Wednesday, February 2

FARISHA - FAISAL

Tas tangannya diraba-raba mencari telefon bimbit yang sedang nyaring berbunyi. Cuaca panas terik di luar Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur itu, ditambah dengan tudung dan blazer hitam yang melekat ditubuh, membuatkan dia rimas dan hampir-hampir hilang sabar apabila telefon yang dicari-cari tidak dijumpai.

“Risha.” seorang lelaki tiba-tiba tercegat di sebelahnya. Farisha menoleh sekilas.

“Penat aku terjerit-jerit panggil nama kau tadi. Cepat-cepat ni nak pergi mana?” tegur lelaki itu apabila melihat Farisha tidak mengendahkannya.

Farisha menoleh lagi. “Asri, tolong pegang ni kejap.” Selamba dia menghulurkan briefcasenya kepada lelaki itu. Telefon bimbitnya sudah pun berhenti berbunyi saat dia meletakkan beg tangannya ke bawah. Beberapa kali dia mengeluh sambil menyeluk isi di dalam beg itu.

Asri tertawa perlahan membuatkan Farisha menghadiahkan jelingan tajam kepadanya. Tanpa mempedulikan lelaki itu, Farisha mendail semula nombor yang terpampang pada skrin telefon bimbitnya tadi.

“Hello, kak Risha.” Suara dihujung talian kedengaran.

“Kakak dalam court tadi. Apahal Adam call akak sampai banyak-banyak kali ni?” soal Farisha serta merta.

“Oh, sorry la Adam mengganggu akak. Akak dah nak balik rumah ke?” soal Adam pula.

“Belum lagi. Akak nak pergi jumpa klient kejap. Apa hal? Cepatlah. Akak dah lambat ni.” Farisha menggesa. Jam tangannya dikilas beberapa kali.

Melihat gelagat gadis itu, Asri tersenyum-senyum memandangnya membuatkan Farisha menjeling lagi.

“Tak ada kak. Adam kat kampus ni. Urgent.”

“Ya, apa dia? Cakaplah.” Suara Farisha mula meninggi.

“Ok, ok. Macam ni, kak. Adam salah seorang ahli jawatan kuasa yang ditugaskan untuk mencari fasilitator untuk program hujung minggu ni. Adam dah terdesak ni, kak. Can you help me? Please...” rayuan Adam menerpa gegendang telinganya.

“Alah, Adam. Akak busy sangat ni. Adam mintalah siapa-siapa tolong carikan faccy untuk Adam. Akak tak boleh.” Balas Farisha.

“Eh, bukan macam tu. Adam bukan suruh akak carikan faccy untuk Adam, tapi nak minta akak jadi faccy program tu. Boleh kak?” Adam menyatakan hasratnya.

“What?” mata Farisha buntang serta-merta. Asri merapatkan dirinya memasang telinga mendengar butir bicara dua beradik itu.

“Alah, kak. Please. Adam terdesak sangat ni. Dah tak ada cara lain dah.” Adam terus memujuk.
Farisha mengetap bibir.

“Nantilah akak fikirkan macam mana. Kat rumah nanti akak bagitahu.” Ujar Farisha geram apabila Adam terus-terusan mendesaknya.

“Asri, jaga jarak anda.” Sempat dia memberi amaran kepada Asri apabila pemuda itu sengaja mendekatkan dirinya lagi. Asri mengeringai.

“Kat rumah? Mana sempat, kak. I need your decision right now. Kalau tidak, habislah Adam.” Tidak putus asa Adam memujuk kakaknya itu.

“Adam, kakak tak pernah buat kerja-kerja faccy ni. Lagipun, akak memang banyak kerja nak buat. Tak ada masa.” Balas Farisha tegas.

“Akak kan selalu jadi programmer waktu kat universiti dulu. Lebih kurang la tu. Lagipun weekend, kak. Please. Takkan tak boleh jugak? Akak tak kesiankan Adam ke? Nanti lecturer deduct mark Adam for participation sem ni, cacatlah CGPA adam, kak. Nanti tak dapat dean, girlfriend pun lari. Lepas tu...”

“Ish, dah, dah. Adam selalu tau provok akak macam ni. Ok, akak join. But with one condition.” Farisha akhirnya mengalah.

“Yes.” kedengaran Adam menjerit riang dihujung talian.

“With one condition!” Farisha menekan suara cuba melawan jeritan adiknya itu.

“Sepuluh pun boleh, kak. Thank you very much kak Risha. Bye.” Ujar Adam lantas mematikan talian. Farisha mengetap bibir. Geramnya semakin bertambah-tambah.

Buk. Beg tangannya pantas diayun, tepat ke perut Asri apabila lelaki itu merapatkan dirinya buat kali ketiga.

“Kurang asam punya adik. Kot iya pun bagi la salam.” Farisha mengomel sambil memasukkan kembali telefon bimbitnya ke dalam tas tangan. Sempat dia tersenyum melihat Asri mengaduh sambil tunduk menekan-nekan perutnya.

“Sakit?” soal Farisha sambil mencapai briefcase miliknya yang dipegang oleh Asri tadi.

“Apahal tu?” soal Asri merujuk kepada perbualan Farisha dengan Adam sebentar tadi. Soalan gadis itu langsung tidak diendah.

“Tak ada apa-apa. Biasalah Adam. Sehari tak bagi serabut hidup aku, memang tak sah.” Farisha menapak menuju ke tampat letak keretanya.

Asri sekadar mengangguk lantas menurut langkah gadis itu

“Oh, by the way. Apahal kau setia tercegat tunggu aku tadi? Tak puas lagi bertekak dalam court nak bertekak kat sini pulak?” Farisha memperlahankan langkah sambil menoleh memandang Asri di sebelahnya.

Pemuda tampan berdarah peranakan itu ketawa mendengar kata-katanya. Sudah hampir lima tahun dia menjadi rakan sekerja Farisha merangkap teman baik gadis itu.

“Kau ni, tak payah ungkitlah pasal tadi. Tahulah kau dah menang. Actually, aku ada benda lain nak cakap. Tapi kau tu asyik cut the line je. Langsung tak kasi chan.” Asri meluahkan kata-katanya dengan penuh perasaan.

Farisha meleret senyuman. ‘Eh, emosional pulak mamat ni.’

“Yelah, yelah. Apa halnya?” soal gadis itu.

“Aku nak ajak kau keluar minum teh tarik kat kedai mamak depan tu. Jom.” Pelawa Asri. Wajahnya menyeringai lagi.

“Minum? Aku tak free lah sekarang. Lain kali eh?” Balas Farisha sambil mengeluarkan kunci keretanya.

Asri mengeluh mendengar jawapan gadis itu.

“Kau ni. Asal dengan aku je tak boleh. Kalau dengan orang lain, laju je.” Asri memprotes. Wajahnya mencuka memandang Farisha yang sedang mencampakkan blazer dan briefcasenya di tempat duduk belakang.

“Bukan tak boleh. Aku memang betul-betul busy sekarang. Ni pun aku nak cepat pergi jumpa klient aku. Ada kes baru.” Ujar Farisha sambil mengumpan pemuda itu dengan senyuman paling manis dari bibirnya.

Asri mencebik.

“Baru menang kes tadi takkan dah ada kes baru kot. Jomlah keluar kejap. Kejap je. Aku belanja. Ikhlas ni.” Bersungguh-sungguh Asri memujuk.

Farisha mengeluh berat.

“Asri, aku betul-betul tak boleh. Lain kali ok.”

“Ok. Malam ni?”

Farisha terdiam sebentar.

“Great. I’ll pick you after maghrib, ok. Bye, darling.” Asri selamba berlalu pergi dari situ meninggalkan Farisha terkulat-kulat memandangnya.

“Asri...!!!” Kasut tumitnya dibentak-bentak dengan geram.

Sebaik memasuki kereta, deringan telefonnya kedengaran lagi.

“Yes, Datin. Saya dalam perjalanan ni.” Ujar gadis itu lantas memecut keretanya keluar dari perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Persekutuan itu.



**********


Adelina tergesa-gesa menapak naik ke tingkat atas Perpuastakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia itu. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.

“Fuh, nasib baik dia tak sampai lagi. Kalau tak, konfirm berdesing telinga aku.”

Gadis kecil molek itu berbisik sendiri sebaik melihat meja di sudut perpustakaan itu kosong, memberi tanda bahawa tempat biasa perjumpaan mereka itu belum di datangi oleh sesiapa.

Adelina mengerling jam ditangan.

“Dah tiga setengah dah. Mana Adam ni?”

“Apasal lambat?” Beberapa buah buku tiba-tiba dihempaskan di hadapannya. Adelina tersentak.
“Uik. Dari mana kau muncul ni?” Adelina menyoal pelik.

“Itu tak penting. Yang penting sekarang, apasal kau lambat? Beriya-iya suruh on time. Nilah dia orang melayu.” Gumam pemuda itu sambil membuka fail-fail miliknya.

“Sorry lah, Dam. Aku jumpa abang aku tadi. Bincang pasal program ni jugak. Bukan benda lain. Err, tapi ada juga sikit-sikit.” Adelina memberikan alasannya lantas mengeringai.

“Abang kau cakap apa?” soal Adam agak tegas.

“Done. Tempat program, bas and barang-barang semua dah setel. Tinggal faccy and motivator je. So, kau pulak macam mana?” Adelina menyoal kembali.

“Ok.” Jawab Adam sepatah. Tangannya kusyuk menulis sesuatu di atas kertas di dalam fail tersebut.

“Kak Farisha?” soal Adelina lagi.

Anggukan Adam melebarkan senyumannya. “Great.” Ujar gadis itu sendirian.

“Weh, Adam.” Adelina bersuara.

“Apa?”

“Apasal muka macam anak monyet ni? Kau marah aku ek?” soal Adelina sambil mencari wajah pemuda itu yang hanya tunduk menulis sesuatu sejak tadi.

“Taklah.” Balas Adam mendatar.

“Habis, apasal macam tak nak layan aku je. Datang bulan?” soal Adelina lagi.

Adam mengangkat wajah memandang tepat mata bundar gadis di hadapannya itu. Beberapa saat mendiamkan diri, akhirnya dia mengangguk.

Adelina ketawa kuat. Menyedari mereka sedang berada di perpustakaan, pantas dia menekup mulutnya dengan telapak tangan. Namun apabila melihat tiada sebarang perubahan pada raut wajah Adam, tawanya langsung mati.

“Serius pulak mamat nih.” Gumam Adelina namun jelas di dengari oleh Adam.

“Aku blah dululah kalau macam tu.” Adelina akhirnya bersuara setelah agak lama mendiamkan diri. Dia lantas bangun dari tempat duduknya.

“Hoi, hoi. Nak pergi mana tu?” pintas Adam. Gadis itu menoleh seketika beberapa saat sebelum meneruskan langkahnya.

“Lantaklah kau, Adam. Malas nak layan.” Gadis itu merungut perlahan. Belum sempat kakinya melangkah menuruni anak tangga, Adam tiba-tiba muncul di hadapannya sambil menghulurkan sekeping nota kecil.

“Tolong carikan. Please...” Pemuda itu tersengih-sengih memandang Adelina. Kepalanya yang tidak gatal digaru berkali-kali.

Adelina menggeletek dalam hati namun langkahnya tetap diteruskan.

“Aku dah puas cari kat semua rak tapi tak jumpa.” Ujar Adam dengan tujuan membantutkan lagi langkah gadis itu. Senyumannya juga masih tidak lekang dibibir.

Adelina menoleh.

“Bila minta tolong, baru nak buat muka handsome dekat aku ek? Buku apa nak cari ni?” soal Adelina.

“Part handsome tu, aku suka.” Adam menyeringai sambil menghulurkan nota kecil itu kembali.
Adelina mencebik lantas membaca tajuk-tajuk buku itu sekilas.

“Kalau kau mengada-ngada nak merajuk lagi lepas ni, aku malas dah nak layan kau.” Adelina memberi amaran keras seraya menuju di antara rak-rak yang terdapat di situ.

Adam tergesa-gesa mengejar.

“Alah, aku nak gurau-gurau pun tak boleh. Emosional sangat. Kau datang bulan ek?” Adam pula terkekeh-kekeh mengusik gadis itu.

Adelina membulatkan matanya.

“Ok. Sorry.” Pemuda itu mengangkat tangannya tanda mengalah. Melihat Adelina semakin jauh ke hadapan, dia mempercepatkan langkah.



**********


“Eh, mama. Tak tidur lagi? Abah mana?” soal Farisha sebaik pulang ke rumah malam itu.

“Ada dalam bilik bacaan. Saja mama duduk tengok tv ni sambil tunggu abah kamu tu.” Balas Hajah Sufiah sambil mengisyaratkan anak gadisnya itu duduk.

“Adam ada kat bilik tak mama?” soal Farisha sambil mengambil tempat di sebelah Hajah Sufiah. Kepalanya direbahkan di bahu wanita itu.

“Ada. Lepas makan tadi dia naik. Lepas tu langsung tak turun-turun. Kenapa?” Hajah Sufiah menyoal kembali.

Farisha sekadar mengeleng. Tidak pula dia mahu meluahkan perasaan geram terhadap adiknya itu berhubung peristiwa tengah hari tadi. Matanya yang agak berat itu menjadi semakin berat apabila Hajah Sufiah mengusap lembut tangannya.

“Asri bawa makan dinner dekat mana tadi?” soal Hajah Sufiah lagi.

“Mana entah. Restoran area-area sini je, ma. Dekat dengan KLCC tu.” Jawab Farisha dengan mata separuh tertutup sambil merebahkan kepalanya di riba ibu tercinta.

Hajah Sufiah sekadar mengangguk. Tidak menjadi masalah andai anak gadisnya itu keluar berdua dengan Asri kerana mereka sekeluarga sememangnya sudah kenal rapat dengan anak muda kalahiran Melaka itu. Wanita itu tersenyum merenung wajah mulus anak kesayangannya.

“Mama dah lama perhatikan Asri tu. Semenjak dua menjak ni, semakin rapat dia dengan Risha. Bila nak hantar cincin?” soal Hajah Sufiah.

“Hah?” Farisha bangkit serta-merta. Wajah kuyunya berkerut-kerut memandang Hajah Sufiah.
“Mama...” Farisha merengek memasamkan mukanya.

“Lah, mama tanya je. Kalau dah rapat macam tu, buat apa tunggu lama-lama lagi. Risha dengan Asri pun kerja setempat. Elok sangatlah tu.” Wajah Hajah Sufiah ceria memandang anaknya.

“Mama, Asri tu kawan jelah. Risha mana ada apa-apa dengan dia.” Balas Farisha.

“Iya ke ni? Mama tengok tak macam kawan pun. Ber’darling-darling’, ber’sayang-sayang’ selamba je depan mama.” Wanita itu masih tidak berpuas hati.

“Mama ni, macamlah baru sehari dua kenal Asri tu. Perangai dia kan memang macam tu. Asyik nak ‘over acting’ je. Mengalahkan drama samarinda pulak. Mama jangan fikir yang bukan-bukanlah.” Ujar gadis itu sambil menggenggam erat jemari tua milik Hajah Sufiah.

Wanita lewat empat puluhan itu mengeluh perlahan.

“Mama bukan apa. Umur Risha ni dah nak masuk 30 tahun. Kalau dah ada calon tu apalah salahnya dicepat-cepatkan. Mama tengok, Asri tu elok budaknya. Ada budi bahasa, ada rupa. Risha nak apa lagi?”

Farisha kehilangan kata-kata. Dia bukannya di dalam gelanggang mahkamah yang bebas melemparkan apa sahaja hujah kepada pihak lawan. Hanya senyuman yang mampu terbit dari sepasang bibirnya.

“Belom jodoh Risha lagi, mama. Belum sampai masanya.” Ujar gadis itu perlahan. Hajah Sufiah hanya tersenyum hambar.

“Risha naik dulu ya, mama.” Farisha bangun lantas mencium dahi wanita itu seperti selalu.



**********


Asri sedang membetulkan tali leher pagi itu ketika lagu Hey Soul Sister nyanyian Train kedengaran di telefon bimbitnya. Dia sempat melilau ke luar bilik. Kelibat teman serumahnya tidak pula kelihatan. Lagu yang masih nyaring berbunyi pantas dicapai.

“Ha, Risha. Apahal call pagi-pagi ni?” soal pemuda itu sambil menjinjit briefcasenya ke dapur. Pemuda itu tersenyum. Sekejap dia mengangguk, sekejap dia mengerutkan dahi pula.

“Misplace kot.” Ujarnya lagi. Pemuda itu menggaru-garukan kepalanya pula.

“Yelah, nanti aku try check.” Talian dimatikan.

“Faisal, meh sekali.” Pelawa Asri sebaik ternampak kelibat teman serumahnya itu melintas di meja makan.

“Kau makanlah. Aku nak cepat ni. Ada hal sikit.” Pemuda bernama Faisal itu terkocoh-kocoh membetulkan butang baju.

“Jamahlah sikit. Penat-penat kau masak, takkan tak nak makan pulak.” Pelawa Asri lagi.

“Aku dah makan tadi. Kau makanlah. Nak habiskan semua pun tak apa.” Ujar Faisal sambil keluar tergesa-gesa.

“Apahal gelabah semacam budak ni?” Rungut Asri sendirian melihat telatah temannya itu.

“Asri, kereta kau blok kereta akulah. Kunci kereta mana? Aku nak alihkan.” Faisal tiba-tiba muncul semula di muka pintu.

“Aaa, atas coffie table kot. Cubalah kau tengok.” Ujar Asri kurang pasti.

Faisal mengangguk. Asri kembali meneruskan suapan sebelum nasi lemak di hadapannya itu ditambah lagi ke dalam pinggan.



*****


Berkali-kali Faisal cuba menurunkan brek tangan. Namun kereta milik kawannya itu masih tidak dapat diundur biarpun berkali-kali dia menekan pedal minyak.

“Benda apa pulak yang tersekat ni.” Faisal menarik sesuatu bewarna hitam yang terselit di antara celah tempat duduk kiri dengan tapak brek tangan itu.

“Beg dompet? Bila masa pulak budak Asri ni pakai dompet stail perempuan?” gumam Faisal sendirian. Dompet panjang itu dibuka. Tersentap jantungnya menatap sekeping gambar yang terpampang di dalam dompet itu.

Hatinya diserang perasaan aneh. Wajah itu membuatkan jantungnya pantas berdetak.

“Hoi, hoi.”

Ketukan di cermin kereta yang bertalu-talu membuatkan Faisal tersentak. Tergesa-gesa dia menutup dompet tersebut sebelum keluar dan menyerahkannya kepada Asri.

“Siapa punya ni? Girlfriend kau?” soal Faisal cuba mengawal getaran di hati.

Asri tersenyum-senyum memandang temannya itu.

“Kau jumpa kat mana purse ni?” Asri menyoal kembali.

“Terselit kat celah seat tu.” Ujar Faisal.

“Kau berkenan ke?” Asri cuba mengusik.

“Berkenan? Apa?” Faisal pura-pura bertanya.

“Alah, kau ingat aku tak nampak. Cantikkan?” ujar Asri lagi. Bahu temannya itu ditepuk-tepuk perlahan.

“Apa cantik-cantik? Tepi sikit aku dah lambat ni.” Faisal terkocoh-kocoh masuk ke dalam keretanya biarpun kereta Asri masih lagi tidak berganjak di belakang.

“Kata nak alih kereta aku. Dah lupa?” wajah Asri muncul tiba-tiba di tepi keretanya.

“Alang-alang kau dah keluar ni, apa kata kau alihkan sendiri. Please, bro. I’m rushing for something.” Faisal cuba berlagak tenang meminta pertolongan teman baiknya itu.

Asri menurut tanpa banyak bicara. Sebaik keluar dari keretanya, pemuda itu kembali mendapatkan Faisal.

“Thanks.” Ucap Faisal sepatah sebelum mengundurkan keretanya pula.

“Anytime. By the way. Thanks for this. Aku keluar dinner dengan dia malam tadi. Tercicir agaknya.” Ujar Asri merujuk kepada beg dompet ditangannya itu.

Faisal sekadar mengangkat kening. “Sama-sama.” Ujarnya.

“And her nama is Farisha. Yang aku selalu ceritakan tu.” Asri sempat melaung, memberitahu pemuda itu seraya masuk semula ke dalam rumah dengan selambanya.

Faisal terpempan lagi.



**********


Hujung minggu itu seperti yang dijanjikan, Farisha memandu ke Universiti Kebangsaan Malaysia berjumpa Adam bagi memenuhi permintaan adiknya itu menjadi salah seorang fasilitator sekaligus sebagai penceramah jemputan program tersebut.

“Ingat syarat akak.” Farisha mengingatkan pemuda itu entah untuk kali ke berapa. Tidak jauh dari situ, kelihatan peserta-peserta program sedang berkumpul sementara menunggu arahan untuk bertolak.

Adam terangguk-angguk sambil memeluk bahu kakaknya itu.

“Yelah. Takkan ada sesiapa pun tahu yang akak ni kakak Adam. Believe me.” Balas pemuda itu.

Farisha mengerling tangan pemuda itu yang masih bertenggek di bahunya.

“Ni, ni. Apa?” ujar Farisha geram.

Serta-merta pautan Adam terlerai.

“Eh, sorry. Professional, professional.” Pemuda itu tersengih-sengih menayang gigi.

“Adam, dah ready ke semua?” seorang lelaki tiba-tiba menegurnya dari belakang. Adam dan Farisha menoleh serentak.

“Sudah Encik Faisal. Semua dah complete. Barang-barang pun dah siap masuk dalam van.” Ujar Adam lancar.

Faisal terangguk-angguk membaca senarai semak nama-nama peserta dan barang-barang yang dihulurkan oleh Adam.

“Yang ni pulak?” Faisal menyoal, merujuk kepada Farisha yang sejak tadi diam tercegat di hadapannya. ‘Macam pernah nampak.’

“Miss Farisha. One of the fasilitator and motivator yang saya cakap tu. Ada nama dia kat sini.” Adam memberitahu.

“Amni Farisha bt Farouk Husini.” Faisal membaca perlahan.

“Kakak awak?” Tersenyum-senyum Faisal menyoal anak muridnya itu.

Adam menoleh memandang kakaknya. Alamak? Macam mana boleh kantoi ni?

“Err, Encik Faisal sebenarnya...”

“Ok lah. Kalau everything dah complete, kita bertolak sekarang. Awak bagitahu yang lain-lain. Sekejap lagi saya datang.” Faisal meningkah.

Adam mengangkat bahunya sebelum bergegas pergi dari situ. Sempat lagi dia mengenyitkan mata kepada Farisha. Terkulat-kulat gadis itu seketika. Tidak tahu apa yang harus dilakukannya saat itu.

“Well, Cik Farisha nak drive sendiri atau naik bas?” Soal Faisal tiba-tiba.

Farisha sedikit tersentak. Dia tidak tahu kenapa mindanya seakan tidak dapat membuat keputusan ketika itu. Kelihatan seperti dia sedang memikirkan sesuatu, padahal dia sendiri tidak tahu apa yang sedang difikirkannya. Farisha cuba membuka mulutnya untuk bersuara.

“Kalau nak naik kereta dengan saya pun boleh juga.” Belum sempat gadis itu berkata-kata, Faisal terlebih dahulu meningkah. Sempat dia meleretkan senyuman buat gadis itu.
Farisha tersentak lagi.

“Eh, tak, takpe. It’s ok. I’ll drive by myself.” Ujar Farisha sedikit gagap.

“Sure? Tahu jalan tak? Kalau sesat saya tak jamin.” Faisal menyoal lagi. Farisha terdiam.

“Insya-Allah tahu. Excel Training Centre, kan? Rasanya pernah pergi tempat tu.” Jawab Farisha perlahan.

Anggukan Faisal melegakan hatinya. Nasib baik pensyarah muda itu tidak berterus-terusan mempelawanya. Kalau tidak, kaku segala benda. Langkah kakinya diatur ke kereta tidak jauh dari situ. Program perkhemahan ini tidaklah sebesar mana. Sekadar aktiviti kecil-kecilan kelab keusahawanan yang disertai oleh adiknya, Adam. Para peserta pun cuma seramai 40 orang.

Farisha menoleh seketika. Raut wajah pemuda itu menjentikkan sesuatu dalam hatinya.

“Who is he?” gadis itu bermonolog sendirian.



**********


Lewat petang itu tiada sebarang aktiviti dijalankan. Majlis pembukaan pun akan bermula malam nanti. Selesai mengemaskan barang-barang di chalet, Adelina keluar mencari Adam. Dia tersenyum sebaik melihat kelibat pemuda itu sedang menikmati jamuan petang di dewan makan tidak jauh dari situ.

“Hai, minum sorang.” Tegur Adelina sambil mencapai gelas kosong di atas meja.

“Tak nampak satu bala tentera tengah join aku ni?” balas Adam.

Gadis itu mencebik mendengar jawapannya. Sebaik menuang air ke dalam gelas, Adelina sempat melilau melihat kawasan sekeliling.

“Macam mana rancangan kita?” soal Adelina sambil menghirup minumannya.

“Ok je. Semua audio sistem dah siap pasang dalam dewan. Student pun dah dapat tentatif program. Everything was just fine.” Balas Adam dengan lancar.

“Itu aku pun tau. Maksud aku kak Risha macam mana? Apa reaction dia?” soal Adelina tidak puas hati. Adam pula masih kelihatan selamba.

“Oh, kak Risha?” Adam menghabiskan kunyahannya sementara Adelina kelihatan seperti tidak sabar menanti butir bicaranya.

“Mula-mula dia marah juga. Yelah, dia seorang je faccy perempuan kat sini. I mean, buat apa nak faccy ramai-ramai. Kita just camping, kan? Tapi aku ada mention nama kau. Kalau dia cari kau nanti, pandai-pandai la ye.” Ujar Adam agak panjang lebar kepada gadis itu.

“Amboi, apasal suka-suka je kau petik nama aku? Punyalah ramai budak-budak lain yang boleh jadi geng kak Risha tu, balik-balik aku jugak.” Adelina berpura-pura geram membuatkan Adam selamba menendang hujung kasutnya.

“Aku bagi rembatan kencang kat kau nak? Berapa ramai kau nak tarik dalam komplot kita ni? Itu pun lagi mau tanya.” Adam mengetap-ngetap bibirnya.
Adelina tertawa melihat mimik muka pemuda itu.

“Cutelah kau buat muncung macam tu, Dam. Buat lagi sekali boleh?” ujar Adelina dalam tawanya yang masih bersisa.

Adam tidak mengendahkan gadis itu. Namun akhirnya dia tersenyum melihat Adelina masih tidak berhenti ketawa.

“Dah, dah. Jangan nak berseronok aje. Tadi aku nampak kak Risha jalan-jalan kat belakang bukit tu. Pergi chek. Hilang kang, kau jugak yang susah.” Adam tiba-tiba serius memberikan arahan.

Tawa Adelina langsung terhenti. Dia mencebik.

“Ish. Tak boleh tengok orang senang langsung.” Ujar Adelina sambil mencapai karipap di tangan pemuda itu sebelum berlalu pergi meninggalkannya.



*****


“Kak Risha.” Laung Adelina sebaik ternampak kelibat Farisha yang sedang duduk mengadap kolam ikan besar di kaki bukit tersebut.

Farisha menoleh memandang gadis genit yang sudahpun mengambil tempat di sebelahnya itu.
“Adelina?” Farisha meneka.

“Panggil Ad je.” Ujar Adelina sambil mencapai seketul batu di hujung kakinya lantas dicampak ke dalam kolam.

“Kenapa kakak duduk sorang-sorang kat sini? Boring?” soal Adelina memulakan perbualan.

“Ha’ah. Boring sangat.” jawab Farisha.

Adelina menoleh laju. ‘Aik, jujurnya jawapan.’

“Tapi kenapa?” soal Adelina lagi.

Farisha turut menoleh. Gadis itu ketawa kecil melihat Adelina terkebil-kebil memandangnya.

“Taklah. Mana ada boring. Cuma tak ada geng ‘tua’ kat sini. Semuanya muda-muda belaka.” Farisha berseloroh membuatkan gadis di sebelahnya itu tersenyum.

“Oh, ingatkan kenapa tadi. Alah, Ad kan ada. Ad boleh jadi kawan akak. Lagipun Ad sorang je tau yang kak Risha ni kakak Adam Farish yang kerek tu. Betul tak?” Adelina mencapai seketul batu lagi dan mencampaknya.

Farisha pantas menoleh. Riak wajahnya jelas terkejut melihat Adelina yang tersipu-sipu memandangnya. Akhirnya dia tersenyum dan mengangguk perlahan.

“Tapi Ad jangan...”

“Jangan bagitahu sesiapa, kan? Adam dah pesan awal-awal dengan Ad. No problem, kak. Small the pisces je tu.” pantas gadis itu memotong kata-katanya.

Farisha terhibur melihat telatah lincah gadis itu. Dia berasa senang dengan kehadirian Adelina. Keramahannya membuatkan dia mula berasa selesa di situ.

“Betul Ad boleh jadi kawan akak?” sengaja Farisha menduga.

Adelina menoleh.

“Betul la. Tapi kalau akak tak nak, Ad boleh rekomen Encik Faisal tu. Sangat available.” Gadis itu mencuit siku Farisha.

Bulat mata Farisha dibuatnya.

“Yang itu baru betul-betul geng.” Tambah Adelina lagi lantas ketawa mengusik gadis itu.

“Ish, Ad ni pandai-pandai je.” Tingkah Farisha menepis rasa tidak keruan di hati. Nama itu tiba-tiba mengundang resah dalam dirinya. Dia melilau memandang keliling menyembunyi kegalauan itu dari pandangan Adelina.

“Boleh akak tanya sikit?” soal Farisha tiba-tiba.

Adelina menoleh lagi sekadar mengangkat kening.

“Ad dengan Adam... In relationship?” soal Farisha lambat-lambat.

“Yup. Friendship!” Jawab Adelina laju.

“Tak, maksud akak, relationship yang... Hm, senang cerita Ad ni girlfriend Adam?” soal Farisha lagi.

Adelina terkebil-kebil seketika sebelum ketawa kuat mendengar pertanyaan itu.

“Girlfriend Adam? Choyy.” Gadis itu menekup mulutnya cuba menahan tawa.

Farisha turut ketawa perlahan melihat reaksi gadis itu.

“Tak apalah kak. Kalau yang approach Ad tu namanya Adam Farish, kena fikir sepuluh kali la jawabnya.”

Raut wajah Farisha sedikit berubah. “Eh, kenapa?”

“Akak jangan fikir yang bukan-bukan pulak. Adam tu memang cute. Mustahillah kalau Ad tak jatuh hati dekat dia. Tapi kadang-kadang tak boleh ‘in’ la, kak. Perangai macam budak-budak. Mana boleh tahan.” Ujar Adelina sambil memimikkan wajahnya.

Farisha ketawa mendengar jawapan gadis genit itu. Sekadar mengiakan dalam hati, tidak hairanlah jika Adelina menyifatkan Adam begitu kerana sebagai anak bongsu, Adam memang dimanjakan dalam keluarga mereka.

“Maksudnya, Ad dengan Adam, memang kawan?”

“Kawan.” Ulang Adelina sambil terangguk-angguk.

Farisha hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Kicauan burung yang sudahpun mula pulang ke sarang membuatkan kedua-dua gadis itu mendongak serentak.

“Jomlah masuk, Ad. Dah nak maghrib ni.” Farisha bangun dari tempat duduknya. Adelina menurut.

“Jumpa malam nanti ya, kak.” Ujar Adelina mendahului Farisha pulang ke bilik.

Farisha mengangguk perlahan. Langkahnya di atur menuju ke chalet yang terletak bersebelahan dengan Faisal. Dalam hati dia berharap agar tidak terserempak dengan pemuda itu.

Belum sempat dia membuka pintu, kelibat seseorang yang baru keluar dari bilik sebelah membuatkan langkahnya terhenti.

“Asri?” spontan bibirnya menyebut nama itu.



**********


Awal pagi itu, semua peserta sudah berkumpul di kawasan lapang di hadapan dewan, siap berpakaian sukan. Usai melakukan sesi regangan, Farisha menyiapkan barang-barang yang perlu dibawa untuk aktiviti meredah hutan sebentar lagi. Gadis itu tekun dan senyap sejak tadi. Sekadar membalas senyuman dan teguran beberapa peserta, selebihnya dia lebih banyak bercakap dengan Adelina.

“Apasal tu, Asri?” Faisal menyiku teman baiknya.

Asri yang sedang mengikat tali kasutnya menoleh ke arah Farisha. Pemuda itu mengangkat bahu. Dengan wajah selamba dia meneruskan kerjanya yang terhenti tadi.

“Dia marah dengan kau ke?” soal Faisal lagi.

“Nak marah apa pulak? Malam tadi bukan main seronok lagi dia berborak dengan aku. Siap gelak-gelak lagi.” balas Asri.

“Habis tu, apasal diam je pagi ni?” Faisal tidak puas hati.

“Manalah aku tahu.” Asri bangun berdiri disamping rakannya itu.

“Eh, kau pergi tanya kejap. Manalah tahu kot-kot dia tak sihat ke, ada masalah ke.” Ujar Faisal menampakkan kerisauannya.

Asri menoleh memandang pemuda itu lantas menyeringai.

“Ambik berat nampak.” Usik Asri.

Faisal kelihatan gelisah. Dia akur, Asri memang bijak membaca tingkah lakunya.

“Tak adalah. Aku cuma risau. Manalah tahu dia sakit, tak larat nak buat aktiviti ‘jungle tracking’ ni. Kalau apa-apa jadi, aku jugak yang nak kena jawab nanti.” Faisal cuba berdalih.

Asri ketawa melihat riak wajah kerisauan yang jelas terlihat pada wajah pemuda itu.

“Apa kata kau sendiri tanya. Tu, dia datang.” Cadang Asri sebaik ternampak kelibat Farisha menapak menghampiri mereka.

“Encik Faisal, err... Encik Bakar dah sampai. Dia tunggu dekat sana.” ujar Farisha kepada lelaki itu.

Faisal dan Asri serentak menoleh ke arah Encik Bakar yang bakal mengetuai aktiviti ‘jungle tracking’ mereka hari itu.



*****


“Risha, kau ok ke?” soal Asri sewaktu mereka berhenti berehat di air terjun yang terdapat di puncak gunung tersebut. Farisha yang baru sahaja selesai memberikan rawatan kepada beberapa orang pelajar yang cedera ringan, mengambil tempat di sebelahnya.
“Kenapa kau tanya macam tu?” Farisha menyoal pelik.

“Aku tengok kau sejak pagi tadi senyap je. Tak sihat ke?” Asri merenung wajah putih bersih milik gadis itu. Tidak pula pucat atau mempunyai tanda-tanda dia sedang sakit.

Gelengan Farisha membenarkan andaiannya.

“Taklah. Aku ok.” Jawab gadis itu. Matanya kelihatan terpaku memandang sesuatu. Asri tersenyum ke arah yang sama.

“Tak pernah aku tengok kau macam ni. Macam orang angau. Siapalah yang angaukan kau tu ye?” Asri cuba mengusik.

Anehnya, Farisha langsung tidak memberi respon. Matanya masih tertancap ke arah yang sama.
“Faisal, sini, sini.” Asri menjerit sengaja menyakat gadis itu lagi.

Faisal yang sedang kusyuk merakan aksi pelajar-pelajarnya riang bermain air di situ, berpaling. Kameranya kini beralih fokus. Sempat dia melemparkan senyuman kepada mereka berdua.

“Oh my God, Asri.” Farisha tiba-tiba bangun apabila terasa ada sesuatu menjalar di kakinya. Tanpa disedari, hujung baju Asri dicengkam kuat. Pucat wajahnya memandang lelaki itu.

“Risha kenapa ni?” Asri kelihatan cemas melihat perubahan gadis itu secara tiba-tiba.

“Ada... ada sesuatu kat kaki aku. Asri aku takut.” Terketar-ketar gadis itu bersuara.

Asri dapat merasakan cengkaman Farisha pada bajunya juga semakin kuat.

“Kaki yang mana satu? Sini aku tengok.” Asri mengarahkan gadis itu duduk. Farisha menurut dengan teragak-agak.

“Asri, apahal ni?” Faisal menghampiri mereka tidak lama kemudian.

Wajahnya cemas apabila melihat Asri cuba menaikkan kaki seluar gadis itu.

“Weh, kau buat apa ni?” tegah pemuda itu.

“Diamlah.” Ujar Asri sepatah. Air mata Farisha sudah mula menitis. Kelibat Adam yang basah kuyup pula menghampiri mereka.

“What’s wrong, kak Risha?” soal Adam terpinga-pinga.

“Asri, let him.” Faisal menepuk bahu kawannya itu. Asri mengangguk faham lantas bangun dan memberi laluan kepada Adam.

Farisha terketar-ketar menahan geli. Lintah sebesar ibu jari yang elok menjalar dikakinya itu direntap oleh Adam. Sempat pemuda itu mentertawakannya. Farisha tidak peduli. Air matanya yang masih mengalir diseka perlahan. Kelihatan Faisal dan Asri yang berdiri di hadapannya menguntum senyuman.



**********


Adelina ketawa kuat sewaktu Farisha menceritakan peristiwa itu kepadanya. Ketika itu, mereka sama-sama berjalan menuju ke dewan makan untuk bersarapan pagi. Merah muka Farisha diusik gadis itu.

“Ad, sudahlah tu.” Tegah Farisha apabila gadis itu semakin galak mengusiknya.

“Assalamualaikum.” Teguran itu mematikan usikan Adelina. Farisha membalas salam itu dengan perlahan. Debar di hatinya kembali menerpa.

“Dah sarapan? Kalau belum, jomlah sekali. Asri ada dekat sana.” Ujar Faisal sambil mencapai piring kecil di atas meja hidangan dewan makan itu.

Farisha tersenyum mendengar pelawaannya. Sempat matanya menangkap kelibat Asri, Adam dan Adelina tidak jauh dari situ.

Adelina? Spontan Farisha menoleh ke sisi. Entah bila gadis kecil molek itu menyusup hilang dari situ, Farisha langsung tidak sedar. Melihat Faisal masih tercegat menanti jawapannya, Farisha menguntum senyuman.

“Err, macam mana kaki? Dah ok?” soal Faisal sambil mengambil kuih-muih dan diletakkan ke dalam pinggan.

Soalan itu mengundang tawa di hati Farisha.

“Encik Faisal, lintah je. Bukannya bahaya, pun.” Balas Farisha perlahan.

“Sebab tak bahayalah saya tanya.” Faisal tersenyum memandang gadis itu. Dia sempat meletakkan beberapa ketul kuih ke dalam pinggan Farisha sebelum mencedok mi goreng pula.
Gadis itu mengerutkan dahi. “Sorry, apa dia?” soal Farisha.

Faisal ketawa kecil.

“Tak ada apa-apalah. By the way, saya ada rakaman video semalam kalau awak nak tengok.” Ujar Faisal lagi.

Bulat mata Farisha apabila Faisal mengenyitkan mata kepadanya. Gadis itu mengetap bibir, geram. Dia sedar bahawa dia sedang menjadi bahan usikan oleh lelaki itu. Langkah kakinya laju mendapatkan Faisal.

“Err, Encik Faisal.” Panggil Farisha teragak-agak.

Faisal mengangkat kening. Pinggan mi goreng kini bertukar tangan.

“Pasal modul terakhir hari ni. Encik Faisal pasti ke nak suruh saya sampaikan tajuk tu?”

“Tajuk tu?” ulang Faisal kembali.

“Tajuk yang Encik Faisal bentangkan malam tadi.” Jelas Farisha.

“Tajuk apa ya?” soal Faisal lagi.

“Tajuk itulah. Yang Encik Faisal tak sempat nak habiskan malam tadi.” Gerutu Farisha.

“Oh, yang tu. Kenapa?” soal Faisal kembali. Senyumannya cuba disembunyikan dari pandangan Farisha. Jelas sekali gadis itu cuba memprotes arahannya.

“Saya tak yakinlah dapat teruskan modul Encik Faisal tu. I’m not expert on that.” Ujar Farisha perlahan. Air liurnya berkali-kali ditelan.

“Awak takut?” soal Faisal perlahan.

Farisha mengeleng. Bukannya dia tidak biasa menyampaikan ceramah di hadapan orang ramai, tetapi tajuk modul itu agak janggal baginya. Tambahan lagi dia langsung tidak membuat persiapan.

“Habis, macam mana dengan modul saya?” soal Farisha teragak-agak.

“Kita postpone dulu. Next time, saya ajak awak join lagi, awak guna modul tu, ok.” ujar Faisal.
Makin membulat mata Farisha. Gadis itu kemudian tunduk apabila sepasang mata Faisal juga turut memandangnya.

“Jangan risau, saya akan bantu awak. I’m always with you.” Ujar Faisal lagi lantas berlalu mendapatkan Asri dan lain-lain di meja makan makan.

“And one more thing. Lepas tamat program ni, rasanya tak perlulah awak ber ‘encik-encik’ dengan saya lagi ya, Amni Farisha.”

Farisha terpempan.



**********


“Seperti yang diperkatakan oleh Imam Hamka, cinta ialah perasaan yang wujud dalam setiap manusia. Seperti embun yang menitis dari langit dan tumbuh mengikut tanah di mana jatuhnya. Jadi, ada siapa-siapa boleh huraikan dengan lebih lanjut tentang kata-kata tersebut?” soal Farisha ceria meskipun hampir satu jam sesi ceramah itu berlangsung.

“Bergantung pada tanah itulah.” Seorang pelajar tiba-tiba bersuara.

“Ya, awak. Siapa nama?” Farisha mendekati pelajar yang duduk di barisan tengah itu.

“Haikal.” Ujar pemuda tersebut.

“Ok, Haikal. What do you mean by ‘bergantung pada tanah’ tu?” Farisha menyoal sebelum menoleh ke arah pelajar-pelajar lain.

“Actually...” Haikal memulakan penerangannya dengan lagak selamba. Seisi dewan tersenyum-senyum menanti butir-bicaranya.

“Sebenarnya, cinta itu akan bercambah mengikut hati yang menerimanya. It’s simple actually. Bayangkan tanah itu sebagai hati dan embun itu sebagai cinta. Kalau hati yang menerima cinta itu subur, suci, penuh dengan keikhlasan, keluhuran dan budi pekerti, hiduplah cinta itu bagai bunga yang mekar. Kalau jatuh ke hati yang kering kontang, tandus, berdusta dan penuh dengan niat yang serong, dah tentulah cinta itu tidak subur. Macam bunga yang layu. Dan mungkin, lama kelamaan ia akan mati.” Ujar Haikal begitu bersahaja.

Rakan-rakannya yang lain bertepuk tangan mendengar jawapan pemuda itu. Sebahagian yang pula, bersorak-sorak ke arahnya.

Farisha tersenyum.

“Thank you, Haikal. Huraian yang begitu mantap. Bagus.” Puji Farisha sambil menekan butang slide di komputer riba, memaparkan petikan kata-kata sebenar dari Imam Hamka tersebut.

“Cinta itu adalah satu perasaan yang ada pada setiap manusia. Ia umpama setitis embun yang turun dari langit. Bersih dan suci. Cuma tanah yang menyambutnya sahaja berbeza-beza. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah ia dengan kedurjanaan, penipuan, langkah yang serong dan lain-lain yang tercela. Tapi jika ia jatuh ke tanah yang subur, dia akan tumbuh dengan kesucian, keikhlasan...” Asri membaca slide yang dipaparkan oleh Farisha. Faisal yang sedang menulis sesuatu di sebelahnya ditoleh sekilas.

“dan hati yang ikhlas.” Faisal menyambung kata-kata itu.

“Hebat.” Puji Asri sambil tersenyum.

“Aku punya slide, aku tahulah.” Balas Faisal selamba.

“Kau tunggu apa lagi, Faisal. Terus terang jelah dengan dia.” Asri menepuk bahu kawan baiknya itu tiba-tiba.

“Apa dia?” Faisal menyoal kembali.

“Aku tahu kau dah jatuh hati kat Risha tu. Aku boleh nampak yang dia pun sukakan kau. Terus terang je. Takkan kau expact dia nak terus terang dengan kau dulu?” ujar Asri lagi.

Wajah Faisal kelihatan berkerut-kerut memandang pemuda itu.

“Apa kau cakap ni?”

“Aku kenal Risha tu lagi lama dari kau la. Aku tahu sangat perangai dia macam mana.” Asri terus meyakinkan rakannya itu.

Faisal terdiam.

“Ikut aku keluar kejap.” ujarnya lagi.

Farisha yang sedang leka bersoal jawab dengan para pelajar di dalam dewan itu langsung tidak menyedari ketiadaan mereka berdua.

“Kak Risha pernah bercinta?” soal salah seorang pelajar permpuan di situ.

“Of course, my dear.” Ujar Farisha mengiakan.

“Boyfriend orang mana?” seroang pelajar lelaki memotong. Sementara yang lain turut bersorak mengusiknya.

Farisha sekadar tersenyum.

“Istilah cinta bukan untuk boyfriend sahaja. Untuk pencipta kita, Allah swt. Untuk junjungan mulia, Nabi Muhammad saw. Untuk ibu bapa, kawan-kawan. Dan yang paling penting...” gadis itu berhenti seketika.

“Saya, kak.” Seorang pelajar lelaki mengangkat tangan.

“That’s right. Cinta kepada ‘saya’, iaitu kepada diri kita sendiri.” Kata-kata Farisha itu mengundang tawa hampir semua para pelajar. Tersipu-sipu pemuda itu dibuatnya.
Farisha tertawa kecil.



*****


“Apa masalah kau ni?” soal Faisal sebaik mereka keluar dari dewan tersebut.

“Risha tu sukakan kau. Kau tak nampak ke?” ujar Asri penuh yakin.

Faisal diam. Pandangannya mengharapkan penjelasan yang lebih dari lelaki itu.

“Come on, bro. Sampai bila kau nak tipu perasaan kau sendiri? Dah lebih tiga tahun Nisha pergi tinggalkan kau, tinggalkan kita semua. Aku tahu kau sayangkan dia, tapi itu bukan alasan untuk kau terus seksa diri kau macam ni.” Kata-kata Asri itu membuatkan Faisal tergamam.

“Betul tu, abang. Yang dah pergi, biarkanlah pergi. Kita yang masih hidup, harus teruskan hidup kita. Cinta itu kan fitrah. Abang tak seharusnya menolak.”

Faisal menoleh memandang Adelina. Gadis itu sudah pun mengambil tempat di sebelahnya. Gadis itu tersenyum. Tangan Faisal digenggam erat, menyalurkan semangat seorang adik kepada abangnya.

“Sudahlah tu, Faisal. Dah sampai masa kau cari pengganti. Dan aku rasa, tiada yang lebih layak untuk kau selain Farisha.” Ujar Asri lagi.

Adelina mengangguk setuju.

“Ad selalu perasan, cara kak Risha pandang abang, lain sangat. Bila dekat dengan abang pulak, dia macam gelabah, tak tentu arah.” Tambah Adelina.

“Aku dah lama kenal Risha tu. And selama ni, aku tak pernah nampak dia pandang mana-mana lelaki the way she look at you. Even aku pun.” Tokok Asri lagi.

Faisal terpempan. Asakan itu membuatkan perasaannya semakin berbelah bahagi. Mindanya tidak dapat membuat keputusan. Lantas dia tunduk memandang lantai.

“Faisal, kau dengar tak apa aku cakap ni?” desak Asri apabila pemuda itu mendiamkan diri agak lama.

“Ya, aku dengar.” Balas Faisal perlahan.

“Abang, please be strong. Kalau kak Nisha tengok abang macam ni, tentu dia sedih.” Adelina cuba memujuk abangnya itu.

“Ok. I’m... i’m ok. Just tell me. Apa patut aku buat sekarang? Macam mana aku nak tahu sama ada Risha betul-betul cintakan aku atau tidak?” soal Faisal yang jelas gelisah.

“Rileks. Kau tenang je. Aku rasa aku tahu macam mana nak buat.” Asri tersenyum-senyum menepuk bahu kawannya itu. Mereka kemudian melangkah semula masuk ke dalam dewan.



*****


“Kak Risha, macam mana akak katakan yang cinta itu menghembuskan semangat sedangkan ada student yang frust bercinta gagal dalam pelajaran mereka?”

Sesi soal jawab di dalam dewan itu masih rancak berjalan.

“Itulah pentingnya kesucian hati. Kalau hati penuh dengan sifat-sifat tercela, adakah cinta akan hidup dengan subur?”

Seisi dewan mengeleng hampir serentak.

“Bila cinta tak subur, itulah punca retaknya sesuatu hubungan. Bila dah retak, putus di tengah jalan, itulah punca ‘frust’ macam kawan kita cakap tadi. Dan bila dah ‘frust’, semua benda tak boleh nak buat. Boleh study ke kalau macam tu?”

Para pelajar mengeleng lagi.

“Sebenarnya, cinta itu benar-benar mandatangkan semangat, mendatangkan keberanian dan juga menghembuskan kegagahan kepada diri kita. Akak berani berdiri di depan ni pun...”

Farisha spontan menoleh ke arah pintu masuk apabila melihat Asri dan Faisal tiba-tiba muncul di situ.

“...kerana cinta.” Sambung gadis itu lagi.

Dia langsung tergamam apabila Faisal tiba-tiba menapak menghampirinya.



**********


“Amacam korang berdua? Best tak plan abang?” soal Asri sewaktu mereka semua hendak bertolak pulang petang itu.

Adelina dan Adam menoleh serentak. Lebar senyuman mereka memandang Asri.

Adam mengangkat ibu jarinya. “Memang terbaik, bang.” Ujar pemuda itu.

“Tengoklah diorang tu, sweet je.” Adelina leka memandang ke arah Faisal dan Farisha yang rancak berbual sambil mengemaskan barang-barang mereka di dalam dewan tadi.

“Konfirm jadi ipar kita ni, Ad.” Adam tersengih-sengih menyiku gadis itu.

“Eeww, tak kuasa.” Balas Adelina lantas meninggalkan lelaki itu.

Asri tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Kelihatan Adam berlari-lari anak mendapatkan Adelina.

“Aku jugak yang singular.” Keluhnya perlahan.



**********



~Tiga bulan kemudian~


Suasana di perkarangan mahkamah sudah agak lengang. Kedua-dua gadis itu keluar agak lewat selepas tamat perbicaraan kes mereka pada hari itu. Memandangkan hari sudah lewat petang dan tiada apa-apa yang perlu digesakan, mereka berdua santai berjalan. Tersenyum-senyum pengawal keselamatan melihat kedua-dua gadis itu rancak berbual saat melintas di hadapannya. Sekali diselangi dengan gelak ketawa, membuatkan pengawal itu tersenyum melihat gelagat mereka.

“Balik dulu pak cik.” Farisha menegur ramah.

Pengawal yang berusia lebih separuh abad itu sekadar mengangkat tangannya.

“Eh, Serina. Asri tak jemput kau ke hari ni?” soal Farisha sambil melilau keliling cuba mencari kelibat lelaki itu.

Serina, pembantu peribadi merangkap teman baik gadis itu menoleh memandangnya. Dia mengeleng. Kot labuh milik Farisha yang dipegangnya tadi dikembalikan semula kepada tuannya.

“Tak kot. Ada hal apa ntah katanya. Why bother?” gadis itu berpura-pura marah memandang Farisha.

Farisha ketawa perlahan. Sambil membimbit briefcase, dia meneruskan langkah ke tempat letak kereta.

“Alah, janganlah marah. Aku tanya je. Tak ada makna aku nak kacau daun hal rumah tangga korang tu.” Balas Farisha pula.

“Iyalah, dah ada Mr.Samarinda. Buat apa nak peduli orang lain.” Serina mencuit-cuit pinggang kawannya itu. Terkekek-kekek Farisha ketawa. Merah padam wajahnya.

“Sudah-sudahlah tu, Serina. Malu aku.” Farisha mengetap bibir memandang gadis kecil molek di sebelahnya itu.

“Alah, dengan aku pun nak malu-malu. Semua cerita cinta kau dengan Faisal tu dalam poket aku je tau. Daripada cerita dia approach kau dengan mikrofon masa kat Excel Training Centre dulu, sampailah dah jadi loving couple sekarang ni.” Serina terus-terusan mengusik kawannya itu.

“Ni tak lain, Asri punye bedtime story la ni. Dia dengan Mr.Samarinda tu sama je perangai.” Farisha mengerling gadis itu. Tersipu-sipu Serina memandangnya.

Saat meraba kunci kereta di dalam tas tangan, telefon bimbitnya pula menjerit nyaring. Nada dering itu membuatkan dia tersenyum.

“Panjang umur.” getus Farisha sambil membuat mimik mukanya. Serina menyambut dengan gelak ketawa.

“Mr.Samarinda or Mr.Bedtime Story?” bisik Serina.

“Mr.Samarinda, of course.” balas Farisha lantas menjawab panggilan tersebut.

“Ya, nak balik rumah la ni. Baru keluar court.” Ujar Farisha.

Serina setia menjadi pemerhati.

“Makan? Belum lagi. Tapi Serina cakap dia nak belanja kejap lagi. Maklumlah, baru lepas menang kes.” Farisha mengenyit mata mengusik gadis itu pula. Serina mengetap bibir berpura-pura menunjukkan aksi marahnya.

“Hah? Proposal? What proposal?” suara Farisha tiba-tiba meninggi.

“Eh, mama? Mama dekat mana? Macam mana mama boleh ada dengan Faisal ni?” soal gadis itu lagi. Serina terkebil-kebil melihat reaksi kaget gadis di hadapannya itu. Dia cuba memasang telinga.

“Faisal ada dekat rumah? Dah lama?” Serina yang kecil molek itu terinjut-injut cuba mendekatkan telinganya ke telinga Farisha.

“What? Rombongan meminang? Mama, pass telephone dekat Mr.Samarinda tu balik. Mama... Mama, pass the phone. Hello, hello mama...!” Farisha melopong memandang telefon yang baru sahaja terputus di hujung talian itu. Kakinya dihentak-hentak menahan geram.

“Apahal Risha?” soal Serina cemas.

“Faisal.” Ujar gadis itu sepatah. Bibirnya diketap berkali-kali.

“Kenapa dengan dia? Apa dah jadi? What’s wrong?” soal Serina bertubi-tubi.

“Dia ada dekat rumah aku. Dengan mama dia, dengan papa dia, mama, abah, Adam, Adelina... Asri, semua Asri punya pasal. Mesti dia yang hasut Faisal buat kerja gila ni. Tunang kau tu memang nak kena cincang dengan aku, Serina. Bersedialah kau untuk jadi janda. Tak payah naik kereta kau. Cepat masuk dalam.” Gerutu Farisha sambil mengarahkan gadis itu masuk ke dalam keretanya.

Serina terkial-kial menurut. Kerja gila apa lagi yang dibuat Faisal dan Asri ni agaknya. Sempat dia berdoa dalam hati agar Farisha tidak melakukan apa-apa perkara di luar kawalan.

“Muhd Faisal Alfian, dah gatal sangat nak menikah ke...!” jerit Farisha lantas memecut laju keretanya.



**********


Sementara itu di rumah keluarga Haji Amran...

“Your idea is freaking great, man.” Bisik Faisal sebaik mematikan telefon bimbitnya. Dia tersenyum memandang Asri yang tersengih-sengih sejak tadi. Cincin berlian di tangannya pula digenggam kuat. Sementara seisi keluarga kedua-dua belah pihak yang sedang berkumpul di ruang tamu itu hanya mampu tersenyum sambil menunggu kepulangan Farisha.

~TAMAT~


2 comments: