Amaran: Cerita ni agak merepek, tapi layan jelaa ^_^
Flower Garden,
sebuah kedai bunga di kawasan perumahan berhampiran bandar Seremban itu cukup
terkenal dengan deretan bunga-bunga segar yang dibekalkan ke seluruh bandar.
Bukan sekadar tempahan untuk hari-hari istimewa, malahan hari-hari biasa pun
pelanggan tidak putus-putus datang bertandang. Walaupun tidak membeli, cukup
sekadar mencuci mata atau mencium aroma flora-flora di situ.
“Terima kasih mak
cik, sila datang lagi.” Kyra Diyana tersenyum menghantar pelanggannya itu ke
muka pintu.
Namun sebaik
pelanggan itu hilang dari pandangan, senyuman gadis kecil molek itu mati.
Matanya tajam memandang Muadz yang masih tercegat di dalam kedai, berpura-pura
sibuk membantu ibunya menyusun pasu-pasu bunga. Selendangnya dibetul-betulkan
sedikit sebelum masuk mendapatkan lelaki itu.
“Abang ingat 50
ribu tu boleh petik macam daun? Abang gila ke? Mana nak cari duit banyak tu?”
tanpa sebarang isyarat, Kyra terus menghamburkan kemarahannya yang ditahan
sejak tadi.
Wajahnya yang
putih bersih itu, mula kemerah-merahan. Pasu bunga yang dipegang Muadz dicapai
dan disusun sambil membentak-bentak, memprotes habis permintaan lelaki itu yang
dirasakannya gila dan tidak masuk akal.
“Habis abang nak
buat macam mana? Abang dah mati akal ni. Diorang dah ugut abang. Kalau abang
tak bayar jugak duit tu, matilah abang kena bunuh.” Balas Muadz lalu mencapai
pasu yang lain pula.
Kedai bunga milik
dua beranak itu, seperti sudah menjadi pekerjaan tetapnya setiap kali dia gagal
mencari pekerjaan yang lebih baik. Hampir 10 tahun sejak dia kematian ibu
bapanya, hidup berjiran dengan Puan Farizah membuatkan dirinya dilayan oleh
wanita itu tak ubah seperti anak sendiri. Makan minumnya dijaga, sakit
peningnya ditanya, mujurlah tidur berasingan.
Lelaki lewat 20-an
itu memandang Kyra. Anak kepada pemilik kedai bunga itu kadang-kala agak
menakutkan. Melayannya seperti seorang abang kandung. Ada masanya dia agak
rimas. Tetapi, mereka berdua sahajalah yang dia ada di dalam dunia ini. Mereka
berdua sahajalah tempat untuk dia mengadu dan bermanja.
“Bunuh? Ini dah
melampau. Bagi Kyra nombor telefon pencekik darah tu. Tak kiralah abang nak
keluar masuk balai polis ke, nak terjun bangunan ke, lambat-laun abang kena
selesaikan jugak. Tak guna betul. Sebelum bagi orang pinjam macam-macam dia
janji. Tak ada bungalah, boleh bayar ansuranlah, lepas pinjam...”
“Kyra, kyra, kyra!
Bingit telinga ibu ni tau. Yang Kyra bebelkan Muadz tu kenapa? Dia dah
terpinjam. Masalahnya sekarang dia pun tertipu sama. Kalau dia tahu awal-awal
nak jadi macam ni, ingat dia nak?” Puan Farizah lekas-lekas menyampuk sebelum
anak gadisnya itu terus naik hantu, membebel sampai tak ingat dunia.
Dia ingat kedai
mak dia ni jauh sebatu daripada kedai orang lain agaknya? Bisik Puan Farizah
sendirian.
“Habis, ibu nak
biarkan dia macam tu? Hari-hari kena kejar dengan pengutip hutang. Kena ugut,
kena belasah. Tengok lebam dekat bibir tu. Kena tumbuklah tu.” Kyra terus
membebel, tidak mempedulikan teguran ibunya.
Gadis itu selamba
membelek-belek wajah Muadz dengan tangannya yang masih bersarung. Siap diselaputi
tanah lagi. Namun Muadz tidak mengendahkan. Lelaki itu bahkan ketawa
memandangnya.
“Jangan risau Kyra. Abang akan cari jalan penyelesaian. Pandailah abang nanti.” balas Muadz menyapu-nyapu sisa tanah yang terasa melekat dipipi. Kyra mengeluh. Wajah lelaki itu dipandang kosong.
“Caranya nak kerja dekat kelab malam tu? Abang jangan nak buat gila eh. Kyra dah elok-elok carikan abang kerja part-time dekat kedai makan tu, ibu siap bagi abang kerja dekat kedai bunga ni, jangan nak mengada-ngada.” Kyra mengetapkan bibirnya mengisyaratkan perasaan marahnya yang masih bersisa.
“Ingat gaji kedai makan tu cukup ke nak bayar hutang tu semua?” Puan Farizah mencelah lagi.
“Jangan risau mak cik. Muadz akan usahakan nanti. Kyra pun jangan risau, ok. Abang takkan balik kerja lama tu. Kan abang dah janji.” Muadz tersengih-sengih sebelum mencapai gagang telefon kedai yang kebetulan sedang berbunyi.
“Hello, Flower Garden. Oh, tempahan bunga untuk Hotel De Palma? Ye, dah siap semuanya. Sekejap lagi saya hantar. Baik. Sama-sama.” Penuh semangat pemuda itu menjawab panggilan pelanggan.
Kyra tersenyum hambar memerhatikannya. Memanglah hidup lelaki itu nampak seperti terumbang-ambing. Tiada ibu bapa, tiada pendidikan yang tinggi, tiada pekerjaan tetap, namun Kyra kagum dengan semangat lelaki itu dan budi pekertinya yang elok. 10 tahun mereka saling mengenali, dia tahu lelaki itu lebih daripada segala-galanya.
“Mak cik, saya masukkan bunga-bunga ni dalam lori ye. Berapa harga semuanya?” Muadz melaungkan nama Puan Farizah sebelum membawa gubahan bunga-bunga yang telah siap itu naik ke dalam lori kecil khas untuk khidmat penghantaran.
Melihat ibunya sibuk di belakang kedai, Kyra pantas menyemak senarai harga di kaunter lalu keluar mendapatkan Muadz.
“Seratus lapan puluh lapan ringgit tau abang. Haa, jangan baik hati sangat nak bagi diskaun.” Ujar gadis itu lalu menghulurkan resit.
Muadz tersengih menyambut huluran itu. Sebaik menghidupkan enjin lori, sempat dia menoleh memandang Kyra.
“Tapi kalau orang yang bayar tu cun, abang mesti bagi punya.” Muadz menjawab selamba. Bulat mata Kyra.
“Nanti Kyra suruh ibu tolak gaji abang.” Balasnya lagi.
“Whatever.” Muadz mencebik lalu terkekeh-kekeh ketawa.
Deruman enjin lori itu menenggelamkan suara Kyra yang turut sama ketawa. Puan Farizah keluar tidak lama selepas lelaki itu pergi. Dua beranak itu sekadar memandang antara satu sama lain. Sejurus kemudian Kyra tersengih memandang ibunya.
“Ibu, duit simpanan ibu tak cukup ke? Kesian abang Muadz.” Gadis itu memaut lengan Puan Farizah lalu merengek manja.
“Ingatkan tak pandai nak simpati tadi. Kyra, kalau ibu ni berduit, tak ada ibu nak biarkan abang Muadz kau tu. Dah, pergi sambung buat kerja. Besok interview pukul berapa?” Puan Farizah menolak perlahan bahu anak tunggalnya itu.
Kyra membalas dengan rengekan yang sengaja dibuat-buat. Melihat wajah ibunya yang mula semacam, akhirnya gadis itu mengekek suka.
“Pukul 10. Ok, ok. Kyra pergi siram pokok bunga dekat belakang ye ibu.” Gadis itu langsung menghilangkan diri.
Puan Farizah sekadar mengelengkan kepala. Keluhan dan senyuman saling bertukar-ganti.
**********
Cuaca agak panas kebelakangan ini. Dengan hanya memakai t-shirt dan seluar track, Kyra duduk di bangku luar rumahnya mengambil angin malam. Tangannya sejak tadi tidak henti-henti menyiapkan lakaran sebuah kasut kulit lelaki. Sesekali dia tersenyum sendirian.
“Kaki abang Muadz saiz apa agaknya? 9? 10? 11?” Kyra mendongak, berkira-kira sendiri saiz kaki lelaki itu.
“Berapa banyak bintang malam ni, Kyra?” Muadz tersengih-sengih di tepi tembok yang memisahkan rumah mereka.
“Astaghfirullah al-azim. Abang kecik-kecik dulu tak belajar macam mana nak bagi salam eh?” Kyra mengurut-urut dadanya, terperanjat sungguh mendengar sergahan lelaki itu tadi.
Muadz ketawa suka. Tersengih-sengih dia keluar daripada pagar rumahnya lalu memasuki pagar rumah gadis itu. Semestinya dengan begitu selamba.
“Assalamualaikum.” Perlahan lelaki itu menyapanya. Kyra akhirnya tersenyum lantas menjawab salam itu.
“Waaah, cantik kasut. Kyra design untuk abang ke?” Muadz mencapai kertas kanvas yang dipegang Kyra.
Gadis itu membetul-betulkan cermin matanya lalu mengambil kertas kanvas itu kembali. Malu lelaki itu melihat lakarannya apatah lagi memuji lakaran yang baginya tidak seberapa itu.
“Tak kuasa Kyra nak buat kasut abang. Kyra lukis ni sebab nak letak dalam portfolio besok. Tu je.” balas Kyra cuba menyembunyikan perasaan. Dia kemudian meletakkan kertas kanvas itu ke tepi.
“Alahai, abang rasa macam berkenan pulak. Eh Kyra, nanti bila Kyra dah jadi pereka kasut terkenal kan, design kan untuk abang satu kasut. Kalau boleh nak sebijik macam tu.” Ujar Muadz merujuk kepada lakaran kasut tadi. Pemuda itu tersengih lagi menampakkan lekukan kecil dipipinya.
Kyra terdiam seketika.
“Abang suka? Hmm, nanti kalau Kyra buatkan untuk abang, sure abang bawak pergi enjoy dekat kelab malam tu. Lepas tu usya perempuan sana sini.” Kyra memeluk mula membebel.
“Hei, nilah dia budak-budak zaman sekarang. Tak reti hormat orang tua. Suka tuduh yang bukan-bukan. Abang pergi kelab tu betul-betul kang.” Muadz mengacahnya.
Kyra terkulat-kulat menyedari keterlanjuran katanya tadi.
“Ok, sorry. Lambat abang balik kerja malam ni. Orang ramai?” soal Kyra mengalihkan topik perbualan mereka.
Dia kasihan melihat lelaki itu. Pagi hari bekerja di kedai makan. Petang, dia akan membantu ibunya di kedai bunga. Malam pula, lelaki itu akan menjadi pemandu teksi, mengambil dan menurunkan penumpang di sekitar Seremban. Menjelang tengah malam, barulah dia pulang ke rumah. Wajah lelaki itu dipandang. Muadz mengangguk.
“Boleh tahan. Nak cari duit. Terpaksalah.” Ujarnya perlahan. Kyra tersenyum hambar. Simpatinya kepada lelaki itu semakin bertambah-tambah.
“Abang, maaflah. Kyra tak mampu nak tolong abang. Duit poket Kyra sendiri pun sebab tolong ibu sikit-sikit.” Kyra bersuara lemah.
“Tak payah nak susah-susah fikirkan abang, Kyra. Belajar sungguh-sungguh. Tu yang paling penting. Eh, lupa pulak Kyra dah habis belajar.” Muadz sengaja mengusik.
“Tapi abang jangan risau, bila Kyra dah dapat kerja nanti, Kyra janji Kyra akan tolong abang.” Ujar gadis itu bersungguh-sungguh. Usikan pemuda tadi, langsung tidak dipedulikannya.
“Ish, degil Kyra ni. Kan abang cakap tak payah. Tapi kalau Kyra nak tolong jugak...” Muadz mematikan kata-katanya di situ, membuatkan Kyra menanti kata-kata selanjutnya.
“Apa dia abang ni?” soal gadis itu tidak sabar.
“Tolong masakkan maggi untuk abang. Laparlah tak makan dari petang tadi.” Muadz terkekek-kekek ketawa.
Suka dia melihat mata bulat gadis itu setiap kali geram dengan usikannya. Merungut-rungut Kyra masuk ke dalam rumah membuatkan dia bertambah seronok melihat telatah comel gadis yang sudah lama dianggapnya seperti adik sendiri itu.
**********
“Your portfolio is pretty good. But it’s nothing extraordinary. I can say it at the average level.” Komen seorang wanita sambil menyilangkan tangan.
Kyra nampak risau. Berjayakah dia untuk temuduga pertamanya itu? Dia teringat sms yang dihantar Muadz kepadanya beberapa minit sebelum dia masuk ke dalam bilik pengarah Voir Company tadi.
‘Abang tahu Kyra boleh. Good luck sayang.’
Kata-kata itu membuatkan Kyra tersenyum. Dia memandang pengarah itu dengan wajah yakin. Nampak muda walaupun sudah menjawat jawatan tinggi. Mungkin umur wanita itu juga tidak jauh beza daripadanya. Kyra nekad. Walau apapun yang terjadi, dia mahukan jawatan itu. Dia tahu dia layak bergelar pereka kasut profesional di situ.
“Well...” wanita berambut perang di hadapannya bersuara lagi.
Kyra masih sabar menanti. Walaupun dia cuba berlagak tenang, dalam hatinya masih tersisa perasaan cemas dan takut. Bagaimana kalau dia tidak mahu menerima aku? Bagaimana kalau dia tidak berpuas hati dengan kelayakan akademik aku? Bagaimana kalau dia tidak suka dengan aku yang bertudung litup ni? Hati Kyra berbisik macam-macam.
“What do you think about me?” sambung wanita itu.
Wajah Kyra berkerut. Soalan apa ni?
“Kalau you
diterima bekerja di sini, you akan bekerja di bawah I. Sebab tu I tanya. Apa
pendapat you tentang I?” ujar wanita itu lagi.
Kyra menelan liur lantas menjawab.
“Very capable. And beautiful.” Ujar gadis itu perlahan.
“Very capable and beautiful? Don’t tell me that’s all.” Wanita itu membalas. Wajahnya nampak angkuh walaupun tersenyum manis memandang Kyra.
Kyra menarik nafasnya dalam-dalam, mencari sisa semangat untuk menjawab soalan yang tidak munasabah itu.
“You dress very well. And you’re really elegant.” Ujar Kyra lagi. Kali ini suaranya lebih kuat dan yakin.
“Hmmph, too obvious. Kenapa semua orang suka cakap benda yang sama dekat I?” wanita itu seakan bercakap sendiri.
Kyra diam. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia merepek yang bukan-bukan di hadapan ‘bakal’ majikannya itu.
“Kyra Diyana, kalau you betul-betul nak jadi seorang pereka kasut, tak kan you tak tahu, kreativiti itu penting. Kalau semuanya biasa-biasa je, macam mana nak jadi profesional. Semua orang pun boleh design kasut.” sambung wanita itu lagi.
“Err, cik. Boleh saya tanya sesuatu?” soal Kyra perlahan.
Wanita itu sekadar mengangguk.
“Apa kena mengena soalan tadi dalam interview ni?” gadis itu menyoal berani.
Wanita itu tersenyum.
“Memang tak ada kena mengena pun. Saja. Kalau macam tu, tak apalah. You boleh keluar.” Ujar wanita itu.
Kyra teragak-agak untuk pergi dari situ.
“Jadi, saya diterima atau tidak?” soal gadis itu mulai cuak. Risau kalau-kalau pertanyaannya tadi mengguris hati pengarah itu. Apa aku cakap ni? Kyra mula tidak sedap hati.
Wanita di hadapannya itu menopang dagu. Dia tersenyum.
“You rasa?” soalnya kembali.
“Kalau saya rasa saya diterima?” soal Kyra teragak-agak. Sukar dia membaca apa yang berada di dalam fikiran wanita di hadapannya itu.
“Kalau macam tu ok. You diterima. I Melissa. Besok you boleh mula bekerja.” Ujar wanita itu lagi.
Wajah Kyra bercahaya mendengar kata-kata wanita di hadapannya itu.
“Terima kasih Cik Melissa. Terima kasih banyak-banyak.” Kyra bersuara penuh teruja.
“Hmm, sama-sama. You boleh pergi.” Gadis bernama Melissa itu mengisyaratkan pintu kepada Kyra.
Gadis itu lalu bangun mendapatkan pintu keluar. Belum pun sampai beberapa tapak berjalan, langkahnya berhenti lalu menoleh memandang pintu tadi. Seolah-olah masih berdepan dengan penemuramah merangkap bos barunya itu. Beberapa kali dia mengeluh.
“Heh, perempuan macam tu pun ada. Dah la tanya soalan-soalan merepek. Berani nak reject aku? Aku bagitahu satu office ni yang kau tu buat mata, buat hidung, buat bibir. Urgh, cantik konon. Tutup rambut berkarat tu baru aku panggil kau cantik.” Gerutu hati Kyra.
Geram benar dia membayangkan wanita itu seakan lupa berita gembira yang baru diterimanya tadi. Dia kini akhirnya bergelar seorang pereka kasut!
**********
Sebaik memasuki Voir Galery di salah sebuah pusat membeli-belah terkenal itu, Melissa mencapai sebuah kasut berhampiran tempatnya berdiri. Kasut tumit tinggi dengan perincian serba keemasan itu ditunjukkan kepada tiga orang pekerja baru yang dilantiknya semalam.
“Ini rekaan terbaru I yang agak ‘hot’ musim ni. So, what do you think?” soal Melissa kepada gadis-gadis di hadapannya.
“Saya rasa, kasut ni nampak klasik dan elegant.” Gadis di sebelah kanannya memberikan pendapat.
“Sofistikated dan saya yakin kasut ini mendapat harga pasaran yang tinggi.” Gadis yang di tengah-tengah pula menyampuk.
Melissa mengangguk-angguk perlahan.
“Kyra, you tak ada apa-apa nak komen?” Melissa memandang gadis itu.
Kyra terdiam agak lama. Sedang mencari idea barangkali.
“Bagi saya, kalau
melihat dari aspek seni, rekaan luaran tak penting. Sebab saya nampak kasut ini
ada seninya yang tersendiri.” ujar Kyra bersahaja.
Melissa kelihatan teruja.
“Seni tersendiri?” soal gadis itu kepada Kyra.
Kyra mengangguk lalu mencapai kasut yang masih dipegang oleh Melissa tadi.
“Nilai seni tu kita boleh rasa bila orang yang memakai kasut ini merasakan diri mereka sofistikated dan seolah-olah ada hubungan dengan kasut ini. Daripada tumit kasut ini pun saya boleh rasakan kasut ni ada seni kemesraan yang memberi kepuasan kepada pemakainya.” Panjang lebar Kyra melontarkan pendapatnya.
Melissa terpegun. Dua orang rakan sejawat di sebelahnya pula ternganga.
“Tak perlulah saya mengulas panjang. Saya yakin, sesiapa yang melihat kasut ini pasti tak tunggu lama untuk keluarkan kad kredit mereka.” Kyra mengakhiri kata-katanya dengan senyuman.
“Very impressive Kyra. Just like a professional.” Puji Melissa kepada gadis itu. Siap bertepuk tangan lagi.
Kyra tersenyum tersipu-sipu.
“Ok, I ada hal dekat luar. In the mean time, you all study kasut-kasut yang ada dekat sini. Analyze, observe dan hantar report pada I besok.” Ujar Melissa sebelum berlalu meninggalkan pekerja-pekerjanya.
“Err, Kyra. Apa maksud awak nilai seni yang awak cakapkan tadi?” salah seorang rakannya bertanya.
“Hah? Nilai seni?” Kyra memandang dua orang gadis yang sedang mengangguk di hadapannya itu.
“Sebenarnya, saya pun tak tahu.” Kyra mengangkat bahunya seraya ketawa.
Dua orang gadis itu memandangnya terkebil-kebil.
**********
“Ini rumah ke istana?” sudah sepuluh minit lebih Muadz tercegat di hadapan rumah besar itu.
Rasa tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Rumah banglo lima tingkat itu luasnya sebesar kawasan yang mampu dicapai oleh pandangan. Terletak di sebuah perbukitan berhampiran deretan rumah-rumah elit, memang tidak ubah seperti sebuah istana. Semalaman dia tidak tidur memikirkan tawaran lelaki yang ditemuinya ketika menghantar pesanan bunga semalam.
“Badan awak ni nampak tegap. Polis ke?” seorang lelaki menegurnya ketika dia menapak keluar daripada bangunan Hotel De Palma itu.
Muadz mengeleng seraya memperkenalkan dirinya secara ringkas. Dia mencapai huluran tangan itu walaupun Muadz kelihatan masih tertanya-tanya.
“Saya Idrus, pembantu kanan Tan Sri Zamani, tetamu VVIP yang datang ke majlis pelancaran ini. Tan Sri suruh saya bertanya kalau awak berminat untuk bekerja dengan beliau sebagai penjaga kepada cucu perempuannya.” lelaki yang kelihatan hampir separuh umur itu memberitahu panjang lebar.
Kali ini Muadz terdiam. Tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada lelaki itu. Kemunculannya sangat mengejutkan.
“Penjaga?” Muadz bertanya sepatah.
“Dalam erti kata lain, bodyguard. Tak apa. Ini nombor telefon saya dan alamat rumah Tan Sri. Kalau awak berminat, datang ke sana besok dan bawa bersama beberapa dokumen peribadi. Tentang gaji, saya akan jelaskan jika awak berminat. Saya jamin, ia agak lumayan.” Semudah itu lelaki itu datang, semudah itu juga dia pergi.
Lelaki bernama Idrus itu kemudian hilang dari pandangan. Meniggalkan Muadz dalam seribu-satu persoalan dibenak.
“Encik Muadz, kenapa tak masuk?” tegur seorang lelaki yang baru muncul di pintu rumah.
Muadz tersenyum. Sebelum sampai ke situ, dia terlebih dahulu perlu melalui pintu pagar besar yang dikawal rapi oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Seterusnya dia berjalan di sebuah lorong kecil berturap yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan renek di kiri dan kanan jalan sebelum akhirnya betul-betul sampai di anjung muka pintu rumah jutawan tersebut.
Muadz menelan liur. Dia agak risau dan keliru dengan keputusannya sendiri. Mengenangkan jumlah hutangnya yang tidak tertanggung, dia gagahkan juga dirinya untuk menyahut cabaran bekerja sebagai bodyguard, kerjaya yang tidak pernah terlintas dalam fikiran seumur hidupnya.
Pelawaan Idrus disambut dengan anggukan. Muadz mengikut lelaki itu masuk ke dalam rumah seterusnya menuju ke sebuah bilik yang hanya menempatkan sebuah meja panjang dengan kerusi yang banyak di sekelilingnya. Tak ubah seperti bilik mesyuarat.
“Jadi awak bersetuju dengan tawaran saya?” soal Idrus sebaik mereka berdua mengambil tempat di salah satu kerusi di situ.
“Saya...” Muadz terhenti seketika apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi.
Dia mengisyaratkan
kepada Idrus untuk menjawab panggilan itu sebentar. Idrus hanya mengangguk.
“Hello Muadz, lama tak dengar berita.” Seorang lelaki di hujung talian bersuara. Kedengaran seperti pelat cina.
“Ni siapa?” Muadz bertanya kembali.
“Ini lu punya abang. Sudah lupa ka? Macam mana wa punya wang? Sudah siap?” soal lelaki cina itu lagi. Sesekali terdengar lelaki itu ketawa.
Muadz mengeluh berat sebaik mengetahui siapa lelaki itu. Pantas dia memperlahankan suara, risau kalau-kalau suaranya itu didengari.
“Haiya Fong, wa tengah kumpul itu wang. Lu jangan kacau wa dulu la. Nanti hujung bulan wa kasi sama lu.” Muadz berbisik, mengawal suaranya sehabis perlahan.
“Hujung bulan? Ini pun sudah setengah bulan. Lu jangan main-main sama wa, Muadz. Ini kali kalau wa dapat lu, wa kasi habis lu tau.” Fong ketawa lagi.
“Ok, ok. Lu jangan risau la Fong. Wa cakap wa bayar, wa mesti bayar punya.” Ujar Muadz sambil tertoleh-toleh.
“Lu siap itu duit baik-baik haa.” Ujar Fong lantas mematikan talian.
Muadz menyimpan kembali telefon bimbitnya. Satu keluhan dilepaskan. Dia mengira-ngira sendiri jumlah hari yang tinggal.
“Dah tak banyak masa lagi.” bisik lelaki itu sendirian.
Dengan nekad, dia kembali masuk ke dalam bilik mesyuarat tadi lalu tersenyum memandang Idrus.
“Saya setuju dengan tawaran tu.” Ujar Muadz tenang.
Idrus tersenyum.
**********
Galeri Voir malam itu terang benderang dengan persiapan akhir sebelum majlis pelancaran label baru yang bakal dimulakan beberapa minit lagi. Melissa ke hulu ke hilir memberi arahan kepada para pekerjanya.
“Pinggang you kena steady, ok. Kaki tu straight. Make sure jangan jatuh macam waktu rehersal hari tu.” Melissa berpesan kepada beberapa orang model catwalk yang bakal memperagakan kasut-kasut rekaan terbaru syarikat Voir.
Gadis-gadis itu mengangguk menerima arahan Melissa.
“Kyra?” Melissa cuba menyambung talian daripada walkie talkie ditangannya.
“Yes, Cik Melissa. Buffet, MC, lighting, sound, semua saya dah check. Arahan Cik Melissa kepada staff juga saya dah sampaikan.” Suara Kyra menyahut.
“Kalau macam tu, you pergi bawah check berapa banyak gubahan bunga yang dah sampai dekat luar.” Melissa memberi arahan lagi.
Kyra tersenyum sinis. ‘Tak habis-habis nak torture orang.’ bisik gadis itu sendirian. Dia akur lalu melangkah turun ke lobi.
“Ibu. Ibu buat apa dekat sini?” Kyra hampir melonjak gembira sebaik melihat kelibat ibunya Puan Farizah.
“Hantar bunga ni la, apa lagi? Ingat duit boleh turun dari langit? Amboi, lawanya anak ibu. Ada majlis apa ni Kyra?” wanita itu tersenyum memandang anak gadisnya.
Kyra turut tersenyum. Sempat dia memberi arahan kepada beberapa orang staff syarikat yang kebetulan lalu di sebelah mereka untuk membawa bunga-bunga tersebut ke tingkat atas.
“Hari ni majlis pelancaran department bos Kyra. Dia yang incharge untuk rekaan kasut Voir ni.” Ujar Kyra agak teruja.
“Patutlah anak ibu ni senang dapat kerja. Department baru rupanya.” Puan Farizah membalas.
“Agaknyalah tu. Dahlah bossy. Nampak sangat bos segera.” Kyra sempat mengutuk bosnya itu.
“Bos segera?” Puan Farizah bertanya kembali.
“Syarikat Voir ni datuk dia punya.” Kyra menjawab lalu ketawa. Puan Farizah tersenyum.
“Ish, tak baik mengumpat orang. Dah, pergi masuk. Kyra mesti sibuk. Ibu pun nak balik ni.” Puan Farizah menepuk-nepuk bahu anaknya itu.
“Alaa ibu, jomlah naik atas sekejap. Jamah sikit apa-apa.” Kyra cuba menghalang.
“Siapa nak jaga kedai nanti? Dah, pergilah naik.” Wanita itu berjalan keluar meninggalkan anaknya.
Kyra melambai dari jauh hingga ibunya itu hilang daripada pandangan.
“Err, cik. Boleh tumpang tanya?” seorang lelaki muncul sewaktu Kyra menekan punat lif.
“Ya?” Balas gadis itu perlahan.
“Launching show untuk Voir Shoes Gallery dekat mana?” soal lelaki itu lagi.
Kyra memandangnya lelaki di hadapannya itu. Wajahnya nampak manis. Lebih-lebih lagi apabila tersenyum. Handsome! Bisik hati Kyra.
“Cik?” lelaki itu memanggilnya.
“Oh, launching show tu? Dekat tingkat 3. Saya part of the staff. Marilah, saya tunjukkan jalan.” Ujar Kyra seraya melangkah masuk ke dalam lif sebaik pintu lif itu terbuka.
Lelaki itu mengangguk lalu menurutinya.
“Kyra, do you hear me?” suara Melissa kedengaran daripada walkie talkie sekali lagi.
“Encik, sekejap ye. Yes Cik Melissa. Saya on the way nak ke atas. Ada guest dengan saya sekarang.” Ujar Kyra sewaktu mereka berdua keluar daripada lif itu.
Dia menjarakkan diri beberapa langkah daripada lelaki tadi.
“Tunggu Encik Syed Iskandar dekat lobi and guide dia naik ke atas ye. Dia VVIP saya.” Ujar Melissaa lagi.
“Cik Melissa saya ada guess ni, Cik Melissa!” Kyra cuba membantah namun bosnya itu terlebih dahulu memutuskan talian.
“Aaah, Syed Iskandar ke Syed Iskandariah ke, ada aku kisah? Semua benda nak suruh aku. Dah tak ada orang lain agaknya.” gadis itu membebel-bebel sendiri.
“Err. Awak ok ke?” lelaki tadi mendekatinya.
Kyra agak menggelabah.
“Encik, saya minta maaf banyak-banyak. Saya kena turun bawah balik sebab ada hal sikit. Encik ambil lorong ni, sampai dekat hujung, sebelah kanan tu...”
“Syed Iskandar. Dah sampai pun. Ingatkan tak jadi datang tadi.” Seorang lelaki separuh umur nampak mesra menegur lelaki itu.
Kyra terdiam. Wajahnya pucat kalau dikelar pun pasti tidak berdarah. Itu Syed Iskandar ? Gadis itu menggigit lidahnya sendiri.
**********
“Hari ni awak tak payah ikut saya. Saya ada date.” Gadis itu menahan Muadz di pintu masuk sewaktu dia mahu melangkah keluar rumah.
“Tak payah ikut? Aih, Cik Hannah jangan buat lawaklah. Tan Sri arahkan saya untuk ikut ke mana Cik Hannah pergi setiap kali keluar. Walaupun pergi dating.” Ujar Muadz tersengih-sengih memandang cucu jutawan itu.
Hannah mengeluh. Gadis itu kemudian menoleh memandang lelaki itu tajam.
“Saya cakap tak payah, tak payahlah.” Ulang gadis itu lagi.
Muadz diam. Namun dia tidak berganjak dari tempatnya berdiri tadi. Bersedia mengikut gadis itu bila-bila masa sahaja.
Hannah mengeluh lagi.
“Nice dress. Nak pergi blind date lagi ke? Ooh, umur dah lanjut. Takut jadi anak dara tua nanti ye kak Hannah?” suara itu membuatkan Hannah menoleh.
Muadz turut melakukan perkara serupa. Sepupunya Melissa menghampiri mereka. Seorang gadis di sebelahnya sedang membawa beberapa paper bag berisi kotak-kotak kasut.
“Kyra.” Muadz ternganga.
“Abang Muadz. Abang buat apa dekat sini?” Kyra hampir-hampir melepaskan pegangan beg-beg kertas di tangannya itu.
“Dia bodyguard saya. Awak ni siapa?” Hannah menyoal kembali.
“Bo... bodyguard?” Kyra seakan berbisik.
“Ini Kyra, new shoes designer dekat company kita. Kak Hannah takkan tak tahu?” Melissa menyampuk.
“Aku tak ada masa. Sibuk dating dengan Syed Iskandar, peguam hot dan handsome yang kau gila-gilakan sangat tu. Sorry, Melissa.” Hannah tersenyum membalas kata-kata sepupunya itu lalu pergi meninggalkan mereka.
Lagipun, tiada masa dia hendak mengambil tahu hal-hal syarikat datuknya itu lebih-lebih lagi berkenaan shoes department yang diterajui oleh Melissa, adik sepupunya. Mereka berdua saling berpandangan. Begitu juga Kyra dan Muadz.
**********
Kyra mengeluh lagi. Entah untuk kali yang keberapa. Wajah Muadz di hadapannya dipandang geram. Berkali-kali teh o ais limau itu diteguk. Namun kemarahannya masih juga belum reda.
“Kyra, abang tak sukalah tengok muka Kyra macam ni. Macam nenek nenek si bongkok tiga. Nanti cepat tua tau Kyra.” Muadz cuba mengusik dengan harapan gadis itu dapat memaafkannya.
“Habis tu, ingat Kyra sukalah abang menipu Kyra dengan Ibu? Mati-mati Kyra percayakan abang jadi setiausaha Tan Sri. Rupanya, bodyguard cucu Tan Sri.” Kyra melepaskan geramnya.
“Abang minta maaf, Kyra. Habis tu nak abang cakap dengan Kyra yang abang jadi kuli anak orang kaya? Hamba dia?” balas Muadz lagi.
“Ada Kyra nak marah ke abang kerja bodyguard? Tak kisahlah abang kerja apa pun, asalkan bukan dekat kelab malam tu. Kyra faham situasi abang. Abang perlukan duit nak bayar hutang tu cepat. Tapi masalahnya susah sangat ke abang nak jujur?” sebaik ternampak kelibat ibunya keluar dari rumah, Kyra mencapai beg tangannya seraya masuk ke dalam.
Panggilan Is tidak diendahkannya.
“Apa yang Kyra marahkan sangat si Muadz tu? Sampai ke dalam ibu dengar.” Puan Farizah bertanya lembut.
“Ibu tanyalah abang Muadz sendiri.” Ujar gadis itu tanpa menoleh.
Muadz mengeluh perlahan. Wajah Puan Farizah dipandang lalu tersenyum.
**********
Kyra melangkah ke dalam bilik bosnya sebaik dipanggil oleh gadis itu.
“Ada apa Cik Melissa?” soal gadis itu.
“You rapat dengan Muadz, kan? Tolong tanya dia, apa hubungan Hannah dengan Syed Iskandar? I tak boleh nak fokus la bila dengar berita-berita macam ni.” arah Melissa.
Kyra tersenyum cuba menyembunyikan hatinya yang mula tidak sedap hati dengan permintaan majikannya itu. Ini berkaitan kerja ke masalah peribadi?
“Kenapa Cik Melissa tak tanya Cik Hannah sendiri? Cik Melissa kan sepupu dia.” Kyra tersenyum lagi.
“You tanya sebab you tak tahu ke atau buat-buat tak tahu? I alergi dengan perempuan tu you tahu tak? Nak bercakap dengan dia pun I tak boleh. So, I nak you tanyakan abang you tu. Dia kan bodyguard Hannah.” Melissa masih terus mendesak.
Kyra mengeluh lagi. Bagaimana dia mampu untuk menghubungi Muadz pada waktu sekarang setelah mereka tidak bertegur sapa semalaman.
“You tak nak?” soal Melissa kembali. Keningnya diangkat.
“Err, bukan saya tak nak, tapi...”
“Korang berdua bergaduh? Ada masalah rumah tangga? Alaa, kalau dah namanya bercinta, biasalah.” Ujar Melissa sambil memeluk tubuhnya.
“Bercinta? Eh, bukan macam tu Cik Melissa. Saya...”
“Good. Kalau macam tu tak ada masalah you nak tanya dia kan? Call la sekarang.” Selamba gadis itu mengarah lagi.
Kyra membentak-bentak di dalam hati. Dia kembali ke mejanya dan mendail nombor telefon Muadz. Talian tidak bersahut. Lantas gadis itu kembali mendapatkan Melissa di biliknya.
“Abang Muadz off telefon.” Ujar gadis itu.
“Kalau macam tu, pergilah cari dia. Tak apa. I bagi you off setengah hari. Jangan melencong tempat lain sudahlah.” Ujar Melissa lagi sambil mencapai beberapa fail di atas mejanya meneruskan kerja dengan selamba.
Kyra terdiam melihat tingkah laku gadis yang menjengkelkannya itu. Perasaan geramnya mula membuak-buak.
**********
Kyra mengucapkan terima kasih. Sejak tadi puas dia memerhatikan sekitar rumah mewah itu. Dari luar sampai ke dalam, bibirnya tidak lekang daripada memuji setiap ceruk dan rekaan bangunan tersebut.
“Minta maaf Cik Kyra. Encik Muadz tak balik lagi. Lagipun Cik Hannah memang akan suruh sesiapa pun off telefon setiap kali bersama dengan dia. Dia tak suka personal call.” Ujar pembantu rumah wanita itu yang berumur lebih kurang lewat 30-an.
“Tak apa. Saya tunggu di sini je.” balas Kyra sopan. Sedangkan di dalam hatinya, entah berapa tong sumpah seranah dihamburkan kepada majikannya sendiri.
“Tapi saya tengok, Encik Muadz tu bagus orangnya. Sebelum ni, bodyguard Cik Hannah tak pernah bertahan lebih daripada seminggu.” Ujar pembantu rumah itu lagi.
Tengoklah abang siapa? Kyra berbisik sendirian. Dia hanya tersenyum membalas kata-kata wanita itu.
“Kak Ros, tetamu Cik Hannah dah sampai.” Seorang lelaki muncul di muka pintu.
Kyra dan pembantu rumah tadi menoleh serentak.
“Eh, awak bukan ke yang datang launching show hari tu? Syed...” Kyra cuba mengingati nama lelaki itu semula. Wajahnya kelihatan berkerut-kerut perlahan.
“Iskandar.” Lelaki itu menyambung lantas memberikan senyuman kepada Kyra.
“Awak berdua dah kenal?” pembantu rumah bernama Kak Ros tadi bertanya.
Syed Iskandar mengangguk mengiakan. Serentak itu juga telefon bimbit Syed Iskandar berbunyi.
“Saya nak pergi jumpa Hannah ni. Awak nak ikut sekali?” soal lelaki itu sebaik mematikan taliannya tadi.
Gadis itu berkira-kira sendiri. Mesti abang Muadz ada bersama.
“Boleh juga.” Balas gadis itu.
**********
Di kafe itu, Kyra dan Muadz mengambil tempat mereka berdua di meja terbuka di bahagian luar. Sementara Hannah dan Syed Iskandar duduk di dalam. Sesekali Kyra tertoleh-toleh memandang pasangan itu. Entah apalah yang dibincangkan oleh mereka agaknya.
Gadis itu menoleh pula memandang Muadz. Air yang dipesan tadi, tiba di meja. Lalu dia mula bersuara.
“Diorang memang couple ke abang?” Kyra mencapai sekeping roti mexico yang dipesannya tadi.
“Couple? Tak adalah.” Balas Muadz turut mencapai minumannya.
“Habis tu, nampak macam serius je.” gadis itu seakan tidak percaya.
“Adalah masalahnya tu. Takkan abang nak busy body segala.” Muadz sesekali turut menoleh memandang gadis yang menjadi majikannya itu. Kemudian dia memandang Kyra.
“Kyra masih marahkan abang lagi ke?” soal lelaki itu.
“Marah?” soal Kyra kembali.
“Yelah, pasal semalam.” Muadz memberitahu.
“Oh, pasal tu. Tak adalah. Sampai bila Kyra nak marahkan abang. Cuma...” kata-kata gadis itu terhenti seketika. Dia menoleh lagi memandang pasangan Hannah dan Syed Iskandar di dalam Kafe.
“Kyra cuma risaukan abang. Takut-takut abang tergoda dengan Cik Hannah tu. Boleh tahan cantik orangnya.” Dalam memuji, Kyra menyuarakan kerisauannya.
“Tergoda? Haish, jangan buat lawak Kyra. Abang takkan tergoda dengan perempuan macam tu. Kalau Cik Hannah tu yang tergoda dekat abang, tak tahulah.” Ujar Muadz selamba. Air minumannya dihirup.
Kyra ketawa perlahan. Gadis itu menganggukkan kepala tanda setuju. Melihat gaya gadis jutawan itu pun sudah cukup untuk menyatakan citarasanya bukan kepada lelaki seperti Muadz. Kyra lega. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu bersaing dengan sesiapa. Dan dia juga lega kerana...
“Cik Melissa, kan saya dah cakap tadi, sepupu Cik Melissa tu dengan Syed Iskandar tak ada apa-apa. Diorang tak couple pun. Betul.” Kyra bersuara sebaik talian bosnya itu bersahut.
“Tak apalah. Kalau macam tu you tunggu apa lagi? Balik office sekarang.” Ujar Melissa lalu mematikan taliannya.
Kyra mengeluh berat. Telefon di tangannya itu dipandang geram seolah-olah itu adalah wajah bosnya. Muadz yang sudah selesai membayar harga makanan mereka tadi mendekati Kyra.
“Aaah, this is what I hate the most.” Keluh gadis itu sekuatnya.
“Kena balik office?” Muadz seakan dapat mengagak.
Anggukan Kyra membenarkan soalan lelaki itu.
“Abang ingat perempuan tu senang-senang nak lepaskan Kyra balik rumah?” soal Kyra melepaskan geramnya kepada Muadz.
Lelaki itu hanya ketawa melihat reaksi comel gadis itu. Sesekali dia melihat jam ditangan.
“Apasal lambat sangat Cik Hannah ni?” Muadz membebel sendirian.
Pasangan itu muncul di pintu Kafe tidak lama kemudian. Hannah dan Syed Iskandar berjalan beriringan mendapatkan mereka. Kelihatan mesra tidak seperti mula-mula mereka bertemu tadi.
“Lain macam Kyra tengok diorang ni.” gadis itu seakan berbisik.
Muadz terangguk-angguk setuju.
“Kalau diorang ni betul-betul couple, habislah Kyra kena torture dekat office tu.” Kyra terus membebel sendirian.
“Maaflah awak berdua terpaksa menunggu lama.” Syed Iskandar bersuara sebaik menghampiri mereka berdua.
“Eh, tak apa Encik Iskandar. Kyra pun dah nak balik office kan?” balas Muadz sambil memandang Kyra.
Gadis itu mengangguk mengiakan. Kyra kemudian mendekati Hannah dan Syed Iskandar.
“Saya, ada permintaan sikit untuk awak berdua.” Gadis itu selamba memegang bahu Hannah. Matanya berselang-seli memandang gadis itu dan Syed Iskandar.
“Jangan rapat sangat ye.” Sambung Kyra lagi.
Dia berjalan di tengah-tengah pasangan itu, menjarakkan sedikit ruang di antara mereka.
“Abang, Kyra balik dulu.” Laung gadis itu agak jauh kemudian.
Muadz sekadar mengangkat tangannya.
“Cik Hannah, saya rasa kita pun patut balik sekarang.” Ujar Muadz perlahan.
**********
Udara dirasakan sedikit berbeza pagi itu. Kyra tiba di pejabatnya dengan perasaan yang agak seram sejuk. Dia mendapatkan Melissa, sebaik dipanggil oleh gadis itu ke biliknya.
“Awal-awal pagi dah panggil aku. Apahal perempuan ni nak agaknya?” Kyra merungut-rungut sendirian sebelum mencapai tombol pintu pengurus itu.
“Ikut I ke shoes gallery.” Melissa berjalan keluar sebaik sahaja Kyra membuka pintu.
Tanpa sempat berkata apa-apa, gadis itu terkocoh-kocoh mendapatkan Melissa. Belum pun sampai separuh jalan, langkah mereka berdua terhenti tiba-tiba.
“Abang!” Kyra bersuara agak teruja sebaik terpandangkan Muadz dan Hannah di hadapan mereka.
“Matahari terbit sebelah barat ke hari ni? Angin apa yang tolak Kak Hannah masuk office tiba-tiba? Dah puas pergi blind date?” soal Melissa kepada sepupunya itu.
“Sama ada aku masuk office atau tak, rasanya tu bukan masalah kau.” Hannah tersenyum memandangnya.
Melissa ketawa kecil.
“Macam mana boleh tak jadi masalah Kak Hannah, kalau orang yang tak pernah baca surat khabar tiba-tiba dilantik menjadi pengarah besar syarikat. Bukan apa, saya risau kalau-kalau syarikat ni tak bertahan lama nanti. Sia-sia atuk kita bersusah payah selama ni.” Melissa menyilang tangannya lalu tersenyum sinis.
Hannah turut tersenyum.
“Risau? Selama ni pun, atuk percayakan kau ke? Dah. Mulai besok, aku nak kau hantar report perkembangan department kau tu dekat aku setiap hari. Rasa macam berminat pulak nak ambil tahu sejauh mana hebatnya adik sepupu aku ni jadi pengurus, ye Melissa.” Hannah membalas selamba.
“What?” Melissa membuntangkan matanya.
“And you Kyra. Kalau perempuan ni buli awak, cepat-cepat bagitahu saya. Anytime, anywhere. Sebagai pengarah besar untuk semua department syarikat ni, pandailah saya nak letak dia ni dekat mana nanti. Ok.” Hannah menyambung lagi lalu berjalan melintasi mereka berdua.
“Oh ya Muadz.” Melissa pula memanggil pemuda itu.
“Ye.” Sahut Muadz perlahan.
“Kalau Kak Hannah kesayangan saya tu buli awak, cari saja saya bila-bila masa ye. Nak datang rumah pun boleh.” Gadis itu bersuara lembut sengaja ingin menyakiti Hannah.
“Muadz! Tunggu apa lagi?” Hannah melaungkan nama lelaki itu.
Melissa tersenyum puas sebelum berlalu meninggalkan mereka.
“Abang, apa masalah diorang berdua ni?” Kyra mendekati Muadz lalu berbisik kepadanya.
“Entahlah Kyra. Diorang memang selalu macam ni.” balas Muadz lagi.
Panggilan Hannah kali kedua memeranjatkan mereka.
“Ya, saya datang Cik Hannah.” Sahut Muadz lalu meninggalkan Kyra di situ.
Kyra turut berlalu mendapatkan Melissa yang hilang entah ke mana.
**********
“So Hannah masuk kerja sebab itu syarat datuk dia untuk berkawan dengan Syed Iskandar? Gila apa sampai macam tu punya syarat?” Kyra seakan bercakap sendirian sebaik mendengar penjelasan daripada Muadz malam itu.
Muadz di talian sekadar mengiakan.
“Bukan setakat kawan, diorang sekarang dalam proses mengenal hati budi masing-masing.” Muadz menyambung lagi.
“Mengenal hati budi? Lain macam bunyi abang ni. Hari tu kata diorang tak couple.” Kyra membalas.
“Memanglah tak couple. Kan abang cakap tadi dalam proses.” Lelaki itu menjelaskan.
Kyra melepaskan satu keluhan. Bukan apa, fikirannya hanya satu, iaitu memikirkan Melissa. Aaah, pasti mengamuk nenek sihir itu.
“Habislah aku macam ni.” bisik Kyra perlahan.
“Apa Kyra cakap?” Muadz menyoal dihujung sana.
“Tak ada apa-apa. Ibu ada datang sana tak? Kyra ada cadangkan dekat Kak Ros, orang gaji rumah tu untuk beli bunga segar daripada ibu.” Ujar Kyra yang sesekali tertoleh-toleh ke luar kedai bunga itu menanti kepulangan ibunya.
“Ada tadi. Bukan main banyak Kak Ros order bunga daripada Flower Garden. Abang pun terkejut. Tapi rasanya makcik dah lama balik dah. Sekejap lagi sampailah tu agaknya.” Ujar Muadz panjang lebar.
Kyra terangguk-angguk. Sempat dia melayan beberapa orang pelanggan yang sekadar datang untuk melihat bunga-bunga di kedai ibunya itu.
“Haa, sebelum Kyra lupa, apa yang kecoh-kecoh satu office pasal project self-defend tu? Cik Hannah tu punya projek?” soal Kyra tiba-tiba.
“Yup. Projek pertama dia. Abang ada upload video demo tadi dekat website company. Dekat youtube pun ada. Nanti Kyra tengoklah ye.” Ujar Muadz agak teruja.
“Video demo? Demo self-defend tu?” Kyra mula tidak sedap hati.
“Mesti abang jadi punching bag perempuan tu kan. Abang ni, kalau dah bodyguard tu buat kerja bodyguard jela. Tak payahlah sampai hal-hal kerja perempuan tu pun abang nak masuk campur.” Kyra mula diserang angin amarahnya.
“Tak baik Kyra cakap macam tu. Abang sendiri yang volunteer. Lagipun, self-defend tu abang punya idea.” Muadz bersuara lembut, cuba menenangkan gadis itu.
Keluhan Kyra kedengaran.
“Abang tak kerja ke hari ni?” Kyra menukar topik. Malas hendak terus-terusan berbicara tentang majikan lelaki itu lagi.
“Abang kerja la. Lambat sikit. Cik Hannah suruh siap-siapkan barang-barang nak pergi farmwork besok.” Muadz memberitahu.
“Farmwork? Abang jangan cakap dia pergi dengan Syed Iskandar?” Kyra sekali lagi mulai merasa yang tidak-tidak.
“Ha’ah. Mana Kyra tahu ni?”
“Mana lagi, bos Kyra si Melissa tu la. Dia pun suruh Kyra prepare untuk ikut dia buat farmwork besok. Haish diorang ingat kita ni apa? Suka-suka hati je arah pergi sana-sini.” Kyra merungut-rungut mengingatkan arahan bosnya tengah hari tadi.
Kedengaran Muadz ketawa di hujung talian.
“Kalau macam tu, kita jumpa dekat sanalah ye Kyra. Bawak bekal lebih sikit. Kalau dapat apam sarang semut yang Kyra selalu buat tu pun sedap jugak.” Muadz sempat mengusik.
Dalam rungutannya yang masih bersisa, Kyra sempat tersenyum mendengar permintaan lelaki itu. Namun senyumannya mati apabila mengenangkan kerja gila yang bakal dilakukan oleh dua orang sepupu itu. Pasal lelaki pun nak bergaduh. Hai, macam-macam perangai orang kaya ni.
**********
Matahari sudah tegak diubun-ubun kepala ketika mereka semua sedang menikmati makan tengah hari di sebuah pondok kecil berhampiran sawah padi di perkampungan itu. Kyra tidak tahu apa yang berlaku antara Syed Iskandar dan Hannah, tetapi pasangan itu yang kononnya menurut Muadz sedang mengenal hati masing-masing kelihatan tidak begitu mesra seperti yang diperkatakan. Kyra menoleh memandang Muadz di sebelahnya. Lelaki itu sejak tadi tidak lepas memandang Hannah. Kyra mula tidak sedap hati.
“Abang, nak tambah air tak?” Kyra menyoal.
Muadz tidak membalas. Lelaki itu meneruskan suapannya sambil memerhatikan dua pasangan Hannah dan Syed Iskandar silih berganti.
“Abang.” Kali ini Kyra memanggil dengan lebih kuat.
“Hah? Apa Kyra? Tu, tambahlah nasi. Nak air ke?” soal Muadz agak menggelabah.
“Orang yang tanya dia, dia tanya balik.” Kyra mengomel sendirian.
“Oh ya, I dengar ada air terjun dekar hujung kampung ni. Is, lepas makan ni nanti kita pergi sana nak?” Hannah tiba-tiba bersuara.
“Tak apalah. I penat. Kalau you nak pergi, you ajaklah orang lain.” Jawab lelaki itu sambil meneruskan suapannya dengan selamba.
Dahi Kyra berkerut-kerut melihat tingkah-laku pasangan kekasih itu.
“Betul jugak. Kak Hannah kan rapat dengan Muadz. Apa kata kalau kak Hannah pergi dengan bodyguard akak tu?” Melissa pula menyampuk.
“Apa?” Hannah memandang tajam gadis itu.
Muadz yang sedang mencedok lauk ke dalam pinggannya tiba-tiba menghentakkan sudu.
“Lagipun, korang berdua nampak rapat je. Macam pasangan kekasih, kan?” Tambah Melissa lagi.
“Melissa.” Hannah bersuara perlahan.
“Eh, kak Hannah terasa ke? Melissa cuma cakap apa yang Melissa rasa. Kalau tak ada apa-apa, Kak Hannah rilek je la. Oh, mungkin sebab Melissa nampak Kak Hannah dengan Muadz bermesra-mesra dekat kebun sayur pagi tadi kot.” Gadis itu kelihatan seronok menyakiti hati sepupunya itu.
“Melissa, kau jangan nak cari pasal.” Hannah mula meninggikan suaranya.
“Eh, tadi Kak Hannah cakap tak ada apa-apa. So, kenapa nak risau? Betul tak Encik Iskandar?” Melissa mengangkat bahu. Dia kemudian tersenyum-senyum memandang Syed Iskandar.
“Melissa, stop it.” Hannah mula hilang sabar. Gadis itu hampir-hampir mahu bangun dari tempat duduknya namun Muadz cepat-cepat menghalang.
“Cik Hannah, jangan macam ni.” ujar Muadz lalu memandang tajam Melissa dan Syed Iskandar.
“Korang semua ni melampau betul.” Lelaki itu meluahkan kata-katanya.
“Cik Melissa, siapa yang bermesra? Kami buat kerja sama macam orang lain jugak. Kenapa nak besarkan benda kecik macam ni? Seronok sakitkan hati orang?” ujar Muadz tegas.
Melissa menelan liur. Gadis itu menunduk terus.
“Encik Iskandar pun, macam ni cara Encik Iskandar layan Cik Hannah yang datang jauh-jauh semata-mata nak tolong Encik Iskandar buat semua kerja-kerja kampung ni?” Muadz memandang lelaki itu pula.
Syed Iskandar kelihatan terpempan.
“Muadz, apa awak cakap ni?” Hannah pula bersuara.
“Cik Hannah jangan halang saya. Saya tak boleh diamkan perkara ni.” ujar Muadz.
Suasana menjadi tegang. Masing-masing senyap di pondok itu.
“Cuba Encik Iskandar fikir, kenapa Cik Hannah bersusah-payah nak datang sini? Ini bukan tempat dia. Sawah, bendang, lumpur, selut tu semua...”
“Muadz, diamlah. Sini.” Hannah bangun menarik lengan lelaki itu pergi dari situ.
Syed Iskandar, Melissa dan Kyra sekadar memerhatikan mereka berdua hilang dari pandangan.
Kyra terpinga-pinga. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Melissa tadi, tetapi dia juga tidak tahan apabila melihat Muadz bersungguh-sungguh membela Hannah. Gadis itu turut bangun. Dia mendekati Muadz dan Hannah yang kedengaran seperti sedang bertengkar tidak jauh dari situ.
“Apa hak awak nak cakap macam tu dekat Syed Iskandar? Awak sedar tak diri awak tu siapa Muadz?” kedengaran Hannah meninggikan suaranya.
“Sedar diri? Maksud Cik Hannah, saya tak boleh cakap macam tu sebab Encik Iskandar tu peguam yang tak setaraf dengan saya? Macam tu?” Muadz membalas.
Hannah mengeluh berat.
“Habis Cik Hannah ingat saya nak biarkan saja dia buat tak tahu dengan Cik Hannah? Jawab soalan Cik Hannah acuh tak acuh macam tadi? Kalau Cik Hannah cintakan dia sekalipun, janganlah sampai nak perbodohkan diri sendiri.” Muadz menyambung lagi.
“Bodoh?” soal Hannah kembali.
“Ya. Cik Hannah nampak macam orang bodoh tadi tahu tak?”
“Saya tak peduli kalau orang lain nak cakap macam tu dekat saya. Tapi Muadz, awak tu bodyguard saya. Awak...”
Iskandar terdiam. Dia sedar bahawa dia sudah terlanjur kata. Dia melihat Hannah mula mengesat air matanya. Gadis itu berpaling untuk pergi dari situ.
“Cik Hannah, maafkan saya.” Muadz cepat-cepat mencapai lengan gadis itu.
“Go away.” Hannah menolak tubuh Muadz kuat sehingga lelaki itu terduduk ke tanah.
“Abang...” Kyra yang sejak tadi memerhatikan pertengkaran mereka, meluru pantas.
“Abang ok ke?” soal gadis itu lagi.
“Jangan risau, abang ok.” Muadz lekas-lekas bangun.
“Ini dah melampau. Hei perempuan, kau ingat ini siapa kau nak tolak-tolak? Guni beras? Batu-bata? Hah?” Kyra mendekati Hannah. Wajahnya memerah menahan marah.
“Kyra, bukan macam tu. Cik Hannah bukan tolak...”
“Abang diam. Biar Kyra ajar betina ni.” gadis itu semakin hilang sabar.
“Betina? Kau tu sedar tak dengan siapa kau panggil betina ni?” Hannah menyoal kembali.
“Memang kau betina. Kau lepaskan geram dekat abang aku pasal kau tak dapat nak goda peguam tu kan? Kau ingat kau kaya, kau boleh punching bag kan orang sesuka hati kau ke hah?” Kyra menghamburkan kemarahannya.
“Kau jangan nak tinggikan suara kau. Kalau dah miskin hina tu, buatlah cara miskin.” Hannah membalas. Suaranya juga mula meninggi.
“Miskin hina?” Kyra tersenyum sinis memandang gadis itu.
“Kalau dah sedar diri apa lagi, berambus la. Kalau tak nak, biar aku yang pergi.” Hannah selamba berlalu.
Belum pun sampai beberapa langkah, terasa rambutnya ditarik. Hannah menjerit kuat membuatkan Syed Iskandar dan Melissa turut mendapatkan mereka.
Muadz tiada pilihan, Kyra sudah bertindak di luar kawalan. Gadis itu sangat tangkas bergelut dengan Hannah. Dia cemas. Disaat-saat genting itu pinggang Kyra disambarnya mengelakkan gadis itu daripada terus bertindak ganas.
“Kyra, berhenti Kyra. Sudahlah.” Muadz puas menenangkan gadis itu.
Namun kedua-dua gadis itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Malahan masing-masing masih ligat saling menarik rambut dan bercakaran antara satu sama lain.
“Iskandar, sini cepat.” Muadz melaungkan nama lelaki itu sebaik ternampak kelibatnya.
Syed Iskandar berlari mendapatkan mereka. Tangannya pantas menarik Hannah pergi dari situ. Puas gadis itu meronta namun Syed Iskandar lebih berkeras seperti yang turut dilakukan oleh Muadz.
“Apa kena dengan Kyra ni? Meroyan?” Muadz mengherdik gadis itu.
“Memang Kyra meroyan. Perempuan tu memang patut di ajar.” Kyra membetul-betulkan selendang di kepalanya. Senget-benget dikerjakan Hannah tadi.
“Masalahnya, benda ni tak ada kena mengena dengan Kyra. Yang Kyra masuk campur tadi kenapa?”
“Tak ada kena mengena dengan Kyra abang cakap? Habis abang tu siapa? Abang nak Kyra diamkan je tengok dia tengking-tengking abang macam tu? Main tolak abang sesuka hati dia?” Kyra membalas dengan marahnya yang masih bersisa.
“Kyra, tak baik cakap macam tu. Lagipun salah abang jugak.” Ujar Muadz lagi.
“Ooh, abang nak back-up dialah ni?”
“Bukan nak back-up, tapi memang betul pun. Abang tak patut cakap macam tu tadi. Kyra pun, apasal suka-suka hati pergi tarik rambut dia?”
Kyra tertawa sinis.
“Abang ni peliklah. Disebabkan abang bekerja dengan dia, makan gaji dengan dia, tak bermakna abang kena jadi hamba dia, jatuhkan maruah abang semua.”
“Kyra...”
“Kyra benci bila tengok abang ikut semua cakap perempuan tu. Kyra benci bila dengar abang sebut nama dia. Paling Kyra benci, bila abang buat alasan semata-mata nak back-up dia.”
“Kyra... Kyra dah salah faham. Sebenarnya...”
“Kyra tak percaya abang boleh jadi sampai macam ni?” ujar Kyra lantas berlalu pergi dari situ. Sebaik mendekati Melissa, gadis itu berhenti.
“Kalau Cik Melissa nak stay sini, Cik Melissa balik sendiri. Saya tak boleh tunggu lama lagi.” Kyra mendapatkan kereta syarikat yang digunakannya oleh mereka berdua untuk datang ke perkampungan itu.
Melissa tiada pilihan. Di saat ini, dia hanya mampu menurut. Muadz pula bergegas mendapatkan mereka. Namun kedua-dua gadis itu sudah pun hilang dari pandangan. Muadz mengeluh lemah. Rambutnya disebak berkali-kali melepaskan kekusutan hati.
**********
Muadz mengiringi Hannah berjalan keluar dari pejabat. Beberapa hari selepas kejadian di kampung kelmarin, dia bersikap dingin dengan gadis itu. Sepatah di tanya, sepatah dijawabnya.
Namun Hannah kelihatan gembira. Gadis itu cukup teruja kerana Syed Iskandar akhirnya melamar dia sebagai teman wanita. Ternyata peristiwa di perkampungan kelmarin membawa hikmah yang besar buat gadis itu.
“Sebab malam ni Iskandar akan datang rumah saya buat pertama kali, so apa kata kalau kita tukar konsep ruang makan tu?” Hanna menyoal Muadz.
“Terpulang pada Cik Hannah.” Ujar lelaki itu ringkas.
“Lagipun sebab dia peguam, apa kata kita guna konsep metropolitan, sofistikated dan elegen.” Ujar Hannah lagi.
“Boleh juga.” Muadz berkata.
“Tapi rasanya macam tak sempat je. Macam mana kalau saya pergi shopping je barang-barang untuk dia?” Hannah terus berjalan menuruni anak tangga syarikat itu.
“Baik.” Balas Muadz sepatah.
“Muadz. Kenapa dengan awak ni?”
“Kenapa Cik Hannah?” lelaki itu menyoal kembali.
“Kenapa awak jawab soalan saya macam tu? Apa masalah awak?” Hannah menoleh memandangnya.
“Saya tak apa-apa. Cik Hannah, silakan.” Muadz memberi laluan kepada gadis itu meneruskan langkah mereka yang terhenti tadi.
“There’s something wrong with you.” Hannah sempat berbisik sebelum berjalan mendahului Muadz.
Gadis itu mendapatkan keretanya yang sedia menanti di hadapan bangunan syarikat. Sebaik menghidupkan enjin kereta, Muadz terlihat kelibat Kyra muncul dan berjalan keluar daripada bangunan pejabat. Terdengar keluhan berat yang dilepaskan oleh lelaki itu. Namun tidak pula dia berkata apa-apa. Dari tempat duduk belakang, dia hanya memerhatikan Muadz dan Kyra silih berganti.
**********
Melissa mendekati meja gadis itu. Beberapa hari ini dia melihat Kyra seperti tidak senang duduk di pejabat. Banyak kerja-kerja lakarannya yang tidak menjadi. Gadis itu juga dilihat agak sensitif dan sering bersendirian. Melissa mengeluh perlahan.
“Kyra, I kalau boleh, nak selamatkan you daripada apa sahaja. Sebab bukan senang nak jumpa orang yang boleh tarik rambut Kak Hannah tu.” Ujar Melissa lembut. Wajahnya nampak gembira mengenangkan peristiwa beberapa hari yang lalu.
“Huh?” Kyra memandang majikannya dengan mata terkebil-kebil.
“Tapi bila dah sampai tahap macam ni, I tak boleh nak buat apalah. Lagipun, jawatan Kak Hannah lagi tinggi daripada I.” Sambung gadis itu lagi.
“Apa yang Cik Melissa cuba nak sampaikan dekat saya ni?” Kyra bertanya.
“You rasa, Kak Hannah senang-senang nak lepaskan you lepas you serang dia hari tu?”
“So Cik Melissa nak bagitahu yang saya dipecat la ni?” Kyra membuat anggapannya sendiri.
Melissa mengangkat
bahu.
“Mana I tahu. Apa kata you tanya dia sendiri. Kak Hannah nak jumpa dekat office dia sekarang.” Ujar Melissa lagi seraya kembali ke bilik pejabatnya.
“Berani kau datang office ni macam tak ada perasaan ye, Kyra Diyana?” Hannah memusingkan kerusinya sebaik Kyra masuk ke dalam bilik itu.
“Saya dipecat?” soal Kyra.
“Kau nak aku pecat atau letak jawatan sendiri?” soal Hannah kembali.
“Saya tak kisah kalau Cik Hannah nak pecat saya. Tapi alasan tu biarlah munasabah. Takkan Cik Hannah tak tahu beza antara masalah kerja dan peribadi?” ujar Kyra selamba.
Hannah tersentak mendengar jawapan gadis itu. Kemudian dia tersenyum.
“Kau ni memang manusia berani.” Hannah sempat memuji.
Kyra hanya mendiamkan diri.
“Fine. Kali ni aku lepaskan kau sebab Muadz.” Ujar Hannah akhirnya.
Kyra tersenyum sinis seperti dapat mengagak keputusan itu.
“Saya pun lepaskan Cik Hannah, sebab abang Muadz.” Balas Kyra pula.
“Kau ni kalau bercakap, main sedap mulut je kan. Tapi aku pelik, kenapa kau tak pernah cakap dekat Muadz tu yang kau sukakan dia hah?” Hannah tersenyum.
Kyra menjadi gelabah tiba-tiba.
“Memang betul la tu?” ujar Hannah lagi.
“Itu tak ada kena mengena dengan Cik Hannah.” Balas Kyra mendatar suaranya.
“Siapa cakap? Muadz tu pekerja aku. Bodyguard aku. So lepas ni aku tak naklah tengok kau emosional lagi dengan Muadz ok. Bila korang serabut, dengan aku sekali serabut. Faham?”
Kyra melepaskan keluhan. Dia keluar daripada bilik itu dengan hati yang bengkak. Tidak sudah-sudah dia menyumpah Hannah. Atas desakan gadis itu, dia akhirnya membuat keputusan untuk berbaik semula dengan Muadz. Telefon bimbitnya dikeluarkan daripada poket.
“Abang Muadz dekat mana? Kyra nak jumpa malam ni.” ujar Kyra sebaik panggilan disambut dihujung talian.
**********
Muadz menggamit Kyra sewaktu terlihat kelibat gadis itu masuk ke dalam restoran mamak, Pelita Nasi Kandar. Ketika itu dia baru sahaja memesan minuman. Kopi ais untuk dirinya manakala teh tarik untuk Kyra. Dia tahu minuman kegemaran gadis itu.
“So Kyra dah tak marahkan abang lagi la ni?” Muadz menyoal lembut.
“Hannah yang suruh Kyra berbaik dengan abang. Kalau tak, dia ugut nak pecat Kyra.”
“Cik Hannah cakap macam tu?” Muadz seakan tidak percaya.
Kyra mengangguk. Namun mendengar panggilan hormat Muadz untuk gadis itu, dia mengeluh perlahan. Tak habis-habis dengan Cik Hannah.
“Patutlah dia beriya suruh abang off kerja awal hari ni. Mentang-mentang dah ada boyfriend. Tengah seronok berdating dengan Syed Iskandarlah agaknya tu.” ujar Muadz lagi.
Sesekali dia menjeling telefon di atas meja. Tiada sebarang panggilan ataupun mesej daripada gadis itu. Muadz mengeluh hampa.
“Abang ni Kyra tengok lain macam je. Jangan-jangan...” ayat Kyra mati di situ.
Pesanan minuman mereka sampai lalu Kyra menghirup teh tariknya perlahan. Muadz pula masih ternanti-nanti bicara lanjut gadis itu.
“Jangan-jangan apa?” soal Muadz kembali.
“Tak ada apa-apalah. Abang tak nak order makanan ke? Roti canai? Nasi goreng? Kyra belanja nak?” ujar Kyra lantas tersenyum.
Muadz sekadar mengelengkan kepala lalu menghirup minumannya.
“Mesti Kyra nak cakap yang abang ni selalu sibuk pasal Cik Hannah kan? Kyra, abang bukan apa. Cik Hannah tu bos abang. Jadi memang kerja abang...”
“Abang sukakan Hannah eh?” Kyra memotong kata-kata lelaki itu.
“Hah? Apa?” Muadz kelihatan menggelabah tiba-tiba.
Kyra kelihatan tenang menghirup minumannya lagi. Wajah Muadz yang sedikit berubah tadi dipandang bersahaja.
“Ada pulak sampai ke situ. Kepala otak Kyra ni macam budak-budaklah. Cuba gunakan untuk fikir macam mana nak design kasut kan bagus. Ini dok fikir benda yang bukan-bukan buat apa?” Muadz memarahi gadis itu tidak semena-mena.
Kyra hanya mendiamkan dirinya. Kalau tak suka, cakap jelah tak suka. Yang membebel panjang lebar dekat aku tu kenapa?
“Abang cari kerja lainlah. Kyra tak sukalah abang kerja dengan perempuan tu.” Kyra membalas.
Kali ini giliran Muadz pula mendiamkan diri.
“Habis abang nak kerja apa?”
“Sebelum ni pun abang hidup je kerja dekat kedai makan tu. Tolong ibu dekat kedai bunga. Bawak teksi semua. Pasal hutang tu, abang tak payah fikirkan. Kyra dengan ibu akan tolong abang nanti. Kyra kan dah bekerja.”
“Kyra ingat hutang abang tu setakat seringgit dua ringgit? Mana Kyra nak cari duit? Kalau Kyra ada duit pun, Kyra ingat abang nak terima?”
“Apa masalah abang tak nak terima pulak?” gadis itu tidak puas hati.
“Kyra dengan makcik dah macam keluarga abang sendiri. Biar abang kerja dekat kelab malam tu balik, abang lagi sanggup daripada makan duit korang berdua.” Ujar Muadz tegas.
“Apa abang cakap ni?” Kyra mula geram mendengar kata-kata lelaki itu.
“Kyra, abang cuma nak Kyra tahu, yang abang dah banyak menyusahkan Kyra dan makcik selama ni. Cukuplah. Kali ni, biar abang selesaikan masalah abang sendiri.” Muadz bersuara lembut.
“Kyra balik dulu.” Kyra bangun tiba-tiba. Gadis itu mencapai beg tangannya lantas keluar dari restoran mamak itu tanpa sempat Muadz berkata-kata.
“Awak ok ke? Nampak macam ada masalah.” Lewat malam itu, seorang lelaki menegur Kyra ketika gadis itu sedang duduk di sebuah kawasan riadah terbuka berhampiran Dataran Senawang.
Kyra yang sejak tadi tunduk, mendongakkan kepala.
“Encik Iskandar. Encik buat apa dekat sini?” soal Kyra agak terperanjat. Namun nada suaranya kedengaran lemah.
“Saya main basketball tadi. Lagipun saya memang tinggal area sini. Awak ok ke?” Syed Iskandar sekali lagi menyoal.
Kyra mengangguk perlahan. Namun gadis itu menautkan keningnya kemudian. Main basketball malam-malam? Sorang-sorang? Bisiknya sendirian apabila tidak nampak mana-mana kumpulan pemain bola keranjang yang mungkin sepasukan dengan lelaki itu tadi.
Syed Iskandar agak tersentak. Gadis di hadapannya itu kelihatan sedang menyapu air mata secara sembunyi. Dia mengambil tempat di sebelah Kyra. Bola di tangannya diletakkan ke bawah.
“Kyra, kenapa awak...”
“Jangan risaukan saya. Saya... ok.” Kyra memintas dalam esakan. Namun nada suaranya masih mampu dikawal.
“Ada yang tak kena ke? Awak bergaduh dengan Muadz?”
“Bukan macam tu... Encik Iskandar jangan kisahkan saya. Saya ok.” balas Kyra lagi.
“Habis tu kenapa?” soal Syed Iskandar lagi.
“Boleh... boleh saya menangis kejap?” pinta Kyra lantas melepaskan tangisannya yang ditahan-tahan sejak tadi.
Syed Iskandar memandang gadis itu. Air mata Kyra kelihatan semakin laju menuruni pipinya. Gadis itu sesekali berpaling ke sisi bertentangan untuk menyapu air mata. Syed Iskandar bangkit lalu mendekati keretanya yang kebetulan diparkir berdekatan tempat duduk mereka ketika itu, mencapai sehelai sapu tangan kecil yang sentiasa disisipkan ke dalam kot yang dipakainya ke pejabat.
“Maafkan saya.” Ujar Kyra setelah agak lama menangis melepaskan perasaannya tadi.
Syed Iskandar hanya tersenyum memandang Kyra yang sesekali masih menyapu air matanya.
“Dah lega?” soal lelaki itu.
Kyra mengangguk perlahan. Gadis itu tersenyum sebelum menoleh memandang Syed Iskandar. Tersentak Kyra apabila menyedari Syed Iskandar hanya mengenakan singlet dan seluar track sahaja. Penampilan yang jauh berbeza daripada hari-hari biasa.
“Nak main basketball?” lelaki itu bersuara lagi.
Kali ini Kyra memandangnya sambil membuntangkan mata? Basketball? Syed Iskandar mengangguk sebagai jawapan. Lelaki itu tersenyum.
**********
“Ok, dah siap.” Ujar Muadz sambil meletakkan sebuah pasu bunga kecil yang telah siap digubah oleh Puan Farizah.
“Mak cik, pasu mana lagi yang dah siap?” soal Muadz kepada wanita itu.
“Tu, yang dekat pintu sana.” Ujar Puan Farizah tersenyum.
“Oh, yang sana?” Muadz berjalan mendekati pintu masuk kedai bunga itu, namun panggilan Puan Farizah membantutkan langkahnya.
“Ada apa mak cik?” lelaki itu bertanya.
“Mak cik seronok sangat tengok kamu sejak dah berhenti kerja bodyguard tu. Dah balik rumah, ada depan mata mak cik. Tapi kamu betul-betul ok ke?” soal Puan Farizah lembut. Ada riak bimbang di wajahnya.
“Kenapa mak cik tanya macam tu?” Muadz menyoal kembali.
“Mak cik berterus-terang ajelah ye. Hutang kamu tu macam mana Muadz? Mak cik risaukan kamu ni. Semata-mata nak pujuk Kyra, kamu berhenti kerja pulak.” Ujar Puan Farizah lagi. Pemuda di hadapannya itu dipandang sayu.
“Oh, pasal tu makcik janganlah risau. Saya akan usaha untuk kumpul duit tu. Nasib baik tempat kerja lama saya dulu masih nak pakai orang. InsyaAllah, mak cik dengan Kyra jangan risau ye.” Muadz membalas.
“Jangan cakap macam tu. Kita kumpul sama-sama ye. Mak cik dengan Kyra akan bantu kamu sikit-sikit.” Ujar wanita itu pula.
Dia kemudian berpura-pura menyambung kerjanya kembali sementara Muadz pula tersenyum tawar.
“Panaskan hari ni. Nah abang. Kyra belikan ais-krim untuk abang. Makanlah.” Kyra muncul dari pintu masuk sambil menjinjit beg plastik berisi beberapa mangkuk ais-krim di dalamnya.
Puan Farizah dan Muadz menoleh serentak.
“Terbaik la Kyra.” Muadz bersuara riang. Dia tersenyum memandang gadis itu.
“Kyra beli perisa faveret abang. Makan banyak-banyak ye.” Kyra membalas.
“Amboi, tengok tu. Semenjak Muadz balik sini, tak pernah Kyra balik kerja dengan tangan kosong. Dengan ibu tak buat macam tu pulak selama ni?” ujar Puan Farizah menyakat anaknya.
Kyra menghulurkan bungkusan plastik tadi kepada Muadz. Gadis itu tersenyum sebelum menoleh memandang ibunya.
“Janganlah merajuk ibu. Jom makan sekali. Kyra beli perisa vanila feveret ibu. Ada coklat chip lagi.” gadis itu tersengih-sengih.
Muadz mengangguk. Dia kemudian turut mempelawa wanita itu bersama-sama mereka mengambil tempat di sebuah kerusi batu untuk bersantai yang disediakan di kedai itu.
**********
Kyra berjalan masuk membawa beberapa buah kotak kasut di lobi syarikat itu. dia menapak perlahan-lahan memandangkan kasut tumit yang dipakainya hari ini agak licin. Ditambah pula dengan timbunan kotak kasut yang sedang dibawanya. Silap haribulan, boleh jadi nangka busuk dia di tengah-tengah lobi itu.
“Kyra Diyana. Sekejap.” Suara Hannah kedengaran memanggilnya.
Kyra menoleh perlahan-lahan. Hannah muncul di muka pintu dan bergegas mendapatkannya.
“Apa lagi perempuan ni nak?” Kyra berbisik sendiri.
“Muadz apa khabar?” soalan gadis itu membuntangkan mata Kyra. Hannah tersengih-sengih memandangnya.
Kyra bagai mahu ketawa. Apa khabar? Sejak bila minah jutawan ni pandai ambil berat pasal orang lain?
“Dia buat apa sekarang?” soal Hannah lagi, tidak sabar.
Kyra mengeluh perlahan.
“Abang Muadz sihat, alhamdulillah. Dia kerja dengan ibu saya dekat kedai bunga. Dia buat kerja lain juga. Macam biasa. Ok laaa.” Ujar Kyra bagai tak endah.
Hannah terdiam. Gadis itu nampak seperti menanti-nanti Kyra meneruskan butir bicara selanjutnya namun Kyra hanya tersenyum.
“Kalau tak ada apa-apa, saya naik dulu Cik Hannah.” Ujar Kyra lalu menapak pergi.
“Nanti kejap.” Hannah menahannya.
Kyra mengangkat kening.
“Awak tak ada apa-apa pesanan daripada Muadz? Dia kirim salam ke?” soal Hannah lagi.
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Kyra menghamburkan tawanya sekuat hati. Namun gadis itu masih bertahan. Wajahnya menyeringai mendekati Hannah.
“Maaflah, tak ada.” Ujarnya selamba.
“Tak ada?” Hannah seakan berkata-kata sendirian.
Kyra mengangguk yakin.
“Tak apalah kalau macam tu. Awak boleh pergi.” Ujar Hannah hampa.
Kyra meneruskan langkah. Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam lif, tawanya meledak kuat membayangkan air muka pengarah syarikatnya itu tadi.
“Dah puas kau gunakan abang Muadz aku, baru rasa menyesal dia berhenti kerja? Alah, setakat perempuan kaya macam kau, apa susah? Carilah bodyguard lain.” Ujar Kyra sendirian.
Dia tersenyum
lebar. Gembira tidak terkata.
**********
Kyra menilik-nilik waktu pada jam tangannya ketika dia dan Melissa sama-sama melangkah keluar dari pejabat tengah hari itu. Perasaannya sejak beberapa minggu ini amat gembira dan sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Semenjak Muadz tidak lagi bekerja dengan pengarah besar di syarikat itu, Kyra merasakan dunia ini seolah-olah hanya miliknya. Dan milik Muadz bersama. Dia tersenyum lagi.
“Oh, sebelum I terlupa Kyra. I cuma nak beritahu you yang I mungkin tak akan menjadi bos you lagi lepas ni.” Melissa bersuara tiba-tiba.
“Apa maksud cik Melissa?” Kyra menyoal. Pelik dengan kata-kata majikannya itu.
Melissa mengeluh memandangnya.
“You ni tak ambil tahu pasal syarikat ke? Kan datuk I tengah sakit sekarang. Jadi siapa lagi yang akan jadi CEO kalau bukan I. Terpaksalah I tinggalkan shoes department ni.” Ujar Melissa berpura-pura sedih.
“Tapi, Cik Hannah kan ada. Bukan ke dia yang sepatutnya...”
“You rasa perempuan tu layak ke jadi CEO syarikat ni?” soal Melissa tidak puas hati. Langkah kakinya terhenti.
“Cik Melissa memang dah lama mengidam jawatan tu ke?” Kyra mengerutkan dahinya memandang gadis itu.
Melissa memeluk tubuh.
“Well, I tahulah yang I tak layak untuk jadi CEO. Tapi, takkan I nak duduk diam je. Tak sampai hati pulak I nak biarkan syarikat datuk I ni hancur di tangan Kak Hannah tu. Tengoklah macam mana nanti. Jangan risau Kyra, I takkan sesekali lupakan you.” Ujar Melissa sambil menepuk-nepuk bahu gadis itu.
Kyra tersengih memandang langkah Melissa yang sudah berjalan mendahuluinya.
“Baiknya hati cik Melissa.” gadis itu mengejek perlahan.
Dia tertawa sendirian lalu berjalan mengekori majikannya itu. Suara bising di koridor berhampiran membuatkan Kyra spontan menoleh. Seorang lelaki sedang menarik seorang perempuan berjalan melintasi laluan itu.
“Abang Muadz?” mata Kyra hampir-hampir terbeliak.
Dengan pantas dia berjalan ke koridor tersebut, berlari mendapatkan dua orang yang melintasinya tadi.
“Abang. Kenapa abang ada dekat sini?” Kyra menyoal sebaik menghampiri Muadz.
Hannah di sebelahnya tercengang-cengang.
“Oh, Kyra. Abang bizi sikit ni. Nanti kita jumpa ok.” Ujar Muadz seraya menarik kembali lengan Hannah pergi dari situ.
Kyra terkebil-kebil menyaksikan adegan di hadapan matanya. Melissa pula muncul tidak lama kemudian.
“Apasal tu Kyra? Kata Muadz dah tak jadi bodyguard kak Hannah lagi?” soal Melissa turut tercengang-cengang.
“Memang abang Muadz dah tak jadi bodyguard lagi, tapi...” Kyra masih tidak faham dengan situasi yang baru berlaku tadi.
“Saya pun tak faham.” Sambung gadis itu lagi.
**********
Gelas kopi di tangannya di letak perlahan. Kyra mengeluh entah untuk kali ke berapa. Dia tidak faham kenapa lelaki di hadapannya itu masih setia mahu berkhidmat dan kembali kepada majikan lamanya.
“Kan abang dah cakap, Encik Idrus yang beriya-iya suruh abang balik kat rumah tu. Lagipun, Tan Sri kan sakit. Dia minta abang jagakan cik Hannah. Takkan abang nak tolak permintaan dia.” Muadz menjelaskan.
Kyra tidak mampu berkata apa-apa lagi mendengar alasan yang diberikan Muadz. Darahnya terasa naik tiba-tiba. Wajah lelaki itu juga dipandang geram.
“Abang memang suka jadi hamba keluarga orang kaya tu eh? Jadi hamba Hannah? Tunggu dia, ikut dia ke hulu ke hilir, ambil berat pasal dia semua. Abang seronok buat kerja-kerja tu?” Kyra meluahkan perasaannya.
Muadz menelan liur mendengar asakan bertalu-talu daripada gadis itu.
“Siapa cakap abang seronok? Tapi yang abang pelik dengan Kyra ni, kenapa dari dulu Kyra tak suka dengan cik Hannah tu hah? Setiap kali abang sebut nama dia je Kyra mesti melenting. Kenapa ye?” Muadz melontarkan persoalannya.
Kyra terdiam. Kali ini dia pula menelan liur. Akalnya mati untuk mencari alasan bagi pertanyaan lelaki itu.
“Abang tak tahu kenapa Kyra marah?” gadis itu memeluk tubuhnya.
Muadz mengeleng.
“Abang betul-betul tak tahu?” soal Kyra sekali lagi.
“Betul. Abang tak tahu. Kenapa Kyra marah sangat dengan dia?” soal Muadz kembali.
“Sebab Kyra...”
Muadz mendekatkan dirinya dengan gadis itu. Kyra semakin menggelabah.
“Sebab Kyra risaukan abang.” Ujar Kyra pantas.
Dia rimas membiarkan Muadz menjamah wajahnya lama-lama. Apatah lagi dia masih belum mempunyai kekuatan untuk berterus-terang bahawa dia menyukai lelaki itu. Kyra meneguk minuman di hadapannya untuk menghilangkan resah. Namun cawan kosong itu hanya membuatkan dia merungut sendirian.
Muadz tersenyum.
“Air Kyra dah habis ke? Biar abang pergi beli kejap.” Ujar Muadz seraya pantas berlalu ke kaunter kafe itu.
Tidak lama Muadz bangun dari tempat duduknya, telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja itu berbunyi menandakan ada mesej yang baru diterima. Kyra mengerling cuba melihat gerangan pengirimnya.
“Entah-entah Hannah?” Kyra tidak sedap hati lalu mencapai telefon bimbit itu.
“Muadz, lu ada 3 hari lagi.” mesej itu dihantar oleh pengirim tidak bernama.
Kyra mengerut-ngerutkan dahi. Keningnya bertaut. Pantas dia bangun dan berlalu pergi.
**********
Kyra mendongak memandang bangunan lama hampir sepuluh tingkat di hadapannya itu. Dia masih teragak-agak. Betulkah tindakan yang dilakukannya ini? Perlukah dia naik? Ataupun patutkah dia berpatih balik ke rumah sahaja?
Hampir setengah jam tercegat di situ, Kyra akhirnya nekad. Dia menapak naik. Mengetuk pintu seperti yang tertera pada alamat yang disalinnya tadi dan perlahan-lahan melangkah masuk. Bau hapak di dalam bilik yang kusam dan tertutup itu menjengah deria baunya.
“Wah, macam mana lu amoi cantik boleh sampai sini?” seorang lelaki berbadan gempal mendekati Kyra.
“Lu mau pinjam duit ka?” lelaki lain pula menyampuk. Rambut kerintingya dipintal-pintal sambil tersengih memandang Kyra.
“Berapa lu mau pinjam? Selibu? Dua libu?” soal lelaki di sebelahnya pula. Mulutnya tidak henti mengunyah gula-gula getah.
Kyra panik. Wajah ketiga-tiga lelaki itu dipandang satu persatu. Tidak tahu bagaimana harus dia memperkenalkan diri memandangkan kehadirannya di situ seakan disambut dengan ‘amat baik’ oleh mereka.
“Saya... saya ada sesuatu nak tanya.” Ujar Kyra takut-takut.
**********
“Kau ni peliklah.”
Syed Iskandar yang sedang membuat beberapa analisis anak guamnnya terhenti. Dia menoleh memandang Nizam, teman sepejabatya itu.
“Kenapa?” soal Syed Iskandar pelik.
“Kau tak nampak ke Muadz tu. Lelaki ganteng, baik, spend all his time besides your girlfriend. Bro, kau tak rasa cuak ke?” Nizam bertanya sambil membetul-betulkan cermin matanya.
Syed Iskandar diam. Dia kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Kalau akulah, tak akan aku bagi dia dekat dengan Hannah tu. Apatah lagi ke hulu ke hilir sama-sama.” Sambung Nizam lagi.
Syed Iskandar seperti mahu berkata sesuatu tetapi ketukan di pintu menghalangnya.
“Kyra.” Ujar Syed Iskandar bagai tidak percaya.
Kyra tersengih di muka pintu.
“Encik Iskandar sibuk ke?” soalnya perlahan.
Syed Iskandar dan Nizam saling berpandangan.
Wajah Kyra dipandang pelik. Sejak tadi dia bertanya, namun gadis itu masih teragak-agak untuk menjawab. Hingga selepas dia siap membancuh minuman untuk gadis itu pun Kyra masih lagi teragak-agak untuk meluahkan isi hatinya.
“Awak ok Kyra?” soal Syed Iskandar lembut.
Gadis itu memandang Syed Iskandar.
“Itu budak Muadz haa, kalau mau celita dia punya hutang, sudah lebih 50 ribu ma. Tapi wa mahu kasi muka sama dia, bayar 50 ribu saja itu pun susah ka?” Kata-kata lelaki berbadan gempal yang baru sahaja ditemuinya tadi kembali menerjah ingatan.
“Dia cakap dia mau guna itu perempuan kaya punya duit. Haiyaa amoi, lu mau bayar untuk dia ka?” sampuk kawannya yang seorang lagi.
“Kyra?” Syed Iskandar sekali lagi memanggil namanya.
Kyra sedikit tersentak.
“Oh, maaf.” Ujar gadis itu perlahan.
Syed Iskandar masih menanti. Sesekali pandangannya bertaut dengan gadis itu membuatkan Kyra nampak semakin resah.
“Encik Iskandar... Pinjamkan saya 50 ribu.” Kyra bersuara akhirnya.
Wajah Syed Iskandar berubah riak. Dahinya berkerut mendengar permintaan gadis itu. Pelik. Tambahan pula dengan jawatan yang dipegang gadis itu, mustahil baginya Kyra mempunyai masalah kewangan.
“50 ribu ringgit? Nak buat apa dengan duit banyak tu?” soal Syed Iskandar.
“Saya... saya tak boleh bagitahu Encik Iskandar. Tapi saya janji, saya akan ganti balik duit Encik Iskandar tu walau macam mana pun.” Kyra merayu kepada lelaki itu.
“No. Bukan saya tak nak bagi. Tapi saya tak ada duit sebanyak tu. Lagipun kenapa tiba-tiba...”
“Saya janji saya akan ganti balik duit Encik Iskandar. Tolonglah, saya terdesak sangat sekarang ni.” Kyra mengulangi kata-katanya.
Syed Iskandar tidak tahu apa lagi yang harus dikatakannya. Dia sememangnya tidak mempunyai duit sebanyak itu untuk dipinjamkan kepada Kyra.
“So, Encik Iskandar memang betul-betul tak ada duit la ni?” Kyra menyoal lelaki itu kembali.
Syed Iskandar mendiamkan diri. Dia sebenarnya pelik melihat tingkah laku gadis itu. Apa yang menyebabkan Kyra sehingga begitu terdesak untuk meminjam wang daripadanya?
**********
Gelas teh tarik itu diteguk sehingga habis. Kyra geram dengan dirinya sendiri. Dia tidak tahu kenapa sampai begitu sekali kepala otaknya kusut memikirkan tentang Muadz. Gadis itu bagai dirasuk. Sesekali dia muram, sesekali dia tersengih memandang Syed Iskandar yang setia menemaninya sejak dia keluar daripada pejabat guaman lelaki itu tadi.
“Kalau nak kaut duit perempuan tu, kaut la betul-betul. Apalah abang Muadz ni.” Gumam Kyra perlahan.
“Apa dia Kyra?” Syed Iskandar menyoal. Dia tidak dapat menangkap butiran kata-kata gadis itu dengan jelas.
“Tak ada apa-apa abang Is... eh Encik Is. Yang pasal saya minta duit tadi tu, lupakan sajalah ye.” Ujar Kyra seraya melaungkan salah seorang pelayan di restoran itu.
“Tambah lagi satu teh tarik. Roti tisu satu. Encik Iskandar nak tambah apa-apa?” Kyra menyoal pemuda itu selamba.
Syed Iskandar mengeleng. Tingkah laku gadis mengundang senyum dibibirnya. Walaupun dia masih pelik dengan isu yang mengusutkan fikiran Kyra, namun dia tahu bahawa gadis itu memerlukan seseorang untuk menemaninya ketika itu.
“Hannah, sini.” Suara Syed Iskandar mengejutkan Kyra.
Gadis itu menoleh ke arah pandangan yang dilemparkan Syed Iskandar. Hannah dan Muadz? Macam mana diorang boleh datang sini?
“Seronok dating dengan boyfriend saya?” tegur Hannah cuba bergurau. Namun gurauannya itu mengundang senyuman sinis dibibir Kyra.
“Dia cuma nak tanya something dekat I.” Syed Iskandar menjawab.
“Kenapa Kyra? Ada masalah ke?” Muadz cepat-cepat menyampuk.
“Masalah? Memang banyak sangat masalah. Masalah kerja, masalah duit, masalah rumah tangga...”
“Rumah tangga?” Muadz menyoal pelik.
“Cik Hannah nak pulak datang kedai mamak ni eh? Ingatkan makan dekat restoran mewah je.” Kyra tidak mempedulikan soalan Muadz sebaliknya menyoal Kyra dengan wajah selamba.
Hannah tersentak mendengar soalan itu. Wajahnya sedikit menggelabah memandang Syed Iskandar. Adakah Syed Iskandar juga mempunyai tanggapan yang sama terhadapnya?
“Saya memang suka datang kedai mamak. Awak je yang tak tahu.” Ujar Hannah cuba menyembunyikan kekok.
Dia memanggil seorang pelayan di situ.
“Takkan makan roti bakar je?” Kyra menyindir sebaik gadis itu selesai memesan makanannya.
“Cik Hannah memang suka makan roti bakar la Kyra.” Kata-kata Muadz menyentak hati Kyra.
“Ye, memang abang tahu semua makanan kesukaan Cik Hannah ni.” Kyra menyindir.
Syed Iskandar juga mula memandang lelaki itu lain macam.
“Muadz, sebelum jadi bodyguard Hannah, dulu kerja apa?” Syed Iskandar menyoal.
“Kenapa tiba-tiba Encik Iskandar tanya soalan tu?” Muadz membalas kembali dengan soalan.
“Saja, nak tahu.” Syed Iskandar berlagak biasa.
Muadz mula menggelabah.
“Saya kerja biasa-biasa je. Kerja dekat kedai bunga ibu Kyra, kerja kedai makan. Saya juga pernah bekerja sebagai pemandu teksi.” Ujar Muadz merendah diri.
“Tak ada apa yang special pun.” Hannah menyampuk, bercakap seolah-olah mewakili pihak Muadz.
Kyra dan Syed Iskandar berpandangan.
“Eh siapa cakap? Abang special sangat. Abang baik hati. Suka dengar luahan orang lain. Sentimental. Oh lagi satu, abang Muadz pandai mengayat perempuan. Itu la speciality dia.” Kyra bersuara.
Roti tisu yang dipesannya tadi disuap tanpa rasa bersalah.
“Kyra, apa Kyra merepek ni? Makan roti canai banyak sangat eh?” Muadz membalas kata-kata gadis itu. Dia tersengih cuba menyembunyikan kekekokan dalam diri.
Kyra mengeleng.
“Kyra cakap benda yang betul la. Cik Hannah pun mesti suka abang Muadz kan? Kalau tak, takkan Tan Sri panggil abang kerja balik.” Ujar Kyra sambil meneruskan suapannya.
Hannah memandang gadis itu dengan pandangan pelik. Muadz mengetap giginya.
“Kyra ikut abang sekejap.” Lelaki itu selamba mencapai tangan Kyra dan menariknya keluar dari restoran mamak itu.
Syed Iskandar dan Hannah sekadar memerhatikan dua orang itu.
“Apa kena dengan Kyra ni? Kyra ada masalah eh?” soal Muadz sebaik mereka berdua menapak keluar.
“Masalah? Tak ada.” Ujar Kyra sambil mengelengkan kepalanya.
“Habis tu? Kyra sakit ke?” soal Muadz lagi.
“Kalau Kyra memang sakit abang nak buat apa? Kyra sakit hati. Ada ke mana-mana klinik yang boleh baikkan sakit hati Kyra ni?” gadis itu menyoal Muadz. Suaranya kedengaran serak-serak basah seperti mahu menangis.
Muadz terdiam. Dia cuba memahami maksud yang disampaikan oleh Kyra. Adakah ia berkaitan dengan Hannah? Atau Syed Iskandar mempunyai sebab lain memanggil dia dan Hannah ke situ?
“Kyra kesian dengan abang. Sedih.” Ujar Kyra lagi lalu melangkah pergi meninggalkan lelaki itu.
“Kyra...” panggil Muadz perlahan.
Gadis itu menoleh lambat-lambat.
“Kyra penat sangat hari ni. Nak balik.” Ujar Kyra sambil meneruskan langkahnya.
Muadz hanya mengangguk. Dia memandu gadis itu pulang. Sebaik sahaja kereta Myvi itu berhenti di hadapan rumah, Kyra melepaskan keluhan. Berat sekali bunyinya.
“Kyra dah tahu semuanya.” Ujar gadis itu lemah.
Muadz menoleh memandang wajah Kyra.
“Apa maksud Kyra?” soal Muadz kembali.
Kyra mengesat air mata.
“Kyra tahu yang abang kerja dengan perempuan tu sebab abang nak ambil duit dia. Kyra tahu yang abang berhutang lebih 50 ribu. Kyra dah tahu semuanya. Kyra sendiri pergi jumpa cina tu.” Ujar Kyra perlahan.
Muadz jelas nampak terkejut.
“Kyra pergi jumpa orang tu. Kyra dah gila ke?” Bentak Muadz seakan tidak percaya.
“Itu bukan masalahnya sekarang. Apa tujuan abang kerja balik dengan perempuan tu? Abang nak goda dia? Abang nak ambik duit dia?” soal Kyra lagi.
Muadz terdiam. Dia mengeleng perlahan.
“Habis tu kenapa? Apa sebab abang sanggup jadi hamba orang kaya tu semula?” Kyra mengesat air matanya lagi. Sesekali dia tersedu.
Muadz memandangnya dalam-dalam.
“Sebab abang suka dia? Abang dah jatuh cinta dengan Hannah? Macam tu?” soal Kyra perlahan. Air matanya tidak henti menitik.
“Abang sebenarnya...” suara Muadz tersekat-sekat.
“Abang cuma nak tolong dia. Abang nak berada disamping dia dalam keadaan dia susah sekarang. Kyra tahu kan datuk dia sakit. Dia tak ada mak ayah, tak ada adik-beradik. Dengan sepupu sendiri yang nak menjatuhkan dia. Abang kesiankan Cik Hannah. Itu je.” Muadz menjelaskan.
Kyra tersenyum dalam tangisan. Senyuman sinis yang disembunyikannya daripada pandangan Muadz.
“Abang masih ada masa lagi nak fikir pasal pasal perempuan tu? Abang tahu tak tempoh bayaran hutang abang tu tinggal hari ni je. Besok kalau abang tak bayar abang mati tau? Mana abang nak ambil duit?” Kyra menyoal lagi.
Perasaan geramnya dilemparkan bersama.
“Abang tak peduli dengan semua tu. Yang penting sekarang Cik Hannah perlukan abang. Abang kena sentiasa ada...” kata-kata Muadz terhenti apabila gadis itu menanggalkan tali pingangnya.
“Kalau macam tu, Kyra takkan ambil tahu pasal abang.” Ujar Kyra seraya keluar daripada kereta itu.
Muadz terdiam.
**********
“Ya, Cik Melissa. Saya dah sampai office ni. Sekejap lagi saya masuk ke bilik Cik Melissa.” Ujar Kyra lalu mematikan telifon bimbitnya.
Dia terkocoh-kocoh mengenakan name tag dan berjalan pantas menaiki eskelator menuju ke pejabat majikannya itu.
“Aaah, buat lagi minum teh tarik banyak-banyak semalam. Kan perut dah masuk angin.” Kyra menggerutu sendirian. Sesekali dia menggosok-gosok perutnya yang tidak selesa.
Ketika berjalan melintasi lobi syarikat, dia terlihat kelibat beberapa orang lelaki cina sedang bercakap-cakap dengan Hannah. Gadis itu cemas serta-merta. Dia kenal lelaki-lelaki cina itu.
“Abang Muadz! Alamak, mati abang Muadz kali ni.” Kyra terkocoh-kocoh mencari Muadz. Hilang perasaan marahnya semalam kepada lelaki itu diganti pula dengan perasaan takut. Kyra seperti tidak tentu arah. Puas dia mencari Muadz akhirnya mereka bertemu di tangga lobi. Ketika itu Muadz sedang berjalan turun dan tersenyum memandangnya dari jauh.
“Abang, masalah besar. Gengster... Diorang...”
Wajah Muadz yang gembira tadi bertukar pelik melihat tingkah Kyra.
“Gengster? Gengster apa ni?” soal Muadz kembali.
“Gangster yang nak mintak hutang tu datang. Dia tengah bercakap dengan Cik Hannah.” Ujar Kyra dengan sekali nafas.
Dia kelihatan risau tidak bertepi.
“Diorang... Diorang bercakap dengan siapa?” soal Muadz menggelabah.
“Hannah.” Ujar Kyra menunjukkan ke arah lobi tidak jauh dari situ.
Muadz tidak menunggu lama. Dia berlari pantas ke arah yang ditunjukkan Kyra.
Gadis itu setia tercegat di situ memerhatikan dari jauh. Dia mundar-mandir memerhatikan Muadz dan Hannah berkata-kata. Lelaki cina tadi sudah hilang dari pandangan.
“Abang, macam mana?” soal Kyra sebaik Muadz berjalan sendirian menghampirinya.
Lelaki itu kelihatan sedang menelifon seseorang.
“Mana cina ni tak angkat-angkat.” Muadz menggumam geram. Wajah Kyra dipandang kosong.
“Abang...” panggil Kyra lagi.
“Jangan risau. Tak ada apa-apa yang berlaku.” Ujar Muadz tenang.
“Cik Hannah tak tahu apa-apa?” soal Kyra lagi tidak puas hati.
“Abang tak rasa dia tahu. Orang cina tu pandai cover line rupanya.” Ujar Muadz sambil melilaukan matanya sekeliling.
Kyra mengurut dada. Dia turut lega mendengar kata-kata Muadz tadi.
“Nasib baik. Kalau tak, masalah besar melanda.” Ujar Kyra perlahan.
Muadz mengangguk setuju mendengar kata-kata gadis itu.
“Jangan risau. Abang akan handle baik-baik. Kyra pergi masuk office dulu ok. Nant kalau ada apa-apa abang call.” Ujar Muadz seraya berlalu dari situ.
Belum sempat Kyra berkata apa-apa, Muadz sudah hilang dari pandangan.
**********
Hujung minggu itu seperti biasa Kyra akan membantu ibunya Puan Farizah di Flower Garden. Berpasu-pasu juga bunga yang telah digubahnya. Sesekali gadis itu menyeka peluh yang merenik. Fikirannya melayang teringatkan Muadz.
“Aaah, serabut.” Gadis itu membentak tiba-tiba.
Puan Farizah yang melihat tingkah laku anak gadisnya itu menyampuk tiba-tiba.
“Kyra ni kenapa? Daripada tadi ibu tengok macam tak tentu arah je.” soal Puan Farizah pelik. Tangannya ligat mencantas daun-daun pokok bunga yang sudah kekuningan di kedainya itu.
Kyra mengeluh. Wajah ibunya dipandang lalu tersengih-sengih menyembunyikan galau dalam hati. Baru sahaja dia mencapai sebatang ros merah untuk digubah, telefon bimbitnya di atas meja berdering. Terjerit kecil gadis itu dek kerana terkejut.
“Abang Muadz.” Kyra sedikit teruja sebaik melihat nama yang tertera.
Puan Farizah menoleh.
“Apa? Betul ke abang?” soal Kyra tidak percaya.
Puan Farizah turut memandang pelik. Tertanya-tanya juga apa yang mengujakan gadis itu sehingga begitu sekali. Dia meninggalkan kerja-kerjanya lantas mendekati Kyra.
“Syukur Alhamdulillah. Abang dekat mana ni? Datanglah sini. Kyra ada dekat kedai.” Ujar Kyra kepada lelaki itu.
Entah apa yang dikatakan oleh Muadz, wajah gadis itu berubah muram. Namun dia tersenyum hambar melihat ibunya mendekat.
“Ibu, abang Muadz cakap pejabat pengutip hutang dia tu dah kena serbu. Ah Long tu semua dah kena tangkap pagi tadi.” Beritahu Kyra sebaik sahaja mematikan taliannya.
Wajah Puan Farizah bagai tidak percaya. Matanya tidak berkelip mendengar kata-kata gadis itu.
“Betul ke apa yang ibu dengar ni? Abang Muadz cakap dengan Kyra macam tu tadi?” soal Puan Farizah berulang kali.
Kyra mengangguk gembira. Namun disebalik kegembiraan itu, dia terkesan dengan sikap Muadz yang tidak putus-putus mendahulukan Hannah dalam segala perkara. Kalaulah lelaki itu tahu bahawa dialah yang bertanggungjawab melaporkan tentang pengutip hutang itu kepada pihak polis.
“Alhamdulillah. Kalau betul macam tu baguslah. Tu, gubahan bunga tu Kyra dah siap belum? Kalau dah, ibu nak pergi rumah Tan Sri sekarang.” Ujar Puan Farizah.
“Rumah Tan Sri? Maksud ibu rumah Hannah?” soal Kyra agak terperanjat.
“Yelah. Kenapa?” Anggukan ibunya itu membuatkan dia melepaskan keluhan.
“Kalau Kyra tahu, tak payah Kyra gubah cantik-cantik.” Ujar Kyra perlahan.
“Apa dia?” soal Puan Farizah kembali.
“Tak ada apa-apa ibu. Tinggal satu lagi pasu ni. Biar Kyra jela yang pergi hantar nanti. Ibu jaga kedai eh.” Tutur gadis itu.
Puan Farizah mengangguk tanpa banyak bicara. Dia kemudian meneruskan kerjanya kembali meninggalkan Kyra di situ.
**********
Usai membuat pembayaran, Ros, merangkap ketua pembantu rumah di banglo mewah itu masuk ke dalam. Sementara Kyra pula berkira-kira sama ada patut atau tidak dia berjumpa Muadz. Ada urusan yang perlu dia selesaikan dengan lelaki itu.
“Encik Muadz tak ada. Dia keluar sekejap. Tapi dia tak cakap pulak nak ke mana.” Ujar Ros sewaktu gadis itu memanggilnya kembali dan bertanyakan tentang Muadz.
Kyra mengangguk lemah.
“Kalau macam tu, Cik Hannah ada? Boleh saya jumpa dia?” soal Kyra lagi.
“Ada apa Kyra?” soal Hannah di muka pintu.
Ros segera masuk ke dalam rumah sebaik terlihat majikannya itu keluar mendapatkan Kyra.
“Awak ada apa-apa nak cakap dekat saya?” soal Hannah sambil memeluk tubuh.
Kyra diam. Dia berjalan mendekati sebuah meja dan kerusi tidak jauh dari situ dengan selamba. Hannah pula mengiringinya tanpa banyak bicara.
“Saya dengar Cik Hannah dah tahu tentang abang saya.” Ujar Kyra perlahan.
“Tentang Muadz? Kenapa dengan dia?” Soal Hannah kembali.
“Terus-terang jelah Cik Hannah. Tak payah nak berdolak-dalik. Tak cantik.” Kyra memandang gadis di hadapannya itu dengan perasaan tidak senang.
“Pasal tujuan dia nak goda saya untuk dapatkan duit nak bayar hutang tu?” Hannah menyoal sinis. Dia memeluk tubuhnya menentang pandangan Kyra.
“Atau pasal kerja dia sebelum ni? Pelayan bar dekat kelab malam? Itu ke?” sambung Hannah lagi. Keningnya turut terangkat.
“Tak payah nak lantang sangat menyindir dia Cik Hannah. Cik Hannah tahu tak kenapa dia buat kerja-kerja tu?” Kyra mula naik berang melihat tingkah Hannah yang langsung tidak menghormati Muadz malah memandang rendah kepada lelaki kesayangannya itu.
Hannah tidak memberi respon. Dia kekal memeluk tubuh seakan tidak berminat mendengar kata-kata Kyra.
“Tak apalah. Tak luak apa pun kalau Cik Hannah tak tahu kan.” ujar Kyra lagi lalu bangun untuk pergi dari situ.
“Tak payah membebel banyak Kyra. Kalau nak cakap, cakap.” Hannah menghalang langkah gadis itu.
Tawa sinis Kyra kedengaran perlahan. Dia menoleh kembali.
“Cukuplah Cik Hannah tahu yang abang Muadz buat kerja tu semata-mata nak tampung kos perubatan ibu dia. Dia tak minum arak, dia tak berjudi, dia tak pernah terlibat dengan kerja-kerja haram melainkan pinjam hutang daripada ah long tu. Semuanya semata-mata untuk ibu dia, Cik Hannah.” Ujar Kyra dengan lembutkan nada suaranya.
Dia cuba menahan sebak membayangkan detik-detik pemergian ibu lelaki itu bepuluh tahun lalu. Kyra melihat air muka Hannah berubah.
“Dia tak pernah merungut bila Cik Hannah suruh dia buat itu ini. Dia tak pernah melawan setiap kali Cik Hannah pukul dia, tampar dia. Dia tak pernah halang Cik Hannah nak berkawan atau bercinta dengan sesiapa malah dia yang tolong Cik Hannah untuk dekat dengan Encik Iskandar, kan?” Kyra menyambung lagi.
Kali ini gadis itu tidak menunggu lama, dia mencapai beg tangannya di atas meja dan berlalu.
“Tapi satu saja saya minta. Tolong Cik Hannah, jangan fikir yang bukan-bukan tentang abang Muadz. Dia orang yang baik.” Kyra sempat berpesan lagi sebelum menghilangkan diri pergi dari situ.
Dia sekadar tersenyum hambar ketika berselisih dengan kereta Syed Iskandar di pintu masuk. Air matanya menitik perlahan.
**********
Kyra melangkah masuk ke dalam restoran ekslusif itu. Lagu Lucky nyanyian Jason Mraz menyapa telinga. Dia mendapatkan Syed Iskandar yang melambaikan tangan kepadanya tidak jauh dari situ.
“Ada apa Encik Iskandar nak jumpa saya? Sampai tak boleh nak cakap dalam telifon.” Soal Kyra sebaik mengambil tempat di hadapan lelaki itu.
Seorang pelayan datang menghampiri mereka. Usai mengambil pesanan, pelayan itu berlalu pergi.
Kyra memandang Syed Iskandar. Lelaki itu nampak lain macam. Bibirnya juga bergerak-gerak seakan ingin berkata sesuatu namun tidak pula diluahkan.
“Encik Iskandar, Encik Iskandar ok ke?” soal Kyra perlahan.
“Saya ada benda nak tanya awak.” Iskandar bersuara perlahan. Wajah Kyra ditatapnya.
“Tanyalah. InsyaAllah kalau boleh jawab saya jawab.” Balas gadis itu.
“Semalam saya pergi rumah Hannah, saya tengok dia lain macam. Awak tahu apa-apa tentang mereka? Maksud saya antara Hannah dengan Muadz?” Ujar Syed Iskandar akhirnya melontarkan persoalan yang sekian lama bersarang.
Kyra memandang lelaki itu sedikit pelik. Kenapa tanya aku? Bukankah sepatutnya dia yang lebih tahu dan faham? Kan Hannah tu buah hati dia. Kekasih dia. Kyra menarik nafas perlahan.
“Diorang, ada apa-apa ke?” soal Syed Iskandar lagi.
“Tentang abang Muadz dengan Cik Hannah? Oh, pasal semalam. Encik Iskandar jangan fikir yang bukan-bukan. Saya ke sana cuma untuk membersihkan nama abang Muadz. Saya tak mahu Cik Hannah fikir yang bukan-bukan tentang abang saya. Itu saja.” Ujar Kyra menjelaskan.
”Fikir yang bukan-bukan?” soal Syed Iskandar kembali.
Kyra menggaru-garukan tudungnya, tidak tahu bagaimana harus dia jelaskan kepada lelaki itu.
“Mungkin abang Muadz tu bukan siapa-siapa bagi Cik Hannah. Tapi, lelaki tu adalah orang yang paling penting dalam hidup saya.” Kyra menyambung.
Syed Iskandar mengangguk perlahan.
“Macam nilah, Encik Iskandar. Tentang hubungan diorang, saya tak tahu apa-apa melainkan hubungan sekadar antara seorang tuan dan bodyguardnya. Tapi maaf cakaplah, saya langsung tak suka tengok mereka berdua sentiasa berkepit. Dan saya rasa Encik Iskandar pun begitu kan?” Luah Kyra lagi.
Syed Iskandar kelihatan seperti sedang berfikir. Wajah Kyra dipandangnya.
“Saya dah agak dah. Mesti Encik Iskandar tak suka punya. Mana ada lelaki yang suka girlfriend dia berkepit dengan orang lain, kan?” Kyra menyedut jus kiwinya yang baru tiba.
“Awak ada cara macam mana nak jauhkan diorang?” soal Syed Iskadar tiba-tiba.
“Senang. Encik Iskandar kahwin dengan Cik Hannah cepat-cepat. Takkan lepas kahwin pun dia nak pakai bodyguard lagi.” balas Kyra selamba.
Syed Iskandar tertawa kecil mendengar kata-kata gadis itu.
“Kenapa Encik Iskandar gelak pulak ni? Betul apa cakap saya. Lambat-laun korang berdua akan kahwin juga. Cuma lambat atau cepat je kan?” Kyra mula menyambar sudu dan garfunya untuk menjamah spaghetti oglio yang dipesannya tadi.
Syed Iskandar mengangguk lantas tersenyum. Lelaki itu tidak menunggu lama lalu menyuakan chicken chop blackpaper rice ke dalam mulutnya.
**********
Kyra tersenyum riang mendaki anak tangga ke pejabatnya hari itu. Setelah makan tengah hari bersama Syed Iskandar tadi, dia sempat berjalan-jalan sekitar pusat membeli-belah berhampiran. Bukan niat dia untuk membelanjakan hampir seratus ringgit untuk sepasang kasut Carlos Santana itu, tetapi gabungan warna biru dan perak dengan ketinggian hampir lima inci itu sangat menggoda hatinya. Dia tidak menunggu lama. Bukan semua benda boleh ditolak.
“Seronok nampak.” Muadz menyapanya dari hujung balkoni.
“Oh, abang. Biasalah. Ni.” ujar Kyra sambil menunjukkan kasut baru yang sedang dipakainya itu.
“Sempat lagi Kyra ye. Ni abang ada hal sikit nak minta tolong.” Ujar Muadz tersengih.
“Biasalah. Ada apa bang?” soal Kyra turut tersenyum.
“Ni pendrive yang abang ambik dari pejabat Cik Melissa. Kyra jangan bagitahu dia tau. Kan satu company sekarang kecoh dengan kes dia curi design Cik Hannah.” Ujar Muadz agak perlahan.
Kyra teragak-agak menyambut huluran thumbdrive daripada lelaki itu. Senyumannya yang tidak lekang sejak tadi perlahan-lahan mengendur.
“Jadi abang nak Kyra tolong konfirm kan, betul ke Cik Melissa memang betul-betul ciplak design Cik Hanna tu. Walaupun memang dah konfirm sebenarnya. Kyra belajar pasal computer design masa dekat universiti dulu kan?” Sambung Muadz lagi tersengih-sengih.
Kali ini Kyra mencekak pinggang.
“Abang tak ada kerja lain eh selain daripada tolong perempuan tu?” soal Kyra mulai geram sebaik mendengar nama Hannah disebut-sebut Muadz. Perasaannya meluat tiba-tiba.
“Alaaa Kyra. Kali ni je. Untuk kebaikan syarikat jugak. Mana tahu kalau suatu hari nanti bos kesayangan Kyra tu ciplak design Kyra pula?” balas Muadz cuba bergurau.
“It’s not funny, abang.” Kyra mencerun memandang lelaki itu.
“Ok, ok. Kyra please. Kali ni je. Anggaplah Kyra buat ni untuk bagi pengajaran dekat Cik Melissa tu. Lepas ni abang dah tak susahkan Kyra lagi. Janji.” Ujar Muadz kembali serius.
Kyra diam. Dia tunduk memandang hujung kasut tumit tinggi yang memberi kegembiraan kepadanya seketika tadi. Namun kegembiraan itu diragut pergi oleh Muadz. Semuanya gara-gara terlalu setia berkhidmat kepada Hannah.
“Kyra cemburu betul dengan Hannah. Bukan sebab hidup macam puteri raja, mewah, dapat semua yang dia nak, tapi Kyra cemburu sebab dia ada bodyguard macam abang.” ujar Kyra masih menunduk cuba menyembunyikan wajahnya.
“Kyra...” Muadz memanggil gadis itu perlahan. Kyra lantas mendongak.
“Tengok. Abang bukan setakat tolong dia, abang back up dia lagi tu. Kalaulah Kyra ada bodyguard macam abang.” ujar Kyra lagi.
Muadz terdiam tidak mampu berkata-kata. Melihat wajah Kyra, dia tahu gadis itu sudah lama memendam rasa dengannya.
“Kyra pergi dulu. Kalau ada apa-apa Kyra bagitahu abang.” ujar Kyra lantas berlalu ke pejabatnya, meninggalkan Muadz terkial-kial sendirian.
**********
Angin 3 Februari itu terasa nyaman dan tenang. Kyra memandu keretanya menuju ke pinggir bandar. Kira-kira dua puluh minit perjalanan, dia memakirkan kereta di tempat letak kereta Jusco Seremban Dua. Kyra kemudian berjalan menuju ke tingkat tiga pusat membeli-belah itu. Sebaik ternampak kelibat Muadz, gadis itu menguntumkan senyuman.
“Happy birthday Kyra.” Sapaan Muadz melebarkan senyumannya.
“Terima kasih. Hadiah?” Kyra sempat mengusik.
“Hadiah? Tahun ni, tak ada hadiah.” Balas Muadz tersengih memandang gadis itu.
Kyra tidak merajuk. Dia sebenarnya langsung tidak pernah kisahkan hadiah berupa harta-benda daripada lelaki itu. Asalkan Muadz mengingati hari lahirnya, itu sudah lebih dari cukup.
“Tapi abang akan jadi bodyguard Kyra untuk satu hari ni. Ok tak hadiah tu?” Muadz memandang Kyra yang jelas tidak percaya mendengar kata-katanya.
“Bodyguard? Satu hari ni?” soal Kyra kembali.
Muadz mengangguk.
“Hari tu Kyra ada cakap, kalaulah-Kyra-dapat-bodyguard-macam-abang kan? Jadi hari ni, abang akan luangkan masa dengan Kyra. Kyra nak apa, cakap je. Dalam tempoh 24 jam ni, abang akan cuba tunaikan.” Ujar Muadz lalu mengajak gadis itu beratur di kaunter tiket wayang.
“Abang, Kyra main-main je cakap hari tu.” Kyra tersenyum melihat kesungguhan Muadz. Dia menatap wajah lelaki itu.
“Cik Kyra Diyana, jangan sia-siakan 24 jam yang saya beri ini ye. Hari ni, semuanya saya belanja. Cik Kyra nak tengok movie apa?” soal Muadz kepada gadis itu.
Kyra tertawa kecil mendengar bahasa formal yang digunakan Muadz. Dia merasa benar-benar gembira. Mereka berdua menonton wayang bersama-sama. Menghabiskan masa berjalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai di pusat membeli-belah itu.
“Cik Kyra, baju ni sesuai dengan Cik Kyra. Cuba pakai.” Muadz selamba menyuakan sehelai dress maxi kepada Kyra lalu menolaknya ke bilik persalinan.
“Abang, Kyra ada banyak baju kat rumah. Tak payahlah membazir. Mahal ni.” ujar Kyra membantah.
“Kyra mesti beli sesuatu. Abang dah lama sangat nak tengok Kyra pakai baju-baju macam ni. Harga jangan risau. Kan abang cakap abang yang belanja.” Ujar lelaki itu lagi selamba membelek-belek pakaian lain.
“Pakai dengan ni pun ok jugak. Seksi pulak abang tengok dress tadi tu.” Muadz sempat menyuai padankan kan sehelai kardigan dengan dress yang dipegang oleh Kyra.
Gadis itu hanya mampu ketawa melihat telatah dan gelagat Muadz yang bershopping sakan untuknya mengalahkan perempuan. Puas Muadz mendesak, akhirnya dia akur. Penny Chiffon Dress bewarna hijau zamrud itu dihadiahkan oleh Muadz kepadanya.
Puas membeli-belah, mereka berdua menikmati makanan ringan yang terdapat di food court di situ. Sosej bakar, paparoti, ais-krim, semuanya dinikmati bersama.
“Kyra ni daripada dulu tak reti makan ais-krim elok-elok eh? Mesti nak comotkan pipi tu.” Ujar Muadz lalu mencapai tisu dan mengelap pipi gadis itu dengan selamba.
Kyra terdiam seketika. Dia memandang sekeliling memastikan tiada siapa yang melihat kelakuan Muadz tadi.
“Mesti abang ambil berat macam ni dekat Cik Hannah hari-hari kan?” soal Kyra sambil menyuapkan lagi ais-krim ke dalam mulutnya.
“Macam ni? Tak adalah. Kitorang bukannya baik hari-hari. Kadang-kadang dia membebel dekat abang. Kadang-kadang abang membebel dekat dia. Bergaduh satu sama lain.” Balas Muadz yang juga kelihatan kusyuk menyuap ais-krimnya.
“Abang tak penat ke?” soal Kyra perlahan.
Suapan Muadz terhenti. Pemuda itu memandang Kyra. Wajah gadis itu nampak mendung.
“Melayan seorang perempuan yang tak tahu apa-apa, yang tak pernah berdikari sepanjang hidup. Bukan sehari dua abang tinggal dengan Hannah tu. Kyra pulak yang letih tengok abang.” Kyra meletakkan sudu ais-krim ke dalam mangkuk. Seleranya mati apabila bercakap tentang Hannah.
“Entahlah Kyra. Abang pun tak tahu nak cakap macam mana. Abang penat melayan karenah dia. Kadang-kadang sampai menderita abang dibuatnya.” Ujar Muadz sambil tertawa perlahan. Mengenangkan detik-detik yang pernah dilaluinya bersama Hannah.
Kyra memandang lelaki itu pelik.
“Tapi itu lagi baik daripada abang tak jumpa dia langsung.” Sambung Muadz lagi.
Kali ini Kyra terkesima. Dia mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Muadz. Setitik air matanya gugur. Kyra sedar kini di mana letaknya dia di hati lelaki itu.
“Eh, Kyra nak pergi mana ni?” soal Muadz apabila gadis itu mencapai beg tangannya dan bangun dari situ.
“Kalaulah abang tahu yang Kyra sangat cemburukan Hannah. Kalaulah abang tahu yang Kyra bencikan Hannah. Kalaulah abang tahu yang Kyra tak suka setiap kali bibir abang sebut nama Hannah.” Ujar gadis itu perlahan.
“Kyra...” Muadz terpinga-pinga seketika.
“Fine. Kalau Hannah adalah segala-galanya bagi abang, pergilah dekat dia. Tapi abang jangan sesekali cari Kyra lagi lepas ni.”
“Kyra kenapa ni? Kenapa cakap macam ni?”
“Kyra sukakan abang. Abang tak faham ke? Kyra ambil berat tentang abang, Kyra tolong abang, Kyra buat apa sahaja untuk abang. Kyra langsung tak pandang lelaki lain semata-mata mengharapkan cinta abang. Tapi abang...” gadis itu terus teresak.
Kyra tidak dapat menghabiskan kata-katanya memandangkan mereka berdua mula menjadi tumpuan di food court itu. Gadis itu berjalan keluar meninggalkan Muadz sendirian. Sebaik memasuki keretanya, air mata Kyra semakin laju membasahi pipi. Dia menangis sepuas hatinya sepanjang perjalanan.
“Muadz asyik telefon tanya Kyra dah sampai rumah ke belum? Kyra pergi mana sampai tengah malam baru balik ni?” soal Puan Farizah meleteri anaknya sebaik gadis itu masuk ke dalam rumah.
“Jumpa kawan.” Soal Kyra lemah.
“Bukan Kyra keluar celebrate dengan Muadz?” soal Puan Farizah lagi.
“Ibu, ramai lagi kawan-kawan Kyra yang nak sambut birthday Kyra. Bukan abang Muadz sorang je.” gadis itu membalas perlahan.
Dia takkan sesekali memberitahu Puan Farizah bahawa dia memujuk hatinya yang sedih tadi hingga ke Bukit Tinggi, Pahang. Menikmati suasana dingin di kawasan tanah tinggi itu sedikit sebanyak mendamaikan hatinya. Biarpun perjalanannya memakan masa lebih kurang 2 jam dari Seremban, dia tidak peduli. Dia puas dapat menghabiskan masa di Taman Arnab di situ. Melihat telatah arnab-arnab comel sekaligus membuatkan dia leka dan terhibur.
“Ni baju hijau cantik ni, siapa bagi? Muadz?” Puan Farizah membelek-belek dress hijau di dalam beg kertas yang dibimbit oleh anaknya itu pula.
“Ibu, boleh tak tinggalkan Kyra sekejap? Kyra penat ni. Besok Kyra cerita dekat ibu eh?” gadis itu mencapai kembali dress yang dipegang ibunya itu.
Puan Farizah hanya mampu mengeluh. Dia mengerti pasti ada sesuatu yang berlaku antara anaknya itu dan Muadz. Kalau tidak takkan gadis itu melenting apabila mendengar nama Muadz disebut?
Sebaik ibunya keluar dari bilik, Kyra mencapai telefon bimbitnya di dalam tas tangan. Entah berapa banyak panggilan tidak berjawab daripada Muadz. Belum dikira dengan pesanan ringkas lagi.
‘Kyra, knp x jwb call?’
‘Kyra dh smpai rmh blm?’
‘Kyra call abg. Abg rsaukn Kyra.’
Kyra mengeluh. Mesej selebihnya dibiarkan tidak berbaca. Dia menghenyakkan diri di atas katil dan menangis lagi.
**********
“Majlis Ulang Tahun Syarikat hari ni sangat penting. Saya tak nak sebarang kesilapan berlaku. Pastikan semua tetamu di layan dengan baik.” Encik Idrus memberikan taklimat kepada para pegawai bahawannya. Orang-orang gaji di rumah itu dikumpulkan dari awal pagi untuk melakukan persiapan akhir.
Kira-kira pukul 10 pagi para tetamu mulai memenuhi dewan utama syarikat Voir termasuklah Melissa dan Tan Sri CEO yang baru sembuh daripada sakitnya beberapa minggu yang lalu.
“Muadz, siap sedia. Majlis akan dimulakan dengan ucapan daripada Cik Hannah. Awak pergi standby dekat dia.” Encik Idrus mengarahkan lelaki itu.
Muadz berlalu tanpa banyak soal. Dia menuju ke sebuah bilik kecil tempat Hannah bersedia menghafal beberapa perkara penting tentang apa yang bakal diucapkannya nanti.
“Cik Hannah dah siap? Kalau...”
“Iskandar dah sampai?” Hannah menyoal sebaik Muadz muncul di bilik itu.
Muadz mengeleng.
“Belum lagi Cik Hannah. Sekejap lagi agaknya.” Ujar Muadz perlahan.
“Oh, it’s ok. Sebagai sebuah syarikat bertaraf global, Voir Company akan memastikan pasarannya sentiasa bersaing secara sihat supaya... Eh, silap. Secara sihat dan inovatif untuk mencapai...”
“Nervous ke?” Soal Muadz sambil menghulurkan segelas air kepada gadis itu. Hannah mengangguk laju. Dia mencapai gelas air itu dan meneguknya sehingga habis.
“Nak lagi?” soal Muadz.
Kali ini Hannah mengeleng. Gadis itu mengesat bibirnya dan secara tidak sengaja melepaskan gelas kaca yang dipegang tadi. Hannah terkejut. Kertas ucapannya turut melayang jatuh. Hannah tunduk mencapai namun serpihan kaca tadi terkena jarinya.
“Cik Hannah memang nervous betul ni. Kan berdarah. Sini, saya tengok.” Muadz pantas mengeluarkan sapu tangannya dan membalut jari gadis itu.
Hannah membiarkan sahaja. Dia memandang lelaki itu dengan satu perasaan yang sukar untuk dia gambarkan dengan kata-kata.
“Kalau kita tekan kuat sikit nanti darah tu cepat berhenti.” Ujar Muadz tanpa menyedari gadis itu asyik memandangnya dari tadi.
“Tentang hari tu, terima kasih Muadz. Awak dah selamatkan saya daripada menjadi mangsa Melissa yang tak guna tu.” Ujar Hannah perlahan.
Muadz memandang gadis itu.
“Tak ada masalah Cik Hannah. Saya sekadar tolong apa yang saya mampu. Lagipun kita kena ajar sikit dia supaya lain kali dia tak buat macam tu dekat orang lain.” balas Muadz pula tersenyum.
“Saya tak tahu apa akan jadi kalau tak ada awak. Sekarang, datuk saya dah sihat. Awak tetap akan berhenti jugak?” Hannah menyoal lagi.
Wajahnya hambar seakan tidak bermaya mengenangkan lelaki itu sekali lagi akan pergi meninggalkannya. Muadz terdiam. Dia tidak tahu bagaimana harus dia menjawab pertanyaan gadis itu.
“Jangan pergi, Muadz.” Hannah bersuara lagi.
Tidak sempat Muadz berkata apa-apa, gadis itu tiba-tiba meluru dan memeluknya.
“Jangan tinggalkan saya lagi. Saya sayangkan awak.” Ujar Hannah dalam dakapan lelaki itu.
“Cik Hannah, saya...”Muadz teragak-agak.
Dia jelas terkejut dengan tindakan gadis itu. Muadz tidak perasan. Bukan dia seorang yang terkesima ketika itu. Kyra dan Syed Iskandar yang kebetulan sedang sama-sama mencari mereka berdua turut terkaku di muka pintu.
“Encik Iskandar, tunggu dulu.” Kyra pantas berjalan mendapatkan lelaki itu.
”How could I? Kyra, awak sendiri nampak kan apa yang berlaku depan mata kita tadi. Awak tak ada perasaan ke?” soal Syed Iskandar kepadanya.
Kyra tidak segera menjawab. Ketika itu, mereka berdua sedang berjalan keluar menuju ke tempat letak kereta. Jelas sekali Syed Iskandar tidak lagi berminat untuk meneruskan urusannya untuk meraikan Hannah di majlis itu.
“Bukan saya tak ada perasaan. Tapi sampai satu tahap, saya dah lali, Encik Iskandar.” Ujar Kyra.
“I’m done with it. It’s over, Kyra. It’s over.” Bentak Syed Iskandar.
“Encik Iskandar, jangan macam ni. Sekurang-kurangnya Encik Iskandar jumpalah sekejap dengan Tan Sri. Encik Iskandar kan dah kenal dengan keluarga Cik Hannah.” Pujuk Kyra lagi.
Kyra berdiri di hadapan Syed Iskandar, cuba menghalangnya daripada pergi. Namun Syed Iskandar tetap berkeras. Dia tidak peduli apa yang ingin dikatakan oleh Kyra. Segalanya sudah jelas di hadapan mata.
“Are you deaf? Blind? Saya tak ada masa lah untuk benda-benda mengarut macam ni. Depan mata saya Kyra, dia curang. Semata-mata bodyguard...” Syed Iskandar tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila teringatkan hubungan Kyra dengan Muadz.
Lelaki itu meneruskan langkah. Dia ingin segera pergi dari situ meninggalkan semua yang menyakitkan hatinya. Seminit pun dia tidak sanggup bertahan.
“So, Encik Iskandar betul-betul nak give up?” soalan Kyra membuatkan langkah lelaki itu terhenti.
Syed Iskandar menoleh memandang Kyra yang kelihatan anggun dalam persalinan dress maxi hijau zamrud itu. Dia tidak tahu apakah yang patut dilakukannya sekarang.
“Maksud awak?” dia menyoal.
“Hubungan Encik Iskandar dan Cik Hannah dah jauh sangat. Dah sampai ke pengetahuan dua-dua keluarga, kan. Takkan Encik Iskandar nak biarkan hubungan Encik Iskandar musnah macam tu saja?” soal Kyra tenang.
Jauh disudut hatinya, dia berharap agar Syed Iskandar berlembut hati untuk cuba memulihkan keadaan. Mungkin dia juga masih mempunyai harapan untuk bersama Muadz.
“She leave me with no choice, Kyra. Dia yang musnahkan semuanya. Tak ada apa untuk pulihkan lagi.” balas Syed Iskandar lagi.
Kyra terdiam. Dia sudah puas berikhtiar sedaya-upaya, ternyata hati peguam muda itu bukan selembut yang disangkakannya.
“Habis awak macam mana? Sampai bila awak nak tunggu Muadz, Kyra?” lelaki itu pula menyoalnya.
“Sampai bila-bila pun saya takkan lepaskan abang Muadz. Apatah lagi kepada Cik Hannah.” Ujar Kyra sambil memeluk tubuhnya.
Wajahnya nampak sungguh yakin. Sementara Syed Iskandar pula ketawa sinis.
“Kenapa Encik Iskandar ketawa? Kalau Encik Iskandar betul-betul cintakan dia, kenapa Encik Iskandar perlu takut untuk rendahkan ego tu? At the end, you got nothing. Encik Iskandar tak dapat nak tunjukkan yang Encik Iskandar betul-betul serius cintakan dia. Kalau Encik Iskandar lari macam ni, sampai bila nak selesai.” Kyra berfalsafah.
Lelaki itu memandang Kyra. Dia menimbangkan rasionalnya kata-kata gadis itu.
“Dengar nasihat saya ni. Jangan mudah putus asa ye. Dah, jom masuk dalam. Majlis dah mula agaknya.” Ujar Kyra lagi sambil mengajak Syed Iskandar kembali ke dalam.
Syed Iskandar tersenyum melihat aksi gadis itu. Untuk seketika, kehadiran Kyra membuatkan hatinya terhibur.
“Saya bukan seorang yang mudah putus asa, Kyra. Tapi ini bukan kali pertama Hannah buat macam ni dekat saya.” Ujar Syed Iskandar tenang.
“Maksud Encik Iskandar?” soal Kyra kembali.
Ketika Syed Iskandar mahu membuka mulut, telefon bimbit gadis itu tiba-tiba berbunyi. Melissa? Apa dia nak time-time macam ni? – Kyra berbisik sendirian.
“Ya Cik Melissa?” Kyra menjawab panggilan itu.
“Kyra you kat mana? I tak nampak pun. Majlis dah start ni.” suara Melissa kedengaran dihujung talian.
“Saya ada dekat luar dewan ni. Ada apa Cik Melissa?” soal Kyra kembali.
“Apa you buat dekat luar? You tahu tak datuk I buat announcement perkawinan Kak Hannah dengan Muadz. This is ridiculous. You memang dah tahu pasal ni ke?” soal Melissa lagi.
Mata Kyra hampir terbeliak mendengar kata-kata daripada majikannya itu. Baru seketika tadi dia membayangkan ada sedikit sinar harapan untuk Syed Iskandar dan Hannah kembali bersatu, agar dia masih berpeluang mendapatkan Muadz. Ternyata, lelaki itu bukan untuk dia. Hingga ke penghujung waktu pun dia berusaha, namun akhirnya dia terpaksa melepaskan Muadz pergi dari hidupnya.
Air mata Kyra menitik satu-persatu. Panggilan Melissa yang berkali-kali dihujung talian juga tidak disahutnya. Syed Iskandar kaget. Esakan gadis itu membuatkan dia tertanya-tanya sekaligus diserang gelisah.
“Abang Muadz... dia dengan Hannah...” Tangisan Kyra semakin kuat.
“Kenapa dengan diorang? Kyra kenapa awak menangis ni?” soal lelaki itu cemas.
“Mereka akan berkahwin. Tan Sri sendiri yang umumkan perkahwinan diorang tadi.” Ujar Kyra dalam tangisnya.
Kali ini Syed Iskandar pula terdiam. Dia juga kehilangan kata-kata mendengar penjelasan Kyra. Tangisan Kyra yang semakin menghiba membuatkan dia menarik perlahan tangan gadis itu masuk ke dalam keretanya. Bimbang jika orang ramai menyangka dirinya yang bukan-bukan di situ.
**********
Hujung minggu itu seperti biasa Kyra akan membantu ibunya di kedai bunga. Penat menggubah, dia menyiram pokok-pokok bunga segar yang dijual di situ. Sambil itu Kyra melayan pelanggan yang datang untuk membeli bunga atau sekadar bertanyakan perihal-perihal bunga kepadanya. Puan Farizh tiada di kedai. Wanita itu keluar menghantar pesanan ke salah sebuah rumah pelanggannya berdekatan.
Sesekali Kyra bernyanyi-nyanyi kecil. Dia cuba menggembirakan dirinya daripada terus memikirkan tentang Muadz. Hampir tiga minggu lamanya dia berendam air mata. Puan Farizah sendiri tidak mampu berbuat apa-apa. Apatah lagi apabila mengetahui anak gadisnya itu sekian lama menyimpan perasaan.
Namun, kedatangan Muadz dan Hannah ke rumah mereka beberapa hari lepas menguatkan lagi tekad di hati Kyra untuk melepaskan lelaki itu pergi. Pasangan itu datang untuk menjemput ke majlis perkahwinan mereka beberapa minggu lagi. Kyra pasrah. Muadz memang bukan ditakdirkan untuk dirinya dan dia harus menerima hakikat itu.
“Ibu ni pergi mana tak balik-balik lagi. Kata hantar dekat-dekat sini je.” Kyra menilik-nilik jam tangan. Renik di dahi pula sesekali diseka.
Sementara menunggu waktu azan asar berkumandang, Kyra cuba mengalihkan sebuah pasu besar di sudut kedai itu. Daunnya yang agak kekuningan memerlukan lebih cahaya matahari. Namun bukan kudrat Kyra untuk melakukannya. Pasu itu terlalu berat.
“Ibu dah balik ke? Tolong Kyra kejap ibu. Pasu ni berat betul.” Dalam keadaan masih terbongkok-bongkok, Kyra meminta pertolongan wanita itu sebaik terdengar pintu kedai dibuka.
“Nak alihkan dekat mana?” suara garau itu membuatkan Kyra menoleh pantas.
Gadis itu terkejut bukan kepalang melihat Syed Iskandar dalam persalinan kasualnya, selamba mengangkat pasu bunga itu dan membawanya ke sudut berhampiran pintu.
“Dekat sini boleh?” soal Syed Iskandar lagi.
Kyra mengangguk perlahan.
“Terima kasih. Eerr, macam mana Encik Iskandar boleh tahu kedai saya ni?” soal Kyra tersipu-sipu.
Segan menampakkan dirinya di hadapan peguam itu tanpa secalit make-up dan hanya memakai jeans dan kemeja longgar. Tudung bawalnya juga sekadar di pinkan di kiri dan kanan bahu. Berbeza sungguh dengan penampilan yang dikenakannya ketika hari-hari bekerja.
“Siapa tak kenal Flower Garden? CEO Voir pun order bunga dekat sini.” Ujar Syed Iskandar tersenyum.
Kyra tertawa perlahan. Jika suatu masa dahulu masing-masing sensitif bila berbicara tentang keluarga Hannah, kini tidak lagi. Baik Kyra atau Syed Iskandar, masing-masing nampaknya sudah boleh menerima hakikat ketentuan jodoh mereka.
“Ada apa Encik Iskandar datang sini?” soal Kyra perlahan.
Dia sekadar menghidangkan sebotol air mineral kepada lelaki itu. Itu sahaja yang ada. Sementara dia juga turut menghilangkan dahaga.
“Awak sibuk ke? Saya nak ajak keluar boleh?” Syed Iskandar memandang Kyra.
Gadis itu tersedak perlahan. Mimpi apa lelaki itu agaknya? Sanggup datang ke kedainya semata-mata untuk mengajaknya keluar? Huluran sapu tangan Syed Iskandar dicapai tanpa banyak soal.
“Sekarang? Kenapa tak call dulu?” Kyra mengelap sisa air minumannya sambil memandang lelaki itu.
Kening Syed Iskandar bertaut.
“Tak boleh ke kalau saya saja nak datang sini?” soal Syed Iskandar kembali.
“Bukan tak boleh. Tapi Encik Iskandar datang in a wrong time. Ibu saya keluar pergi hantar order. So, saya tak boleh keluar selagi dia tak balik. Nanti tak ada orang nak jaga kedai.” Ujar Kyra lagi.
“Alah, ibu dah balik dah pun. Kyra nak keluar, pergilah.” Suara Puan Farizah kedengaran di pintu masuk.
“Ibu... Eh, bila sampai? Ni kenalkan... Encik Iskandar. Dia...” Kyra tergagap-gagap untuk memperkenalkan lelaki itu kepada ibunya. Sebagai kawankah? Atau dia harus berterus-terang sahaja bahawa lelaki itu bekas teman lelaki Hannah?
“Saya kawan Kyra. Panggil saya Is je, makcik.” Syed Iskandar akhirnya memperkenalkan diri sendiri.
Puan Farizah tersenyum manis. Kyra memandang ibunya. Entah kenapa dia dapat merasakan senyuman ibunya itu lain daripada biasa.
“Nak keluar tadi kan? Is nak pergi mana?” soal Puan Farizah ramah. Seolah-olah dia sudah lama mengenali lelaki itu.
Syed Iskandar turut tersenyum.
“Saya ingat nak bawak keluar makan. Area sini-sini je. Kalau makcik nak ikut sekali apa salahnya.” ujar Syed Iskandar sopan.
“Eh, tak apa. Nanti tak ada orang pulak nak jaga kedai. Is duduk dekat mana?” soal Puan Farizah lagi. Dia mengambil alih tempat Kyra yang sedang duduk di kaunter ketika itu lantas menolak gadis itu keluar.
“Dekat Taman Bandar Senawang, makcik.” Balas Syed Iskandar.
Puan Farizah terangguk-angguk. Kyra pula berkali-kali memberi isyarat kepadanya agar tidak bertanyakan apa-apa lagi namun wanita itu sekadar buat endah tak endah. Syed Iskandar tersenyum menyaksikan telatah dua beranak itu.
“Orang senawang je. Dekat rupanya. Tinggal dengan mak ayah ye?”
Syed Iskandar mengangguk. Kyra tidak sampai hati melihat lelaki itu terus diasak dengan pelbagai soalan oleh ibunya. Lekas-lekas dia mengisyaratkan kepada Syed Iskandar untuk pergi.
“Saya minta diri dulu, makcik.” ujar Syed Iskandar sebaik sahaja Kyra keluar mendahuluinya.
“Yelah. Baik-baik jalan.” ujar Puan Farizah lagi.
Wanita itu tersenyum melihat anaknya beriringan jalan dengan Syed Iskandar. Hatinya terpaut langsung kepada pemuda itu.
“Bagusnya kalau dapat jadi menantu aku.” Bisik Puan Farizah perlahan.
**********
“Baru-baru ni, saya jumpa Hannah. Hati saya nekad untuk lepaskan dia pergi.” Syed Iskandar memulakan bicaranya sebaik mereka berdua mengambil tempat di bangku duduk di Dataran Senawang itu.
Kyra mengangguk tanpa berniat untuk menyampuk.
“Tapi beberapa hari lepas tu, saya rasa lain macam. Saya ingatkan saya ok, tapi rupanya tidak. Saya tak sekuat yang saya sangkakan.” Ujar Syed Iskandar lagi.
“Encik Iskandar ok ke?” soal Kyra perlahan. Dia memandang Syed Iskandar yang leka memerhatikan beberapa orang kanak-kanak remaja bermain bola keranjang di gelanggang di hadapan mereka.
“Sebab tu saya datang jumpa awak. Saya perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati saya. Maaflah sebab saya pentingkan diri sendiri. Tapi saya tak tahu nak ceritakan masalah saya ni dekat siapa lagi.” Sambung lelaki itu. Dia turut menoleh memandang Kyra.
“Tak perlu nak minta maaflah. Encik Iskandar bukan baru sehari dua kenal saya. It’s ok. That’s a part of life.” Balas Kyra tersenyum.
Syed Iskandar turut tersenyum mendengar kata-kata gadis itu.
“Awak macam mana?” soal Syed Iskandar pula. Wajah Kyra dipandang lembut.
“Abang Muadz pun ada datang jumpa saya kelmarin. Dia...” suara Kyra kedengaran tersekat seketika.
“Dia nampak bahagia dengan Hannah. Jadi, saya pun dah buat keputusan untuk lupakan dia. Saya yakin dengan ketentuan Allah. Semua ini, pasti ada hikmahnya.” Ujar Kyra perlahan. Dia cuba kuatkan dirinya agar tidak menangis di hadapan lelaki itu.
“You’re really strong, Kyra. I’m impressed.” Puji Syed Iskandar perlahan.
“Hai, baru tahu ke?” balas Kyra ketawa.
“So lepas ni dah serik nak jatuh cinta lagi lah?” soalan lelaki itu membuatkan Kyra terbatuk-batuk dalam tawanya tadi.
“Serik? Entahlah. Kuasa Tuhan, kita tak tahu. Tapi InsyaAllah, kalau saya jatuh cinta lagi, saya akan pastikan bukan saya yang akan jatuh cinta dulu.” Ujar gadis itu lantas tersenyum.
Pandangannya dihalakan ke tengah gelanggang memerhatikan riuh-rendah kanak-kanak bermain bola keranjang di situ. Syed Iskandar juga turut meleretkan senyumannya.
“Hah, yang Encik Iskandar bawa saya ke sini ni kenapa? Tadi kata nak keluar makan.” Kyra bertanya tiba-tiba.
“Oh? Awak dah lapar ke? Saya ingat nak ajak awak main basketball dulu baru pergi makan. Lagipun, setiap kali saya datang sini, saya mesti teringatkan seseorang.” Syed Iskandar cuba mengusik gadis itu.
“Teringatkan siapa? Hannah la tu.” balas Kyra ringkas. Namun gelengan Syed Iskandar membuatkan dia mengerut dahi.
“Saya tak pernah pun bawa dia kat sini. Saya cuma teringatkan sorang budak perempuan ni. Dia satu-satunya gadis yang saya pernah jumpa, yang main basketball pakai dress dan heels.” Syed Iskandar pantas berlari ke tengah gelanggang membiarkan Kyra terkebil-kebil di situ.
Sengaja dia membiarkan Kyra teringat peristiwa beberapa minggu yang lepas, ketika Syed Iskandar memujuk dan mengajaknya bermain bola keranjang sebaik melarikan diri daripada Majlis Ulang Tahun Syarikat Voir beberapa minggu yang lepas. Di situlah mereka berdua menghabiskan masa beberapa jam bermain bola keranjang bersama semata-mata untuk meredakan perasaan hati masing-masing sehinggakan Kyra langsung tidak mempedulikan pakaian yang sedang dipakainya ketika itu.
“Encik Iskandar.” Kyra menjerit geram apabila menyedari gadis yang dimaksudkan Syed Iskandar adalah dirinya. Dia pantas bangun dari tempat duduknya dan mengejar lelaki itu.
Perasaan malunya juga bertambah-tambah apabila beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain bola keranjang di situ turut mengusik mereka berdua. Kyra bercekak pinggang memandang Syed Iskandar. Lelaki itu hanya ketawa.
**********
“Kyra on the way ni. Lima belas minit lagi ok. Sekejap ye abang, sekejaaaaap je lagi.” ujar Kyra lalu mematikan telifon.
Gadis itu bergegas ke kaunter membayar harga barang yang dibelinya lalu melangkah ke luar mendapatkan Syed Iskandar yang sedia menunggu di dalam kereta.
“Beli apa?” soal lelaki itu.
“Tea set.” ujar Kyra lalu memakai tali pinggang keledarnya.
“Tea set? Rumah Hannah tu entah berapa banyak tea set agaknya. Nak tambah lagi buat apa?” Syed Iskandar mencebikkan wajah.
“Standart la tu hadiah wedding. Lagipun ini bukan tea set biasa. Chinese set ok. Dah, cepatlah jalan. Abang Muadz dah bising tanya mana kita tak sampai-sampai lagi.” balas Kyra geram.
Apa masalahnya dengan tea set? Suka hati dialah nak beri hadiah apa pun. Bukan pakai duit lelaki tu.
“Kalau saya kahwin nanti, saya akan pesan dekat guess, tak payah bawak hadiah-hadiah biasa macam ni. It’s boring.” Ujar Syed Iskandar lagi.
“Suka hati Encik Iskandarlah.” Kyra bersuara perlahan. Malas hendak melayan Syed Iskandar. Entah apa anginnya hari ini, ada saja yang lelaki itu tidak puas hati dengannya.
Kyra menjeling Syed Iskandar membuatkan lelaki itu tersengih sendirian. Kira-kira sepuluh minit perjalanan, mereka tiba di perkarangan Dewan Elit bagi menghadiri majlis persandingan Muadz dan Hannah hari ini. Kedua mempelai itu sudah pun selamat bernikah semalam di Masjid Negeri.
“Ibu dah lama sampai?” Kyra mendapatkan ibunya di salah sebuah meja tetamu. Dia mengambil tempat di sebelah wanita itu.
“Amboi, dah berjanji ke?” soal Puan Farizah merenung anak gadisnya yang mengenakan baju kurung songket gabungan warna perak dan hitam sedondon dengan Syed Iskandar yang berkemeja kelabu tua. Lelaki itu juga sempat menegurnya sebelum mengambil tempat di sebelah Kyra.
Soalan ibunya itu membuatkan Kyra mengeluh. Sebenarnya dari tadi lagi dia perasan persamaan itu. Sengaja dia diamkan. Entah apa pula yang difikirkan Syed Iskandar nanti padahal mereka langsung tidak pernah berjanji.
“Abang Muadz mana? Belum keluar lagi?” Kyra pula tidak mengendahkan soalan ibunya. Gadis itu melilaukan mata ke pentas persandingan.
Dengan hiasan berkonsepkan Melayu Tradisional itu benar-benar membuatkan Kyra kagum. Tidak sangka, gadis kaya dan moden seperti Hannah akan memilih tema sebegitu. Dia tersenyum sendirian. Mungkin itulah penangan cinta daripada abang Muadz kepada dia agaknya.
“Belum. Sekejap lagi la tu.” Ujar Puan Farizah pula.
Kyra mengangguk. Tidak jauh dari situ, dia melihat hayunan langkah Melissa bersama saudara-maranya yang lain sedang memasuki dewan. Matanya terbeliak memandang sepasang kasut yang elok di kaki gadis itu. Sepasang kasut plump dengan glittering mesh material berwarna gangsa menarik perhatiannya. Kyra mengetap bibir. Satu lagi mangsa geramnya bakal tiba.
“Encik Iskandar...” dia berbisik kepada Syed Iskandar.
Lelaki itu menoleh.
“Encik Iskandar kan lawyer. Boleh tak kalau saya nak guna khidmat Encik Iskandar untuk saman orang yang curi design kasut saya?” soal Kyra kepada lelaki itu lagi.
Syed Iskandar mengerutkan dahinya.
“Siapa curi design kasut awak?” soal lelaki itu kembali.
“Melissa.”
Syed Iskandar tertoleh-toleh mencari kelibat Melissa. Beberapa ketika kemudian, dia kembali memandang Kyra.
“Are you sure that’s yours?” soal lelaki itu kembali.
“I’m the one who designed that. Saya tahulah. And on top of that, it’s my dream shoes. For my wedding.” Kyra bersuara geram. Perlukah lelaki itu bersoal jawab dengannya ketika ini? Jawab sajalah ya atau tidak. Bukan susah pun.
“Your wedding shoes? Dah nak kahwin dah ke?” Syed Iskandar sengaja membakar hati gadis itu. Dia tahu Kyra mulai geram dengannya.
“Encik Iskandar...” Kyra terasa seperti mahu mencekik leher lelaki itu.
Mujur pengumuman ketibaan pengantin kedengaran. Niatnya itu terbantut seketika. Mata Kyra kini teralih kepada pasangan mempelai yang sedang diarak menuju ke pentas persandingan membuatkan para tetamu bertepuk tangan.
Kyra cuba membuang jauh-jauh perasaan geramnya untuk seketika. Dia tersenyum. Muadz dan Hannah kelihatan sedondon mengenakan busana songket pengantin Melayu berwarna tanah.
“Tahniah abang.” gadis itu berbisik perlahan.
“Kyra...” panggil Syed Iskandar lembut.
Gadis itu menoleh terkejut. Kenapa lain macam nada suara lelaki ni? Syed Iskandar tersenyum-senyum memandangnya.
“Kalau saya selamatkan design kasut awak, sebagai upah, awak tolong design kan wedding shoes kasut untuk saya sekali. Boleh?” lelaki itu menyoal.
“Design kasut untuk Encik Iskandar? Nak buat apa?” Kyra menyoal kembali.
"Nak buat apa? Habis, macam mana awak nak kahwin kalau saya tak ada? Oh ya, please drop the word ‘Encik Iskandar’. It’s sounds better when you call me... abang Is? Isn’t?” ujar Syed Iskandar lagi.
“Huh?” Kyra terjerit kecil. Puan Farizah memandangnya dengan penuh tanda tanya.
Dia tersengih. Namun sengihannya mati tatkala kembali memandang Syed Iskandar.
“What do you mean?” soal Kyra mengetapkan bibir. Lelaki ni kalau nak bergurau pun pilihlah tempat sikit. Ini dekat majlis kahwin orang dia nak buat perangai.
“What? I’m telling the truth. I’m saying what I really want to say.” Syed Iskandar membalas pandangannya.
Kyra terdiam. Adakah ini bermaksud, lelaki itu sedang melamarnya? Aku dengan Syed Iskandar? No, no, no. Aku bermimpi ni.
Kyra mencubit-cubit pahanya sekuat hati. Dia menjerit sakit. Memang sakit.
“Kyra ni kenapa? Korang berdua ni dari tadi ibu tengok lain macam je. Nak bersanding sekali dengan Muadz dengan Hannah tu ke?” soal wanita itu selamba.
“Kalau makcik izinkan.” Syed Iskandar membalas.
Wajah Puan Farizah nampak bercahaya. Kyra seperti kehilangan nafas mendengar kata-kata lelaki itu.
“Betul ke Is?” soal Puan Farizah memandang Syed Iskandar.
Pemuda itu mengangguk perlahan. Wajahnya yang putih bersih nampak kemerah-merahan. Kyra pula membuntangkan mata. Syed Iskandar cuak. Jauh disudut hati, risau juga kalau-kalau Kyra bertindak yang bukan-bukan kerana keberaniannya itu.
“Tapi Kyra...” lelaki itu teragak-agak memandang Kyra.
Puan Farizah turut memandang anak gadisnya itu. Dia turut risau. Sementara Kyra pula tersepit di tengah-tengah antara mereka berdua. Aaargh, stress!
“Fine. I’ll think about it. Yang penting, Encik Iskandar...”
Isyarat mata lelaki itu membuatkan Kyra melepaskan keluhan.
“Yang penting, abang Is... Hei, kenapa pulak kena panggil abang? Bukan kita sebaya ke?” Kyra tidak puas hati. Namun sebenarnya dia kekok memanggil lelaki itu dengan panggilan ‘abang’.
“Lepas kahwin nanti Kyra kena panggil abang juga.” Selamba Syed Iskandar menjawab.
Kedengaran Puan Farizah ketawa perlahan. Kyra memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangan. Dia benar-benar serabut melayan perangai gila Syed Iskandar hari itu.
“Tak payahlah. Saya cari peguam lain je.” Kyra memeluk tubuhnya. Dia tunduk menikmati hidangan memandangkan pengantin pun sudah mula makan beradab.
“Ok, ok. Kalau macam tu panggil Is je. Nanti lepas kahwin...”
“Syed Iskandar!” Kyra menekankan suaranya agak dalam.
Kali ini dia nekad. Sekali lagi Syed Iskandar bercakap yang bukan-bukan kepadanya, memang dia sumbat kepak ayam masak merah di dalam pinggannya ke dalam mulut lelaki itu.
“Better try next time.” Syed Iskandar bersuara sendirian. Lelaki itu mengalah akhirnya apabila melihat wajah Kyra yang semakin menyinga. Dia tunduk, berpura-pura membelek telefon bimbit.
‘But I seriously mean it.’ – pesanan ringkas itu dihantar kepada Kyra.
Gadis itu menarik nafasnya dalam-dalam. Dia akhirnya membulatkan hati, lalu membongkokkan sedikit tubuhnya mendekati Syed Iskandar.
“Ok, I do. Puas hati awak, Is?” Kyra berbisik geram kepada lelaki itu.
Syed Iskandar tersengih lebar. Dia merasakan dunia ini hanya didiami oleh dia dan Kyra. Ucapan terima kasih dibisikkan kepada gadis itu. Moral of the story, jangan sesekali berputus asa.
6.46 PM – TUESDAY – 14th AUGUST 2012 – SELAMAT BERBUKA PUASA! ^_^
No comments:
Post a Comment