Wednesday, August 1

DANIA - SYED HAFIZI


Dulu sewaktu kecil, selalu dia mendengar kata-kata ini, ‘cinta-itu-buta’. Sangkanya memanglah cinta itu buta sebab dia tak bermata. Menginjak sedikit ke alam remaja, dia sekadar memerhatikan segelintir teman-teman sebaya yang mula berjinak-jinak dengan alam percintaan ini. Dan kini, barulah dia sedar cinta itu memang buta. Kerana apa? Kerana dia kini sedang merasainya.



“Dania, aku bukan nak hasut kau. Tapi sungguh aku cakap, aku kenal Hafizi tu lebih lama daripada kau. Aku tahu perangai dia macam mana.” Suara teman baiknya Fazura terngiang-ngiang di gegendang telinga.


“Aku tahu Zura. Walaupun aku baru dekat sini tapi aku boleh nampak macam mana perangai Hafizi tu. Dia dengan geng-geng dia memang samseng dekat sekolah kita ni kan?” balas Dania.


“Haa, tahu pun. Habis tu kau masih jugak nak sukakan budak tu? Kaki buli, kaki ponteng, kaki gaduh, kaki lumba haram, semua kakilah.” Ujar Fazura lagi.


Dania hanya tersenyum melihat reaksi teman baiknya itu. Maafkan aku Zura. Aku tahu kau sayangkan aku. Tapi aku tak mampu menolak semua perasaan ni. Dania berbisik sendiri. Terasa Fazura mencapai tangannya tiba-tiba.


“Dania, dengar sini.” Ujar gadis genit itu.


Dania memusingkan badannya dan memandang tepat wajah Fazura. Suasana di tepi padang sekolah itu agak tenang dan jauh daripada keriuhan pelajar-pelajar yang berebut membeli makanan pada waktu rehat ketika itu.


“Dania, sebagai kawan, aku sayangkan kau. Aku tahu perasaan cinta ni kita tak boleh paksa dia datang atau pergi kan?” soal Fazura perlahan.


Dania mengangguk mengiakan.


“You have a good manner. Imej yang bersih. Pakai tudung labuh lagi. Famili kau orang baik-baik. Cuba kau bayangkan kalau famili kau tahu kau sukakan lelaki macam tu. Apa perasaan diorang?” panjang lebar Fazura menasihatinya.


Apa lagi yang mampu dilakukan Dania melainkan hanya tersenyum kepadanya.


“Tapi Zura, aku yakin. Walau sejahat mana pun dia, Hafizi tu tetap manusia dan aku yakin dia bukan jahat. Just a bit nakal.” Dania merenung wajah Fazura lantas mencuit lembut hidung mancungnya.


Fazura melepaskan keluhan kecil lantas tersenyum. Gadis itu kemudian menarik Dania dalam dakapannya.


“You are such a nice girl.” Ujar gadis itu perlahan.


Dania tersenyum lagi.


Ketukan pintu bertalu-talu di luar biliknya membuatkan Dania tersentak dari lamunan. Gadis itu berlari mendapatkan pintu.


“Ummi kenapa cemas sangat ni?” soal Dania sebaik melihat wajah ibunya di muka pintu.


“Dania, siap cepat. Ummi dapat panggilan dari hospital, abang Danial kamu kemalangan.” Hajah Saidah kelihatan hampir-hampir menitiskan air mata.


Sepantas itu Dania beristighfar. Dia memeluk wanita itu dan mengusap-usap belakangnya. Kasih wanita kepada abang Danial meruntun hatinya.


“Sabar ummi. insyaAllah abang Danial tak apa-apa. Ummi tunggu Dania dekat bawah ya. Sekejap lagi Dania turun.” Ujarnya.


Hajah Saidah hanya mengangguk. Pantas Dania menukar baju dan mencapai tudungnya di balik pintu. Sebaik sahaja dia turun, ibu dan ayahnya sudah sedia menunggu di dalam kereta. Dengan pantas, Honda Accord itu memecut laju ke Hospital Universiti Kuala Lumpur.


**********


“Dania.” Suara itu mematikan lamunan Dania yang sedang bersandar di luar wad.


“Fazura.” Ujar gadis itu lantas mendapatkannya.


“Pakcik, makcik.” Fazura sekadar menyapa dan bersalaman dengan Hajah Saidah.


“Macam mana dengan abang kau?” soal Fazura agak cemas.


“Alhamdulillah dia dah selamat dibedah. Kepala dia cedera teruk. Mungkin airbag tak berfungsi dengan baik.” Jawab Dania.


“Macam mana boleh accident teruk macam ni?” soal Fazura lagi. Sesekali gadis itu menoleh memandang kedua ibu bapa Dania.


“Kami belum dapat apa-apa laporan daripada pihak polis lagi, Zura. Tapi pakcik dan makcik bersyukur, sekurang-kurangnya Danial selamat.” Ujar Haji Idrus pula.


Pintu wad tiba-tiba terbuka. Seorang doktor keluar mendapatkan Haji Idrus sekeluarga.


“Setelah kami pindahkan dia dari wad ICU, Encik Danial kini stabil. Dia masi belum sedar tapi pakcik sekeluarga boleh masuk melihat keadaannya.” Doktor Haady menyampaikan berita itu kepada mereka. Dania sempat melihat tag nama lelaki itu sebelum mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepadanya.


Saat memandang wajah bersih abang tersayang, Dania tidak dapat menghalang perasaan hibanya. Lelaki itu kelihatan berbaring lesu dengan tiub air dan darah yang berselirat pada lengan dan badannya. Dania menekup mulutnya menahan sebak. Hajah Saidah sudah berkali-kali menyapu air mata manakala Haji Idrus cuba berlagak tenang. Fazura menepuk-nepuk bahu sahabat baiknya itu menyalurkan semangat dengan senyuman hambar.


**********


Persekolahan tetap diteruskan seperti biasa. Dania mengingatkan dirinya, biar sekuat manapun dugaan dan ujian yang datang, dia harus tabah dan harus kuatkan semangat. Apatah lagi tahun ini merupakan tahun penting di mana dia akan menduduki peperiksaan akhir Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Hanya doa yang mampu dia panjatkan ke hadrat Ilahi agar abangnya segera sembuh.


Sebaik sahaja mengambil tempat di sebelah Fazura, sekilas dia mengerling ke tempat duduk Hafizi di sudut hadapan kanannya. Tidak seperti hari-hari biasa, setiap kali sebelum kelas bermula, pemuda itu pasti akan mengusik pelajar-pelajar perempuan di dalam kelas atau pun berbual-bual kosong dan membuat bising bersama rakan-rakan lain. Namun hari ini lelaki itu kelihatan tekun menelaah pelajaran di tempat duduknya.


“Tebiat apa Hafizi ni?” gadis itu mengomel sendirian.


Sepanjang hari, itu sahajalah persoalan yang berlegar-legar di fikirannya. Namun, tidak pula dia ajukan sebarang seoalan tentang lelaki itu kepada sesiapa. Hatta kepada Fazura sekalipun. Palajarannya hari ini berjalan agak teruk gara-gara memikirkan tingkah laku aneh lelaki bernama Syed Hafizi itu. Mujur dia tidak didenda oleh Cikgu Zairul kerana tidak dapat menjawab soalan ekonominya tadi.


“Dania kau ok ke?” soal Fazura sewaktu mereka berdua bersiap-siap untuk pulang.


Dania menolak kerusinya lantas berjalan keluar daripada kelas.


“Aku ok je. Kenapa?” soal gadis itu kembali.


“Tak adalah. Aku tengok kau lain macam je hari ni. Aku tahu kau risaukan abang kau. Tapi janganlah sampai terbawa-bawa emosi tu. Kita tak lama lagi nak exam.” Fazura membebel panjang sambil mengiringi perjalanan gadis itu.


Dania tersenyum mendengarkannya.


“Ye, aku tahu. Kau jangan risau ok. I’m just fine.” Balas Dania lagi.


Fazura mengangguk-anggukkan kepala.


“Oh, by the way.” ujar gadis kecil molek itu tiba-tiba. Langkahnya terhenti sebelum menoleh ke kiri dan ke kanan. Membuatkan Dania juga menurut lagaknya dengan melilaukan mata ke kiri dan kanan.


“What?” soal Dania pelik.


“Kau perasan tak perangai Hafizi hari ni?” soal Fazura lalu meneruskan perjalanan mereka tadi kembali.


Sepantas kilat Dania menoleh memandang gadis itu.


“That is what exactly I want to ask you, Zura. Apa yang kau perasan?” soal Dania.


“Eh, aku tanya kau dulu. Apa yang kau perasan?” gadis itu mengerutkan dahinya.


“Aku perasan hari ni dia lain macam sikit. Tak pernah-pernah aku nampak dia tekun menelaah macam hari ni. Dengan kawan-kawan dia pun, dia buat tak tahu je. Kan?” soal Dania dengan mimik-mimik mukanya sekali.


“Yang tu pun betul jugak. Tapi aku perasan benda lain.” Balas Fazura.


Dania menoleh sekali lagi.


“Apa yang lainnya?” giliran Dania pula mengerutkan dahi.


“Aku perasan yang dia banyak kali toleh pandang kau.” Ujar Fazura agak teruja.


Dania mematikan langkah. Begitu juga Fazura. Tanpa menunggu reaksi sahabat baiknya itu, Fazura menyambung lagi.


“Betul. Aku tak tipu. Kau tak perasan agaknya. Tapi aku nampak. Memang banyak kali dia toleh pandang kau.” Ujar Fazura bersungguh-sungguh.


Bibir Dania menguntum senyum.


“Dia pandang orang lain tu. Buang tebiat ke tiba-tiba asyik nak pandang aku.” Balas Dania.


“Betul Dania. Ya Allah, berapa kali aku nak cakap ni. I’m sure. He was stared at you.” Fazura masih tidak puas hati, bersungguh-sungguh meyakinkan gadis itu.


“Ok, kalau betul kau nak suruh aku buat apa?” soal Dania.


Fazura tersengih-sengih mengangkat bahu.


“So, biarkan sajalah. Asalkan dia bahagia.” Ujar Dania lagi lantas berjalan meninggalkan gadis itu.
Fazura terkial-kial mendapatkannya.


“Dan asalkan kau pun bahagia.” Ujarnya mengacah-acah gadis itu.


Dania buat tak endah. Lagi dilayan, bertambah giat si Fazura ni.


**********


Dania mengetuk pintu berlahan lantas memulas tombol dan melangkah masuk. Abang Danial sedang menyuapkan bubur nasik ke dalam mulutnya perlahan-lahan. Pemuda 25 tahun itu melemparkan senyuman kepadanya. Pantas Dania menyalam lelaki itu.


“Abang macam mana hari ni?” soal Dania sambil mencapai sudu daripada tangan lelaki itu dan menyuapkan bubur ke dalam mulut Danial.


“Alhamdulillah. Semakin baik. Cuma kadang-kadang sakit dekat kepala ni ada lagi.” ujar Danial perlahan.


Dania memeriksa balutan di kepala abangnya itu. Tompokan darah kering kelihatan jelas di dahinya. Sesekali Danial mengaduh kecil apabila jari Dania menyentuh bahagian luka itu.


“Ganasnya Dania ni.” Danial berpura-pura marah.


Dania tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu. Lantas dia kembali menyuapkan bubur tadi.


“Cuba abang cerita dekat Dania. Apa punca abang accident ni sebenarnya?” soal Dania.


Wajah Danial berkerut.


“Dania tak tahu ke? Ayah dengan ummi tak bagi tahu?” Danial menyoal gadis itu kembali.


Dania sekadar mengeleng.


“Tak sempat nak tanya. Hah, kenapa? Ceritalah.” Pintanya.


“Kereta abang terjunam dalam perit sebab nak elak motosikal yang potong kereta abang masa tu.” Ujar Danial ringkas.


“Laa, kenapa abang elak? Biar je la motor tu potong.” Dania meletakkan mangkuk bubur tadi ke tepi dan mencapai ubat-ubat di tepi katil.


“Habis tu nak biarkan budak tu rempuh lori balak dekat depan?” Danial membalas.


“Biarkanlah.” Selamba Dania menjawab.


Dia melihat pandangan abangnya mencerun. ‘Aah, abang ni terlalu baik sampaikan sanggup bahayakan nyawa sendiri untuk orang lain.’ Gadis itu mengomel sendirian. Tiga biji ubat berlainan jenis diberikan kepada Danial satu persatu.


“I’m sorry. I didn’t mean it. Dania sayangkan abang. Kita dua beradik je. Kalau terjadi apa-apa dekat abang, Dania tak ada siapa-siapa lagi dah.” ujar gadis itu sebak. Setitis air matanya menitik membuatkan Danial tersenyum lalu mengesat tangisan adik kesayangannya itu.


“Abang lagi sayangkan Dania. Apa menangis depan abang ni. Comot dah.” ujar Danial sempat mengusik.


Danial tertawa kecil. Namun hiba dihatinya masih tidak dapat dibendung. Di dalam bilik air wad itu, dia menghamburkan tangisan semahunya.


**********


“Maafkan saya abang. Saya berdosa pada abang. Saya yang patut berada di tempat abang sekarang.” Seorang pemuda membelakangkan Dania. Dia bersungguh-sungguh merayu memohon maaf daripada Danial sejak dia masuk ke bilik itu.


‘Mungkin, dialah penunggang motosikal yang abang Danial cakapkan tu.’ Hati kecil gadis itu berbicara.
Danial memandang adiknya yang masih tercegat di muka pintu. Spontan, pemuda tadi juga turut menoleh. Dania tersentak. Pemuda itu pula menunduk. Berkali-kali gadis itu melafazkan istighfar dalam hati. Tak mungkin!


“Kenapa Dania?” soal Danial lembut.


“Awak ke punca kemalangan abang saya?” soalan itu diajukan tiba-tiba.


Pemuda itu mendongakkan wajahnya.


“Dania kenal dia?” soal Danial lagi.


“Kawan sekolah Dania. Satu kelas lagi. Syed Hafizi.” Dania menjawab lancar.


Danial mengangguk perlahan.


“Dan Hafizi tahu ke Dania ni adik abang?” soal lelaki itu lagi.


Hafizi pula mengangguk perlahan.


‘Patutlah Fazura cakap yang dia asyik pandang aku hari tu. Mungkin dia rasa serba-salah agaknya.’ Dania bermonolog sendirian.


Dania yang masih berdiri, tidak berkalih memandangnya.


“Boleh saya cakap dengan awak sekejap?” soal Hafizi tiba-tiba.


Pandangan Dania bertaut dengan abangnya. Danial tersenyum tanda membenarkan. Dania memandang pemuda yang dicintainya dalam diam itu seketika. Tiada reaksi yang terluah. Lantas gadis itu mengangguk dan kembali keluar mendahului Hafizi.


“Dania, saya tahu saya bukan student yang baik di sekolah. Tapi percayalah. Saya betul-betul trauma bila tengok abang awak kemalangan depan mata saya. Saya betul-betul bersalah pada abang awak. Saya menyesal. Maafkan saya.” Ujar pemuda itu bersungguh-sungguh.


Dania sekadar memerhatikannya. Membiarkan lelaki itu meluahkan segala yang terbuku di hati. Raut penyesalan terpancar diwajah tampan pemuda itu. Tetapi sayang, sikapnya tidak setampan wajahnya. Dan dia hanya mampu berdoa agar lelaki yang dicintainya itu berubah suatu hari nanti.


“Dania, please jangan senyap macam ni. Saya tahu awak sayangkan abang awak. Saya menyesal. Sungguh saya minta maaf pada awak. Please, saya sanggup buat apa saja asalkan awak maafkan saya.” Hafizi tak putus-putus merayu. Sikapnya menimbulkan pelik di hati Dania.


Gadis itu bangun tiba-tiba. Hafizi tersentak. Melihat Dania mengisyaratkan jarinya ke kafe hospital tidak jauh dari situ, dia mengangguk. Beberapa minit kemudian, gadis itu kembali mendapatkannya.


“Nah minum air ni. Banyak cakaplah awak ni. Tak penat ke?” sengaja Dania menyoal lelaki itu dengan niat membuang gusar daripada hatinya.


Hafizi tersenyum sendirian. Gadis itu bukan seperti yang disangkakan.


“Awak ingat saya nak marahkan awak ke?” soal Dania lalu meneguk perlahan air minumannya.


Hafizi mengangguk lalu turut meneguk air minuman yang dihulurkan Dania tadi.


“So awak memang betul-betul tak marahkan saya?” soal pemuda itu kembali.


“Rasanya saya tak untung apa kalau marahkan awak. Abang saya tetap macam tu jugak.” Balas Dania.


“I’m terribally sorry for that. Please Dania, I’m begging for your pardon.”


“Abang Danial marahkan awak tak? Dia maafkan awak tak?” soal Dania pula.


Hafizi terdiam. Dia mahu menjawab tetapi belum sempat bibirnya terbuka, Dania lebih pantas memotong.


“Abang Danial tu lembut hatinya. Saya tahu, dia dah maafkan awak. Dia pun tak marahkan awak, betul tak?” Dania menoleh memandang rakan sekelasnya itu.


Hafizi sekadar mengangguk perlahan. Dania tersenyum.


“Kalau abang saya yang pernah terlantar di ICU tu boleh maafkan awak, kenapa tidak saya?” balas Dania lembut.


Lebar senyuman Hafizi saat mendengar kata-kata gadis itu. Bersinar-sinar matanya memandang Dania. Tidak terluah perasaannya. Tidak terucap bicaranya.


“Terima kasih, Dania.” Setelah sekian lama berdiam, akhirnya dia bersuara.


Dania turut tersenyum. Sukar untuk dia percaya, lelaki di sebelahnya itu ialah lelaki yang sama di sekolahnya yang gemar menimbulkan banyak masalah. Terimbas suatu ketika, dia pernah melihat Hafizi membuli seorang pelajar junior di belakang makmal. Pernah juga dia melihat lelaki itu bertumbuk dengan sekumpula pelajar di kantin sekolah. Sudahnya, dia dan kawan-kawan sekumpulan dipanggil ke bilik guru disiplin dan namanya dicatat di dalam buku rekod disiplin.


Kebisuan yang masih berleluasa membuatkan Dania kekok dan gelisah. Dia dapat melihat Hafizi seolah-olah cuba membuka mulut untuk bersuara tetapi entah kenapa tiada apa-apa yang mengisi kesunyian mereka ketika itu. Lantas dia bangun.


“Saya nak naik tengok abang saya.” Ujar Dania.


“Ok, jom.” Balas Hafizi sepatah. Pemuda itu turut bangun menurutnya.


Mereka berdua berjalan menuju ke wad Danial. Setiap kali Dania menoleh, setiap kali itulah Hafizi akan menghadiahkan senyuman kepadanya. Dia seorang yang baik. Naluri Dania meyakinkannya.


**********


“Dania, tolong saya letakkan buku-buku ni dekat rak sana.” Ustazah Zakiah meminta tolongnya.


Dania mengangguk lantas segera mencapai buku-buku yang dimaksudkan. Gadis itu berjalan ke arah deretan rak-rak di perpustakaan tersebut dan ketika itulah entah bagaimana lengannya boleh merempuh bucu rak hingga menyebabkan buku-buku yang dipegangnya tadi jatuh berselerak.


“Sorry, menyusahkan awak je.” Dania memohon maaf apabila dia terperasan seorang lelaki turut membantunya mengangkat buku-buku tersebut.


“No problem.” Balas lelaki itu seraya mengenyitkan matanya kepada Dania.


Ketika itulah peti suaranya terasa bagai mahu terkeluar. Dania hampir terduduk apabila menyedari siapa lelaki.


“Hafizi, awak buat apa dekat sini? Tak pernah-pernah saya nampak awak masuk library.” Soal gadis itu dengan selamba lalu bangun menyambut huluran buku-buku itu daripada Hafizi.


“Cari pasal. Eh, bukan. Saya cari awak. Saya memang tak ada reason lain selain daripada tu.” Hafizi tersengih memandangnya.


Dania meletakkan satu persatu buku-buku yang dipegangnya tadi di rak.


“Cari saya? Kenapa?” Dania menyoalnya lagi.


Hafizi kelihatan menoleh-noleh sekitar sebelum kembali memandangnya.


“Saya nak ajak awak keluar boleh?” lelaki itu menyoal perlahan.


Dania seperti terkaku. Seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.


“Keluar? Err... Hafizi, saya bukan tak nak keluar dengan awak tapi...” Dania sedikit gagap meneruskan kata-katanya.


“Never mind, saya faham. Awak tak biasa, kan?” soal pemuda itu kembali.


Dania menggigit bibir. Kasihan pula melihat lelaki itu seolah begitu mengharap.


“Petang ni saya nak jemput abang Danial keluar hospital. Kalau awak nak, awak boleh ikut sekali.” Akhirnya gadis itu bersuara.


“That’s great. Petang ni kita jumpa ok. Bye!” ujar pemuda itu girang lantas berlalu meninggalkannya.


“Hey, he has changed. Apa kau buat dengan dia Dania?” Fazura tiba-tiba menyampuk entah datang dari mana.


“Astaghfirullah. Zura, kalau ye pun nak sergah aku bagi salam dulu boleh?” tingkah Dania mengurut-urut dadanya.


“Dah bagi salam tadi kau yang tak dengar. Eh, aku nampak tadi korang berdua amboi-amboi dalam diam ye kau Dania. Hari nak kiamat ke? Tak pernah aku dengar suara Hafizi lembut macam tu.” Soal Fazura kepadanya.


“Entah. No komen.” Jawab Dania ringkas.


“Oh, macam ni kawan. Tak pe, aku mogok dengan kau hari ni, besok, lusa, tulat, minggu depan, dua minggu depan, tiga miggu depan...”


“Syhhh, ni library la. Ok, nanti aku cerita. Jom masuk kelas dulu. Waktu rehat dah habis ni.” Dania pantas menarik lengan gadis itu sekaligus memotong percakapannya.


Fazura tersenyum riang.


**********


“Ayah, ummi, Dania nak kenalka ni...”


“Hafizi, kawan sekolah Dania, kan?” Haji Idrus memotong kata-kata anak gadisnya itu membuatkan Dania sedikit terperanjat.


“Ni mesti abang Danial bagitahu.” Rungutnya sendirian.


“Taklah. Ayah dengan ummi memang dah kenal lama dengan Hafizi ni. Anak Datuk Mukhsin kan?” soal Haji Idrus lagi sambil menepuk-nepuk bahu anak muda itu.


Hafizi kelihatan mengangguk perlahan.


Dania terkedu. Anak Datuk?


“Tapi Hafizi tak pernah bagitahu pun yang...” gadis itu terus bermonolog sendirian.


“Nanti lepas ni korek banyak-banyak lagi ye. Dah, tercegat apa lagi tu? Nak gantikan abang duduk dekat wad ni ke?” Danial mencuit bahu adiknya itu seraya berjalan mendahului.


Dania sempat memandang Hafizi. Lelaki itu sempat melemparkan senyuman kepadanya sebelum keluar dengan membimbit beg pakaian Danial.


“Makcik, pakcik, abang Danial.” Suara Hafizi tiba-tiba memecahkan suasana sebaik tiba di kawasan tempat letak kereta.


“Ada apa Hafizi?” soal Hajah Saidah.


“Saya nak minta izin daripada pakcik, makcik dan abang untuk bawa Dania keluar sekejap boleh?” lelaki itu memberanikan diri memohon izin.


Dania tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutnya mendengar permintaan lelaki itu. Segera dia menyampaikan isyarat mata tanda tidak senang dengan tindakannya.


“Hafizi datang tadi bawa kereta kan?” Haji Idrus menyoal.


Lelaki itu menyangguk perlahan.


“Pergilah. Tapi jangan balik lewat malam.” Mudah sahaja lelaki itu memberikan persetujuan.


Hafizi berkali-kali mengucapkan terima kasih. Setelah bersalam dengan lelaki itu dan Danial, dia kemudian melangkah ke keretanya. Dania hanya menurut. Sejurus Hafizi mempersilakan dia masuk, Chevrolet hitam itu meluncur laju keluar daripada perkarangan HKL.


**********


“Saya tak tahu macam mana nak mulakan.” Hafizi bersuara sebaik sahaja selesai memesan makanan di restoran yang agak eksklusif petang itu.


“Hafizi, boleh saya tanya awak sesuatu?” Dania tidak menunggu lama. Persoalan di benaknya harus dirungkaikan segera.


“Apa dia? Tanyalah.” Balas lelaki itu.


“Apa yang membuatkan awak berubah, Hafizi? Dulu awak... Err, maksud saya dulu awak... tak macam ni.” Dania cuba berlapik kata.


Hafizi tersenyum mendengar soalan itu. Dia faham apa yang cuba disampaikan Dania.


“Saya tahu saya memang budak jahat di sekolah. Saya suka kacau orang, buli orang, ponteng sekolah. Berapa kali masuk bilik disiplin pun, saya macam tu jugak.” Hafizi meluahkan kata-katanya.


“Tapi sekarang saya perlahan-lahan cuba untuk berubah. Saya tahu apa yang saya buat selama ini salah. Tapi seseorang telah mengubah hidup saya.” Ujar Hafizi lagi.


Dania tersentak. Dia seakan tahu apa yang ingin diperkatakan oleh lelaki itu seterusnya.


“Dania, saya... cintakan awak.” Bagai mahu tersedak air minuman yang sedang dihirup gadis itu. What? Suasana hening beberapa ketika. Pelayan restoran tiba di meja mereka menghantar makanan yang dipesan.


“Sorry, saya tak patut cakap macam tu.” Hafizi bersuara lagi. beberapa kali dia menghirup minumannya, menghilangkan gemuruh di hati.


Dania hanya tersenyum. Perlahan-lahan mindanya berlegar mencari ayat yang sesuai untuk dituturkan.


“Saya sedar Dania, saya tak layak untuk awak. Siapa saya kalau nak dibandingkan dengan awak. Tapi saya tak tipu. Sejak pertama kali saya nampak awak dekat sekolah, pertama kali awak datang sebagai pelajar baru dekat sekolah tu, saya terus jatuh cinta pada awak, Dania. Saya... sayangkan awak.”


Kata-kata itu bagaikan satu kuasa yang menolak tubuh Dania seperti di awangan. Bibirnya terus kaku untuk berbicara. Dia tidak mampu berkata-kata.


“Saya masih berlagak seolah-olah saya tiada perasaan pada awak sedangkan setiap masa hanya awak dalam ingatan saya. Tapi bila saya dapat tahu abang Danial tu abang awak, jantung saya seolah-olah nak tercabut awak tahu. Waktu tu saya rasa bersalah yang teramat sangat. Saya bayangkan bagaimana kalau yang kemalangan itu ialah awak, orang yang saya sayang.” Luah Hafizi lagi.


“Tapi kenapa... saya?” soal Dania teragak-agak akhirnya.


“Mama dengan papa saya businessman and women. Mereka sibuk dua puluh empat jam sampai saya nak nampak muka diorang dekat rumah pun susah. Kadang-kadang diorang bergaduh depan mata saya. Saya stress. Saya tension.”


“Bila saya join geng-geng nakal dekat sekolah tu, saya rasa seronok. Saya bebas buat apa yang saya nak. Bagi saya beban saya tu hilang bila saya dapat buli orang, buat jahat dekat orang, berseronok dengan kawan-kawan.”


Dania hanya mampu mengeleng mendengar satu demi satu pengakuan daripada lelaki itu.


“Awak tahu tak apa yang awak buat tu salah, Hafizi?”


“Ya, saya tahu. Dah banyak kali saya cuba nak berubah. Tapi setiap kali saya mengelak daripada kawan-kawan saya, setiap kali itulah diorang akan mempersendakan saya, ejek-ejek saya. Kadang-kadang saya terfikir yang saya ni memang langsung tak berguna.”


Dania mengeleng lagi. Pinggan di hadapan lelaki itu ditolak perlahan.


“Dahlah tu Hafizi. Saya dah lapar sangat ni. Makanan pun dah sejuk. Awak tak nak makan ke ke? Kalau tak nak, saya boleh habiskan makanan awak tu.” ujar Dania berseloroh seraya menadah tangannya, membaca doa.


Hafizi tertawa perlahan melihat tingkah gadis itu. Dia juga turut menadah tangannya. Dalam diam, dia tahu, tidak salah lagi, Dania Aishah, itulah orangnya. Hafizi tersenyum menatap wajah jernih di hadapannya itu. Dania sekadar mengangkat kening.


“Kenapa pandang saya macam tu?” soal Dania perlahan. Memerah wajahnya menahan malu.


“Awak tak nak cakap apa-apa?” soal Hafizi kepadanya.


“Cakap apa?” Dania menyoal kembali.


Hafizi sekadar mengeleng perlahan lalu tunduk kembali menyuap makanannya. Namun Dania dapat menangkap sebaris lirik lagu kartun Barney and Friends yang dinyanyikan oleh Hafizi, ‘want you say you love me too.’ 


Gadis itu tertawa perlahan. Dia terus menyuapkan makanannya tanpa sepatah kata.

No comments:

Post a Comment