Monday, February 13

MAYA QALESSA - NIK ADRIAN LEE


Sebuah fail bewarna merah jambu dengan bunga-bunga kecil di sudutnya itu aku dekatkan ke dada. Aku peluk seerat mungkin seolah-olah fail itu mampu menenangkan perasaanku yang sedang tidak tenteram ketika ini. Peluh didahi aku seka berkali-kali.



“Panasnya hari ni.” Aku bersuara seraya membetulkan cermin mata bingkai besar yang agak senget akibat mengesat peluh tadi.




Aku memandang keliling, di sekitar kawasan Fakulti Seni dan Persembahan di UniKL itu. Perasaanku bertambah gementar melihat pelbagai gelagat menusia kiri dan kanan yang sedang giat berlatih suara, menari, bermain alat muzik sedangkan aku...




Renik peluh di dahi terasa semakin menjadi-jadi. Kipas dan pendingin hawa yang sedia terpasang di sekitar kawasan temuduga itu, sama saja seperti tiada.




“Aaah, siapa pulak yang buta ni. Hoi, sedap layang kaki.” Suara kuat seorang lelaki menarik perhatianku serta-merta. Tidak jauh dari tempat dudukku ketika itu.




Seorang lelaki tinggi lampai yang meninggikan suara tadi sementara seorang lagi duduk sambil mengeliat seolah-olah tiada perasaan akibat dijerkah lelaki tinggi itu.




“Is it my turn already?” lelaki yang sedang duduk itu bersuara lantas mendongakkan kepalanya.




“Oh, sorry.” Lelaki tinggi lampai tadi membalas.




Aku tersenyum kecil. Sama ada lelaki tinggi itu tidak faham apa yang diucapkan kepadanya ataupun dia memang betul-betul meminta maaf walaupun kedengaran tadi seperti dia yang naik angin terlebih dahulu. Aku mengangkat bahu seakan lupa terus perasaan bercampur-baur sebentar tadi.




“I said, is it my turn now?” lelaki yang sedang duduk itu mengulangi soalannya. Siap menghalakan jari telunjuknya ke dada lagi.




Sementara lelaki tinggi lampai di hadapannya itu pula kelihatan meluat. Aku seakan terdengar dia bersuara, ‘apa-dia-cakap-ni?’ Aaah, jangan gelak dulu Yaya. Aku mencubit lenganku sekuat hati.




“I’m sorryyyyy.” Dengan dua tapak tangannya yang bercantum, lelaki tinggi lampai itu juga mengulangi ayatnya tadi dengan intonasi yang agak pelik.




Aku syak, ini mesti kes kurang english education daripada ibu bapa dan penjaga ni. Tiada pilihan lain, aku melambaikan tangan memberi isyarat agar lelaki yang sedang duduk tadi mengalihkan perhatiannya kepadaku.




“Err, it’s gonna be a while for you. Cause number 1200 has gone in.” Ayat itu, aku teragak-agak menuturkannya.




Itu pun setelah memandangkan tiada tanda-tanda orang lain ingin masuk campur atau mempedulikan dialog ayam dan itik antara dua lelaki yang jelas sekali sedang menunggu giliran untuk di’audition’ sepertiku.




“Well, thank you miss...”




“It’s Maya.” Aku cepat-cepat menyambung.




Aaah, ‘cute’nya dia tanya nama aku. Siap senyum lagi. Hatiku melonjak gembira serta-merta.




“Well Miss Maya, will you let me know when it’s my turn please. It’s been a long time for me to wait for it.” Ujar lelaki itu lagi.




“Sure I will. It’s 1212 isn’t?” aku sengaja menyoal meskipun yakin itulah nombor gilirannya yang kulihat pada tag lelaki itu.




Dia mengangguk mengiakan.




“Pedia depa duoghang ni. Pelik aih.” Lelaki tinggi lampai yang hampir halimunan dari pandanganku itu tiba-tiba bersuara. Memandang aku dan lelaki cute di hadapan mataku itu silih berganti lantas dia berlalu. Aku tidak peduli.




“Ok.” Aku tersenyum mengangkat jariku kepada lelaki ‘cute’ tadi.




“1207.” Bunyi pembesar suara kedengaran.




“Alamak...” aku tidak menoleh kiri-kanan lagi. Sepantas yang boleh aku menghilangkan diri ke bilik auditon tanpa sempat bertanya nama lelaki itu apatah lagi mengorek latar belakangnya. Aaah, stress!




*******




Lagu ‘Someday’ nyanyian IU yang aku persembahkan di hadapan juri semalam, akhirnya membuatkan aku berjaya menjadi sebahagian daripada pelajar mojor in music di fakulti seni dan persembahan ini. Orang yang paling gembira? Semestinya mama dan papa. Pulang ke rumah semalam, segala jenis masakan kegemaran aku siap terhidang di hadapan mata. Nikmatnya hidup, Tuhan saja yang tahu.




“Profesor Yasmin?” suara seorang gadis kedengaran di belakang tempat dudukku ketika itu.




“Mentor hang? Aku pun Profesor Yasmin jugak.” Seorang lelaki pula menyampuk. Macam aku kenal suara tu.




“Betul ke? Baguslah kalau macam tu. Saya...”




“Yuhanez. Hang auditon dengan kawan hang semalam tapi hang soghang ja yang terpilih kan?” aku mendengar lelaki itu bersuara lagi. Dengan menggunakan cermin solek kecil yang kuambil dari dalam beg, aku mencuri-curi pandang melihat pemilik suara tadi.




Lelaki tinggi semalam. Alamak! Takkan satu kelas dengan aku.




“Oh, awak tengok auditon saya?” Gadis bernama Yuhanez tadi pula berkata.




“Hang memang hebat. Nyanyian hang semalam memang touching habes.” Lelaki itu terus memujinya.




“Nama aku Zamri. Boleh panggil Ijam.”




“Saya pun tengok audition awak semalam. Memang best. Nama saya Julia.” Seorang gadis pula muncul di sebelah kanan Yuhanez. Lalu aku menoleh.




“Saya Maya.” Ujarku sambil menghulurkan tangan. Mereka bertiga diam. Huluran tanganku juga tidak bersambut.




“Berat hang berapa kilo?” Ijam tiba-tiba bersuara.




Hah? Aku membuntangkan mata sebaik mendengar bunyi derap tapak kasut tumit tinggi serentak dengan kelas yang sunyi sepi.




“Ok class, within five minutes, find your partner for your first assignment. Starting now!” Tanpa salam, tanpa amaran, suara seorang wanita lewat 20-an bergema menerusi mikrofon di dalam dewan kuliah itu.




Serentak itu juga, seisi kelas menjadi bingit dengan suara kelam-kabut orang ramai mencari pasangan masing-masing untuk tugasan pertama yang diberi. Semestinya pasangan aku bukan Ijam! Argh, hari pertama kelas dah ada mulut yang lantang sangat sebut saiz XL aku ni. Ok, triple XL actually. Habis tu apa masalah dia?




“Time’s up!” wanita itu bersuara lagi.




Dah tamat? Habis siapa partner aku? Takkan student dalam kelas ni nombor ganjil kot?




“Who’s there? The one who doesn’t have a partner?” wanita itu menunjukkan jarinya tepat ke arahku.




“Me.. Maya.” Ujarku sedikit gagap.




“Well it should be...”




Pintu kelas tiba-tiba terbuka. Seorang lelaki kelihatan tenang masuk dengan beg sandang lantas mendapatkan pensyarah yang belum memperkenalkan dirinya lagi itu dengan selamba. Eh, itu lelaki mat saleh semalam? Seriously dia satu kelas dengan aku?




“Sorry, I couldn’t find the class.” Suara lelaki itu kedengaran jelas sekali.




“Habislah hang. Yasmin tu menakutkan tau dok.” Suara Ijam kedengaran di belakangku. Entah dia bercakap dengan siapa aku pun tak pasti.




Jadi, inilah Profesor Yasmin yang diorang sebut-sebut tadi.




“Your name please.” Aku melihat Profesor itu sekali lagi menunjuk ke arah aku.




“It’s Maya, mam.” Ulangku sekali lagi.




“Not you my dear. The one at behind.” Ujar wanita itu lagi. Aku menoleh.




Zamri kelihatan tercengang-cengang apabila aku menoleh kepadanya.




“Yes, you.” Profesor Yasmin bersuara lagi.




“Za... Zamri.” Lelaki itu bersuara sedikit teragak-agak.




“You lose 10 marks for interuppting the class.” Suara Profesor Yasmin tegas.




Aku tertelan liur. Jarak Zamri dan Profesor Yasmin agak jauh juga. Tak sangka telinganya begitu tajam. Aku perasan agak lama lelaki itu diam. Semestinya dia mengambil masa yang agak lama untuk mencernakan ayat Profesor Yasmin sebentar tadi. Bibirku spontan tersenyum.




“Aa.. awat saya pulak yang kena potong markah, prof? Dia yang mai lambat.” lelaki itu menjawab dengan berani.




“If you feel wrong, then you should be the best student in my class.” Ujar Profesor Yasmin sambil tersenyum menoleh ke arah lelaki yang masih tercegat di sebelahnya itu.




“So you’re?”




“I’m Nik Adrian Lee.” Ujar pemuda itu sekaligus memperkenalkan diriya di hadapan kelas dengan sangat bergaya. Kacaknya dia...




“Well Nik, you can have Maya, the only one left there as your partner. So, take your seat.”




Penutup yang bagus Profesor Yasmin. Profesor memang hebat sebab memberikan Nik pasangan yang paling ideal seperti saya. Nik mengangguk lalu berjalan mengambil tempat di sebelahku. Mungkin dia perasan aku tatkala mata kami bertentangan tadi. Senyumannya yang manis itu, hidungnya, matanya yang kecil, kening, rambut...




“I’m Nik. It’s my pleasure to have you as my partner.” Lelaki itu menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan pertama kami.




Aku dapat merasakan jantungku seperti tidak dapat dikawal. Kalau dibiarkan berterusan untuk beberapa minit lagi, barangkali ia akan keluar dari tubuh badan aku. Cermin mata kubetulkan letaknya, lantas menyambut huluran tangan itu.




“Maya Qalessa.” Ujarku.




“What a beautiful name.” Balas Nik.




Aku tidak mampu bernafas lagi. Somebody please help me...




*******




Bagi gadis seperti aku, tiada apa yang lebih membahagiakan daripada ditemani oleh lelaki kacak seperti Nik ke sana sini. Walaupun atas dasar tugasan bersama, namun aku tetap berasa bangga. Pasti terjentik rasa cemburu setiap mata yang memandang.




“I tengok you audition hari tu. Your voice... it was amazing.” Pertama kalinya aku mendengar Nik bertutur dalam bahasa Melayu. Walaupun masih bercampur dengan lidah Inggeris, namun pujiannya membuatkan aku agak tersentak ketika itu.




“Really? Thanks. And your dancing, it was awesome too.” Aku membalas perlahan.




Keadaan di dewan serbaguna ketika itu agak sesak dengan orang ramai yang beratur untuk mengambil uniform rasmi UniKL masing-masing. Dan kebetulan pula kami berdua baru selesai melakukan perbincangan bagi tugasan Profesor Yasmin, lantas dia mengajakku untuk pergi bersama.




“Nah. Maybe you haus. Sejak kita buat discussion tadi you tak makan minum apa-apa pun kan?” aku menghulurkan sebotol air mineral kepadanya. Kalau dia menolak tak mengapa. Dah biasa dilayan macam tu.




“Thanks.”  Nik menyambut huluran tersebut tanpa banyak soal.




Aku mengangguk melayan perasaanku yang sedang berbunga-bunga ketika itu. Teryata dia bukan seperti lelaki lain yang sering memperlekeh dan mempersendakan pelawaanku seperti selalu.




“Kain apa besaq semacam ni? Baju ka cadaq?” kedengaran suara dialek utara yang jelas sekali milik Zamri di hadapan. Berdekatan dengan kaunter dan sedang memegang sehelai kot siap dengan tag nama padanya.




“Dah boleh buat khemah dah aku tengok.” Suara pelajar lain pula kedengaran menyampuk.




“Alamak, jangan cakap dia nak baca nama dekat tag tu.” Aku spontan berbisik sendirian. Tidak pasti sama ada Nik dengar atau tidak. Yang pasti, baju kot itu memang mempunyai saiz yang luar biasa dan sudah terang lagi bersuluh siapa pemiliknya.




“Oh, please don’t say it out loud.” Aku segera menutup telinga dengan hujung tapak tanganku.




“Siapa punya nama ni? Ma...”




“Nik Adrian Lee. Aku memang saja mintak saiz besar. Bak sini baju aku.”




“Hah?” aku menoleh sebelahku. Nik tiada di situ.




“Hang agak-agaklah nak pakai saiz triple hok lagu ni. Dua kali ganda besaq dari hang tau dok?” suara Zamri kedengaran lagi.




Nik berdiri di hadapannya, cuba merampas kot itu dari tangan Zamri. Aku tidak mampu terus berdiri di situ. Terasa malu yang teramat sangat apabila saiz tubuh badanku dipersendakan begitu.




“I’m just saying that mine is mine. Do you have any problem with it?” aku masih sempat menangkap butiran Nik semasa berjalan keluar dari dewan serbaguna itu. Selebihnya aku tidak tahu apa yang mereka kelahikan.




Cuma aku tidak pasti bagaimana Nik tahu bahawa Honda Jazz bewarna saphire blue itu adalah milik aku dan kot aku di letakkan elok di dalam plastik wrap di bahagian enjin hadapan. Aku pantas menoleh keliling namun tiada pula kelibat dia.




Nik, awak manis sangat.




*******




Mama dan papa kelihatan sedang menikmati minum petang di halaman rumah ketika aku sampai. Bau kek keju segera menjengah hidung. Lalu aku mempercepatkan langkah ke arah mereka.




“Lambat balik hari ni sayang.” Papa bersuara tatkala aku mencapai tangannya untuk bersalam.




“Yaya ada discussion tadi. Lepas tu pergi ambik blazer dekat dewan kolej. Beratur panjang, tu yang lambat sikit.” Ujarku seraya mengambil tempat di sebelah mama dan turut menyalamnya.




Piring kecil di atas meja segera kucapai dan mengisi sepotong kek keju di atas meja itu. Mama pula menuangkan teh limau hangat ke dalam cawan. Wanita lewat 40-an itu tersenyum.




“Discussion dengan hot guy, apa dia kisah nak balik lambat, pa.” Mia Arissa menyampuk dari balkoni bilik tidurnya.




Aku mendongak, segera menjengilkan mata kepadanya. Mana-mana pun dia ada.




“Mia ni, janganlah diusik adik tu. Meh sini minum sekali.” Mama memanggil gadis itu turun menyertai kami.




Aku malas mahu peduli. Memang hobi kakakku itu mencari pasal setiap kali berkesempatan.




“Nik?” teka papa.




Aah, sememangnya tiada apa yang aku mampu sembunyikan daripadanya. Aku memberi isyarat mata ‘mama-ni-memang-tak-boleh-simpan-rahsia’ kepada mama. Wanita itu ketawa. Aku kemudian meneruskan suapan kek keju sejurus mengangguk menjawab pertanyaan papa.
Mia Arissa mendapatkan kami beberapa ketika kemudian.




“Makan lagi, badan tu naik berkilo-kilo nanti tahulah.” Mia mencapai piring kecil di hadapanku dengan selamba.




“Kakak!” aku menjerit kecil dengan tindakannya itu.




Papa menegah namun gadis itu langsung tidak peduli.




“Dah jadi student art and performance, Yaya kena ambil berat tentang penampilan ok. Berapa kali kakak nak cakap, diet!” Mia memberi ceramah petang kepadaku.




“I don’t care. Siapa suruh mama buat cheese cake ni.” Aku menjuihkan bibir sambil cuba mencapai piring kecil daripada Mia namun tidak berjaya.




Mama mengetap gigi.




“Mama buat untuk papa.” Ujar wanita itu disambut dengan anggukan papa.




Aku mengeluh perlahan.




“Maya Qalessa.” Panggilan Puan Maria semasa kelas jasmani tadi terimbas kembali di ingatan.




Aku akur melangkah ke depan, berdiri di atas mesin penimbang berat dan pengukur ketinggian itu.




“Tinggi, lima kaki empat inci. Berat...”




“Err, puan. Tak payahlah sebut kuat-kuat. Eh?” aku tersengih-sengih memandang wanita itu.
Puan Maria tersenyum.




“79kilo, 174 paun!” Bagai mahu gugur jantung aku mendengar pengumuman Puan Maria itu. Siap bagi dalam unit paun lagi. Terima kasih banyaklah Puan Maria. Mujur sesi lelaki dan perempuan dibuat berlainan. Tapi eh? 79?




“Oh, saya dah turun 3kilo.” Aku tersenyum gembira sambil menepuk-nepuk perut semasa turun dari penimbang berat itu.




Puan Maria tersenyum lantas mengarahkan seisi kelas kami berkumpul mendekatinya.




“Kelas, kamu tahu berat yang saya sebutkan tadi bukan berat sebenar kamu. Tapi berat sasaran kamu untuk kelas minggu depan.”




“Hah? Pardon?” aku memandang Puan Maria dengan harapan apa yang aku dengar tadi silap.




“Jangan lupa minggu depan. Ok, kelas bersurai.” Selamba wanita itu mencapai failnya di atas meja dan berlalu keluar dari kelas itu.




“Nak hilang 3 kilo dalam masa seminggu? This is absurd.” Aku merungut sendirian seraya menghentak-hentakkan kaki sebaik keluar dari kelas itu.




“You tinggal dekat mana, Maya?” soal salah seorang daripada rakan kelasku menegur. Oh, dia Yuhanez.




“TTDI.” Jawabku perlahan.




“Oh, dekat je. Kalau macam tu, apa kata you datang kolej jalan kaki. Paling-paling malas pun you naik public transport. Jangan makan apa-apa siang atau malam. Dengan cara tu saja you dapat hilangkan 3 kilo dalam masa seminggu.”




“Dan jangan lupa, kalau you tak berjaya kurangkan berat badan you, 50 markah akan ditolak. Kalau you tambah berat pulak, 70 markah akan ditolak. Kalau berterusan selama 3 minggu macam ni, habislah pointer you, Maya.” panjang lebar gadis itu memberitahu.




Pengganti Puan Maria ke?




“Ok fine.” baik mama mahupun papa, seorang pun tiada tanda-tanda mahu memenangkanku.




Cukup-cukuplah peristiwa dalam kelas jasmani dan insiden sewaktu mengambil kot di dewan serbaguna tadi. Perlahan-lahan aku bangun mendapatkan barang-barang di dalam kereta lantas naik ke bilik.




“Yaya, kejap. Kakak bergurau jelah.” Mia mengejarku naik ke bilik. Aku menoleh.




“Are you having fun? Yaya tahula kakak tu model, body cantik, tapi tak payahlah asyik nak bangkitkan pasal diet tu. Yaya tahu jaga badan Yaya sendiri.” Aku meluahkan kemarahan itu kepadanya biarpun aku tahu baik mama, papa, mahupun kakakku itu tidak pernah berniat menyakitkan hatiku. Malah, merekalah insan-insan yang paling memahamiku.




Cuma aku saja yang terlebih sensitif. Semuanya kerana peristiwa hari ini. Minggu pertama di kolej, semuanya ngeri, melainkan Nik. Aku menutup daun pintu apabila Mia tidak bersuara apa-apa.




*******




Menari-nari jari Nik memetik gitar memainkan intro Beribu Sesalan, nyanyian Ning Baizura, Shiela dan Jaclyn di hadapan kelas hari itu. Aku di sebelahnya menghayati sebaik mungkin lantas memulakan nyanyian. Seisi kelas senyap. Profesor Yasmin kulihat terangguk-angguk dari tempat duduknya. Itulah harinya aku membentangkan tugasan berkumpulanku yang pertama.




Nik yang mencadangkan agar aku menyanyikan lagu bernada tinggi itu. Katanya, dia mahu orang ramai memberikan tanggapan yang terbaik terhadap diriku. Tanpa sebarang bantahan, aku terus bersetuju.




“Sia-siaku...”




“Mencintaimu...”




“Setia padamu...”




“Percayakanmu...”




“Sebak dadaku...”




“Retak hatiku, luka jiwaku, dihiris pilu...”




“Beribu sesalan... ku...”




Tepukan gemuruh bergema di dalam dewan kuliah itu. Nik berdiri memegang gitar di sebelah tangan kanannya sementara tangan kirinya mencapai tanganku. Kami berdua tunduk serentak lantas kembali ke tempat duduk.




“Good job Nik and Maya. Next couple...” Profesor Yasmin terseyum memandang kami berdua sebelum memanggil pasangan seterusnya.




 “It’s perfect.” Nik berbisik kepadaku.




“Thank you. So do you.” Aku membalas perlahan.




*******




“Conveying Feeling Through Music is your test topic for this month.” Miss Velvet memulakan kelas sebaik sahaja mengedarkan slip kedatangan bagi kelas teori hari itu.




“How much of your emotions can be expressed and how well can you get listener into your song, is the basic remedies for theory of this topic.” Miss Velvet meneruskan syarahannya lagi.




“Kalau nak pendengar menangis dengar lagu kita, kita mesti menangis seribu kali daripada dia. Ok, no further explain. Lets warm up. Longgar-longgarkan otot muka, this is the simple one ok. We’re starting with love.”




Aku menurut satu-persatu arahan pensyarahku itu. Dengan membayangkan Nik, aku cuba mengekspresikan perasaan cinta seperti yang diminta oleh Miss Velvet. Begitu juga dengan rakan-rakan sekelasku yang lain. Nik yang duduk di sebelahku turut bersungguh-sungguh.




“Orang yang kamu cintai itu, berjanji untuk berkahwin dengan kamu.” Ujar Miss Velvet memulakan imaginasi kami.




Aku spontan mengukir senyuman.




“Yes.” Aku mendengar suara perlahan Nik.




“Tetapi pada malam hari pernikahan kamu berdua, orang yang kamu cintai itu terlibat dalam kemalangan dan mati.”




“God.” Kali ini aku menoleh memandang Nik. Sungguh, riak wajahnya nampak amat menyedihkan.




“Pada hari pengkebumian, ada orang memberitahu bahawa orang yang kamu cintai itu pernah menduakan kamu. Dan orang ketiga itu adalah kawan baik kamu sendiri.” Ujar Miss Velvet lagi.




“What?”Nik menggenggam tangannya seolah-olah cuba menahan marah.




“Kemudian kamu buka mata dan menyedari bahawa itu semua hanyalah mimpi.”




“Haaah...” lelaki itu menarik nafasnya dalam-dalam.




Aku juga. Terasa lega apabila membayangkan semua perkara itu hanyalah mimpi.




“Ok great. Nik, you’re really good at acting. You got the ability to adjust your emotions quickly. Yuhanez, Maya, and Nate, you guys did well too. And the rest, keep it up. I know you can do it better.” Miss Velvet menamatkan kelasnya pada hari itu.




“Tutorial next week, prepare a song and act together. Individually ok.” Ujar wanita itu lagi lalu melangkah keluar.




Aku mengangguk dan tersenyum puas. Nik sekadar mengangkat tangan kepadaku lantas keluar seperti tergesa-gesa. Aku mengangguk saja lalu mengemaskan barang-barangku dan bersiap-siap untuk pulang.




“Maya.” Suara itu kedengaran semasa aku melintasi courtyard menuju ke tempat letak kereta. Lantas aku menoleh.




Seorang gadis kecil molek berlari-lari anak mendapatkanku. Rasanya gadis itu turut berada di dalam kelas yang sama denganku tadi. Siapa nama dia? Aku tersengih-sengih memandangnya.




“Me?” soalan tak munasabah itu aku lontarkan kepadanya.




Gadis itu tersenyum dan mengangguk berkali-kali.




“Hai, saya Veanna. Boleh panggil Vee.” Ujarnya seperti tahu-tahu persoalan yang bersarang di kepalaku ketika itu.




“Oh, sorry. Saya memang susah sikit nak hafal nama orang. Tapi kita satu kelas, kan?” soalku kembali.




Veanna mengiakan.




“Sorry sebab panggil awak tergesa-gesa tadi. Saya sebenarnya nak mintak tolong sikit.” Ujar Veanna seraya menarikku ke gazebo yang memang disediakan di setiap penjuru courtyard itu. Aku akur.




“Kenapa ni?” aku sedikit suspen.




Gadis itu ketawa perlahan. Lucu melihat perubahan air mukaku barangkali.




“Jangan panik. Ini bukan emergency.” Gadis itu memegang tanganku pula.




“Ok, ok. So, apa masalahnya?” aku bertanya tidak sabar.




“Actually, saya nak mintak tolong awak, ajarkan saya teknik-teknik macam mana nak nyanyi lagu not tinggi dan macam mana nak feel dalam lagu semua tu. Sepanjang dua minggu saya dekat sini, saya nampak awak memang lain daripada student yang lain. Kalau boleh, saya nak minta awak jadi mentor saya. Boleh?” Veanna menghabiskan ayatnya dengan tersengih lebar.




“Hah? Awak ni gila ke?” aku memandang wajahnya dengan riak tidak percaya.




“Gila apa pulak? Saya serius ni.” Ujarnya lagi.




“Vee, saya pun sama-sama baru macam awak. Masih terkial-kial lagi nak belajar semua ni. Nak jadi mentor, lagi tak masuk akal.” Aku mengacah dia untuk melangkah pergi.




“Maya nanti dulu. Bukan macam tu maksud saya. Saya cuma nak awak kongsi tips-tips atau teknik yang awak praktikkan. Dalam kelas Profesor Yasmin, Miss Velvet, Sir Faizal. You’re really outstanding.” Veanna cuba menahanku.




“Madam Maria?” sengaja aku bertanya.




“Who cares about your size? Yang penting awak sangat berbakat ok. Everyone knows that.”




“Really is it because that you want to learn?” aku menyoal lagi.




Gadis itu mengangkat keningnya kepadaku.




“Are you expect me to ask Yuhanez yang berlagak diva tu atau Nate or Nik?”




“Why not?” aku memandang tepat wajahnya.




“Definitely not. So, awak boleh ke tidak ni?” Veanna mencapai kedua-dua tanganku dan menggoyang-goyangkannya.




“Ok, ok. Tapi bukan hari ni. I got a lot to do.” Ujarku.




“Yeay. Ok then tell me when you free. Thank you so much Maya.” Gadis itu memelukku dengan riang dan teruja.




Aku mengangguk lalu meminta diri untuk beredar.




*******




“Ini rahsia ok. Saya bagitahu awak sorang je rahsia saya feel setiap kali menyanyi.” Aku menarik tangannya menuju ke gimnasium tempat pelajar lelaki melakukan kelas jasmani, sebaik sahaja kelas Puan Maria tamat hari itu.




Veanna tergangguk-angguk.




“Ok, pinki promise. I will never let anybody knows.” Ujar gadis itu.




Aku mendekatkan bibir ke telinganya.




“Being in love.” Bisikku.




“In love?” suara kuat gadis itu hampir saja membuatkan aku melompat.




“Vee, you promised me!” aku membuntangkan mata.




“Ok, sorry, sorry. Are you serious? Being in love? Are you in love?” tanya gadis itu bertubi-tubi.




Aku mengangguk dengan yakin.




“Really? Dengan siapa? Classmate kita? Senior? Student fac lain?” gadis ni tidak penyabar rupanya.




Aku mengeluh perlahan. Dahlah suara macam pakai mikrofon.




“Tu, tengok sana. The one yang pakai singlet hitam yang tengah berlari atas treadmill tu.” Ujarku lagi.




Veanna kelihatan mencari-cari gerangan orang yang aku maksudkan.




“Nik?” soal gadis itu seraya menoleh memandangku.




Aku mengangguk lagi.




“Nik Adrian Lee? Budak lelaki mix melayu-cina-inggeris dalam kelas kita tu?” soal Veanna seperti tidak berpuas hati.




Aku sekadar tersenyum.




“Korang betul-betul in love? Maksud saya, korang betul-betul couple? Dating?”




“Belum lagi. Masih dalam proses mengenal antara satu sama lain.” Jawabku selamba.




Veanna kelihatan terduduk di bangku luar gimnasium itu. Aku menurut di sebelahnya.




“Unbelievable.” Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Veanna.




“You may not believe it but it is true. I’m in love with him. Ok look, botol air mineral dekat tangan dia tu, saya yang bagi. Label tu label syarikat papa saya so definitely tak ada orang lain yang ada botol mineral macam tu.” Aku tersenyum menunjukkan botol mineral yang aku pegang dengan botol mineral yang dipegang oleh Nik.




“Is that the only evidence?” soal Veanna.




“Of course not. Masa kitorang buat assignment untuk kelas Profesor Yasmin hari tu, setiap kali kalau ke mana-mana, dia akan bukakan pintu untuk saya, bawakan beg laptop saya. And sebab dia pakai motorbike, setiap kali kalau kitorang ke mana-mana, dia akan drive kereta saya untuk saya...”




“Maya!” suara Veanna yang sedikit meninggi itu membuatkan aku tersentak.




“Apa ni kacau orang feeling?” balasku geram.




“Saya rasa saya tahu apa feeling yang awak rasa setiap kali menyanyi dalam kelas.” Ujar Veanna tiba-tiba.




“Awak dah tahu? That’s being in love kan?” aku yakin dia akan bersetuju denganku.




“No. It’s self-delusion. Perasaan syok sendiri, awak tahu tak!” ujar Veanna dengan selamba lalu bangun dan berlalu dari situ.




“What?” aku terkebil-kebil memandangnya.




*******




“Lady first.” Awal pagi itu aku menangkap suara Nik di pintu masuk kelas. Kedudukan mejaku yang berdekatan dengan pintu semestinya membenarkan lagi andaianku itu.




Aku mendongak, serentak dengan itu Veanna masuk setelah dipersilakan oleh Nik tadi. Aku sedikit tersentak namun segera aku alihkan pandangan. Apatah lagi teringat tuduhan Veanna yang mengatakan aku ‘syok sondiri’ terhadap Nik petang semalam, aku tidak tahu siapa lagi kawan yang boleh aku percaya sekarang.




“Nik...” Veanna menoleh memandang lelaki itu.




Adegan itu memang jelas di hadapan mataku. Ok, jangan cakap Vee nak bocorkan rahsia aku semalam.




“Yes.” Jawab Nik.




“Are you interested in me?” soalan Veanna itu membuatkan aku mendongak memandang mereka berdua.




“What?” soal Nik yang jelas kelihatan terpinga-pinga. Lelaki itu sempat menoleh ke arahku dan tersenyum tawar. Barangkali malu apabila ditanyakan soalan begitu.




“Then, why you’re being nice to me?” soal Veanna lagi. Wajahnya selamba menyoal seolah-olah aku tidak wujud di situ.




“Hah? Is that wrong to treat people nicely?” soal Nik lagi. Pelik sangat nampak riak lelaki itu.




“Takkan you baik sangat. Takkan dengan semua orang you buat macam tu?”




Nik mengangguk




“What’s wrong with that? It’s called having a manners.” Balas Nik.




“No. In Malaysia, they called it does-everything-to-please. Dekat US you mesti tak pernah dengar kan?” ujar Veanna semakin berani.




“Does-everything-to-please? What is that mean?” soal Nik lagi.




“It means, ‘membodek’ orang.” Ujar Veanna dengan selamba lalu berjalan mengambil tempatnya.




“Hah?” jelas sekali riak wajah Nik ketika itu sangat tidak mengerti.




“Next time, don’t be nice to just everyone. This is Malaysia. It’s normal if you behave that way.” Entah bila Veanna berpatah balik, membuatkan lelaki itu bertambah tercengang. Dan aku juga.




“Man, what’s wrong with her?” Nik mengambil tempat duduknya di sebelah aku. Soalan itu juga seperti ditujukan kepada aku. Tiada apa yang mampu aku lakukan melainkan sekadar mengangkat bahu. Aku juga pelik.




*******




Aku mendapat panggilan daripada mama. Ketika itu aku baru sahaja tamat kelas Profesor Yasmin dan sedang bersiap-siap untuk ke kelas tarian. Mama memberitahu, kakakku Mia Arissa terlibat dalam kemalangan kecil sewaktu pulang dari tempat kerjanya. Setelah dirawat, dia terus dibenarkan pulang jadi mama berpesan agar aku tidak risau atau tergesa-gesa untuk balik ke rumah.




“Is she ok?” Nik yang duduk di hadapanku tiba-tiba menoleh.




“Hah?” aku pelik dengan pertanyaan lelaki itu.




“Sorry, I heard your conversation. And you look quite uneasy.” Ujar lelaki itu lagi.




Aku tergamam seketika dan mengangguk kemudiannya. Dia sangat prihatin. Detik hati kecilku.




“Kakak saya ok. Tangan dia patah sikit tapi doktor dah benarkan dia balik rumah.” Ujarku ringkas.




Nik terangguk-angguk.




“That’s a relief. Well then, are you going to our next class or not?” soal Nik.




Aku mengangguk pantas. Lalu berjalan bersama-samanya untuk ke kelas tarian yang diajar oleh Encik Faizal tetapi lebih mesra dipanggil Mr.Fa. Terkaku aku seketika apabila dia membukakan pintu untukku sama seperti yang dilakukannya terhadap Veanna semalam.




“Err, Nik.” Aku bersuara perlahan sebaik melangkah keluar dari kelas itu.




“Yes, Maya.” Nik dengan tenang berjalan seiring.




“Is that really... I mean, all those things selama ni yang you buat dekat I, Vee dan kawan-kawan yang lain for example you bukakan pintu, you bawa beg laptop, you know those manners, is that really your habit?” soalku kepadanya.




“You mean, the same thing I did just now? Open the door for you?” lelaki itu bertanya kembali.




Aku mengangguk perlahan. Biarlah apa pun yang difikirkannya. Aku cuma mahukan kepastian.




Nik mengangguk.




“Why?” soal lelaki itu lagi.




Aku tersenyum.




“Nothing. Jom, jalan cepat sikit. Nanti lambat pulak.” Ujarku lalu menarik tangannya.




*******




Selepas makan malam, aku naik ke bilik Mia Arissa. Kakakku itu sedang mengadap laptopnya di atas katil. Kelihatan seperti sedang berchatting.




“Boleh masuk? Kakak sibuk ke?” soalku sebaik menolak daun pintu.




“Nope. Come in.” Ujar Mia lantas meletakkan laptopnya ke tepi.




Aku naik ke atas katil itu dan melihat pergelangan kaki kanan Mia yang elok berbalut. Gadis itu tersenyum.




“Macam mana kakak nak kerja besok?” soalku perlahan ketika membelek-belek kakinya.




“Mestilah tak kerja. Nak catwalk apanya kaki tergeliat macam ni?” ujar Mia sekaligus menyeringai tatkala aku menyentuh otot berhampiran buku lalinya.




“Ouch, sorry. Lupa pulak my boss my boyfriend. Abang Danny tak datang tengok kakak?” soalku sambil mencapai sebuah novel yang terdampar di atas katilnya.




“Novel baru eh?” aku menyoal lagi sebelum sempat gadis itu menjawab. Alah, semestinya buah hati kesayangan dia tu datang. Soalan basi.




Mia mengangguk.




“Dialah yang bawa kakak ke klinik tadi. Novel tu dia belikan. Kakak tak habis baca lagi tau. Kalau nak pinjam besok boleh.” Ujar Mia lantas menarik kembali novel itu dari peganganku.




“Ok.” Aku meliarkan mata memandang sekitar biliknya yang berdekorasi gabungan merah dan putih. Sangat elegan sesuai dengan perwatakannya yang sangat sofistikated.




“Haah, tu nasi atas meja tu kenapa tak makan? Tak sedap?” soalku pantas sebaik ternampak dulang makanannya di meja tepi katilnya.




“Hish, banyak tanyalah budak ni. Assignment tak ada ke? Kerja sekolah? Kerja rumah?” soal Mia bertubi-tubi.




Aku ketawa mendengar soalannya itu.




“Hmm, ada. Tapi Yaya kena mintak tolong kakak. Kejap eh.” Aku pantas berlari ke bilikku dan mencapai gitar kesayangan di hujung katil.




“Ini individual assignment tau. Kakak listen and judge sebab Yaya nak present next week.” Ujarku lagi.




Mia tersenyum dan menganggukkan kepalanya.




Aku mula memainkan lagu untuk tugasan kelas Miss Velvet minggu depan. You’re Not Sorry nyanyian Taylor Swift menjadi pilihan.




Baru sahaja aku memulakan intro lagu itu, deringan lagu The Boys kedengaran dari poket seluar baju tidurku.




‘Nik? Apahal dia call aku malam-malam ni?’




*******




Keningku bertaut sewaktu melihat lelaki itu terpacak betul-betul di hadapan pagar rumahku. Terkejut, pelik, risau, semuanya bercampur-baur apabila melihat raut wajah itu lain daripada kebiasaannya. Nik meminta kebenaran papa untuk mengajakku keluar. Mujur malam masih awal dan papa mengizinkan dengan syarat, pengawal peribadinya akan menemani kami bersama.




Lalu aku memandunya ke syarikat papa. Lift berhenti di aras paling atas. Dan aku mengajak Nik mendaki tangga untuk ke bahagian ‘open roof’ bangunan itu.




“I tak pernah bayangkan ada bumbung bangunan secantik ni.” Nik meluahkan kekagumannya sebaik melangkah ke taman kecil di hadapan matanya itu.




Aku tersenyum gembira. Suasana malam yang cerah dengan bintang-bintang pada malam itu menambahkan lagi keindahan taman yang berkonsepkan ala jepun yang menjadi tempat bermainku sekian lama. Bertemankan Nik, jejaka yang menarik perhatianku sejak pertama kali aku memasuki kolej, dan pertama kalinya kami berdua-duaan dalam suasana romantik di sini.




Ok, pengawal peribadi papa ada dekat sudut taman memerhatikan kami.




“Thanks. Tapi you tak cerita lagi kenapa you beriya ajak teman you keluar malam ni?” soalku sewaktu mengambil tempat berdiri di sebelahnya mengadap seluruh bandaraya Kuala Lumpur.




“Maya kenapa you tak pernah bagitahu I yang you ada port best macam ni? Kalau I tahu, tak payah penat-penat I jamming dengan kawan-kawan I petang tadi.” Ujar Nik sambil menoleh ke arahku.




“Tadi dalam phone you cakap you stress and you nak I teman you keluar. It is just automatically I teringatkan tempat ni and sebab tu I suruh you datang. Tapi you tak bagitahu secara detail lagi what, why, when, who, where...”




“Ok sayang, ok, ok I bagitahu. Can we have a seat, first?” lelaki itu menahanku daripada terus bercakap dan sememangnya dia berjaya.




Di meja kecil di tengah-tengah kanopi taman itu dia mengambil tempat. Bertentangan denganku dan menatap mataku. Malam yang dingin itu, kurasakan hangat dengan kehadiran dia. Yaya, behave yourself.




“Remember kelas Prof Yasmin dua hari lepas? Right after the class ended, she asked me to make duet performance dengan Yuhanez.” Ujar Nik perlahan.




“What? Why? Kenapa Yuhanez?” aku tiba-tiba gagal mengawal perasaan sebaik mendengar nama gadis yang paling menjengkelkan di dalam kelasku itu disebut.




Nik sekadar mengangkat bahu.




“Seriously, I don’t know what is that performance for. Prof Yasmin suruh kami practice and by the end of the month dia nak tengok. This is rubbish. I tak rasa I dapat get along dengan perempuan macam tu.” Balas Nik. Wajahnya kelihatan kusut dan seperti tidak terurus.




“Well, sorry for the respond earlier. To be honest, I doesn’t feel that I can get along with her in any situation as well but I got my own reason tapi you... I tak faham.” Ujarku.




“Of course I ada reason I sendiri. Almost sebulan you kenal I, for sure you dah boleh agak yang I bukan jenis nak unfriend dengan orang sesuka hati, right?”




Aku mengangguk mengiakan. Fakta yang sangat jelas.




“Ok, I bukan nak paksa you ceritakan apa reason yang buat you rasa annoyed dengan dia tapi at least you can tell me how to please your feeling right now. You know Nik, you look like a mess. Totally.” Ujarku seraya mencapai gitar yang kubawa dari rumah tadi.




“Nak I nyanyikan lagu untuk you? Any request?” aku mencari mata sepetnya yang terlindung dibalik juraian rambut lelaki itu.




“Seriously?” soal Nik sedikit teruja. Riak wajahnya juga berubah sedikit ceria.




Aku memainkan intro berlainan daripada yang biasa aku mainkan dan memulakan nyanyian dengan sedikit rentak rap,




“Yeah, this song is just for you. You know this. Drop this.”




Lelaki itu ketawa kuat tiba-tiba. Pertama kali melihat aku menyanyi rap barangkali. Tak kisahlah. Asalkan malam ini dia gembira.




“Why do you keep, Complaining that your problem got bigger, And complaining again,
Why do you keep, Complaining that your appearance is the worst, And complaining again,
You’re always cool, In my eyes always you’re the coolest,
Whatever style do you got, To me you’re alway beutiful,
Baby let me do, I just wanna wanna
Baby let me do, I just wanna wanna
If I have everything in the world, I just want only you my dear,
I like you the best, You’re the coolest,
Wherever you pass by, Your charms spill all over,
I like you the best, And I only need you,
I’m going to engrave you in my heart”



Aku menamatkan lagu itu dengan  ketawa perlahan. Nik juga turut ketawa seronok sambil bertepuk tangan.




“Sorry I tak berapa hafal lagu ni. Plus I tukar sikit lirik dia sebab tu jadi chaos like that. Hehe, sorry.”




“I know this song. It’s about a girl kan actually. Gimme that.” Lelaki itu mengisyaratkan aku memberi gitar kepadanya dan...




“Yeah, this song is just for you. You know this. Drop this.”




Aku lantas ketawa kuat mendengar rap yang sama daripadanya. Is this for real?




“Why do you keep, Complaining that your clothes got smaller, And you complaining again,
Why do you keep, Complaining that you got chubbier, And you complaining again,
You’re so pretty, In my eyes always you’re the prettiest girl,
Whatever clothes you wear, To me you’re alway beutiful,
Baby let me do, I just wanna wanna
Baby let me do, I just wanna wanna
If I have everything in the world, I just want only you my girl,
I like you the best, You’re the pretti est,
Wherever you pass by, Your charms spill all over,
I like you the best, And I only need you,
I’m going to engrave you in my heart,
You’re the most important in my life,
Everytime I like you, Oh my love for you,
I belong with you, Crazy love for you,”



Dia tamat di situ dan aku dapat merasakan detakan jantungku yang teramat hebat seakan lagu itu memang dinyanyikan khas untuk aku.




“Tak tepuk pun.” Nik memecahkan khayalan indahku. Segera aku bertepuk tangan apabila menyedari riak wajahnya jelas menangkap lamunanku tadi.




“Sorry, it was awesome sampai I berkhayal entah ke mana.” Aku jujur mengakui.




“Nay, the one that awesome is you. Anyway, it’s really refreashing. And if I may, can I sing another song? Any request Maya?” Intonasi lelaki itu sangat berbeza terutama pada ayat terakhir itu.




Buat pertama kalinya aku merasa seperti mahu memberhentikan masa. Biarlah aku berdua dengannya begini sampai bila-bila. Aku tidak mahu saat indah seperti ini berakhir.




“Maya...” panggil lelaki itu lagi.




“Oh, aaa, I nak lagu...” aku masih terfikir-fikir lagu apa yang aku mahu dia nyanyikan.




“Well, I ada tulis satu lagu ni tapi I tak pernah bagitahu siapa-siapa. You nak dengar tak?” Nik menyoal sebelum sempat aku menjawab pertanyaannya.




Aku hampir melonjak girang. Gila. Siapa tak mahu melepaskan peluang yang mungkin datang sekali seumur hidup begini? Menjadi orang pertama yang mendengar lagunya. Lalu aku mengangguk deras. Dan Nik langsung tersenyum memetik gitar dan memainkan sebuah lagu balada yang sangat mendayu liriknya.




Dan aku terus hanyut dibuai dengan nyanyiannya malam itu dan kami berdua terus leka selepas satu lagu, satu lagi, dan satu lagi, dan satu lagi...




*******




Tidak sampai lima minit aku menunggu di kafeteria, Veanna muncul dengan sepinggan besar spaghetti bolognese, chicken pie, float dan salad buah-buahan di hadapanku.




“Jom makan!” ujarnya tanpa menpedulikan pandangan mataku yang semestinya sedang membuntang ketika itu.




Oh, Veanna dan aku sudah kembali berkawan seperti biasa. Aku tidak tahu bagaimana mulanya tetapi aku masih ingat lagi ketika itu aku sedang menikmati makan tengah hari di kafeteria, atau lebih tepat lagi di meja yang kami sedang duduk sekarang, dia datang kepadaku dan mengatakan...




“Who cares about your size, who cares about Nik? Maya, I just wanna be friend with you. Can you forgive me?” ujar gadis itu sambil menghulurkan sekotak donat big apple kepadaku.




Aku tercengang dan hampir tersedak air kotak yang sedang aku minum ketika itu.




Semudah itu aku berkawan dengannya kembali. Dan kami juga tidak lagi menggunakan bahasa formal antara satu sama lain.




“Tebiat apa kau melantak teruk macam ni hoih? Aku pun kalah.” Ujarku apabila melihat tiada tanda-tanda gadis itu hendak menjelaskan apa-apa kepadaku.




“Ini namanya sesi menyimpan stok. Kan kejap lagi kita nak pergi theme park. Seriously kau nak drive sampai ke puncak genting tu?” soal Veanna sambil memutar-mutar garfu sebelum menyuap spaghettinya lagi.




Aku mengangguk perlahan.




“Tapi takkan kau nak makan semua ni sekaligus. Muntah karang siapa nak jawab.” Soalku sedikit ragu.




Gadis itu mengangkat tangannya tanda berhenti.




“Don’t worry. I’ll be fine. So, pukul berapa nak gerak ni?” gadis itu mengerling jam tangan. Spontan aku juga melakukan perkara yang sama.




“Around fifteen minutes. Nik text aku tadi dia cakap nak jumpa.”




“Nak jumpa? Dia nak ikut sekali ke?” soal Veanna sedikit terkejut.




“What? No. He doesn’t even know about this ok. Dia cuma cakap ada hal penting and...”




“There he comes.” Veanna memotong tiba-tiba.




“Maya, sorry. Lama you sampai?” Nik muncul dengan termengah-mengah lalu mengambil tempat di sebelahku.




“It’s ok. Kitorang pun belum lama kat sini. So, what’s up?” soalku pelik sambil memandangnya.




“Oh, it’s about... Hmm, macam mana nak cakap ha? Seriously I... I mean...”




“Apa?” Veanna menyampuk tidak sabar.




“Sorry, it’s actually about... Ok, I know this is absurd, but I...”




“Nik Adrian Lee, what?” aku meninggikan suara dan akhirnya,




“I wanna join you guys.”




“Hah?” aku dan Veanna bersuara hampir serentak.




“Uh, I mean... I know that you guys wanna go to Genting right. So, if I may?” soalan lelaki itu membuatkan aku dan Veanna saling berpandangan. Spontan kami berdua memberi isyarat mata siapa yang membocorkan rahsia vacation ini dekat Nik.




“Girls please, none of you yang bagitahu I pasal hal ni. It’s just sejak pagi sampai ke petang tadi sepanjang masa dalam kelas you guys asyik bercakap pasal Chansung, Wooyoung, Nickhun bla bla bla, definitely they’re the one yang akan buat concert in Malaysia malam ni right? 2PM? Live in Genting Highland?” ujar Nik seperti faham isyarat mata antara kami berdua.




“And on top of that, Wonder Girls and Miss A going to come as well, right?” ujar Nik sekaligus membuatkan aku dan Veanna terkebil-kebil memandangnya.




 “Whoa, seriously Nik, this is the first time I see you like this.” Veanna memberi komen.




“Me too.” Aku turut membalas ringkas.




Nik kelihatan seperti baru sedar kepetahannya ‘berhujah’ sebentar tadi lantas dia tersengih-sengih memandang kami berdua.




“So you guys... Macam mana?” soalnya tidak sabar.




“Nik, are you forgetting something?” soalku kembali.




“What?” soalnya kembali tanpa rasa bersalah.




“Don’t you need to go to the audition for your debut. It’s today isn’t it? You and Yuhanez and a few members in other classes?” aku mengingatkan lelaki itu yang barangkali terlupa tentangnya.




“What audition? I tak mahulah mengadap Yuhanez tu. Tengok konsert dengan you lagi best. Right Vee?” Nik sempat mengenyitkan mata kepadaku sebelum menoleh memadang Veanna.




Gadis itu ketawa seperti dibuat-buat dan membalas, “Yeah, right.”




“So Maya, shall we go? Meh sini kunci kereta. I’ll drive.” Ujar Nik selamba mencapai kunci keretaku di atas meja lantas bangun menarik tanganku.




“Nik wait. You might get in trouble if do this. Kalau Prof Yasmin tahu, habis you nanti. Silap-silap, I dengan Vee pun kena sekali.” Aku masih tidak bersetuju dengan sikap lelaki itu.




Veanna mengangguk menyokong kata-kataku.




“I’ll get in trouble then. Cepatlah, nanti lambat sesak kat sana.” Nik masih berkeras dengan pendiriannya.




Aku dan Veanna akhirnya pasrah.




*******




3 bulan berlalu...




“I got choosen, as one of the student to debut under Top Talent Agency.”




Pesanan ringkas itu kuterima daripada Nik semasa kami berdua sedang sama-sama mengulangkaji di perpustakaan pada petang itu.




Aku memandang lelaki di hadapanku itu lalu berbisik,




“Seriously?” soalku seakan tidak percaya.




Lelaki itu mengangguk. Kemudian dia menggulung sehelai kertas A4 lalu mendekatkannya ke telingaku.




“I made the audition individually.” Ujarnya lagi.




“Are you kidding me? Kenapa selepas 3 bulan baru you nak bagitahu?” suaraku meninggi tiba-tiba dan dengan pantas Nik bangun menekup mulutku.




“It’s hard to tell. Me myself and I never ever thought about it either.” Nik masih berbisik dan melepaskan tangannya dari mulutku perlahan-lahan.




Aku mengambil nafas secukupnya lalu mengangguk perlahan.




“Ok, ok I percayakan you. Congratulation. Tapi janganlah sampai nak bunuh I.” Ujarku geram.




Lelaki itu terkekek-kekek menahan tawa.




“Thank you.” Balasnya tersengih-sengih.




“Well, I pun ada announcement nak buat.” Giliran aku pula mendekatkan gulungan kertas A4 tadi kepadanya.




“What?” soalnya tidak sabar.




“I got a commercial song last week. You know voice dubbing. The one with Julia in there.” Aku memberitahunya sedikit teruja.




“Seriously?” Nik memandang wajahku dan meniru gayaku sebentar tadi.




Aku ketawa perlahan melihat mimik wajahnya yang dibuat-buat itu lalu mengangguk. Badan macam ni, mustahil untuk aku jadi model iklan. Jadi model suara saja yang aku mampu. Namun begitu, aku sudah lebih dari bersyukur.




“Wow, that means your voice is going to be commercializing. Congratulations.” Nik tersenyum lantas mencapai kedua-dua tanganku di atas meja.




“So, where we’re going to celebrate?” lelaki itu mengangkat keningnya.




“Here, in library. Dah sambung buat kerja.” Ujarku seraya pantas menarik tanganku kembali.
Nik terkekek-kekek ketawa membuatkan aku spontan menendang kakinya.




“Ok, I got it.” Wajah lelaki itu berkerut menahan sakit.




Seriously Nik, you deserve it.




*******




Kawasan di sekitar kafeteria itu nampak lengang. Mungkin di hujung-hujung semester begini, itu bukanlah tempat pilihan para pelajar untuk bersantai. Semestinya ramai yang memilih perpustakaan sebagai tempat untuk berbincang ataupun mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan akhir pun sudah semakin hampir.




Di suatu sudut, di meja biasa kami, aku melihat Veanna berseorangan duduk membelakangkanku. Kelihatannya seperti sedang menghafal sesuatu.




“Vee, I need your advice.” Aku mengambil tempat di sebelahnya.




Gadis itu kelihatan sedikit terperanjat melihat kehadiranku. Entah apalah yang dikusyukkannya tadi.




“Sibuk?” soalku sedikit serba-salah.




“Mujur aku tak lemah tenaga batin Cik Non, kalau tak dah lama kau disabit membunuh tahu. Haa, apahal?” Ujar Veanna seraya meletakkan kepingan kecil nota-nota yang dihafalnya tadi dan memberi perhatian kepadaku.




“I need you help. I need your advice.” Ujarku sekali lagi.




“Ye, aku tak pekak lagi. What’s wrong?” soal gadis itu.




“It’s about Nik... Kau ingat tak awal-awal kenal dulu aku pernah confess yang aku suka dia.” Ujarku seperlahan mungkin.




“Ok, and I said that you’re self-delusion. Definitely.” ujar Veanna juga seakan berbisik.




Aku mengangguk mengiakan.




“Yes. But now... I feel that... he might... really... likes me too.” Aku bersuara teragak-agak.
Veanna membuntangkan matanya tiba-tiba.




“No Vee. It not what you think. This is really not self-delusion, ok. It’s for real. Aku ada banyak sangat evidence.” Aku cepat-cepat bersuara, menghapuskan walau apapun tanggapannya ketika itu.




“Ok, tell me.” Suara Veanna kedengaran sedikit berubah.




Aku mula mengira jari.




“First, ada satu malam tu, dia call aku and ajak aku keluar sebab dia cakap dia sangat stress pasal dia dapat partner audition dengan Yuhanez. Lepas tu aku ajak dia lepak dekat atas bumbung pejabat papa aku, and kitorang menyanyi sampai lewat malam.” Aku memandang Veanna meminta pendapatnya.




“Yuhanez? Apa masalah dia dengan perempuan tu?” soal Veanna.




Aku mengangkat bahu.




“Tak tahu. Mungkin sebab yang sama macam kita tak suka dia.” Tuturku perlahan.




“Ok. So mungkin itu 30 peratus dia sukakan kau.” Ujar Veanna ringkas.




“Really? Ok, ok secondly.” Aku mengangkat jariku yang kedua pula.




“Lepas tu ingat tak masa kita pergi Genting and kau muntah-muntah, plus sakit perut and kau tak larat nak jalan sebab banyak sangat makan, so kau stay je dalam kereta...”




“Tak payahlah detail sangat. Aku ingat.”




Aku tersengih memandangnya.




“Ok, kitorang actually tak pergi pun tengok konsert tu, tapi dia ajak lepak dekat Strawberry Land sebab dia cakap dia just nak spent time dengan aku.” Aku memberitahunya lagi.




Kali ini kening Veanna bertaut.




“What? Seriously korang berdua ni?” gadis itu menyoal tidak percaya.




Aku mengangguk mengiakan.




“So, berapa percent?” soalku kembali.




“Perhaps, 60?”




“Waaa.” Aku semakin teruja mendengar pendapat gadis itu.




“Ok, thirdly?” Veanna pula menyoal tidak sabar.




“Thirdly? Urm, pagi tadi. Dekat library. I told him that I sang in a commercial film. And he sincerely congratulated me and ask for celebration sebab dia pun dah dapat offer untuk debut.”




“No way. He made it?” Veanna hampir menjerit mendengar kata-kataku itu.




“He’s amazing, right?” Aku menambah.




“So,  I guess, it may reach to 80 percent?”




“Oh my God Vee, you know that how much I love you? Itu kau belum dengar cerita dia selamatkan blazer aku, ajar aku menari, main piano, belikan aku...”




Aku terdiam.




“Asal kau pandang aku macam tu? You know it’s creepy.” Aku memetik-metik jari di hadapan wajahnya. Tersampuk apa budak ni?




“Kau ni cantik Maya. Kenapa aku tak pernah perasan kulit kau yang putih gebu ni, mata kau yang bulat, bibir merah comel macam ni.” Veanna merapatkan wajahnya denganku.




Aku kaget.




“Meh, aku bukak grandma glasses kau ni.” Gadis itu selamba menarik cermin mataku membuatkan pandanganku kabur serta-merta.




“Vee.. Veanna. You’re not sick anywhere, right?” aku meraba-raba dahi dan wajah gadis itu membuatkan dia lekas-lekas menepis.




“I’m totally fine. And, hey Maya... aku ada idea.” Ujar Veanna tiba-tiba.




“Idea? Idea apa?” soalku penuh ragu. Lain macam Veanna ni.




“Idea untuk pastikan sama ada Nik betul-betul sukakan kau atau tidak.” Veanna tersenyum-senyum memandangku.




“What? Seriously?”




Dia mengangguk yakin. Memang sungguh yakin wajahnya.




*******




Jam menunjukkan pukul 5 petang dan aku berjanji dengan Nik untuk berjogging bersamanya di sekitar tasik berhampiran kawasan rumahku. Mission Impossible Vee akan bermula sebentar lagi.




“You probably don’t know what I feel.” Nik membaca helaian drawing pad yang aku tunjukkan kepadanya sebaik sahaja kami selesai melakukan sesi regangan.




“Apa ni?” soal lelaki itu pelik.




“Please Nik, baca sampai habis ok. Please.” Ujarku perlahan.




Nik kelihatan seperti tidak sabar, namun dia menurut akhirnya.




“No, that’s ok.” Kali ini dia mengangkat bahu.




“The time we spend on the roof that night...”




“You smiled at me..”




“You sang to me..”




“You made me fell into you...”




“Totally...”




“Ok Maya I can’t take it.” Nik memegang tanganku agar berhenti.




“But Nik please...” aku menatap matanya penuh harapan.




Agak lama mendiamkan diri, lelaki itu mengalah lagi.




“I might love you...”




“I might just really love you...”




“And if you feel the same way as me...”




“Please come closer to me...”




 “But if you not...”




Aku memandangnya sebelum menyelak helaian terakhir drawing pad itu.




“Please ask me to start running with you...”




Ayat terakhir itu membuatkan aku memalingkan wajahku yang jelas sekali sedang berbahang. Dan saat itu aku hanya mampu berdoa agar dia mengajakku jogging bersama seperti yang kami janjikan pada asalnya.




Namun derap tapak kaki lelaki itu sangat jelas kedengaran menghampiri tempatku berdiri.




“Did you... really write this on your own?” Nik menyoal dan mengambil drawing pad itu daripada tanganku.




Aku mengangguk perlahan lalu memberanikan diri menoleh dan menatap wajahnya.




“I didn’t know that you liked me that much.” Wajah lelaki itu nampak tenang. Err, sebenarnya sedikit keruh.




Aku diam, masih tidak mampu berkata-kata.




“I’m sorry Maya. I like you. I mean, I really like you. But... not the same way as you do.” Ujar Nik sambil menundukkan wajahnya.




“Then...” aku berusaha kuat mengumpulkan keberanianku untuk bersuara.




“Why did you come to me? You can just laugh and ask me to stop this childish things and we can start running as we promised earlier, right?” Aku memandangnya dengan sisa senyuman yang ada.




“But you just confessed and as for me, to do the way you ask, laughing and ask you to run like there’s nothing happen is...”




Aku mengeluh berat.




“Bacause that would be rude?” pantas aku menyambung ayat itu.




Nik mengetap bibirnya lalu mengangguk perlahan. Aku turut menunduk seperti tidak berdaya untuk berkata apa-apa lagi. Air mataku yang bertakung, terasa akan melimpah bila-bila masa sahaja.




“So... I guess, I’ll throw this.” Aku mengubah nada suara berpura-pura gembira lalu mengambil semula drawing pad itu dari tangannya.




Aku mula membawa langkah kaki pulang ke rumah. Tiada apa lagi untuk diperkatakan. Ternyata Veanna memang benar. Selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan. Bermimpi bahawa lelaki itu juga menyukaiku. Bodoh, kenapalah aku tidak nampak perbezaan aku dengan Nik bagai lagit dengan bumi, bagai siang dengan malam, bagai bola pingpong dengan bola sepak... huh?




“Adoi, siapalah yang bijak sangat main bola sepak tepi tasik ni. Main dekat padanglah dik.” Aku melihat sebiji bola sepak tergolek di sisiku. Terasa tubuhku melayang dan hampir rebah.




“Maya...” suara Nik seperti terngiang-ngiang di telinga.




Aku bermimpikah?




“Maya, are you okey? Kepala you terkena bola sepak tadi. Sini I tengok?” terasa Nik memaut tubuhku yang hampir rebah. Namun aku lekas tersedar.




“No. I’m fine. Jangan pegang-pegang I lagi. Ini Malaysia. You tahukan!” aku menepis tangannya yang cuba memeriksa kepalaku.




“It’s because you keep making me care. Then kalau you tak nak, just stop with all those carelessness.” Nik pula membalas. Wajahnya kelihatan sedikit berang apabila aku meninggikan sedikit suara tadi.




“Do you... really care about me? Bukan you cakap you tak sukakan I?” aku bertanya perlahan.




“Maya, orang bodoh mana yang akan call orang lain malam-malam sebab nak hilangkan stress kalau dia tak suka? Ujar Nik sambil menatap mataku.




Aku tidak mampu membalas pandangan itu lalu tunduk membiarkan dia terus berkeadaan begitu.




“So you nak cakap yang you suka I and you juga tak suka I?” aku  bertanya lagi.




“Well, kalau you tanya macam tu... I actually lebih banyak suka daripada tak suka. Tapi...”




“Maksud you suka sebagai kawan.” Aku menambah.




Nik mengangguk mengiakan dan aku lantas melepaskan keluhan berat.




“So Nik, I nak tanya you sesuatu if... If I manage to loose my weight before you come back here, is it possible for your answer to change?” kali ini aku memberanikan diri menatap matanya.




“Hah? What?” soal Nik sedikit terperanjat.




“I tahu, starting next week you and the other members yang dah ikat contract dengan Top Talent Agency akan mulakan carrier you sebagai artis rakaman and you probably takkan masuk kolej sampai semester depan, kan? So dalam tempoh 7 bulan, kalau lepas ni I jumpa you...”




“Ok. I cabar you jadi lebih kurus daripada Yuhanez.” Lelaki itu segera memotong kata-kataku.




“Kenapa Yuhanez?” aku memandangnya pelik.




“Hah? Nothing, I kebetulan teringat perempuan tu and and I nak you jadi lebih baik daripada dia. Can you do that, Maya Qalessa?”




Aku tersenyum mendengar panggilan itu.




“InsyaAllah with God willing.”




Dia juga turut tersenyum mendengar jawapanku.




*******




“Kakaaaaak...!!!” aku menjerit memanggil Mia Arissa sebaik sahaja pulang ke rumah petang itu.




“Wha... what? What? What’s happening Yaya?” kakakku itu muncul dari atas, membuatkan aku mendapatkannya serta merta. Mama yang sedang berada di dapur juga muncul tergesa-gesa.




“Kenapa ni Yaya? Hantu mana yang kejar?” soal mama dengan sudip yang masih ditangan.




“Tak ma, kakak. I really need you guy’s help like there’s no one else.” Ujarku termengah-mengah.




“Ok, ok, kenapa ni cakaplah cepat.” Mia Arissa tidak sabar.




“Make my body the same as you in 7 month. Could you?” aku memandang wajah mereka berdua satu-persatu.




Mama tercengang. Mia pula terkebil-kebil memandangku.




“Boleh ke tak ni? Kalau tak Yaya call Veanna je.” Aku mula mengeluarkan telefon bimbitku dan mula mendail.




“Ok, call her. We’ll start our mission together. You’re going to be a supermodel in 7 month. Starting now. Mama, this is miracle!” Mia Arissa hampir melonjak memeluk aku dan mama, sekaligus membuatkan papa yang baru pulang dari pejabat tercengang-cengang memandang seisi rumah ketika itu.




“Apahal ni?” soalan pertama yang keluar dari mulut papa membuatkan kami ketawa serentak.




*******




7 bulan yang aku lalui sangat mengazabkan. Malam pertama aku menyuarakan hasratku untuk menguruskan badan kepada Mia, dia sudah memberi ceramah panjang lebar di dalam bilikku. Nasib badanlah dapat kakak model macam tu. Maka segala petua nenak moyang turun temurun semua di wasiatkan kepadaku dalam masa satu malam.




“Bukan mustahil sangat. It depends on you will power. Ok Yaya, now tell me why you suddently being like this?” Mia menyoal mundar-mandir di hadapan katilku malam itu.




“My power is totally strong kakak. Tapi tak payahlah tanya kenapa.” Aku memperlahankan suara pada ayat dihujung itu.




“It must be Nik, kan?” gadis itu mendekatkan dirinya tiba-tiba.




Aaaah, memang tiada apa yang aku mampu sembunyikan daripada satu-satunya darah dagingku itu. Dan malam itu juga aku menceritakan segala-galanya kepada Mia. Bermacam-macam reaksi aku lihat daripadanya. Terkejut, geram, gembira, sedih, takut, sampaikan aku tertanya-tanya kakakku ini model atau pelakon?




Oh, bukan itu saja, Mia turut menelefon Danny, boss merangkap teman lelakinya bertanyakan tentang jurulatih peribadi untuk membantu aku mencapai azam itu. Veanna juga setelah dipaksa oleh Mia, terpaksa menjadi teman setiaku memandangkan peperiksaan akhir telah pun tamat.




Dan sepanjang cuti semester itu, aku habiskan dengan berulang-alik ke gymnasium milik jurulatih peribadi yang juga merupakan kawan baik Danny.




“Abang bukan nak berkeras dengan Yaya, tapi ini permintaan kak Mia dan abang Danny. So, Yaya kena obey whatever I say, ok.” Seperti Mia, jurulatih yang kupanggil abang Key itu juga turut memberi syarahan tidak berbayar kepadaku pada hari pertama kami bertemu.




“Yaya ambil course Art and Performance kan?”




Aku mengangguk.




“Yup, major in music. Kenapa abang Key tanya?” aku bertanya lelaki itu kembali.




“Yaya pernah dengar ayat ni, your look is also your talent?” dia menyoal lagi.




Aku mengeleng.




“Because it’s something that you can change with effort. Yaya kena ingat cakap abang ni. Dalam dunia ni, tak ada orang yang gemuk, tapi yang ada cuma orang yang malas.” Ujar abang Key lagi.




Aku memandangnya terkebil-kebil. Bila nak start ni? Aku berbisik sendiri.




“So mulai hari ni, apa yang Yaya kena buat ialah sentiasa rajin, ok?”




“Sentiasa rajin?” aku menyoal sendiri sebelum mengangguk-angguk kemudian.




Bukan setakat jurulatih di gym, pulang ke rumah, secara automatiknya Mia akan menggantikan tempat abang Key dengan menjaga setiap hidangan yang aku ambil baik sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam. Seriously, kakakku itu sangat menakutkan.




“Yaya, abang Key pesan apa regarding your meal per day?” soal Mia dengan buku nota kecil ditangannya. Perasan nak jadi jurulatih jugak ke?




“Breakfast like a queen, lunch like a commoner and dinner like a bum.” Aku menjawab akur.




Hampir menelan air liur aku dibuatnya walaupun sekadar membayangkan kelaparan yang bakal aku tanggung ketika itu.




“Bagus. Jom, ikut kakak pergi tasik. Veanna dah tunggu dekat sana. Bawak jumping rope tu sekali.” Ujar Mia lalu manarikku bangun dari sofa di ruang tamu, petang itu.




“Kakak kejap. Tu lagu yang Nik pernah nyanyi dekat Yaya masa malam kitorang keluar dulu. Ingat tak, Yaya pernah cerita dekat kakak.” Aku menarik tanganku kembali apabila mendengar siaran Astro Hitz menyiarkan klip video Nik dengan single terbarunya Beautiful Target.




Dan sebaik melangkah ke luar rumah, kereta Veanna tercegat betul-betul di hadapan pagar utama.




“Seriously Vee, is this all for me?” aku bagai mahu terkeluar biji mata apabila melihat 3 kotak besar minuman yogurt yang dibelikan oleh Veanna untuk aku.




“Dalam tempoh 7 bulan ni, aku akan menjadi penaja tak rasmi kau. Lepas tu, kau taja diri sendiri, ok. Tapi satu hari satu botol je.” Gadis itu menepuk-nepuk perutku.




Aku ketawa seronok. Dalam kesakitan itu, ada juga kawan yang masih setia di sisiku. Aku memeluk Veanna sebelum Mia menyampuk.




“Ok, Yaya angkat semua kotak tu masuk dalam. Ini pun workout jugak ni.” Ujar Mia membuatkan aku mengeluh berat sementara Veanna mengekek suka.




Jadi, secara ringkasnya, begitulah 7 bulan yang aku janjikan kepada Nik berlalu. Semester kedua pun sudah hampir separuh aku tempuh. Dan hari ini, pelajar-pelajar yang bernaung di bawah Top Talent Agency akan kembali ke kolej dan meneruskan pengajian mereka seperti biasa.




Seawal jam 9 pagi aku sudah terpacak di kolej, menanti Veanna di kafeteria seperti yang kami janjikan. Tidak sampai 10 minit menunggu, kelibat gadis itu muncul bersama rakan sekelas kami Nathaneal atau lebih mesra dipanggil Nate. Veanna mangambil tempat di sebelahku lantas menghulurkan sehelai kertas.




“Nah borang yang aku cakapkan tu.” Ujar Veanna.




“Sampai dua sekali. Thanks.” Ucapku.




Gadis itu tersenyum.




“Aku dah jumpa Prof Yasmin semalam, dia cakap satu group 4 orang.” Ujar Veanna.




“Ok, kau, aku, Nate. And...?” aku memandang mereka berdua berselang-seli. Tak tahulah sama ada Veanna yang salah beza antara tiga dengan empat atau aku yang tak dengar.




“Nik.” Sambung Nate.




“Nik?” aku menyoal kembali.




Mereka berdua mengangguk serentak. Aku ketawa.




“Jangan nak buat lawak, ok. Kau cakap pertandingan, aka audition ni as a chance for us to start our debut isn’t?” aku menyoal mereka.




“So?” Veanna memandangku pelik.




“Apa kena mengena dengan Nik? Atau korang dah lupa yang dia dah debut dan dah jadi artis terkenal sekarang?” aku semakin tak faham dengan dua orang di hadapan aku ni. Takkan diorang tak fikir semua tu. Guy, where’s your sense?




“Ok listen Maya. Memanglah dia dah debut tapi dia masih lagi student dekat kolej ni. Student sama macam kita. So it’s up to him sama ada nak join atau tidak. Kita perform untuk debut and dia perform untuk cover pointer dia yang tertinggal dulu.” Nate menerang panjang lebar.




Aku berkerut-kerut mencerna kata-kata lelaki itu.




“But, Nik tahu atau tak pasal ni?” aku menyoal mereka lagi.




Kedua-dua kawanku di hadapan itu mengangguk serentak.




“Mestilah dia tahu. And by the way, aku bukan saja-saja nak bagi kau dua borang sekaligus. Kitorang dapat exceptional daripada Prof Yasmin untuk pergi kelas hari ni. Ada appointment dengan dekan.” Ujar Veanna.




“So, kau pass kan borang ni dekat Nik, ok. Jangan lupa, last date untuk submit borang ni pukul 5 hari ni.” Sambung Nate pula.




“Habis korang macam mana?” soalku sedikit gelisah.




“Kitorang dah hantar semalam. Kau balik awal sangat, tak sempat nak bagitahu.” Veanna berkata lagi.




Aku mengangguk lemah.




“Dah, pergi cepat. Dah dekat pukul 10 ni. Kejap lagi Prof Yasmin masuk dulu daripada kau tak pasal-pasal minus 10 markah.” Ujar  gadis itu menggesaku segera pegi ke kelas.




Aku mengerling jam tangan. What? 9.45? Sepantas kilat aku menyambar beg dan buku-buku di atas meja.




“Ini semua korang punya pasal.” Sempat aku menghamburkan geram terhadap mereka berdua.
Kedengaran Veanna dan Nate ketawa suka.




*******




“Qalessa, you free tak petang ni? Jom tengok wayang?” Salah seorang rakan kelasku menegur sebaik sahaja aku masuk ke dalam dewan kuliah pagi itu.




Aku menarik nafas lega apabila mendapati Profesor Yasmin belum lagi sampai. Lalu aku menoleh memandang lelaki tadi. Farizz namanya.




“Sorry Rizz, petang ni I tak dapat. Ada appointment dengan Miss Velvet.” aku memberi alasan lalu melangkah naik mencari tempat duduk.




Beberapa orang yang kebetulan bertentang mata denganku ketika itu melemparkan senyuman. Aku perasan Farizz berjalan di belakang.




“How about tonight?” Lelaki itu masih tidak berpututs asa.




“Farizz, I really am sorry...”




“Maya, hang join tak audition untuk final test Prof Yasmin next week?” Zamri tiba-tiba menyampuk.




Aku terkebil-kebil memandangnya. Ya, itulah Zamri yang suatu ketika dahulu paling giat mempersendakan berat badanku tetapi sekarang dialah yang paling rajin menegur aku setiap kali berpeluang di dalam kelas. Farizz dan beberapa kawan-kawanku yang lain juga tidak terkecuali. Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing sudah mula mendekatkan diri denganku.




“Vee, student baru kelas kita ke?” aku teringat soalan Farizz, sebaik semester baru dibuka dahulu.




Veanna menoleh memandangku. Aku tersenyum dan gadis itu ketawa.




“Student baru? Ni?” soal Veanna sambil menunjuk ke arahku.




Lelaki itu mengangguk.




“Apa yang barunya? Ini Maya lah.” Ujar Veanna masih dalam sisa tawanya lagi.




“Maya Qalessa? No way.” Farizz memandangku hampir terbeliak biji matanya.




Aku sekadar mengangguk.




“Kenapa pandang I sampai macam tu? I manusia lagi. Belum transform jadi alien ke, hantu ke.” Ujarku seraya berlalu meninggalkannya.




Farizz ketawa.




“Seriously, if you’re a ghost, then you’ll be the super gorgeous one I’ve ever seen.” Pemuda itu mengekori aku dan begitulah permulaannya sehingga ke hari ini lelaki itu masih lagi dengan tabiat mengekornya.




“Maya, hang dengaq tak aku tanya ni?” suara Zamri memadamkan anganku seketika tadi.




“Join. Tapi saya dah ada group dengan Vee dan Nate.” Ujarku perlahan.




“Seorang lagi?” Farizz pula menyampuk.




“Seorang lagi?” aku lantas teringat lelaki itu. Lantas mataku melilau sekitar kelas, mencari susuk tubuh yang amat kurindu sekian lamanya. Nik Adrian Lee, sayangnya dia masih belum tiba di sini.




Aku mengetap bibir mengandaikan kebarangkalian lelaki itu kembali ke kelas lewat dari tarikh yang sepatutnya. Tidak sempat aku mengelamun jauh, bunyi hiruk –pikuk dari pintu masuk menerjah gegendang telinga. Susuk tubuh Yuhanez adalah yang pertama muncul di penglihatanku. Melihat  beberapa orang pelajar lelaki yang mengelilinginya, aku tersenyum sendirian. Gadis itu tidak jauh berbeza dari penampilan awalnya di kolej ini. Masih seperti diva dan mungkin semakin terserlah perwatakan itu.




Farizz dan Zamri yang masih terpacak di sebelahku langsung tidak memberikan respon. Padahal, itulah gadis yang pernah mereka gila-gilakan dulu.




“Maya, malam ni ok? I jemput you dekat rumah pukul 8.” Farizz sempat mengenyitkan mata kepadaku lantas kembali ke tempat duduknya.




Aku mengeluh berat. Jadi gemuk susah, jadi kurus pun susah.




“Aku baru ingat nak ajak hang join group aku. Tapi kalau hang tak cukup orang, aku boleh cukupkan. Bayangkan, aku, hang...”




“Nik.” Aku bersuara hampir tidak kedengaran.




“Nik? Bukan Vee dengan Nate?” Zamri menyoalku kembali.




“Memang aku. Hang pi cari group lain.” lelaki itu menjawab bagi pihakku.




Zamri menoleh memandang Nik yang muncul di sebelahnya.




“Maya Qalessa kan?” Nik menolak Zamri memberi isyarat agar lelaki itu pergi dari situ lalu mengambil tempat di sebelahku serta-merta.




Aku mengangguk perlahan. Tidak tahu ke mana hilangnya suaraku ketika itu. Seluruh tubuhku seram sejuk. Di saat itulah aku berdoa agar Profesor Yasmin cepat-cepat masuk ke dalam kelas agar aku dapat lari dari pandangan mata lelaki itu yang tidak lekang menjamah wajahku sejak tadi.




“Seriously, is that really you?” Nik bersuara lagi. Sangat perlahan dan terasa sangat dekat denganku.




“Ini borang untuk dance contest tu. Vee suruh I bagi. You isi. Nanti I hantarkan.” Aku cepat-cepat mengeluarkan borang penyertaan itu dan meletakkannya di atas meja. Mujurlah, perhatian lelaki itu sedikit teralih.




“Ooh, you pun belum hantar lagi?” soalnya.




Aku mengeleng.




“Kalau macam tu, kita hantar sama-sama, ok.” Ujar Nik lalu mengambil pen dari dalam bekas penselku dan mengisi borang tersebut.




Buat seketika, aku lega. Apatah lagi Profesor Yasmin masuk dan kelas bermula seperti biasa.




*******




Keluar dari tandas, aku melihat Yuhanez sedang membelek-belek wajahnya di cermin. Aku membasuh tangan dan mencapai tisu di sudut bilik air itu. Gadis itu seperti langsung tidak perasan kehadiranku. Atau memang dia tidak perasan?




Sebelum melangkah keluar, sempat aku membandingkan tubuh badanku dengan gadis itu. Sungguh, tiada perbezaan yang ketara antara kami berdua. Melainkan ketinggian gadis itu yang kira-kira lebih 2 inci daripadaku. Aku tersenyum sendiri. Sekurang-kurangnya, aku berjaya menyempurnakan cabaran Nik.




“You nak naik motor dengan I tak?” Nik muncul sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik air itu.




“Hah? No, thanks. I pergi naik kereta.” Ujarku lantas berjalan meninggalkannya.




“Tapi I tak tahu jalan.” Nik menghalang laluanku.




“Nik, tujuh bulan takkan you dah lupa terus jalan nak pergi office papa I tu?” aku menyoalnya yang jelas berperangai pelik.




“Mestilah I tahu... kalau pergi dengan you.” Ujar lelaki itu selamba.




Aku mengeluh berat.




“Remember, first time kita pergi sana dulu you yang bawa I kan?" Nik menghampiri hingga aku cuma nampak dadanya yang bidang itu sahaja.




“Nik, you dah ada group untuk dance contest tu?” suara seorang gadis tiba-tiba menampar pendengaran.




Cepat-cepat aku mencari jarak. Yuhanez mendekati Nik. Gadis itu selamba memaut lengan lelaki itu namun segera ditepis oleh Nik.




“Dah. Sorry, you cari orang lain, ok. Jom Maya.” Ujar lelaki itu lantas menarik tanganku pergi dari situ. Aku sempat melihat air mukanya. Berbeza sungguh berbanding ketika dia bercakap dengaku tadi.




“Maya?” suara Yuhanez kedengaran pelik.




Aku menoleh spontan. Nik juga menurut.




“Maya Qalessa?” gadis itu menyoal lagi.




Aku memandang Nik pula.




“Yes, Maya Qalessa. The girl you said that would never be able to debut unless she loss 30kg, remember?” tegas suara Nik ketika itu. Raut wajahnya yang putih bersih itu juga kelihatan tegang seperti sedang menahan marah.




Aku terdiam. Yuhanez pernah cakap begitu tentang aku?




“Seriously?” ujar gadis itu tanpa rasa bersalah.




Gadis itu memandangku atas bawah.




“Wow Maya, you’re totally different. You buat plastic surgery eh? Lipocustion?” soal gadis itu sambil mengerut-ngerutkan dahinya.




“Hah?” itu sahaja yang mampu terbit dari bibirku.




“Yuhanez!” suara Nik kedengaran meninggi.




“What? I cuma tanya, is that wrong? By the way Maya, I nampak kesungguhan you. Tapi bukan semua orang boleh jadi artis dengan setakat turunkan berat badan.” Selamba Yuhanez melemparkan kata-kata itu tanpa memikirkan perasaanku.




“Why not? Orang yang tak berbakat macam you pun boleh jadi penyanyi, apatah lagi dia. Dah Maya, jangan pedulikan apa perempuan ni cakap. Come.” Nik memeluk bahuku dan membawa aku pergi dari situ.




Sungguh, dalam hati aku menangis mendengar setiap perkataan yang diucapkan Yuhanez tadi. Akhirnya, aku membiarkan sahaja Nik memandu keretaku menuju ke bangunan pejabat papa, tempat aku, Nik, Vee dan Nate berjanji untuk memulakan latihan tarian kami pada hari itu.




“Nik, bukan kau ada kelas Jepanese ke petang ni?” Nate bertanya sebaik kami berdua sampai.




“Ada. Tapi kelas tu boring sangat. Lagipun Maya...”




“What? Knapa tak cakap yang you tak habis kelas lagi?” aku memandang lelaki itu.




Nik kelihatan kaget. Veanna pantas mendapatkanku.




“Maya, kau ok ke?” soal gadis itu.




Aku melepaskan keluhan lantas mencapai laptop dan memasang video berkenaan burung-burung yang kucari di laman web malam tadi. Selepas mengundi tempoh hari, itulah tema tarian yang akan kami persembahkan nanti. Lalu aku mula mengerah idea, mengeluarkan satu demi satu pendapat untuk mendapatkan rentak tari terbaik.




Nik, Veanna dan Nate menurut tanpa banyak soal. Masing-masing beralih fokus seakan tiada apa yang berlaku beberapa minit yang lalu. Aku mula tenang. Kehadiran Nik dalam kumpulan itu sedikit-sebanyak memberikan keyakinan kepadaku. Lupakan Yuhanez, lupakan segala masalah kau Yaya. You’ll definitely going to become a star.




*******




Malam itu, aku naik ke bilik selepas puas bersembang dengan mama dan papa di halaman rumah. Sempat aku mengukur lilit pinggangku pada pita pengukur. 27cm. Alhamdulillah. Maintain lagi. Lalu aku bergerak naik ke atas alat penimbang berat pula. 47? Turun 1 kilo? Aku mengeluh perlahan. Cermin meja solek di hadapanku itu memantulkan susuk tubuh yang jelas tidak berisi. Aku tidak pasti apa faktornya sedangkan jadual pemakananku hari-hari masih seperti biasa.




Bunyi deringan mesej membuatkan aku tersentak.




Maya, u cn’t do this.” Ayat yang dihantar oleh Nik itu membuatkan aku mengeluh lagi.




Sejak akhir-akhir ini, perangai Nik sedikit berbeza dari biasa. Ada kalanya dia datang latihan, ada kalanya tidak. Setiap kali aku bertanya, dia hanya menyatakan maaf. Tidak pula dia menyatakan sebab-sebab ketidak hadirannya itu.




“Apa masalah dia?” omelku sendirian.




Tanpa keinginan untuk membalas mesej itu, aku naik ke atas katil. Tidak sampai 24 jam pun masa untuk pertandingan menari tu. Macam mana kalau Nik masih dengan perangai yang sama? Tiba pada saat-saat akhir? Atau menukar fikiran untuk gerak tariannya? Dia mungkin anggap pertandingan ni kecil. Tapi tidak bagi aku, Veanna dan Nathaneal.




“Nik, mana kau pergi semalam? Kitorang ada tukar sikit step untuk part solo kau.” Ujar Nate ketika kami berlatih di tempat biasa petang tadi.




“So tell me.” Ujar Nik sambil berdiri sebelah Nate dan mula mengikut setiap gaya yang dilakukan olehnya.




“Nate kejap. The solo part... you know... instead of Nik, why don’t you do it.” Veanna tiba-tiba menyampuk.




Aku turut bangun dan berdiri di sebelah gadis itu. Nik dan Nate berpandangan.




“What?” Nik menyoal, tidak puas hati.




“What what? Cuba you cakap, sepanjang tempoh masa ni berapa kali you datang practice? You demand untuk perform solo, it’s fine. Tapi setiap kali practice, Nate yang ganti tempat you. Don’t you think it isn’t fair for him?” Veanna terus bersuara. Pertama kali aku melihat dia setegas itu.




“What’s wrong with that? I can always do freestyle.” Balas Nik.




“That’s right Vee. This is solo. And it has to be Nik.” Ujar Nate menyebelahi lelaki itu.




“Nate, jangan merendah diri sangat ok. I tahu you boleh buat. You saja yang tak yakin.” Ujar Veanna tanpa mempedulikan kata-kata lelaki itu tadi.




“Vee, ‘yakin boleh’ dengan ‘betul-betul boleh’ is not the same thing, ok. Besok dah final contest. Kita tak ada masa nak gaduh-gaduh pasal benda ni.” Nik terus mempertahankan dirinya.




Aku masih diam. Setia tercegat di sebelah Veanna.




“Whatever it is, I’m definitely against it.” Ujar Veanna. Gadis itu kemudian menoleh ke arahku.




“Maya, kenapa diam. Say something.” Gadis itu menarik-narik lengan bajuku.




Aku memandang Nik dan Nate silih berganti seraya mengeluh perlahan.




“Well, I setuju dengan Vee. Nik, I know that you’re a great dancer and so do you Nate. But personally, I prefer Nate as he did well through all this time, during practicing.” Aku menjawab perlahan.




Veanna tersenyum memandangku.




“Well, the conversation is over. Nate, you do solo. And that’s it.”




Hingga aku memadamkan lampu tidur pun, perwatakan Veanna tadi masih terbayang-bayang di fikiranku. Namun aku masih bersetuju dengannya. Walaupun Nik sememangnya sudah diangkat sebagai artis, tetapi itu bukan bermakna dia boleh melakukan segala-galanya sesuka hati. Bertolak ansur lebih penting daripada bakat semata-mata.




*******




Masih terdengar temukan gemuruh daripada para penonton selepas tamat pertandingan menari ‘Dance of The Year’ tadi walaupun kini aku berada di dalam bilik persalinan. Aku merasakan peluangku semakin terbuka untuk menapak ke dunia baru. Sejujurnya, aku sendiri tidak menyangka untuk memenangi tempat kedua dalam pertandingan ini. Mama dan papa, semestinya orang yang paling gembira tadi.




Aku mencapai tisu lembap dari tas tanganku dan menyapu sisa solekan pada wajah. Ketika itulah aku melihat pada pantulan cermin meja solek, Nik masuk sambil meneguk air mineral dengan label botol syarikat papaku yang pernah kuberikan kepadanya suatu ketika dahulu.




“Kalau you tak halang Vee untuk I teruskan dengan solo...” lelaki itu meletakkan botol airnya di atas meja dan memandangku pada cermin itu.




“We would have won. At the first place.” Sambungnya lagi.




Aku tidak memberi reaksi pada kata-katanya itu lantas menanggalkan hiasan rambutku satu persatu. Agak lama aku begitu sehingga terdengar keluhan perlahan darinya. Nik memegang kedua-dua bahuku dari belakang. Badannya sedikit menunduk.




“Don’t misunderstood. I don’t really after the solo.” Jelas lelaki itu dalam intonasi yang jelas berbeza.




Aku turut mengeluh perlahan akhirnya.




“No. If you had done the solo, we can’t even get the second place, Nik.” Aku menatap wajahnya pada pantulan cermin.




“What?” soal lelaki itu pelik.




Aku melurutkan rambutku dan membiarkan ia terurai. Walaupun kelihatan tidak terurus, namun fikiranku jauh lebih kusut daripada itu. Aku bangun dan menoleh mengadap Nik.




“Kalau you betul-betul nakkan part solo tu, you sepatutnya beri sepenuh komitmen sepanjang latihan kita. You tak sepatutnya marah Vee bila dia tukarkan you dengan Nate. You deserve it. You tak patut ponteng kelas Japanese and masa you audition untuk debut dulu, you tak patut lari walaupun you tak suka partner dengan Yuhanez. And you tak patut ikut I pergi Genting, you tak patut cari I. You...” aku memberanikan diri memandangnya walaupun sedar ketika itu mataku sedang berkaca-kaca.




“You don’t have any desire or passion for a dream right?” aku menghabiskan ayat itu perlahan dan cuba berlagak tenang berhadapan dengan lelaki itu.




Nik membalas pandanganku.




“Are you trying to teach me?” soalnya.




“No. I’m saying this cause I sincerely feel bad for you.” Aku tunduk lalu mencapai botol air yang diletakkan oleh lelaki itu tadi.




“I’m sorry If I made you mad.” Aku menyerahkan kembali botol itu kepadanya lantas mencapai beg tanganku untuk keluar.




“Maya...” panggil lelaki itu tiba-tiba.




“I just want you to feel that you’re missing me but I’m a bit dissapointed as you do not keep your promise.” Ujar Nik sedikit mendatar.




Aku mengesat air mata yang sedikit menitik sebelum menoleh memandangnya. Is that the reason for he’s skipping our practice all these time?




“Promise?” aku menyoalnya kembali. Wajah Nik kelihatan tidak berubah. Bahkan pandangannya tidak bertaut langsung denganku.




“You mean the confession I made 7 month ago?” soalku lagi.




Kali ini dia memandangku. Menyampaikan isyarat ‘ya’ pada matanya membuatkan bibirku tersenyum mengingat peristiwa itu. Lantas aku kembali menapak menghampirinya.




“Nik, kalaulah you tahu betapa susahnya I menghadapi tempoh 7 bulan selama ni. Don’t you think that it’s really hard for me? I tak boleh makan apa yang I nak makan. I tak boleh minum apa yang I nak minum. I basically died while living.” Aku mendapatkan wajahnya. Aku memberanikan diri menyentuh bahunya.




“But, thinking that it was for you, I think it was sort of waste.” Aku menjarakkan diri kembali.




“I lalui semua derita tu untuk seseorang yang hanya tahu untuk enjoy dan tak ada masa depan.” Aku mengeluh perlahan lantas berlalu meninggalkan Nik dengan riak wajah yang jelas terkejut mendengar kata-kataku.




“I give up Nik.” Ujarku lagi sebelum menghilangkan diri dari muka pintu.




*******




Seminggu selepas pertandingan menari itu berakhir, aku, Vee dan Nate mendapat tawaran untuk menjadi artis rakaman di bawah naungan KRU Production. Semestinya tawaran itu sesuatu yang sangat mengejutkan kami bertiga. Apatah lagi kami sekadar memenangi tempat kedua. Itulah yang dinamakan rezeki.




“Dah bangun?” aku memandang mama yang entah bila tercegat di muka pintu bilikku.




Wanita itu tersenyum lantas menapak menghampiri katil sambil membawa sedulang makanan untukku.




“Nah, makan nasi dulu lepas tu makan ubat. Eh dah basuh muka belum ni?” soal waita itu apabila aku dengan rakusnya menyuakan nasi ke dalam mulut.




“Mestilah dah.” Aku menghirup sup ketam yang mama sediakan. Terasa nikmatnya hidup walaupun aku kini diserang penyakit hepetitis A.




Ya, doktor mengesahkannya dua hari yang lalu. Tetapi kini aku beransur sembuh dan sudah boleh pulang ke rumah sejak semalam. Walau bagaimanapun, jadual untuk rakaman klip video pertamaku terpaksa ditangguhkan kerana doktor tidak membenarkan aku terlibat dengan sebarang aktiviti dalam masa terdekat ini. Itu termasuklah juga dengan faktor penat, stress, kurang makan dan macam-macam lagi.




Tetapi hanya Veanna dan Nate sahaja yang mengetahui akan hal ini. Sengaja aku tidak memberitahu Nik. Tambahan pula, lelaki itu langsung tidak menelefon atau menghantar sms bertanyakan tentang diriku. Jadi aku andaikan sahaja dia masih merajuk dan berjauh hati kerana peristiwa minggu lalu.




“Mama, kenapa bagi Yaya makan semua ni? Sup ketam tu ok lah. Tapi ni ayam masak merah, masak lemak daging, sayur goreng, telur. Apa ni ma?” suara Mia nyaring memenuhi ruang di dalam bilikku itu.




Suapanku terhenti serta-merta sebaik mendengarnya. Sementara mama pula kelihatan tenang.




“Biarlah, hari ni je mama bagi. Kesian adik kamu tu sakit. Kurang berat badan. Kan doktor suruh dia makan banyak sikit. Dah, Mia jangan nak paksa-paksa lagi Yaya ni diet. Dah macam lidi dah mama tengok.” Balas mamaku selamba.




Aku tersenyum sambil meneruskan suapanku yang tergendala tadi. Namun dalam hatiku masih bimbang dan risau kalau-kalau usahaku selama ini musnah hanya disebabkan satu dulang makanan yang diberikan oleh mama ini. Alah, tak mungkin. Lagipun bak kata mama tadi, hari ni je.




“Ok ok. Tapi petang ni Yaya kena ikut kakak jogging. Dah boleh bangun kan?” Mia masih tidak berpuas hati.




Aku mengetap bibir lantas memandang mama.




“Ok.” Jawabku pendek.




“Dah, jangan pedulikan kakak kamu tu. Lepas makan nanti makan ubat, ok.” Ujar mama sambil mengusap rambutku.




Aku mengangguk sebelum memerhatikan mama dan Mia keluar dari bilik.




*******




“No way. Naik 2 kilo?” aku hampir menjerit tatkala membaca nombor pada alat penimbang itu.




Ini tak boleh jadi. Aku lantas mencapai baju panas dan tali skipping, lalu turun menyarungkan kasut sukan. Dalam tergesa-gesa, masih sempat aku menjerit memberitahu mama bahawa aku pergi ke tasik untuk bersenam. Mia mengatakan aku gila. Bersenam pukul 1 tengah hari? Taklah gila sangat.




*******




Hampir tiga pusingan di tasik itu, aku kehilangan nafas. Botol air mineral yang kuletak di atas meja yang memang terdapat di situ kuteguk dengan rakus. Hebat sungguh penangan masakan mama. Lalu aku mencapai tali skipping dan mula melompat.




120, 121, 122, 123... aku benar-benar tidak mampu meneruskan lagi. Ditambah pula dengan cuaca panas terik tengah hari itu, aku rasa tubuhku seperti melayang dan hampir rebah. Pandanganku juga terasa berpusing dan...




“Maya, wake up. Wake up, Maya.” Terasa seseorang merenjis-renjiskan air diwajahku. Pipiku juga terasa ditampar-tampar perlahan. Aku membuka mata.




“Nik. You buat apa dekat sini?” aku lekas-lekas bangun dan menjarakkan diri dari lelaki itu. Sedap-sedap dia pangku aku. Dah berapa lama agaknya?




“Gila apa you ni bersenam tengah-tengah hari? Nasib baik I nampak you kat sini, kalau tak entah apa jadi dekat you.” Nik memarahiku. Ya, dia benar-benar marah.




Aku mendiamkan diri. Namun tidak pula aku menolak botol air yang dihulurkan. Di bawah pokok itu aku mengalihkan duduk mengelak dari bertentangan terus dengannya.




“Why you always makes me worrying about you? Kenapa tak bagitahu I yang you sakit? You tahu tak betapa risaunya I bila Vee bagitahu yang you kena Hepatitis B. Keluar tengah-tengah hari macam ni. You nak sakit you bertambah teruk ke? Dahlah I call you tak jawab.” lelaki itu terus membebel.




Selama aku mengenali Nik, inilah pertama kali aku melihat dia begitu marah terhadapku. Mendengarkan kata-katanya itu, aku tersenyum. Hepatitis B? Veanna ni memang hebat kalau bab mengenakan orang. Aku menyeluk telefon bimbitku dari poket seluar. 13 panggilan tidak berjawab daripada lelaki itu.




“I silent phone. Sorry.” ujarku perlahan.




Malas menjawab pertanyaan bertubi-tubi lelaki itu. Kalau tak nak peduli, usah peduli. Nak susah-susah ambil berat tentang aku buat apa?




“Nasib baik I datang rumah you. Nak tunggu sampai you jawab phone, I boleh gila tahu tak?” Nik mendekatiku dan menarik tubuh badanku agar berpaling mengadapnya.




“Maya, what’s wrong with you? Kenapa dengan you ni?” Nik menggoyang-goyangkan bahuku membuatkan aku rimas dan segera menepis tangannya itu.




“I’m fine. I’m fine ok. By the way, I bukan kena Hepatitis B. It’s just A. So I’m totally fine.” Aku cuba untuk bangun namun tubuhku masih belum kuat sepenuhnya. Kakiku terasa lemah tiba-tiba dan aku rebah semula.




Di saat itulah tubuhku terasa seperti melayang dan aku baru saja tersedar Nik sedang mencampung tubuh badanku dan berjalan mendapatkan keretanya di tepi kawasan tasik itu. Aku sememangnya tidak berdaya walaupun sekadar untuk bersuara memaksanya menurunkanku kembali.




Yang aku ingat, aku terdengar suara lelaki itu meminta diri untuk pulang daripada mama dan papa. Selebihnya aku tidak sedarkan diri.




*******




Aku melangkah ke kelas seperti biasa. 3 hari berlalu, aku pulih sepenuhnya. Semangatku hari ini juga terasa lain daripada biasa. Sayang sekali, banyak benar pelajaranku tertinggal. Aku mendapatkan Veanna sebaik saja mengambil tempat.




“Vee, nota untuk aku mana?” soalku kepadanya.




Tanpa banyak soal, gadis itu menyerahkan fail-fail notanya dan juga beberapa buah buku seperti yang telah kuminta. Aku tersenyum gembira.




“Thanks.” Ujarku ketika Encik Zafran baru memulakan kelas compositonnya pada hari itu.




“So today’s class will start with corecting the conception of composition. It’s not very hard actually and I believe that you guys can do it. ” aku mula menumpukan perhatian.




“But, to make music that most people will like is the difficult one. For example, listen to this chords.” Encik Zafran lantas memainkan jari-jemarinya pada keyboard.




Aku mendengar dengan teliti hingga tamat.




“So, can anybody tell me which chords are these?” soal pensyarahku itu.




Ketika masih mengenal-pasti kord lagu yang dimainkan tadi, aku terlihat Nik mengangkat tangannya serta-merta.




“Yes Nik.”




“They’re, A minor, D minor and E seventh.” Jawab pemuda itu dengan yakin.




“Bingo. Well done, Nik.” Ujar Encik Faizal.




Aku tertelan liur dibuatnya. Spontan aku menepuk tanganku perlahan. Inilah antara subjek yang agak sukar bagi aku tetapi Nik kelihatan seperti sudah pakar tentangnya.




“So everyone, notice that it is jus 3 simple chords. Yet we can creat quite a few songs from that. Ok listen.”




Encik Zafran mula menyanyikan beberapa buah lagu berdasarkan 3 kord yang dimainkannya tadi. Aku terangguk-angguk mendengarnya. Sementara Nik pula kelihatan sangat kusyuk.




Dan ya, sejak pagi tadi dia langsung tidak bertegur denganku.




“Dia hebatkan?” Veanna sempat berbisik kepadaku.




Aku mengangguk mengiakan kata-katanya. Dia memang sentiasa hebat. Bisik hatiku.




“A general song structure.” Aku membaca tajuk utama pada muka surat yang diarahkan oleh Encik Zafran.




“Apa sahaja lagu, lazimnya akan terdiri daripada struktur-struktur ini. A, A prime, the bridge and then the refrain.” Ujar pensyarahku yang tinggi lampai itu. Kacak juga orangnya. Mujurlah dah kahwin.




Kahwin? Aku memandang Nik sekali lagi. Aaah, Yaya stay focus!




“So, for your final project, kamu semua akan compose lagu bagi lirik yang telah saya edarkan tadi. So minggu depan, saya nak dengar tune yang you compose sama ada sesuai atau tidak dengan lirik tu.” Encik Zafran terus bersyarah membuatkan seisi kelas terangguk-angguk mendengarnya.




“No plagiarism. Saya nak hanya yang asli. Dan ingat, lagu yang terbaik hanya dapat dihasilkan melalui pengalaman dan bukan teori di dalam buku. Kalau kamu semua ingat lagi pada semester lepas, theory muzik mengatakan bahawa...”




Aku melihat Nik mengangkat tangannya sekali lagi kali ini.




“Kalau nak pendengar menangis dengar lagu kita, kita mesti menangis seribu kali daripada dia.” Ujar lelaki itu.




Aku hampir ternganga melihat kesungguhan lelaki itu. Tiada riak bosan langsung pada wajahnya sedangkan aku sudah berapa kali menguap sejak tadi.




“Definitely correct Nik. Dan begitu juga kalau kamu ingin menyanyikan lagu dengan lirik berunsur cinta, marah dan sebagainya. You have to experience it by yourself. Do you understand?”




Pensyarahku itu mula menyesakkan kepalaku dengan segala macam teori dan ilmu yang ada padanya. Dua jam berada di dalam kelas itu, terasa begitu lama berlalu.




“Integrating one’s feeling, what does it mean?” aku masih memegang helaian lirik lagu yang kuterima tadi sambil terus berjalan ke tempat parkir keretaku.




“Kenapa susah sangat nak faham kelas composition ni?” aku terus mengomel sendirian.




Sebaik membuka pintu kereta, aku terperasan sesuatu yang diselitkan di bahagian pengilap cermin hadapan keretaku itu. Sehelai kertas dan... sekeping nota?




Aku membaca helaian kertas yang tertera tulisan A+ di atasnya itu. Score Report of The Japanese Language Proficiency Test. Name...




“Nik Adrian Lee?” aku hampir tidak percaya melihatnya.




“Seriously?” aku membelek-belek kertas itu sehelai demi sehelai. Secara automatik fikiranku teringatkan peristiwa aku dan dia di dalam bilik persalinan sewaktu pertandingan menari dahulu.




“It couldn’t be that... he doing this in order to let me see his improvement?” aku tersenyum sambil mencapai nota kecil itu pula.




Teman I buat assignment malam ni.
I tunggu u tempat biasa ok.”


Pada masa itu juga, telefon bimbitku berbunyi memainkan nada dering yang aku tetapkan khas untuk Nik.




“Will you or won’t you?” dia bersuara perlahan dihujung talian. Seperti dia tahu aku di situ lalu aku melilaukan mata mencari kalau-kalau ada kelibatnya di sekitar kawasan berhampiran.




Aku mendengar dia ketawa.




“I tanya you sudi ke tidak, bukan suruh you pusing-pusing.” Ujar lelak itu lagi. Semestinya dia ada menyorok di mana-mana.




“Hah? Macam mana you tahu I pusing-pusing?” soalku sengaja menduga.




“Oh, err, I cuma agak je. Memang you tengah pusing-pusing ke?” Jawab lelaki itu sedikit menggelabah.




Aku tersenyum.




“So, you sudi ke tidak? Dah kali ketiga I tanya ni.” Soal lelaki itu kesekian kalinya.




Aku terdiam seketika sebelum mengangguk perlahan.




“Ok, then kita jumpa pukul 8, ok.” Nik bersuara girang lantas menamatkan talian.




Aku tersenyum lagi lantas masuk ke dalam kereta. Nampak sangat tak pandai ‘cover line’. Aku mengangguk pun dia boleh tahu. Nik, Nik. Sejurus itu juga aku menerima mesej daripadanya.




“I bukan nak enjoy. Cuma nak feel untuk final project kelas tadi. p/s:you look gorgeous today. And blur..^_^”




Kali ini aku ketawa kuat. Dia perasan rupanya aku blur dalam kelas Encik Zafran tadi. And gorgeous? Baru berapa hari tak datang kelas dah rindu. Ke aku yang rindu sebenarnya.




*******




Seminggu berlalu. Aku melangkah masuk ke kelas Encik Zafran dengan lemah. Aku dapat merasakan pencapaianku tidak begitu memberangsangkan kali ini. Namun aku sudah mencuba yang terbaik. Dengan bantuan Nik semestinya.




Aku menoleh lelaki itu yang duduk di sebelah. Dia menggenggam tanganku seakan mengerti perasaanku ketika itu.




“Baiklah, semua assignment telah saya terima semalam. Dan saya dah dengar semua lagu yang kamu compose berdasarkan lirik-lirik yang saya berikan minggu lepas.” Kelas Encik Zafran hari itu kurasa berdebar lain daripada biasa.




“Dan sekarang saya akan umumkan, 3 orang pelajar terbaik yang mendapat markah paling tinggi bagi tugasan ini. Dengan mata tertinggi, 93 peratus...”




Aku mengeratkan genggaman tanganku.




“Nik Adrian Lee.” Ujar Encik Zafran membuatkan aku ternganga memandang Nik.




Serentak itu tepukan gemuruh kedengaran. Nik tersenyum memandangku.




“Muzik yang dibuat oleh Nik sangat menarik. Saya sendiri tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Lagu ini menampakkan penulisnya seperti sedang dilamun cinta dan mambuatkan kita juga terasa seperti ingin bercinta. So Nik, is there anything to share?” soalan Encik Zafran itu membuatkan Nik kembali memfokuskan pandangan ke hadapan.




Aku ketawa perlahan melihat reaksi wajahnya. Lelaki itu akhirnya bangun.




“Not really, sir. It’s just happen like that.” Ujar lelaki itu ringkas disambut gelak tawa daripada rakan-rakan sekelasku yang lain.




Encik Zafran tersenyum.




“Baiklah, seterusnya saya umumkan tempat kedua tertinggi bagi projek ini. Dengan markah sebanyak 87 peratus. Julia.”




Tepukan kedengaran lagi.




“Saya dapati banyak point-point yang menarik dalam kord-kord lirik ini dan akan membuatkan kita tertanya-tanya tentang lagu ini hingga ke penghujungnya.” Pensyarahku itu memberikan komennya.




“Dan tempat ketiga, dengan 85 peratus...” Encik Zafran meneruskan pengumumannya lagi. Aku hanya mendengar tanpa merasakan bahawa aku akan terpilih sebagai pelajar terbaik untuk subjek ini apatah lagi...




“Maya Qalessa.” Suara Encik Zafran menampar gegendang telingaku.




“Hah, what?” aku bersuara sambil memandang pensyarahku itu. Nik di sebelah mengangguk berkali-kali sebagai jawapan.




“Sama seperti Nik, lagu ini ada feel yang sangat mendalam. Sangat cantik dan teratur. Semakin kamu mendengar lagu ni, semakin kamu rasa tertarik untuk mendengarnya.” Encik Zafran menamatkan komennya dengan tersenyum memandangku.




“Jadi tahniah kepada mereka bertiga yang saya sebutkan tadi. So guys, kalau ada sebarang masalah atau apa-apa pertanyaan, kamu semua boleh rujuk kepada mereka. Yang lain, keep it up.”




Kelas tamat di situ. Aku memandang Nik dengan penuh rasa terharu.




“Nik, it’s all thanks to you.” Aku spontan memeluk lelaki itu. Nik terdorong sedikit ke belakang akibat terkejut dengan reaksiku itu.




“Hoi hoi, apa buat perkara sumbang dalam kelas ni?” Suara Veanna mencelah tiba-tiba.




Aku segera tersedar dan meleraikan pelukan itu.




“Sorry.” ucapku perlahan.




“Seriously Vee, you ni kacau daun tau.” Nik menolak bahu gadis itu membuatkan Veanna mengaduh kecil.




Kelibat Nate pula menghampiri kami.




“Tahniah guys. Korang ni... hey, ada sejarah silam eh?” Lelaki itu mengenakannya.




Aku dan Nik saling berpandangan membuatkan mereka berdua semakin galak mengusik.




*******




Siap menyalin pakaian dan mendapat dandanan daripada jurumekap di studio itu, aku menapak keluar ke ruang menunggu. Kelibat Nik tidak kelihatan di mana-mana. Aku memerhatikan sekitar studio gambar itu. Luasnya, hanya Tuhan yang tahu. Dan dress yang kupakai ini, nak ambil gambar profil ke gambar kahwin? Nik, where are you? Aku melilaukan mata memandang keliling.




“Abang cuba adjust dulu camera tu sebab tadi saya test macam ada yang tak kena je.” Suara Nik kedengaran sebaik sahaja aku baru melabuhkan punggung di atas sofa yang berada di situ.




Dengan pantas aku berdiri mendapatkannya.




“Nik, you pergi mana?” aku bertanya.




“I dekat studio sebelah. Abang Amir cakap kita ambil gambar dekat sana, ok.” Ujar lelaki itu sambil memegang tanganku untuk ke studio sebelah yang dimaksudkannya tadi.




Aku menurut teragak-agak. Kelihatan beberapa orang pekerja studio itu sedang bertungkus lumus menyiapkan set untuk rakaman gambar yang bakal aku jalankan sebentar lagi. Seriously dengan latar belakang ‘garden theme’ macam ni?




Aku menarik Nik dekat denganku lantas berbisik.




“Nik, tak rasa melampau sangat ke? Pakai dress macam pengantin ni plus backdrop macam tu.” Aku berbisik kepadanya.




Nik sekadar ketawa.




“Maya, profile picture ni bukan untuk budak-budak sekolah ok. You nak hantar untuk KRU Production. In profesional level. So, you must be the most outstanding one.” Lelaki itu turut berbisik kepadaku.




Aku menelan liur. Seriously?




“Nik, bukan kau ada video shoot ke petang ni?”  seorang lelaki berketinggian lebih kurang dengan Nik menghampiri kami. Dia kulihat memegang sebuah kamera digital ditangan. Barangkali itulah Abang Amir yang  Nik cakapkan tadi.




Shoot video? Tapi tadi Nik cakap dia free hari ni.




“Oh, shooting tu delay pukul 4 nanti. Abang dah siap setting semua ke?” Nik menyoal kembali.




Lelaki itu mengangguk sebelum memandangku.




“So, this is Maya?” ujar lelaki itu seraya melakukan sesi perkenalan ringkas denganku.




Nik mengangguk mengiakan.




“Special ke? Habis gambar dalam handphone tu siapa pulak?” lelaki itu menyoal Nik lagi.




“Eh, bukan bang. Yang tu lain. Nanti-nantilah saya cerita. Kita ambil gambar dulu ok.” Ujar Nik dalam ketawanya yang seperti dibuat-buat.




Aku tersentak. Am I really not that special? Berapa ramai kawan perempuan dia ni?




“Maya, pose cantik-cantik ok.” Lelaki itu mengarahkan aku ke dalam studio dan mula mengambil gambarku satu-persatu.




Nik sekadar memerhati di hadapan. Persoalan tadi aku biarkan berlalu. Siapa aku untuk peduli tentang semua kawan-kawan perempuannya. Dia sendiri tidak pernah mengatakan apa-apa tentang hubungan kami. Jadi sebaiknya aku memilih untuk mendiamkan diri.




Tamat sesi photoshoot itu, aku kembali menyalin pakaian dan duduk di ruang menunggu. Kelibat Nik dan jurugambar tadi tidak pula kulihat di mana-mana. Barangkali mereka sedang mengedit dan menyiapkan gambar-gambarku.




Penat termenung, aku mencapai majalah dan membelek-beleknya. Bosan. Lalu aku bersandar di sofa empuk itu. Mengeluarkan botol mineral dan melegakan tekak yang terasa kering. Bosan lagi. Mana pula perginya Nik ni? Aku mencapai telefon bimbit di atas meja untuk menelefon lelaki itu.




“Maya nampak handphone I dekat sini tak?” Nik muncul tiba-tiba.




“Hah? Handphone? Tak ada. I baru nak call you.” Ujarku sambil menunjukkan handphone di tanganku itu.




“Tu bukan handphone I ke?” soal lelaki itu lagi.




“Handphone you?” aku pelik lalu aku membelek-belek Samsung Galaxy S II itu. Oh, keychain berbentuk hati kesayanganku tiada di situ.




Belum sempat aku mengiakan, Nik cepat-cepat mengambil telefon itu dari pegangan. Rupanya telefon bimbit kami serupa.




“You tak tengok apa-apa kan?” soal lelaki itu sedikit cemas.




Aku mengeleng. Pelik melihat tingkahnya.




“Wallpaper pun?” dia menyoal lagi.




“Tak. Tak sempat nak usik apa pun you dah datang. Kenapa lama sangat?” aku kembali dengan persoalan asal untuk lelaki itu tadi.




Nik menarik nafas lega. Dia tersenyum.




“Dah nak siap dah. I lupa masa tunggu you tukar baju tadi I letakkan dekat atas meja ni. Kejap lagi kita balik ok. Nak tunggu abang Amir kejap.” Nik seraya meninggalkanku.




Aku mengangkat bahu dan menghenyakkan diri sekali lagi di atas sofa empuk itu. Masih pelik dengan tingkah Nik seketika tadi, lalu aku mengeluarkan telefon bimbitku pula. Jariku menyentuh permukaan skrin. Serta-merta wajah Nik terpampang sebagai wallpaper.




Tiba-tiba aku teringat perbualan abang Amir sebelum memulakan sesi photoshoot tadi.




“Special ke? Habis gambar dalam handphone tu siapa pulak?”




“Aah, kalau aku bukan special kenapa layan aku macam ni? Entah-entah memang betul apa yang abang Amir cakapkan tadi. Entah berapa ramai kawan perempuan dia. Ish, kenapalah aku tak tengok handphone dia cepat-cepat tadi.” Aku mengetap bibir dengan geram.




Gambar lelaki di dalam telefon itu ku tekan berkali-kali. Aaah, geramnya!




*******




Demi untuk mengekalkan pointer terbaik bagi semester ini, aku melipatgandakan lagi usaha bagi setiap matapelajaran. Fokusku semestinya pada subjek composition yang diajarkan oleh Encik Zafran. Bukan itu sahaja, kelas teori level 2 yang diajar oleh Profesor Yasmin semester ini juga agak memeningkan. Dengan bantuan tutor seperti Nik, aku merasa sedikit yakin dengan dua subjek ini.




“So, does anyone know these chord?” Profesor Yasmin bertanya di dalam kelas teorinya hari itu. Dia yang duduk di kerusi piano itu menoleh mengadap kami semua di dalam kelas.




Aku mengangkat tangan serta-merta. Sempat aku menjeling Nik yang juga mengangkat tangannya di sebelah. Lelaki itu tersenyum dan memberi peluang kepadaku.




“B2, D3, G3?” Aku menjawab perlahan.




Sebenarnya aku masih dalam keadaan antara yakin dan tidak. Lalu aku memandang Profesor Yasmin. Wajahnya nampak serius. Salahkah jawapanku tadi?




“Well...” wanita itu mengeluh perlahan.




Aku menelan liur.




“It’s perfect Maya. Did you see that? Class, did you see that?” Profesor Yasmin kelihatan teruja sehingga aku pun turut pelik melihatnya.




“Ok then, what about this?” wanita itu tiba-tiba mengetuk gelas kaca yang memang sengaja diletakkan di atas piano itu.




“Hah? How could we guess that?” Nik selamba memberi pendapat.




Aku menoleh memandang lelaki itu. Keningku bertaut macam tidak percaya mendengar jawapannya.




“Is that probably... G5?” jawabku teragak-agak lagi.




“Guys, you see? See? See? That’s what I call a perfect pitch.”




Mungkin kerana terlalu teruja, aku melihat Profesor Yasmin hampir bangun dari tempat duduknya. Perwatakan yang jauh berbeza daripada yang aku selalu lihat selama ini.




Aku terkebil-kebil seketika.




“Dah 3 batch saya tak jumpa student macam ni. Dan semester ini, saya dapat seorang. It is a gift from God.” Ujar wanita itu lagi.




Serentak kedengaran suara rakan-rakanku berbisikkan kekaguman. Aku hanya tersenyum memandang mereka. Dan Nik, pandangan lelaki itu nampak berbeza kali ini.




“Merepek. Tak masuk akal.” Suara Yuhanez mencelah.




Seisi kelas itu diam dengan serentak.




“Not need to envy that much, Yuhanez.” Profesor Yasmin menjawab.




“Is not that I’m envy her...”




“Ravel, Schumann, Wegner, these people doesn’t have a perfect pitch yet they were outstanding musicians. I don’t say that gaining a perfect pitch is a necessary. What you really need is just a good relative pitch.” Ujar Profesor Yasmin, memotong percakapan gadis itu.




Yuhanez kelihatan meluat.




“Relative pitch?” Nik seakan bercakap sendirian.




“Relative pitch is the ability to determine an interval between two notes. Ok Nik, you have a try. Lets say this is ‘mi’...” ujar Profesor Yasmin lalu menekan salah satu not pada piano itu.




“Then you will automaticaly say?”




“Faaa...” Nik menyambung ayat pensyarah wanita yang sungguh berkaliber itu.




Aku tersenyum mendengar suara lelaki itu yang sedikit lari. Namun anggukan Profesor Yasmin membuatkan aku fokus semula.




“Prof, is there a method of learning to obtain perfect pitch?” Nate mengangkat tangannya seraya menyoal.




Profesor Yasmin memandang lelaki itu. Dia mendiamkan diri. Lama. Hingga aku juga turut tertanya-tanya tentangnya.




“Methos of learning? There’s not.” Jawab pensyarahku itu.




“You have to be born with the innate ability. But as I said earlier, it’s not that necessary. Instead, it may become a burden for you during performance.” Sambung Profesor Yasmin lagi.




Aku terangguk-angguk faham. Veanna menepuk bahuku tiba-tiba. Sekeping nota dihulurkan kepadaku. Aku membacanya lantas mengangkat kepala memberi isyarat tanya kepada Veanna. Gadis itu mengangkat bahu lalu menunjuk ke arah Nate pula. Aku tersenyum sebelum menganggukkan kepala.




*******




Sebaik terdengar loceng pintu dibunyikan, aku terus berlari ke halaman rumah mendapatkan Nate yang sedia menanti di luar pagar. Lantas aku mempersilakan lelaki itu masuk memandangkan cuaca panas terik pada hujung minggu hari itu.




“Tak apa ke aku datang rumah kau ni, Maya?” soal pemuda itu yang kelihatan ragu-ragu.




“Ish, masuk ni dah 10 kali kau tanya soalan yang sama. Nak belajar ke tak nak?” soalku geram. Dari semalam, sampai ke hari ni, tak habis-habis dengan ‘tak apa’ nya itu.




Nate tersengih memandangku. Papa yang sedia berada di ruang tamu itu disalamnya. Begitu juga dengan mama yang kebetulan baru keluar dari dapur.




“Nate dari mana ni?” mama berbasa-basi. Padahal dia tahu serba-sedikit tentang lelaki itu setelah aku memberitahunya malam tadi.




“Dari rumah, auntie. Dekat Cheras.” Balas pemuda itu sopan.




Mama terangguk-angguk. Membuatkan aku tersenyum melihat reaksinya itu. Plastiklah mama ni.




“Jom, Nate. Bilik study dekat atas.” Aku mengajaknya. Nate mengangguk lalu menurut langkahku.




“Aaaaaa...” Aku menyanyikan not A sebelum menekan piano bagi not itu.




Nate melakukan perkara yang sama sebelum mengiakannya.




“It has the feeling. Kita dengar melalui telinga, and vocal chord akan terasa automatik untuk keluarkan not tu.” Aku menoleh memandangnya yang duduk di sebelah.




“Vocal chord?” lelaki itu memegang bahagian lehernya.




Aku tersenyum.




“Yup. Apa yang aku maksudkan ialah, bila kita menyanyi not A, vocal chord kita akan bergerak sebanyak ini,” lalu aku pun menyanyi, mengulangi demo seperti yang aku lakukan tadi.




“Dia ada tahap-tahap tertentu bagi setiap kord jadi kau akan tahu not A banyak ni, not B banyak ni and bla bla bla. Jadi kau kena ingatlah.” Ujarku lagi siap menunjuk ukuran jariku yang berbeza-beza kepadanya.




Nate kelihatan kusut. Membuatkan aku merasa serba-salah padanya.




“Mesti explaination aku teruk kan?” aku menggaru-garukan kepala.




Kali ini Nate mengeleng.




“Not really. I sort of understand what you mean.” Ujar lelaki itu sambil tersenyum.




Aku menarik nafas lega.




“So, kita teruskan lagi ok.” Ujarku lalu menekan satu demi satu not pada piano itu.




Kemudian aku selarikan pula dengan demo daripada nyanyianku sendiri dengan harapan lelaki itu akan lebih faham. Asyik melakukan perbincangan bersama, tidak sedar hari semakin menginjak ke petang. Baru sahaja aku ingin turun ke bawah, entah dari mana tak ribut tak ada angin, Nik muncul di muka pintu bilik bacaan itu.




“Hah? Nik? Apa you buat dekat sini?” hampir terjerit aku dibuatnya.




Kalau lelaki itu tidak memaut tanganku terlebih dahulu, sudah tentu aku jatuh terduduk dek kerana terlalu terkejut.




“Sorry. I kebetulan lalu area sini tadi. Teringat nak jumpa you. Then mama you ajak masuk, dia cakap you ada dekat atas dengan Nate. So I pun naiklah.” Ujar lelaki itu tesengih-sengih.




Sempat dia memandang ke arah Nate. Namun pandangan itu kelihatan semacam, hingga Nate pun tidak berani menegurnya waktu itu.




“Hah?” Alasan apa ni?




*******




“Ok Julia, I gotta go now. We’ll talk later then.” Aku terdengar perbualan Nik di telifon sewaktu melintasi meja makannya di kafeteria.




“Julia?” bisikku sendirian.




Mujur lelaki itu duduk membelakangkanku. Lalu aku mengambil kesempatan ini untuk terus memasang telinga. Kedengaran dia ketawa manja. Sangat menjengkelkan pendengaran. Dahlah geramku masih tidak habis dek peristiwa dia datang ke rumahku secara tiba-tiba minggu lalu. Ditambah pula dengan sikap gatalnya yang terang-terangan ini. Entah Julia mana agaknya. Hah? Dalam kelas aku pun ada nama Julia. Takkanlah diorang...




“I miss you too. Bye. I love you.” Ujar Nik lalu menamatkan talian.




What? Seriously? Aku melangkah pantas mendapatkan Veanna di meja biasa kami berdua. Nate juga berada di situ. Aah, jangan difikirkan sangat Yaya. Kau bukan siapa-siapa pun untuk dia.




Aku membalas teguran Veanna dan Nate seadanya. Mereka berdua nampak rancak meneruskan perbualan. Namun aku tidak pula berminat untuk turut serta. Puas aku menjaga riak wajahku agar tidak terlalu ketara. Kalau tidak, pasti berdas-das soalan akan mereka ajukan kepadaku.




“Maya, got a minute? I ada hal sikit nak cakap dengan you.” Nik tiba-tiba muncul ditepi mejaku.




Veanna dan Nate turut memandangnya. Aku mengangguk demi untuk tidak menimbulkan sebarang syak wasangka daripada mereka berdua. Lalu aku bangun mengikutnya ke hujung kafeteria, berhampiran bangunan pentadbiran kolej yang mengadap sebuah kolam buatan dengan landskap yang amat indah.




“I masih tak faham kenapa you sanggup ajar Nate sampai nak kena ajak dia datang rumah you. Jujur dengan I, you dengan Nate... ada special relationship ke?” soal lelaki itu direct to the point.




Aku mangambil tempat di salah sebuah bangku di situ lantas memeluk tubuh.




“I dah penat nak explain.” Aku menjawab ringkas.




Giliran lelaki itu pula mengambil tempat di sebelahku.




“I tanya sebab I risaukan you. Memanglah alasan you sebab nak study sama-sama. Tapi you perempuan, dia lelaki. Duduk dalam bilik tu berdua-duaan.”




Aku memandangnya tajam sebagai isyarat agar dia berhenti memulakan pergaduhan denganku lagi.




“No, I mean, dari dulu lagi, you always keep me worrying about you.”




“Kalau macam tu tak payahlah pedulikan I. I’m a big girl. I know how to care about myself.” Ujarku mendatar.




“And I know Nate.” Tambahku lagi.




Lelaki itu mengeluh mendengar jawapanku.




“Ok, I know him too. Tapi I tahu pasal ni, Veanna tahu pasal ni, kawan-kawan kelas kita pun ada yang tahu pasal ni. Kalau bukan I, mungkin diorang yang akan salah faham. Kalau ada yang cuba buat fitnah macam mana?” lelaki itu mengomel lagi.




Aku masih dingin seperti tadi. Malas nak layan.




Lantas Nik mencapai tanganku.




“Lain kali jangan buat macam ni lagi, ok.” Perlahan lelaki itu bersuara.




Hatiku menggeletek mendengarnya. Aku cepat-cepat menarik semula tanganku.




“Then, bila you sebut dalam phone ‘Julia, I love you, I miss you’, you expect I takkan salah faham dengan you?” aku cuba mengawal suara memandangkan kawasan itu sedikit lengang dari laluan orang ramai.




Nik bangun tiba-tiba. Dia menundukkan badannya di hadapanku dan tersenyum.




“You heard me? So, jealous la ni?” lelaki itu bertanya.




“Then, macam mana pula you boleh tiba-tiba datang rumah I tanpa sebab tu? So funny. You jealous jugak kan?” aku membalas.




Riak wajah pemuda itu sedikit berubah tapi masih tidak lekang senyumannya tadi.




“Ish, I yang tanya you dulu. So you yang kena jawab dulu.” Ujarnya.




“No. You jawab dulu.”




“Tapi I yang tanya dulu kan.”




“You think I care?”




“Maya...”




“What Nik?”




Aku bersuara sedikit tinggi. Lelaki itu terdiam.




“Ok, fine then. Just forget it.” Ujar Nik seraya berlalu pergi dari situ.




Aku juga turut bangun dan berjalan mendapatkan Veanna dan Nate yang masih berada di kafeteria tadi. Aku menarik getah rambut meredakan ikatan rambutku yang sedang kusut ketika itu. Sekusut perasaanku gamaknya.




Baru sahaja aku hendak menyuap makanan, Nik terpacak sekali lagi di situ.




“Ok, memang I jealous. Now you?” suara kuat lelaki itu sudah cukup kuat untuk menarik perhatian beberapa kumpulan pelajar yang duduk berhampiran mejaku ketika itu. Veanna dan Nate tak usah cakaplah.




Setelah mendiamkan diri dengan agak lama, aku akhirnya mengangguk perlahan.




“Me too.” Jawabku hampir berbisik.  Namun aku yakin dia mendengarnya.




Veanna dan Nate berdehem-dehem menarik perhatianku.




“Are you guys... just confessing to each other?” soal Nate teragak-agak.




Aku membuntangkan mata.




“Hah? No. No. It’s not like that. We’re...” aku memandang Nik memberi isyarat agar membantuku ketika itu.




Dok berani sangat buat drama dekat khalayak ramai ni kenapa? Tahulah artis, tapi takkan dekat kafeteria kolej pun nak buat publisiti. Tak pasal-pasal mintak masalah.




*******




Veanna tersenyum-senyum ketika aku mengambil tempat di sebelahnya di dalam kelas jasmani Puan Maria petang itu. Terlupa seketika tentang wanita itu sejak aku berjaya mengurangkan berat badan kira-kira hampir setengah tahun yang lalu. Dialah antara pensyarahku yang paling banyak mengambil berat tentangku sekarang.




Dari soal kesihatan, pemakanan, aktiviti harianku, jadual rakaman dan sebagainya, hampir bersamaan dengan pembantu peribadiku di kolej. Sementara di rumah, mama dan Mia. Manakala pemantau harian, semestinya Nik Adrian Lee yang baru sahaja menghantar smsnya sebentar tadi.




“Knp msti kls jsmni b’asingn? I hate it!” Begitulah ayat yang tertera di dalam peti masuk telefonku tadi.




Aku tersenyum mengingatkan tentang lelaki itu. Aku pandang Veanna sekali lagi.




“Vee, aku tanya ni. Kau kenapa aku tengok tersengeh-sengeh macam orang tak betul dari tadi?” ujarku lalu meregangkan kaki 180 darjah di atas tikar elastik di gimnasium itu.




Gadis itu mengeleng.




“Aku senyum sebab teringatkan kau.” Jawabnya ringkas.




“Teringatkan aku? Kau ni scary lah.” Balasku lalu memulakan regangan.




Puan Maria, seperti biasa selepas mengambil kedatangan dan mencatat ukuran berat mingguan kami, dia akan beredar meninggalkan gimnasium itu. Dan kira-kira 15 minit sebelum waktu kelas tamat, dia akan kembali semula bagi memastikan tiada pelajar yang mengelat atau ponteng kelas tersebut.




Kedengaran Veanna ketawa.




“Betul, Maya. Aku senyum sebab tengok kau akhir-akhir ni semakin berseri je. Macam bahagia sangat.” Ujar gadis itu membuatkan aku ketawa mendengarnya.




“Kenapa? Tak boleh ke kalau aku bahagia?” soalku kembali.




Veanna yang sedang duduk mengiringiku ketika itu, menukar posisinya. Kami bertentangan sambil terus melakukan regangan.




“Tell me, Maya.” Intonasi suara gadis itu tiba-tiba berubah.




Aku terkebil-kebil memandangnya.




“Honestly.” Ujarnya lagi.




“Apa?” balasku.




“What is going on...”




Gadis itu menoleh sekeliling sebelum menyambung.




“Between you and Nik?” Veanna menghabiskan ayatnya dengan memandang tajam wajahku.




Aku mengetap bibir memikirkan ayat yang sesuai untuk aku katakan kepadanya.




“Well, we’re not officially declare. But you know that I really like him.” Ujarku perlahan. Spontan bibirku menguntum senyuman tatkala membayangkan wajah lelaki itu.




“Do you like him that much?” soal Veanna turut tersenyum.




Aku mengangguk pantas.




“I really like him so much I could die.” Jawabku jujur.




“Then how do you know that you like him?” soalnya lagi.




Kali ini, aku pula menoleh keliling. Memastikan keselamatan terjamin supaya tidak ada yang mendengar apa yang bakal aku katakan nanti. Lalu aku menarik nafas perlahan.




“Well, I think about him a lot.” Aku mengangkat jariku yang pertama.




Veanna terangguk-angguk mendengarnya.




“Kalau ada berita gembira, dia orang pertama yang aku nak beritahu.” Aku mengangkat jariku yang kedua pula.




Veanna mengangguk lagi.




“Dan kalau ada berita sedih, dia jugalah orang pertama yang aku nak mengadu.” Jari yang ketiga pula naik.




Veanna masih tekun mendengar.




“Aku terlalu sukakan dia, sampai aku rasa, tak buat apa-apa pun tak apa asalkan dapat berada dengan dia sepanjang hari.” Ujarku dengan perasaan yang seperti dibuai-buai.




Aku melihat riak Veanna perlahan-lahan berubah.




“Tapi, kenapa kau tanya semua ni?” soalku pelik.




Gadis itu tiba-tiba berhenti melakukan regangannya. Serta-merta dia berdiri membuatkan aku sedikit cemas. Lantas aku turut bangun.




“Vee, kau kenapa ni?” soalku sekali lagi.




Gadis itu tiba-tiba tersenyum.




“Aku rasa nak muntah. Geli dengar ayat kau.” Ujarnya lantas berjalan mendapatkan treadmill di sudut gimnasium itu.




Aku masih tercegat di situ dek kerana masih terkejut mendengar responnya tadi. Cis, kurang asam kau Vee. Buat orang suspen je. Aku mengetap bibir seraya mendapatkannya.




*******




Masa hujung mingguku tidak lagi terluang seperti dahulu. Boleh dikatakan setiap minggu jadualku dipenuhi dengan aktiviti sama ada nyanyian, tarian, mahupun temuramah media. Dan hari ini, aku telah berada seawal jam 2 petang di studio salah sebuah syarikat penyiaran swasta bagi jemputan satu sesi temubual tv yang bakal bermula kira-kira sejam lagi.




Nik yang sudah arif tentang selok-belok dunia penyiaran ini sedikit sebanyak membantu menghilangkan gentarku dengan memberikan kata-kata semangat sebelum siaran bermula. Lelaki itu sememangnya sentiasa ada di saat aku memerlukannya.




“We’re about to tape. Everyone ready.” Suara penolong pengarah di studio membuatkan aku kembali cemas.




“Standby. Camera ready. Three, two, one and shoot.” Suara itu terasa seperti menyekat pembuluh darahku. Namun kelibat Nik di sebalik kamera di hadapan itu mengembalikan semula semangatku dengan memberikan isyarat tangannya dari jauh.




“Selamat petang dan selamat bersiaran kembali para penonton di rumah. Jadi tetamu jemputan kita bagi segmen ‘Idol Special’, iaitu segmen yang ditunggu-tunggu pada hari ini ialah artis baru yang sedang meningkat naik dan tidak asing lagi iaitu Maya Qalessa.” Pengacara terkenal tanah air, Azri Nawawi memulakan siarannya.




“Hai, apa khabar Maya dan selamat datang ke studio.” Azri menyapaku lembut.




“Terima kasih dan hai semua. Alhamdulillah, saya sihat hari ini.” Ujarku sedikit gementar namun cuba kusembunyikan dengan nada ceria itu.




Azri Nawawi tersenyum memandangku




“Baiklah Maya, saya bahasakan diri abanglah ya. Ni umur berapa tahun? Layak panggil adik ke tidak ni?” Azri cuba bergurau barangkali menyedari perasaan gementarku ketika itu.




Aku sekadar tersenyum.




“22 tahun bang. Layak lagi rasanya.” Ujarku cuba mengikut rentaknya.




Kedengaran Azri ketawa.




“Tak silap abang ini rakaman temubual pertama Maya di televisyen, kan? Jadi apa perasaan?” soal Azri lagi.




Aku terangguk-angguk mengiakan.




“Memang nervous sangat abang Azri. Tak tahu nak cakap macam mana dah macam-macam perasaan bercampur-aduk sekarang ni.” Jujur aku menjawab.




Sementara Azri meneruskan satu demi satu pertanyaan kepadaku, kelibat Nik di belakang set kulihat seakan-akan seperti sedang bercakap-cakap dengan penolong pengarah dengan wajah yang serius. Walaupun sedikit risau, namun fokusku masih kepada rakaman yang sedang berjalan.




“Jadi Maya, abang dengar Maya di kolej memang salah seorang pelajar yang hebat. Terutamanya aspek pitching yang memang ‘perfect’ bak kata orang.” Pembuka soalan Azri kali ini membuatkan aku sedikit malu dan tidak berani bersuara apa-apa.




“Dan abang nampak Maya ada bawa gitar ke studio hari ni.” Ujarnya merujuk kepada gitar kesayanganku yang bewarna merah jambu di sebelah.




“Ya, betul. Saya ada sediakan lagu pendek khas untuk para penonton.”  Aku mengangguk lagi lalu mengangkat gitar tersebut tetapi cepat-cepat dihalang oleh Azri.




“Tetapi Maya, sebelum kita mendengar lagu, apa kata kita tunjukkan satu lagi bakat Maya yang mungkin kebanyakan penonton tidak tahu selama ini iaitu...”




Entah kenapa jantungku rasa berdebar yang lain macam kali ini.




“Bakat... ‘TRANSFORMING’.” Entah dari mana munculnya sekeping kertas kanvas bersaiz A3, memaparkan gambarku dengan berat hampir mencecah 80kg suatu ketika dahulu.




Sesungguhnya malu aku pada ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Aku memandang Nik dan dia menganggukkan kepala berkali-kali menyampaikan isyarat agar aku teruskan sedaya upaya yang boleh. Tuhan, bantulah aku.




“Jadi, ini gambar Maya kira-kira setahun yang lalu.” Soal Azri kepadaku.




Aku cuba tersenyum seraya mengangguk perlahan.




“Jadi ceritakan sikit Maya, ceritakan dekat abang dan para penonton di luar sana yang mungkin tidak tahu tentang keistimewaan Maya ni, macam mana dari 80kg boleh turun sampai berapa berat sekarang?” lelaki itu sememangnya pengacara terhangat yang pernah kutemui seumur hidup ini.




“48.” Jawabku ringkas.




“Waah, dari 80 turun ke 48. Kau jawab Maya. Macam mana boleh transform dasyat macam ni? Kongsi sikit petua.” Azri bertanya sambil mengeleng-ngelengkan kepalanya tidak percaya melihat perbezaan ketaraku itu.




Aku ketawa perlahan masih berusaha keras menghilangkan gementar didada saat itu.




“Memang betul, bang. Saya pernah capai berat 80kg tu. Abang bayangkanlah kerusi piano yang boleh duduk 2,3 orang tu muat untuk saya sorang je. Itu belum cerita nak cari saiz baju lagi, kasut, semua barang-barang saya dulu tak lari daripada double, triple, segala mak datuk XL saya pakai.” Entah dari mana aku mendapat keberanian untuk berkata begitu, kedengaran hampir seisi studio ketawa mendengarkannya.




“Dan saya tak ada apa-apa petua melainkan berhempas pulas siang malam, buat macam-macam senaman, ikat perut macam pengemis, memang tempoh tu sangat azab bagi saya, bang. Tapi kalau semangat dan azam kita kuat, InsyaAllah, tak ada apa yang mustahil.” Sambungku lagi disahut dengan tepukan gemuruh daripada sekalian staf yang berada di situ.




Azri kelihatan terangguk-angguk dan sejurus kemudian lelaki itu tersenyum.




“Memang hebat Maya. Jadi bukan senang ya nak dapat semangat dan keazaman macam ni. Abang sendiri pun dari muda bawa ke tua tak reti-reti nak mantain badan. Kejap naik kejap turun, dah macam see-saw dah.” Lelaki itu berjenaka lagi.




“Jadi tak mahu kontroversi apa-apa lagi pasal tranformation Maya ni, sekarang Maya, kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Nah ambil gambar ni renyuk sepuas hati.” Ujar Azri sambil menyerahkan gambar itu kepadaku.




Terpegun aku dibuatnya. Dan sekali lagi aku memandang Nik. Lelaki itu tersenyum lantas mengangguk kepadaku.




Begitulah tamatnya rakaman temubual pertama aku sejak bergelar penyanyi. Dan sebagai penutup, aku menyanyikan single pertamaku yang bertajuk, No Other Than You. Juga buat pertama kalinya, seorang pengacara meminta autograf daripadaku. Terharu.




*******




Nik memanduku pulang ke rumah setelah tamat rakaman petang itu. Istimewanya kali ini, dia bukan memandu keretaku, tetapi keretanya sendiri yang telah ditukar dengan motorbike kesayangannya dahulu. Atas sebab apa, tidak pula aku tanyakan. Yang pasti, aku adalah insan pertama yang merasmikan tempat duduk sebelah pemandu Nissan Livina X-Gear hitam itu.




“You’re really something.” Ujar Nik sebaik kereta itu membelok ke persimpangan bandaraya.




“Hah? Why?” soalku.




“The last question just now, I was totally shocked. And I really impressed with the way you handled it.” Ujar Nik lagi.




Aku menoleh ke arahnya lantas tersenyum.




“Of course. This is Maya Qalessa kan?” Ujarku sedikit angkuh. Sengaja mahu melihat reaksinya.




Namun lelaki itu hanya ketawa. Membuatkan aku tersenyum lagi.




“And on top of that, I got you by my side.” aku bersuara perlahan dan sengaja memandangnya dengan lama.




“Ok Maya jangan buat I rasa hot dalam kereta ni. Stop starring. I can’t focus on my driving.” Lelaki itu menolak pipiku menjauhinya.




Aku mengekek suka.




“Oh, by the way Nik. Ini bukan jalan nak balik rumah I, kan? Where’re we heading to?” soalku sebaik memandang ke luar.




“Laah, buat-buat lupa pulak. Tadi kata nak buat assigment dekat tempat biasa. You yang cakap nak shoot untuk project klip video subjek tarian Madam Shea.” Lelaki itu tertoleh-toleh memandangku.




Oh my God. Seriously aku betul-betul lupa. Semalaman shooting video klip single terbaruku di studio KRU. Hampir tengah malam baru aku pulang ke rumah. Pagi tadi sempat aku mengiapkan kerja rumah bagi subjek Profesor Yasmin sebelum Nik datang menjemputku jam 1 petang untuk rakaman temubual tadi. Aaah, di saat-saat inilah aku mula merindukan zaman kanak-kanakku yang sangat bebas dari tekanan dan bebanan.




“Sorry, I forgot about that.” Ujarku perlahan.




“It’s ok. Kalau you penat kita boleh buat lain kali.” Nik mengalah.




“No. Jangan. Final exam dah nak dekat ni. Kalau bertangguh semua benda bila masa nak kejar assignment, bila masa nak kejar study. So it’s ok. I’m definitely fine.” Aku cepat-cepat menghalangnya sebelum lelaki itu menukar arah pemanduan.




“Seriously?” Nik meminta kepastian.




“Seriously.” Jawabku yakin.




“God, you’re awesome.” Lelaki itu berbisik sendirian tetapi masih mampu ditangkap oleh telingaku.




Aku hanya mampu tersenyum.




Kira-kira sepuluh minit kemudian, Nik memberhentikan keretaya di kawasan khas tempat letak kereta papa. Sudah menjadi kebiasaanku memakir keretaku di situ dahulu. Dan kini, dia pula yang mengambil alih. Dengan selambanya.




Aku membawa turun beg dan buku-buku sementara Nik membawa gitarku dan video kamera yang dipinjam daripada abang Amir yang juga merupakan abang saudaranya.




Melangkah ke taman indah di atas bumbung bangunan itu, membuaikan rasa lapang di dalam hatiku dengan serta-merta. Berdiri di tepi tembok menghadap pemandangan bandaraya Kuala Lumpur malam itu, dan disamping lelaki yang kucintai sekian lama, menambahkan lagi keindahan suasana.




“Masa recording tadi, I bergaduh sikit dengan vice director dekat belakang set.” Ujar Nik tiba-tiba.




Aku terkejut mendengar kata-katanya itu lantas aku teringat situasi yang kulihat semasa rakaman sedang berlangsung tadi.




“Dia cakap, dia terbaca blog you dan dia nampak gambar-gambar you dekat dalam tu. So that’s why dia masukkan soalan terakhir tadi sampai I pun tak tahu macam mana lagi nak stopkan dia.” Nik menoleh mencari reaksiku barangkali.




“Oh, patutlah I nampak you macam serius sekejap dekat belakang set tadi. But it’s ok. Dah lepaskan.” Aku membalas pandangannya lalu tersenyum.




“So untuk elakkan benda ni berlaku lagi, apa kata kalau you delete gambar-gambar lama you tu.”




Senyumanku kendur tiba-tiba. Lama aku terdiam membuatkan lelaki itu kelihatan sedikit gelisah




“Delete? Kenapa you rasa I kena buat macam tu?” soalku sedikit kecewa.




Nik hanya mendiamkan diri.




“Nik, you nak tahu tak, walaupun dulu I malu dengan badan macam tu, tapi I gembira. I passed the audition to enter the College. I got on stage for the first time. I met a lot of great friends...” aku menoleh memandangnya.




“And I met you as well.” Sambungku lagi.




“Orang yang tengok gambar-gambar tu tak tahu betapa banyak kenangan manis yang I dah lalui. Betapa banyak kegembiraan yang I dah rasa. Jadi I tak mahu buang kenangan-kenangan tu sebab I takut...”




Aku menarik nafasku menahan sebak yang mula menular dalam dada.




“I takut I akan bencikan diri I sendiri.” Aku tersenyum dan melemparkan pandangan seluas-luasnya ke hadapan.




“Sorry for what I’ve said just now. You don’t need to do that cause there’s a person who was happy about those times too.” Nik tiba-tiba menghulurkan telefon bimbitnya kepadaku.




Aku mencapainya teragak-agak. Lalu pemuda itu menyentuh skrin telefon bimbit itu dan tertera gambar Maya Qalessa yang belum nampak lekuk tubuhnya ketika itu sebagai wallpaper.




Wajah lelaki itu kupandang.




“Ini ke gambar yang you takut sangat nak tunjuk dekat I dulu?” aku mengetap bibir geram.
Nik tersenyum lalu mengangguk perlahan.




“Habis tu, siapa Julia yang you telefon cakap I love you, I miss you semua? Ingat setakat tukar wallpaper ni I nak percaya?” aku menolak-nolak tubuhnya perlahan.




“Sabarlah dulu bagi I explain. Main tolak-tolak orang pulak. Body I mahal tau.” Pemuda itu sempat bergurau di saat marahku ketika itu mula membuak.




Aku memeluk tubuh memberinya peluang membuat penjelasan.




“Julia tu adik I. Sekolah lagi. Duduk hostel, so I jarang jumpa dia. Ni tak percaya tengoklah gambar-gambar family I dalam ni.” Nik mengambil semula telefonnya yang masih dalam peganganku lalu menunjukkan satu persatu gambar ahli keluarga dan kenalan-kenalan rapatnya kepadaku.




“So you dah percaya sekarang?” soalnya sambil mencubit perlahan pipiku.




Aku mengaduh sakit sebelum berpaling dan berpura-pura merajuk dengannya. Apa ni? Drama sangat.




“Kalau usik sikit pun dah sakit, macam mana nak usik banyak.” Ujar lelaki itu sekaligus membuatkan aku menoleh mahu menampar mulutnya yang kurang perlindungan insuran itu.




Namun langkahku terhenti apabila sekeping kertas besar menutup seluruh wajahnya.




“You baca kuat-kuat ok.” Ujar Nik sambil menyelak helaian pertama kertas besar itu atau lebih tepat lagi, drawing pad. Is that drawing pad seriously? Aku hampir-hampir menghamburkan tawa.




“Maya Qalessa.” Aku membaca ayat pada helaian pertama itu.




“You probably don’t know what I feel.”




“Nik, hold on. I can’t do this. This is so funny ok.” Aku cuba menahan tawaku ternyata aku tidak mampu.




Apa tidaknya. Peristiwa ‘drawing pad confession’ yang pernah aku lakukan kepadanya suatu ketika dahulu secara automatik melayang diingatan. Bila diingat-ingatkan kembali, aku rasa seperti mahu menyembunyikan wajahku daripada lelaki itu buat selama-lamanya.




“Maya, Maya wait. Janganlah macam ni. You habiskan baca ni dulu ok. Lepas tu kalau you nak gelak, you gelaklah.” Ujar lelaki itu yang juga kelihatan sedang menahan tawanya.




“Ok, ok. I will.” Ujarku.




“But that’s ok...” Aku teruskan membaca.




“Cause I just want you to know...”




“That the day and night we spend together...”




“You makes me feel loved for each and every single day...”




“You sang to me...”




You sang with me...”




“You made me fell into you...”




“Totally...”




“And I think I’m in love with you...”




“I think I’m really in love with you...”




“If you feel the same way...”




“Come forward and hug me...”




 “But if you not...




 “Please ask me to start with our tons of assignments now...” aku menghabiskan ayat terakhir yang ditulis oleh lelaki itu.




Aku tersenyum sendirian, mula berkira-kira sama ada untuk mengenakan lelaki itu ataupun menerimanya dengan mudah. Dahlah suruh orang peluk dia. Ingat senang-senang aku nak setuju? Aku memandangnya geram. Lalu aku membuat keputusan untuk mendapatkan meja dan kerusi yang sarat dengan buku-buku dan segala macam bahan tugasan kami di tengah-tengah taman itu. Biarkan dia rasa. Detik hatiku lagi.




Namun niat itu tercantas apabila pemuda yang masih memegang drawing pad itu menghalang langkahku. Sehelai lagi kertas diselak.




“p/s: I take it as ‘YES’ if you silence more than 1 minute.”




Aku hampir ternganga membaca ayat itu. Drawing pad tadi dicampakkan ke tepi dan pemuda itu mendepakan tangan berharap aku akan berlari memeluknya seperti dalam filem-filem romantis barangkali. In your dream Nik. Getus hatiku.




“I think, we better start our assignment now.” Ujarku sambil berlalu melintasinya.




Namun secepat itu juga dia mencapai lenganku dan menarikku dekat dengnnya. Aku memandang Nik. Wajahnya nampak berlainan dari biasa.




“Seriously?” soal Nik kepadaku.




Aku mengangguk yakin. Sedangkan hati pula berbeza mengatakan, ‘Stupid boy? Of course I do.’




“You looks scary.” Aku cuba menjarakkan diri tetapi pegangan tangannya lebih kejap daripada yang aku sangkakan.




“And you looks delicious.” Nik bersuara perlahan hingga terasa meremang bulu romaku ketika itu.




“You nak cakap yang you cintakan I atau nak I makan you?’ Nik bersuara lagi.




Hah? Lelaki ni memang betul-betul gila malam ni. Dahlah atas bangunan 20 tingkat ni. Menjerit bagai nak rak pun belum tentu ada sesiapa yang dengar. Kalau dia buat yang bukan-bukan macam mana. Aku menelan liur.




“Ok, ok. I love you.” Jawabku akhirnya.




“What? I tak dengar.” Nik mendekatkan telinganya ke wajahku.




Aku mengeluh berat. Lelaki ni...




“NIK ADRIAN LEE, I LOVE YOU DAMN MUCH. HAPPY?” Ujarku sekuat hati sekaligus membuatkan pemuda itu melepaskan tangannya.




Tahu bingit telinga. Tadi nak sangat. Aku melihat Nik tersenyum nakal. Aah sudah, apa lagi yang difikirkan lelaki ni.




“Nik, whatever you think... don’t...”




Ayatku terhenti di situ serentak tatkala dia mencampung tubuhku dan menghadiahkan kucupan di pipi.




“I love you more and more.” Balasnya lantas tersenyum.




“You ingat I nak buat apa hah?” soal lelaki itu mengusik.




Aku tergelak perlahan membayangkan perkara yang bukan-bukan sebentar tadi. Tubuhku yang kepenatan setelah beraktiviti seharian hari ini, terasa ringan dan terapung-apung di awangan cinta sebaik lelaki itu melafazkan ayat keramat itu.




Ewww, apa geli sangat ending ni?



2 comments:

  1. euuuwww geli siot ending..hahaha
    milky couple!!like:)

    ReplyDelete
  2. haha, mengkok..! bnyak2 orang asal ko plak yg bace.. hoish.

    ReplyDelete