Khairi pantas menoleh melihat bapa mereka yang hanya memakai kain pelikat melangkah menuruni anak tangga.
“Abah... tak tidur lagi ke?” soal Rhea teragak-agak. Dia tergigit lidah menyedari suaranya yang agak meninggi tadi. Lelaki itu mengeleng. Dia tersenyum mengambil tempat di hadapan Rhea.
“Abah nak pergi dapur minum air sekejap. Pasal uncle Aziz yang abah cakap dengan Rhea hari tu, it’s not exactly a marriage. Keluarga mereka cuma nak datang merisik dulu.” Ujar lelaki itu lagi.
Rhea mengetap bibir. Apabila bercakap dengan lelaki itu, sememangnya dia akan kehabisan suara. Rhea menoleh memandang Khairi meminta abangnya itu bersuara bagi pihaknya. Malangnya Khairi lebih leka menyaksikan perlawanan bola seak daripada terlibat sama dalam perbualan dia dan Tan Sri Jamaluddin.
“Is that their request?” soal Rhea perlahan.
“Well, lebih kurang macam tulah. Sejak abah dah pencen ni, jumpa kawan-kawan lama balik, macam-macam idea yang keluar untuk rapatkan hubungan.” Tan Sri Jamaluddin tersenyum.
“Abah...” Rhea membulatkan mata. Dia dapat merasakan lelaki itu turut berpakat dalam rancangan menjodohkan dirinya.
“Abah ke dapur dulu. Rhea jangan tidur lambat sangat. Besok ada kelas kan?” Tan Sri Jamaluddin bangun meninggalkan anak-anaknya di ruang tamu itu.
Rhea mengangguk. Gadis itu menelan liur sebaik bapanya menghilangkan diri ke dapur. Entah kenapa, selepas berpencen pun, dia masih gerun dengan bekas tentera itu. Mungkin sudah terbiasa dididik secara tegas. Kerana itulah Rhea lebih rapat dengan mamanya. Paling tidak pun, dengan Khairi.
“Abang ni kenapa tak back-up Rhea tadi?” soal gadis itu geram.
“Nak back-up apa? Kan abang dah cakap tadi, Rhea kahwin jelah apa susah sangat?” selamba ujar lelaki itu.
Khairi menoleh memandangnya. Lelaki itu mengangkat-angkat kening mengisyaratkan matanya ke arah tv.
“Kurang asam. Boleh tahan setan-setan abang malam ni.” rungut Rhea perlahan. Namun masih didengari Khairi. Lelaki itu mengekek suka. Pasukan kegemarannya nampak menguasai permainan pada set kedua.
“Sudahlah, tak ada mood Rhea nak layan. Rhea naik dulu. Habis kan air tu. Membazir je nanti.” Ujar gadis itu sebelum menapak naik ke biliknya.
Khairi sekadar mengangguk. Selamba pulak dia menghabiskan baki espressonya tadi dengan mata yang masih tidak berkalih daripada tv. Rhea melihat aksi lelaki itu sambil tertawa sendirian. Selamat malam, abang!
**********
“Khai, mana pelan rumah yang kau design minggu lepas? Mr. Tan tanya tadi.” Suara Adam kedengaran sayup-sayup di telinganya. Khairi terpisat-pisat membuka mata.
“Apa kau cakap?” soal lelaki itu sambil menguap.
Adam memandangnya sambil mengeleng-ngelengkan kepala. Dia mengambil tempat di hadapan Khairi.
“Hoi, aku pun stay up tengok bola malam tadi, tapi taklah sampai macam ni punya teruk mengantuk.” ujar Adam menepuk-nepuk bahu lelaki itu.
“Aku tidur lepas subuh tadi. Rhea punya pasal la ni.” ujar Khairi bangun mencapai botol mineral yang terletak di sudut pejabat lelaki itu. Kedengaran Adam ketawa.
“Rhea? Apa dia buat dengan kau, bang?” soalnya.
Khairi hampir tersedak mendengar panggilan yang digunakan Adam.
“Ewah, baru sebut nama Rhea je kau terus panggil aku abang eh. Siapa nak jadi abang kau?” Khairi kembali ke mejanya. Sesekali dia menyeka air yang meleleh dibibir. Adam ketawa lagi.
“Bakal, kan?” dia tersengih.
“Iyelah tu. Rhea sikit punya protes, yang kau pulak konfiden sangat jadi adik ipar aku. Dam, bukan senang nak dapat title tu kau tahu.” Ujar Khairi sambi bangun dan mencari-cari sesuatu di rak belakangnya.
“Ye, aku tahu. Aku macam boleh rasa aura refusing tu. Yang serabut sangat aku tengok kau ni kenapa, Khai? Kau cari apa?” soal Adam lagi.
“Entah. Kau minta apa tadi?” Khairi menggaru-garukan kepala. Adam pula menepuk dahi. Sabar ajelah dia dengan perangai lelaki itu.
“Mr. Tan punya pelan yang kau design minggu lepas. Dia nak.” Adam memberitahu.
“Oh, ya. Right here.” Ujar Khairi sambil berjalan ke arah rak bertentangan mejanya. Adam sekadar memerhati.
“Apa Rhea buat sampai kau mamai teruk macam ni beb?” soal Adam. Lelaki itu tersengih sendiri melihat gelagat Khairi.
“Espresso. Dia bancuh kaw-kaw punya sampai aku tak boleh tidur.” Ujarnya ringkas. Adam ketawa besar. Buntang mata khairi dibuatnya. Tersampuk apa budak ni?
“Hoi, sudah sudah la tu. Ni pelan yang kau nak tadi. Apa lagi, blah la. Aku nak sambung tidur ni.” Khairi mencampakkan gulungan pelan yang diminta oleh Adam tadi dengan selamba.
“Nasib baik kau abang Rhea. Cantik punya bahasa.” Ujar Adam tersengih. Dia sempat menepuk-nepuk bahu lelaki itu sebelum melangkah keluar.
“Eh, Adam!” panggil Khairi dengan cepat. Adam hanya mengangkat kening.
“Petang ni macam biasa.” Sambung lelaki itu lagi.
“Aku tahulah.” Balas Adam ringkas. Dia menutup daun pintu langsung kembali ke pejabatnya.
**********
Rhea berkerut-kerut sewaktu Mada menanti di sebelahnya selepas menghantar pesanan air tadi. Petang itu tidak ramai pelajar yang masih berada di sekitar kolej. Pelanggan juga tidak ramai di kafeteria itu. Lalu Mada mengambil keputusan untuk menghantar minuman Rhea walaupun gadis itu tidak memesan apa-apa.
“Nice. Cuma rasa kopi tu macam terlebih sikit. Practice lagi eh?” ujar Rhea sambil tersenyum.
Mada yang masih tercegat di sebelah gadis itu turut tersenyum. Lelaki itu membetul-betulkan cermin mata bingkai besarnya dan sesekali melurutkan rambut masuk ke dalam topi. Rhea tersenyum.
“Awak sibuk ke?” soal Rhea perlahan. Dia mengangkat kening memandang Mada bawah ke atas.
Kalau diikutkan hati, mahu saja dia ketawa melihat gaya pakaian lelaki itu. Seluar baggy berkotak, t-shirt kuning lusuh, cermin mata berbingkai besar. Rhea memeluk tubuh. Agaknya kalau Mada menanggalkan topi yang dipakainya itu, pasti rambutnya tidak lain dan tidak bukan gaya dibelah tengah.
“Kenapa?” pertanyaan lelaki itu membuatkan Rhea mengeleng.
“Saja. Teman saya boleh? Saya ada nak mintak tolong sikit. Itu pun kalau awak tak sibuklah.” Ujar Rhea perlahan. Dia menunduk seketika sebelum memandang lelaki itu semula.
Mada tersengih sebelum mengambil tempat di hadapannya. Rhea tersenyum gembira.
“Ini borang questionaire yang saya dah dapat daripada responden tadi. Saya cuma nak minta awak tolong kirakan untuk setiap kategori ni boleh? Awak asingkan dekat atas kertas A4 ni ye.” Ujar Rhea sambil menghulurkan setimbun borang soal-selidik yang baru dikumpulkannya tadi bersama beberapa helai kertas A4 kepada lelaki itu.
Mada menyambut dengan senyuman. Lelaki itu juga mengangguk perlahan memahami apa yang diminta oleh Rhea.
“Rhea sorang je?” soal Mada perlahan. Dia berhenti melakukan kerjanya seketika, bimbang kiraannya tersasar.
“Sorang je. Kim ada tadi tapi dia balik cepat ada hal apa ntah.” Balas Rhea sambil menaip kerja-kerja di komputer ribanya. Mada menganggukkan kepala. Dia menyambung kerjanya kembali.
“Mad, serius ke awak boleh tolong saya ni? Risau pulak kalau Mak Piah marahkan saya nanti.” Rhea tertoleh-toleh ke arah Mak Piah Corner tidak jauh dari situ. Wanita itu di belakang agaknya. Mungkin sedang bersiap-siap untuk berkemas.
“Tak apa. Mak Su Mad tak kisah. Lagipun, dia dah ada pembantu baru sekarang. Mad cuma tolong sikit-sikit je.” ujar Mada malu-malu. Wajah Rhea dipandangnya.
“Wah, cepat betul dapat pembantu baru. Habis tu kalau awak tak tolong Mak Piah, awak buat apa, Mad?” Rhea membalas pandangan lelaki itu.
“Mad kerja dengan ayah Mad. Dia...”
“Jadi inilah mamat yang buatkan you beriya-iya reject I tu? Nice taste, Rhea.” Suara garau itu membuatkan Rhea pantas menoleh.
“Jai, you buat apa kat sini?” soal Rhea. Wajahnya jelas terkejut melihat kehadiran tanpa diundang lelaki yang hampir-hampir menjahanamkan hidupnya itu.
Jai ketawa sinis.
“Saja. Jalan-jalan. Tiba-tiba I terbau aroma badan you yang...” Jai mendekatkan wajahnya ke tubuh Rhea lalu menyambung.
“...harum tu. Kenapa tak tukar perfume lain? Tak takut ke kalau I tak dapat kawal diri lagi?” Ujarnya tersenyum. Dia cuba mencium leher gebu gadis itu namun lekas-lekas ditepis Rhea.
“Jai, you tak ada apa-apa urusan dekat sini. Blah.” Rhea mengetap bibir. Dadanya berombak menahan marah. Kalau tidak memikirkan Mada yang berada di situ, dah lama ditampar sahaja wajah Jai.
“Blah? Macam tu cara you layan bekas balak you ni? Rhea, kalau nak tinggalkan I pun, carilah yang gagah sikit. Ini mamat busuk mana ntah you sapu. Kalau dah sangap sangat, I boleh bagi.” Jai tersengih lagi.
Tangan kekar lelaki itu lekas disambar Rhea membawanya menjauhi Mada. Lelaki baik itu tidak sepatutnya mendengar perbualan mereka. Rhea juga tidak mahu kisah lamanya diungkit lagi. Cukuplah sekali dia hampir ternoda. Kalau bukan kerana Khairi yang menyelamatkannya suatu masa dahulu, pasti dia tidak mampu untuk terus hidup lagi.
“Jai, I’m warning you, get lost from my sight. Atau abang I akan datang sini bila-bila masa, dan kali ni you takkan selamat. Blah!” Rhea menggertak lelaki itu mengharapkan agar dia pergi tanpa menimbulkan sebarang masalah.
“You ingat I goyang dengar nama abang you tu?” Jai ketawa.
Rhea tiada pilihan. Telefon bimbitnya dikeluarkan lantas mendail nombor telefon Khairi.
“Abang dah lama tak jumpa Jai kan? Dia ada dekat sini.” ujar Rhea sebaik panggilan bersahut dihujung talian.
Jai terangguk-angguk memahami.
“Kirim salam dekat abang ipar I tu.” Dia bersuara sebelum berundur beberapa tapak ke belakang. Lelaki itu kemudian mendapatkan motosikalnya yang diparkir tidak jauh dari situ lantas memecut laju.
“Tak payahlah abang, dia dah blah.” Ujar Rhea perlahan.
Gadis itu mematikan talian sebelum menghela nafas dalam-dalam. Dia kemudian kembali mendapatkan Mada yang kelihatan terkebil-kebil di tempat duduknya tadi lalu tersenyum.
“Sorry, Mad. Saya nak balik. Biar saya buat sendirilah. Anyway, thanks.” Ujar gadis itu sambil mengemaskan barang-barangnya.
Mada hanya mengangguk tanpa banyak cakap. Dia membantu Rhea memasukkan kertas-kertas kerjanya ke dalam beg.
“Tak nak habiskan air tu?” soal Mada perlahan.
Rhea melemparkan senyumannya lalu mengeleng. Dia tidak lalu untuk menelan air apapun ketika itu.
“Tak apalah, Mad. Saya nak cepat ni. Terima kasih banyak sebab buatkan untuk saya. Saya pergi bayar dekat Mak Piah sekejap ye.” Gadis itu ingin berlalu ke kaunter bayaran namun cepat-cepat ditahan oleh Mada.
“Tak apa. Mad ikhlas buatkan untuk Rhea.” Ujarnya perlahan.
Rhea hanya tersenyum hambar. Dia mengucapkan terima kasih sekali lagi lalu melangkah pergi mendapatkan keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ. Mada pula hanya memerhatikan langkah Rhea sehingga gadis itu hilang dari pandangan mata. Dia duduk menghirup baki minuman Rhea tadi.
“Air apa ni?” lelaki itu mengerutkan dahi.
**********
Rhea menyapu air matanya sebaik masuk ke dalam biliknya. Dia menghumbankan diri di atas katil lalu menangis sepuas hati.
“Lepas ni Rhea jangan stay dekat kolej lama-lama. Habis kelas, balik.” suara Khairi bagai terngiang-ngiang lagi di telinga.
“Masalahnya bukan Rhea yang cari dia.” Rhea melawan.
“Sebab tulah abang tak bagi. Dia akan cari Rhea kat mana-mana.” Khairi yang berjalan mundar-mandir tadi mengambil tempat di hadapan gadis itu.
“Betul cakap abang tu sayang. Abah cuma risaukan keselamatan Rhea. Abah tak nak apa yang terjadi dekat Rhea dulu berlaku lagi.” Tan Sri Jamaluddin yang turut berada di situ bersuara.
“Rhea tahu abah. Tapi...” Balas Rhea perlahan.
“Kalau boleh, mama dengan abah cepatkanlah perkahwinan Rhea dengan Adam. Khai risaulah dengan si Jai tu. Sekali dia dah berani dekat dengan Rhea, tak mustahil dia akan datang lagi. Budak tu memang tak pernah serik.” Khairi meluahkan geramnya.
Rhea menjeling memandang lelaki itu. Suka-suka hati suruh aku kahwin cepat.
“Abang jangan nak pandai-pandai eh. Rhea tahu jaga diri. Kereta yang abah bagi tu ada. Rhea tak susahkan abang pun suruh jemput balik kelas hari-hari.” Ujar gadis itu membantah.
“Ingat dengan ada kereta tu Rhea selamat sangatlah?” Khairi mula meninggikan suara.
“Khai...” Puan Sri Nani yang sejak tadi mendiamkan diri, akhirnya bersuara. Wanita itu mengisyaratkan matanya kepada Khairi. Lelaki akur mendiamkan diri.
“Mama, Rhea tinggal berapa bulan je lagi nak habis belajar. Boleh tak Rhea fokus belajar dulu. Marriage, it’s too early.” Rhea memandang Puan Sri Nani. Wanita itu pula tersenyum memandang suaminya.
“Abah dengan mama tak paksa. Cuma kami mahukan seseorang ada di sisi Rhea untuk pastikan Rhea selamat. Abah dengan mama tak senang duduk selagi Rhea tak sampai rumah setiap hari tau. At least kalau Rhea berkahwin atau bertunang, abah ada orang yang boleh dipercayai dekat luar sana tu.” Ujar Tan Sri Jamaluddin lembut.
“Mama tak nak pisang berbuah dua kali, sayang. Rhea satu-satunya anak perempuan mama. Mama tak tahu apa akan jadi kalau Khai terlambat selamatkan Rhea malam tu.” Ujar Puan Sri Nani pula.
“Dengar tu. Tak payah tunggu sampai habis belajar pun tak apa. Mama dengan abah suruh kahwin bukan suka-suka. Tapi untuk keselamatan Rhea jugak.” Khairi menyampuk.
“Rhea tahu. Tapi ini berkaitan dengan hidup Rhea. Masa depan Rhea. Berkahwin tu bukan suka-suka macam tukar baju. Kalau Rhea dapat suami yang lagi teruk daripada Jai?”
“Adam bukan lelaki macam tu.” Khairi cepat-cepat meningkah.
“Tak habis-habis dengan Adam. Abang suka sangat dekat dia, abang kahwinlah dengan dia.” Rhea bangun lantas meninggalkan ruang tamu. Dia menapak naik ke bilik.
Rhea tersentak apabila pintu biliknya diketuk. Wajah Puan Sri Nani muncul di muka pintu.
“Rhea nak pergi mana ni?” wanita itu bertanya apabila melihat anak daranya itu sedang bersiap-siap di hadapan cermin.
“Rhea nak keluar kejap mama.” Rhea mencapai kunci keretanya di atas meja. Langkahnya terhenti apabila Puan Sri Nani memanggil namanya sekali lagi.
“Jangan risau mama, Rhea tahu jaga diri. Rhea keluar sekejap je.” ujar gadis itu tersenyum.
Kedengaran enjin keretanya berbunyi meninggalkan perkarangan rumah semi-d di Perdana Heigh itu. Rhea memandu membelah malam menuju ke Dataran Putrajaya. Dia gemar ke situ melepak bersama Kim. Makan dan minum bersama. Namun malam ini dia mahu bersendirian. Rhea memakir keretanya berdekatan Masjid Tuanku Mizan. Dia duduk mengadap tasik mengadap jambatan Putra yang terbentang di hadapan mata.
“Rhea?” seorang lelaki menghampiri gadis itu.
Rhea mengecilkan mata, mencari pemilik suara itu dalam suasana suram. Lelaki berkain pelikat itu berhenti betul-betul di hadapannya.
“Mad? Awak buat apa dekat sini?” Rhea menyapu air matanya sebaik menyedari gerangan lelaki yang menegurnya itu tadi.
“Mad dari masjid sana tu. Nak balik rumah. Rhea, kenapa sorang-sorang dekat sini?” soal Mada perlahan.
“Saya...” Rhea teragak-agak untuk memberitahu. Dia memandang Mada lalu tersenyum.
“Saja ambil angin. Duduklah Mad. Awak tinggal dekat sini ye?” Rhea mengalihkan topik, berharap agar lelaki itu tidak bertanyakan perihal dirinya lagi.
Mada mengangguk lalu mengambil tempat di sebelah gadis itu.
“Rhea ok?” soal lelaki itu perlahan. Bimbang jika dianggap penyibuk pula.
“Saya ok.” Ujar Rhea tersenyum. Gadis itu pantas mengangguk.
Mada turut mengangguk. Dia faham. Mungkin Rhea tidak mahu bercerita kepadanya tambahan pula mereka berkenalan pun tidak sampai pun seminggu. Mada ingin terus menemani gadis itu. Namun memikirkan Rhea yang mungkin ingin bersendirian dan keadaan yang agak gelap di situ, Mada membuat keputusan untuk meminta diri.
“Awak dah kahwin Mada?” soal Rhea tiba-tiba.
Mada tersentak. Hasratnya untuk pergi dari situ terhenti.
“Kahwin? Kenapa tiba-tiba...”
“Saya kena paksa kahwin.” Rhea meluahkan masalahnya.
Mada memandang gadis itu dengn wajah tidak percaya.
“Bukan paksa sebenarnya. Tapi semua ahli keluarga saya mendesak saya untuk berkahwin. Saya serabutlah. Tak pernah terfikir pun dalam kepala otak saya ni untuk kahwin awal.” luah gadis itu lagi.
“Apa salahnya kahwin awal?” balas Mada.
“Masalahnya saya tak bersedia lagi, Mad. Berkahwin tu bukan benda suka-suka. Bukan boleh matchkan orang sesuka hati. Tak tahu saya dengan orang tu serasi ke tidak, boleh ngam ke tidak. Buatnya dia cerewet, banyak songeh.” Rhea terus membebel. Mada di sebelahnya hanya tersenyum.
“Rhea tak jumpa bakal suami Rhea lagi?” soal Mada perlahan.
Rhea mengangkat bahu.
“Belum lagi. Entahlah. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Nak membantah, saya tak sampai hati. Nak terima, hati saya ni yang sakit. Mad, apa patut saya buat?” gadis itu menyapu air matanya yang terasa menitik lagi.
Rhea teresak perlahan. Dia memalingkan pandangan daripada Mada.
“Rhea, Mad rasa berkahwin awal tu tak ada salahnya. Mesti ibu dan ayah Rhea ada sebab desak Rhea berkahwin. Tapi, apapun terpulang pada hati Rhea. Kalau tak mahu, jangan dipaksa. Paling baik, istikharah pada Allah. InsyaAllah hati kita akan lebih senang untuk buat keputusan.” Mada memberikan pendapatnya. Dia berniat mahu meminta diri. Bimbang untuk terus berlama-lamaan di situ.
Rhea mengangguk lemah. Dia mengulum senyum memandang lelaki itu.
“Baliklah Rhea. Tak baik keluar sorang malam-malam macam ni.” ujar Mada lagi.
Gadis itu mengangguk akur. Dia bangun dan meminta diri terlebih dahulu. Mada turut berjalan mengiringi gadis itu hingga ke keretanya.
“Hati-hati jalan.” Mada sempat berpesan.
“Terima kasih Mad.” Ucap Rhea lalu menghidupkan enjin kereta. Dia berlalu meninggalkan Mada sendirian.
Lelaki itu tersenyum. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.
“Rhea baru balik. Kau jangan nak cari pasal dengan dia lagi.” ujar lelaki itu sebaik panggilan disahut.
**********
Hari itu Rhea menelaah hampir setengah hari di perpustakaan kolej. Usai menyudahkan beberapa bab laporan tesisnya yang tertangguh beberapa hari, gadis itu menilik jam tangan.
“Alamak, dah pukul 2? Macam mana boleh tak sedar ni?” gadis itu membebel-bebel sendirian.
Dia memadamkan komputer
ribanya, mengemaskan buku-buku yang berselerak lantas mengeluarkan telefon
bimbit yang nyaring berbunyi semasa berjalan keluar dari perpustakaan itu.
“Kim, aku overlap. Ni on the way nak pergi kelas la ni. Sekejap lagi aku sampai.” Gadis itu mematikan talian lalu mempercepatkan langkahnya menuju ke tempat parkir kereta. Langkahnya mati sebaik ternampak Jai. Lelaki itu sedang memeluk tubuh di tepi pintu keretanya. Rhea memperlahankan langkah sambil merungut-rungut sendirian.
“Now what?” Rhea menekan alat kawalan jauh kereta sebelum meletakkan barang-barangnya di tempat duduk belakang.
“I takkan berganjak dari sini selagi you tak balik pada I, Rhea.” Jai besuara tegas namun wajah lelaki itu nampak selamba.
Rhea tersenyum sendiri. Gadis itu cuba menepis tubuh sasa Jai namun kudratnya tidak sekuat yang disangkakan.
“Jai, I dah lambat nak pergi kelas ni. Kita settle lain kali ok.” Rhea berlembut. Dia memandang sekeliling risau kalau-kalau mereka berdua menjadi perhatian pelajar yang lalu-lalang di situ.
“I told you, babe. This won’t do.” Jai memeluk tubuhnya sambil tersengih. Gadis itu ditatapnya dari hujung rambut ke hujung kaki.
Rhea mula rimas. Kalau lelaki itu terus berdegil, alamatnya tidak ke kelas dia hari ini.
“And I told you Jai, I takkan sesekali balik pada you. We’re done. Now can you stand aside sebab I bukan macam you yang boleh selamba masuk kelas lambat tanpa rasa bersalah.” Ujar Rhea sambil bercekak pinggangnya. Dia masih bersabar walaupun dia sedar kebarangkalian untuk dia ponteng kelas hari itu adalah agak tinggi.
Jai tertawa perlahan.
“You memang tak serik kan Rhea? Now you decide, nak ikut I secara rela ataupun I dukung you bawak lari?” lelaki itu tersengih lagi. Wajahnya didekatkan ke wajah Rhea.
“Bawak lari? Berani ke...”
“Rhea! Kim cari Rhea tadi. Tak masuk kelas lagi ke?” sebuah van berhenti tidak jauh dari mereka. Pemandu van itu melambai-lambaikan tangannya.
“Mad!” Rhea berlari mendekati van lelaki itu.
Jai menyumpah-nyumpah sendiri. Lelaki bodoh ni ada je dekat mana-mana. Memang nak minta ajar dia ni. Jai meregangkan otot lehernya sebelum berjalan pantas ke arah van lelaki itu.
“Jai, you nak buat apa ni?” Rhea cuba menghalang lelaki itu.
“Kau, keluar sekarang. Apa masalah kau hah sial!” Jai membuka pintu van itu lalu mencengkam leher baju Mada.
“Jai, stop it. Dia tak ada kena mengena dengan you.” Rhea berteriak menghalang lelaki itu daripada meneruskan niatnya.
Dia kenal Jai. Lelaki itu bukannya marah pada Mada, sebaliknya kepada dia kerana tidak mahu menurut kemahuannya tadi. Mada cuma tidak bernasib baik kerana menjadi mangsa untuk lelaki itu melepaskan marahnya.
“You ingat I peduli dengan semua tu?” Jai mula menyinga. Dia membeliakkan mata memandang Rhea dan Mada berselang-seli.
“Jangan nak buat gila, Jai. Ini kawasan kolej.” ujar Rhea lagi. Dia mula cemas melihat Mada meronta-ronta cuba melepaskan diri.
“Rhea, pergi dari sini. Jangan risaukan Mad. Pergi!” Mada pula berteriak dalam usahanya itu.
Rhea tidak mempedulikan kata-kata Mada. Dia menarik lengan Jai. Tubuh lelaki itu dipukul berkali-kali. Namun, lelaki itu terlalu sasa untuk dikalahkan.
“I tak mintak banyak Rhea. Just come back to me. I masih sayangkan you.” Jai melepaskan cengkaman Mada. Dia mendekati Rhea merayu gadis itu agar kembali kepadanya.
“Mad, awak ok?” Rhea lekas-lekas mendapatkan Mada. Kata-kata Jai tadi umpama angin yang singgah di telinganya.
“Rhea, are you listening?” Jai mula bertindak kasar. Lengan gadis itu ditarik agar berpaling padanya.
“Sakitlah.” Rhea menjerit.
Mada mengetap bibir, geram dengan tindakan lelaki itu. Dia mengumpulkan kekuatan, lalu melayangkan tumbukan pada wajah Jai. Lelaki itu terpelanting ke belakang. Rhea terpana.
“Kau jangan dekat dengan dia lagi.” Mada bersuara kuat.
Jai bangun. Dia mengesat bibirnya yang terasa membengkak. Boleh tahan buku lima budak bodoh ni.
“Damn...” Jai pula melayangkan penumbuknya di perut Mada. Rhea menekup mulutnya.
“Jai, stop it.” Gadis itu berlari mendapatkan Mada.
“And this is for you Rhea.” Satu lagi tumbukan singgah di wajah lelaki itu. Jai tersenyum memandang Rhea. Ikutkan hati, mahu saja dia membelasah gadis itu. Namun dia puas. Mada menjadi pengganti untuk dia melepaskan geram.
“Jai, I takkan biarkan you terlepas!” Rhea menjerit lagi sebaik lelaki itu menoleh. Jai mendapatkan motosikalnya lalu tersenyum sebelum pergi dari situ.
“Mad, awak... awak ok ke? Sini saya tengok.” Rhea mendapatkan Mada yang terduduk kesakitan. Lelaki itu dipangkunya dengan rasa bersalah.
“Mad, saya minta maaf. Disebabkan saya awak dapat susah macam ni. Saya hantar awak pergi klinik ok.” gadis itu bersuara lemah melihat wajah Mada yang lebam akibat tumbukan Jai.
Dia membantu lelaki itu bangun. Mada pula melangkah masuk ke dalam kereta Rhea tanpa banyak soal. Honda City itu memecut laju ke Medical Centre berhampiran. Mada cuba menahan kesakitan. Namun di sebalik kesakitan itu, dia masih mampu tersenyum.
**********
“Aku dekat klinik lagi. So, rasanya memang aku terpaksa skip kelas la Kim.” Rhea menelifon kawan baiknya itu setelah melihat beberapa missed call daripada Kim.
Gadis itu berjalan mendapatkan Mada yang baru keluar daripada bilik rawatan.
“Ok, nanti apa-apa aku telefon kau balik. Thanks dear.” Rhea mematikan talian lalu membantu Mada berjalan ke kerusi yang disediakan di situ.
“Doktor cakap apa?” soalnya.
“Tak ada apa-apa.” Ujar lelaki itu tersenyum. Dia cuba bangun namun cepat-cepat Rhea menarik tangannya agar kembali duduk.
“Yeke? Macam teruk je. Sini saya tengok.” Gadis itu mendekatkan wajahnya ke wajah Mada.
Bibir Mada nampak kebiruan. Rhea menelan liur. Dia pula yang terasa ngilu menahan kesakitan yang dirasai lelaki itu.
“Sakit ni, Mad.” Ujar Rhea lagi. Cermin mata lelaki itu ditanggalkan. Wajahnya juga dibelek-belek perlahan. Rhea mengerutkan dahi.
“Kenapa Rhea?” soal lelaki itu pelik. Rasanya, dia sakit di bahagian bibir. Kenapa hampir seluruh wajahnya ditilik oleh gadis itu?
Rhea seakan terpana. Topi yang biasa dipakai oleh lelaki itu ditanggalkan perlahan. Kemudian dia menyebak-nyebakkan rambut Mada dengan selamba.
“Rhea?” panggil Mada sekali lagi.
“Handsomenya awak.” Ujar Rhea perlahan.
“Hah?” suara Mada hampir tidak terkeluar mendengar kata-kata gadis itu.
“Awak boleh jalan kan? Nak ikut saya shopping tak?” Rhea menarik lelaki itu keluar sebaik mengambil ubat di kaunter.
“Bukan Rhea ada kelas hari ni?” ujar Mada.
“Saya MC.” Ujar gadis itu tersengih.
**********
Rhea membelek-belek majalah sementara menanti pekerja-pekerja salon itu menyudahkan kerja-kerja mereka. Rambut Mada digunting kemas, dicuci dan dikeringkan.
“Cik Rhea nak warna apa untuk rambut ni?” Geeta, pekerja salon yang sudah biasa melayani Rhea sebagai pelanggan tetap di situ bertanya.
“Oh, it’s ok. Tak payah warnakan, Geeta.” Ujar Rhea. Gadis itu menutup majalah yang dibelek-belek tadi lantas bangun mendapatkan Mada.
Dia melihat pantulan lelaki itu pada cermin solek. Bibirnya tersenyum. Dia kemudian membawa Mada ke pusat membeli-belah mencuba beberapa pasang baju mengikut citarasanya.
“Seluar kotak-kotak lagi? No, no, no.” Ujar Rhea apabila lelaki itu menunjukkan sehelai seluar kepadanya.
Mada ketawa. Rhea menghulurkan beberapa pasang baju lalu menolaknya masuk ke dalam bilik menyalin pakaian. Sementara menunggu lelaki itu bersiap, Rhea berjalan-jalan di sekitar galeri pakaian itu.
“Rhea...” Suara Mada kedengaran di belakangnya.
“Awak... siapa?” suara Rhea seakan tersekat di kerongkong. Matanya tidak berkelip memandang susuk tubuh yang berdiri di hadapannya itu.
“Rhea, ni saya, Mad.” Mada merapati gadis itu. Dia tersenyum memandang Rhea yang masih tercengang-cengang melihat perubahannya.
“I know.” Rhea berbisik sendirian. Seolah-olah tanpa perasaan, dia mengusap wajah lelaki itu. Bibirnya juga tidak putus-putus mengguntum senyuman.
“Rhea...” Mada bersuara sedikit kuat menyedarkan gadis itu dari lamunannya.
“Yeah, I know Mad.” Rhea ketawa tiba-tiba. Melihat raut wajah pelik lelaki tadi dia rasa gembira.
“Kenapalah nak disembunyikan aset awak tu semua Mad? Tengok, berapa ramai orang puji awak tadi. Mak Piah pun terkejut.” Rhea bersuara sewaktu mereka berdua duduk menikmati minuman di kafeteria itu.
Mada tersenyum mendengar pujian Rhea.
“Terima kasih. Diorang puji Mad pun, sebab Rhea yang tolong.” Lelaki itu membalas.
“Taklah. Saya yang patut berterima kasih pada awak sebab selamatkan saya daripada Jai tadi. Kalau awak tak ada, tak tahulah apa akan jadi pada saya.” Ujar Rhea perlahan.
“Mungkin dah sampai masa untuk Rhea pertimbangkan semula cadangan keluarga Rhea untuk berkahwin. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang boleh melindungi Rhea nanti.” ujar Mada pula.
“No. Saya takkan sesekali pertimbangkan pasal tu. Macam mana saya nak kahwin Mad kalau bakal suami saya sendiri pun saya tak pernah kenal.” Rhea membentak geram. Entah kenapa hatinya mudah benar meradang apabila perihal kahwin dibangkitkan.
Mada mengeluh perlahan. Perbualan mereka sesekali diselangi dengan pertanyaan daripada beberapa orang kenalan Rhea yang kebetulan melalui kawasan kafeteria itu bertanyakan tentang Mada. Rhea menjawab seadanya. Penampilan baru lelaki itu ternyata benar-benar membuatkan orang terpegun.
“Rhea dan bakal suami kenalah saling kenal-mengenali dulu.” Mada memberikan pendapat.
“Tak payah nak merepeklah Mad. Saya lagi rela kahwin dengan awak daripada pasangan gay abang saya tu.” Selamba gadis itu membalas. Mada yang sedang menghirup minumannya tersedak perlahan.
“Sampai macam tu sekali?” lelaki itu bertanya.
Rhea mengangguk yakin. Wajahnya berkerut-kerut melihat Mada menjawab panggilan telefonnya yang tiba-tiba berbunyi. Lelaki itu menjauhkan diri. Entah panggilan daripada siapa, Rhea tidak pula kisah untuk bertanya.
**********
Khairi menghamburkan tawanya sekuat hati. Mendengar cerita Adam dari awal sampai akhir, dia tahu, sekurang-kurangnya Rhea sudah boleh menerima kehadiran watak lelaki bernama Mada yang diciptakannya itu.
“This is not funny, Khai. Aku memang tak boleh terima part yang dia cakap aku pasangan gay kau. Mintak simpang beb, aku masih di jalan yang lurus lagi ni.” Adam menghenyakkan dirinya di sebelah lelaki itu. Khairi pula mengendurkan tawa perlahan-lahan.
“Tak apalah. Yang penting Rhea cakap dia sanggup kahwin dengan kau.” Balas Khairi selamba.
“Yang dia sanggup
kahwin tu Mada. Bukan Adam. See, aku dah tak boleh nak menyamar lagi. Habis
dari hujung rambut ke hujung kaki Rhea make over. Takkan aku nak balik pakai
baju ‘Mada’ dulu?” Adam memandang kawan baiknya yang masih tidak henti-henti
ketawa walaupun tidak segalak tadi. Kalau tak mengenangkan bakal abang ipar,
mahu saja disepaknya wajah Khairi.
“Itu maknanya dah sampai masa kau datang rumah hantar cincin. Dam, sampai bila kau nak tunggu? Jai tu boleh datang bila-bila masa tau.” Ujar Khairi pula. Lelaki itu mula serius.
Adam mengeluh berat. Disebabkan keghairahannya ingin mendekati Rhea, dia sanggup menyamar sebagai orang lain. Bahkan, dia sanggup pertaruhkan nyawa untuk melindungi keselamatan gadis itu. Namun jauh di sudut hati, dia mula risau. Tidak tahu bagaimana harus dia berterus-terang kepada Rhea tentang siapa dirinya yang sebenar.
“Hantar cincin? Kau yakin dia akan terima? Buatnya dua-dua pun dia tak suka. Mada dia reject, Adam yang dia tak pernah jumpa lagilah.” Adam menyuarakan kebimbangannya.
Khairi menggaru-garukan kepala. Fikirannya ligat berputar mencari idea lain bagi meneruskan misi yang dilancarkan olehnya sejak sekian lama itu.
“Dam, sini jap.” Ujar Khairi memanggil lelaki itu untuk menerangkan rancangannya.
Wajah Adam berkerut seribu. Dia memandang Khairi dengan penuh curiga.
“Boleh pakai ke idea kau ni?” ujar Adam perlahan.
“Tak cuba lagi mana tahu?” balas lelaki itu.
**********
Kim
mengeleng-ngelengkan kepala memandang tingkah-laku gadis itu. Sekejap duduk,
sekejap berdiri. Sesekali matanya di halakan ke luar tingkap. Gelisah benar
lagaknya.
“Duduklah Rhea, serabut aku tengok kau ni.” Ujar Kim kepada gadis itu.
“Aku lagi serabut kau tahu tak. Masuk hari ni dah dekat seminggu aku tak jumpa Mad. Mak Piah pulak boleh cakap dengan aku yang dia tak tahu budak tu pergi mana. Ni Uncle Aziz dengan Auntie Sofia nak datang dengan anak dia yang entah siapa-siapa tu. Kalau aku jumpa si Mad tu, memang aku ajak dia kahwin sekarang jugak.” Rhea membebel sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
“Kau jangan nak buat gilalah. Ini bukan drama kau boleh suka-suka hati nak ajak orang kahwin macam tu.” ujar Kim pula.
Rhea memanjat katilnya menghadap Kim yang bersila di situ sejak tadi. Dia memegang pipi gadis itu kiri dan kanan.
“Aku tak peduli, Kim. Daripada aku berkahwin dengan orang yang aku tak pernah jumpa, tak pernah kenal, baik aku kahwin dengan si Mad tu. Nak jaga keselamatan aku konon. Tak payah bagi orang lain. Bodoh-bodoh alang dia pun, penumbuk dia pernah kena batang hidung Jai tau. Mad ni pun satu, at least bagitahulah nak pergi mana? Senang aku cari. Mentang-mentang dah handsome, laju je angkat kaki.” Rhea terus membebel sendirian.
“Hoi-hoi, kau mencarut apa ni? Biarlah. Itu namanya jodoh tak sampai. Mana tahu kawan abang kau tu martial art punya sifu. Tu mama kau dah menjerit berapa kali panggil turun.” Kim turun dari katil membetul-betulkan dirinya di hadapan cermin.
“Hah? Mama panggil? Entah-entah Uncle Aziz dah sampai? Kim, aku tak nak turun boleh tak?” Rhea mula menggelabah. Dia berdiri di hadapan gadis itu dengan wajah cuak.
“Rhea, rileks, ini bukan zaman Sultan Mahmud kalau tak nak kahwin kena pancung. Tentu mama dengan abah kau faham, you have you own right to choose you future partner.” Kim menggenggam kedua-dua belah tangan gadia itu.
“I hope so...” Rhea bersuara lemah.
“Dah, jom turun. Kalau kau tak berani, biar aku pergi tengok dulu. Kau tunggu dekat dapur, nanti report. Amacam? Ok tak idea aku?” gadis itu terkekek-kekek ketawa.
Rhea langsung tidak terusik dengan kata-kata gadis itu. Dia benar-benar tiada mood untuk tersenyum, apatah lagi ketawa seronok. Namun dia setuju dengan cadangan Kim. Sebaik menuruni tangga, Rhea terus menghilangkan diri ke dapur.
“Ya Allah, anak dara sorang ni. Yang bertenggek dekat atas para tu buat apa? Tak senonoh betul. Turun, pergi depan. Uncle Aziz dengan Auntie Sofia tanya Rhea tadi.” Puan Sri Nani muncul tiba-tiba.
Niat asalnya ingin menyuruh pembantu rumah menghidangkan makanan di meja makan, namun orang lain pula yang menunggu di situ.
“Mama, Rhea...” Gadis itu merengek-rengek memandang mamanya.
“Mama tahu Rhea nak cakap apa. Ingat mama dengan abah cakap apa malam tadi? Just meet them. Anggap je itu kawan abah yang saja-saja datang.” Puan Sri Nani merapati anak gadisnya itu.
“Masalahnya, Rhea tahu yang diorang bukan datang saja-saja.” Rhea mengangkat keningnya. Dia masih bertenggek di atas para itu memerhatikan mamanya memberi arahan kepada pembantu rumahnya yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan makanan.
“Rhea, nama dia Adam kan? You know what, he’s so cute macam...” Kim muncul tiba-tiba. Namun melihat kelibat Puan Sri Nani turut berada di situ bercekak pinggang memandangnya, gadis itu menekup mulut.
“Oh, jadi spy untuk Rhea ye, Kim. Korang ni auntie bagi senduk ni nanti tahulah. Sudah. Dua-dua pergi depan sekarang!” Puan Sri Nani mula meninggikan suara, berpura-pura geram melihat aksi dua orang gadis itu.
Rhea dan Kim tergesa-gesa berlari keluar. Mereka berdua berhenti di tepi tangga yang memisahkan ruang dapur dan ruang tamu rumah itu. Suara Tan Sri Jamaluddin dan Khairi kedengaran sedang berbual-bual dengan tetamu mereka. Rhea semakin cuak untuk melangkah ke hadapan.
“Nah, hantar air ni.” Rhea mengurut dada. Entah bila masa Puan Sri Nani tercegat di sebelahnya, dia sendiri tidak perasan.
Dulang yang dihulurkan wanita itu disambut lemah lalu membawanya ke ruang tamu. Kim sempat mengangkat isyarat ibu jarinya sebelum gadis itu pergi. Rhea berjalan dengan kepala yang tertunduk hampir 90 darjah. Dia tidak memandang sesiapa pun sewaktu menuangkan minuman ke dalam cawan-cawan di dalam dulang itu.
“Dah besar panjang Rhea. Cantik.” suara seorang wanita menegurnya.
Rhea mendongak dan menyalami wanita itu.
“Itulah Auntie Sofia.” Tan Sri Jamaluddin menyampuk perlahan.
Rhea hanya mengangguk. Ini pasti Uncle Aziz. Rhea bersalaman dengan lelaki yang duduk di sebelah Auntie Sofia tadi pula. Dia hanya menguntumkan senyuman. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibirnya.
“Yang itu pulak Adam.” Puan Sri Nani pula bersuara.
Rhea mengambil tempat di sebelah mamanya sebelum mencuri-curi pandang seorang lelaki yang duduk di sebelah Khairi tidak jauh dari situ. Adam? Is that really him?
**********
Rhea tidak tahu bagaimana harus dia memberi respon kepada lelaki yang sedang duduk bertentangan dengannya di meja makan itu. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menghamburkan perasaan marah dan geramnya yang meluap-luap sejak tadi.
Mada is Adam? This is ridiculus.
Kim di sebelahnya memberikan isyarat agar dia bertahan. Khairi juga kelihatan seperti cuba menyampaikan sesuatu melalui isyarat matanya. Rhea rimas. Dia akhirnya meminta diri untuk ke dapur seketika.
Gadis itu mencapai sebiji mug di rak. Dia membancuh milo ais. Namun, perasaannnya yang masih tidak tenteram itu membuatkan Rhea menitikkan air mata. Dia meletakkan air milo yang dibancuh tadi. Entah apa rasa air itu dia pun tak tahu. Fikirannya berkecamuk memikirkan Adam hingga tidak tahu bagaimana sukatan minuman itu yang sepatutnya.
Rhea membuang minuman itu ke dalam sinki. Gadis itu menarik nafas dalam-dalam lalu membancuh minuman kegemarannya itu sekali lagi.
“Dua sudu milo.” Dia berkata-kata sendirian.
Sebotol kopi dicapai dan memasukkan sesudu kecil serbuk minuman itu ke dalam cawan. Susu pekat manis dicapai di dalam peti ais.
“Mada is Adam?” Rhea tertawa perlahan sebelum menyapu air matanya lagi. Dia memasukkan sesudu besar susu pekat manis itu sebelum menuang air panas hampir penuh permukaan mug.
Gadis itu tersentak. Beberapa titik air panas yang melimpah membuatkan dia mengaduh perlahan.
“Let me...” Adam muncul dengan pantas dan mencapai susu pekat manis tadi menggosokkannya ke tangan gadis itu yang mula memerah.
Kehadiran Adam di situ membuatkan Rhea tersentak. Tangannya ditarik perlahan membuatkan gadis itu mengetap bibir menahan sakit. Biarlah. Tuhan saja yang tahu sakit dihatinya lebih pedih jika dibandingkan dengan lecur air panas itu.
“Rhea, tangan you melecur tu.” Adam berkeras untuk mencapai kembali lengan gadis itu.
“Don’t touch me.” Rhea pantas menghalang niat lelaki itu. Dia ingin berlalu keluar dari situ, namun Adam sekali lagi mencapai tangannya.
“I’m sorry.” Ujar Adam perlahan.
Langkah Rhea mati. Dia menoleh memandang Adam dengan wajah yang sukar untuk dimengerti.
“Sorry for what? Are you expecting me to marry a big liar like you, Mad? Oh, lupa, Adam? Whatever.” Rhea bersuara mendatar menarik tangannya daripada pegangan Adam. Dia tersenyum sinis memandang lelaki itu.
“Rhea, I’m sorry. I didn’t mean to...”
“But you already did. All I have to say is, what a great acting. Congratulation.” Sindir Rhea lagi.
Adam mengeluh berat. Dia sedar dia sudah melakukan kesilapan besar. Apalah salahnya kalau dia berterus-terang dari mula? Aaah, sudah terlambat untuk dia membetulkan keadaan.
“Abang nak ambil kicap kejap. Sorry menganggu. By the way Rhea, semua ni salah abang. Adam cuma ikut je. Jangan marah-marah ok.” Khairi menyampuk tiba-tiba. Dia mencapai sebotol kicap di dapur itu dan keluar sepantas itu juga.
Rhea terkebil-kebil sendiri. Adam masih berdiri di hadapannya tidak tahu hendak berkata-kata apa lagi.
“Really?” soal Rhea perlahan.
Adam mengangkat bahunya dan berpaling mencapai gelas minuman gadis itu tadi lalu membancuh minuman untuk Rhea sekali lagi.
“Kenapa you buat semua ni?” Rhea menyapu air matanya yang terasa mengalir. Dia masih tercegat di belakang lelaki itu menanti sehingga Adam siap membancuh airnya.
“Sejukkan hati you dulu, then I’ll explain.” Adam menyuakan mug itu kepada Rhea dan mengisyaratkan gadis itu agar minum.
“How’s the taste?” soal Adam mengangkat keningnya.
“Bad.” Komen Rhea. Adam tertawa perlahan. Gadis itu belum sejuk hati lagi nampaknya.
“Rhea, it’s not what you think. I tak tahu macam mana nak mulakan hubungan ni so I thought it might be polite if we start with a friendship. Lagipun, you baru break up dengan Jai, so I takut you serik nak berkawan dengan mana-mana lelaki lagi.” Ujar Adam perlahan.
“Kenapa mesti dengan menipu? Menyamar? Perlu ke semua tu?” Rhea memandangnya.
Adam mengangkat bahu. Dia tersenyum melihat Rhea sudah mula memberikan respon kepadanya. Mungkin gadis itu tidak akan memberinya maaf. Tetapi itu lebih baik daripada gadis itu tidak mempedulikannya terus.
“It’s just, happen that way. I pun tak tahu macam mana nak explain. But I really do it sincerely. I nak dekat dengan you, nak faham perangai you. Look, at least I dah tahu buat air favourite you, kan?” Adam memberanikan diri mengusik.
Rhea menjeling geram. Dia meletakkan mug itu di atas meja lalu berjalan keluar.
“Kan I dah cakap tadi it’s bad.” Ujar Rhea lalu menghilangkan diri.
Adam tersenyum lalu menghirup minuman gadis tadi dengan selamba.
“Sedap apa. Rhea, wait...” Adam turut bangun dan melangkah keluar ke ruang makan tadi.
Seisi ruang si situ memerhatikannya. Adam terkebil-kebil membuatkan Khairi bangun dan menarik lelaki itu duduk di tempatnya tadi. Apa yang berlaku? Kenapa semua orang lain macam ni? Lelaki itu dipenuhi tanda tanya.
“Settle?” Tan Sri Jamaluddin bertanya kepada Adam. Lelaki itu turut memandang Rhea yang menunduk sejak keluar dari dapur tadi.
“Rhea dah senyum-senyum tu abah. Kira jadi ajelah.” Khairi menyampuk dengan selamba. Dia membasuhkan tangannya dan menyertai ibu bapanya dan ibu bapa Adam ke ruang tamu. Kim juga turut bangun meninggalkan mereka berdua.
“Mama abah dah habis makan ke? Kim, kau nak pergi mana?” soal Rhea terpinga-pinga.
“Yang mesyuarat lama sangat dekat dapur tu buat apa? Hah, kamu makanlah berdua. Jom, Sofia, Kim, kita ke depan.” Ujar Puan Sri Nani diikuti dengan ketawa bakal besannya itu dan Kim.
“Mama...” Rhea merengek perlahan memerhatikan wanita itu hilang dari pandangan.
“So, yang mana satu lauk yang you masak?” soal Adam tersengih-sengih.
“Sorry, it’s none. Kalau you nak kahwin, kahwin. Kalau tak nak, carilah orang lain.” Rhea membalas ringkas. Dia mencedok kuah masak lemak cili api ke dalam pinggannya dan makan dengan selamba.
Adam tersenyum melihat aksi gadis itu.
“Jadi you setujulah nak kahwin dengan I?” soal lelaki itu lagi.
“Since there’s no reason to refuse.” Rhea mengangkat bahu. Dia bangun menuju ke dapur berhajat untuk membawa keluar milo ais yang dibancuh oleh Adam tadi.
“Really?” Adam tersenyum lebar lalu turut bangun mengekori gadis itu.
“Tadi you kata air tu tak sedap.” Dia menghalang laluan Rhea sewaktu gadis itu ingin keluar dari dapur.
“Adam, I nak sambung makan ni.” Rhea sedikit ke belakang memandangkan dia tidak berani menolak tubuh lelaki itu dengan tangannya yang masih beremah. Apatah lagi tangan kirinya yang masih memegang mug. Rhea tahu dia tidak dapat pergi dari situ dengan mudah.
“You boleh makan eh time-time macam ni?” Adam merapatkan dirinya sehingga gadis itu bersandar di kabinet dapur.
“Why not? Kalau you tak boleh makan, itu bukan masalah I. Adam, ke tepi. Kalau tak I sapu muka you dengan remah-remah nasi ni.” Rhea cuba melepaskan dirinya sekali lagi. Kali ini, siap dengan ugutan.
“Really? Sapulah kalau you nak.” Balas lelaki itu selamba.
“You ingat I tak berani?” Rhea selamba mengusap pipi pemuda itu dengan tangannya dan terkekek-kekek ketawa. Adam terkejut. Rhea mengambil peluang itu untuk meloloskan dirinya dan berlari keluar.
Adam meraba pipinya lalu keluar mengejar gadis itu.
Gelak tawa Rhea memenuhi ruang makan. Kim dan Khairi muncul untuk memanggil mereka berdua namun lain pula jadinya. Mereka berempat sama-sama berkejar-kejaran di dapur itu menambahkan lagi riuh-rendah suasana.
**********
Malam itu Rhea tersenyum gembira. Dia mengangkat jari manisnya tinggi sewaktu berbaring menelentang di atas katil itu. Sebentuk cincin tanda yang disarungkan oleh Puan Sofia petang tadi menandakan dia kini sudah dimiliki. Telefon bimbitnya berbunyi. Rhea cepat-cepat membaca pesanan ringkas itu.
Sender: Fiance
Massage:
Thanks love.
Rhea tersenyum lagi. Tanpa berniat untuk membalas kata-kata itu, Rhea mematikan lampu tidurnya dan menarik selimut. Tidak sampai lima minit dia melelapkan mata, deringan telefonnya berbunyi nyaring. Rhea tersenyum melihat nama si pemanggil.
“Sebagai seorang student, I perlukan waktu tidur yang cukup. Ye, ada apa sayang?” Ujarnya sebaik menjawab panggilan itu. Rhea tersenyum. Adam pula tertawa di hujung talian.
23rd AUGUST 2012 – 23:12 PM – THURSDAY – Happy birthday Mudd!
No comments:
Post a Comment