Wednesday, November 16

AISHA - AHMAD DAFI


Suasana hingar bingar di dalam kelas itu langsung tidak di endahkan oleh Aisha. Gadis tinggi lampai dan bertudung litup itu merupakan satu-satunya pelajar yang statik di tempat duduknya. Pelajar-pelajar lain, masing-masing tidak duduk diam. Pagi-pagi begitu, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengalas perut, merayau-rayau, berbual, bergosip dan bermacam-macam lagi. Tambahan pula, kelas masih belum bermula. Namun yang pastinya semua urusan itu tidak mahu dipedulikan oleh Aisha. Dia tetap tekun melakukan kerjanya. Menulis nota sambil menghafal beberapa fakta sementara menunggu kelas bermula. Sekali-sekala, kepalanya terjenguk-jenguk ke luar kelas menanti kehadiran Nurul, teman baiknya yang masih tidak sampai-sampai lagi.

“Lambatnya Nurul ni. Selalu tak macam ni.” Aisha bersuara perlahan.

Tiba-tiba, sekeping cd muncul di atas mejanya. Aisha mendongak, memandang Dafi yang tiba-tiba terpacak di hadapannya itu. Pemuda itu tersenyum, manampakkan lesung pipitnya yang dalam.

“Apa ni?” soal Aisha sedikit hairan.

“Ayat-ayat cinta.” Ujar Dafi ringkas.

Aisha mengangkat keningnya sedikit. ‘Mimpi apa budak ni?’

“Ya, I can see that. Tapi nak buat apa?” soal Aisha lagi.

“Makan.” Jawab pemuda itu lagi.

Mata Aisha membuntang. ‘Makan? Budak ni betul ke tak betul ni?’ bisik hati Aisha.

“Tak apalah, Dafi. I dah kenyang.” Jawab Aisha selamba.

Dafi ketawa mendengar jawapan gadis itu.

“No, actually, I nak you tengok cerita ni. I’m sure you belum tengok lagi, kan?” Ujar Dafi.

“Memanglah I tak tengok lagi. Tapi, tak apalah. I memang tak nak tengok pun because I dah baca novel dia.” Ujar Aisha lembut, sambil menolak perlahan cd itu ke arah Dafi semula.

“Kalau ye pun, takkan tak sudi kot.” Dafi seakan-akan merajuk.

“No, bukan macam tu. Maksud I…”

“Kalau macam tu, ambillah.” Dafi memotong kata-katanya.

Kali ini dia tidak akan mengalah lagi. Bukan sekali dua Aisha menolak pemberiannya. Usahanya untuk memikat hati gadis itu tidak pernah berjaya. Pernah dia menghadiahkan gadis itu sebuah patung beruang yang besar, namun Aisha menolaknya dengan alasan, patung-patung begitu tidak sepatutnya disimpan. Dafi terima alasan tersebut. Namun, apabila jam tangan yang diberi sempena hari lahir Aisha beberapa bulan yang lalu juga ditolak, kali ini dia tidak akan mengalah lagi. Aisha mesti menerimanya. Wajib..!

“Kenapa you suka bagi macam-macam dekat I? Teddy bearlah, jam tanganlah, rantailah, sekarang ni, cd pulak.” Ujar Aisha sedikit geram apabila melihat Dafi masih berdegil.

Dafi tersenyum membiarkan gadis itu tertanya-tanya buat seketika.

“Nak tahu kenapa?” soal Dafi perlahan.

Aisha mengangkat keningnya, tajam.

Dafi menundukkan sedikit kepalanya.

“Because I like you.” Ujar Dafi perlahan dan ada unsur-unsur menggoda dalam nada suaranya.

Aisha tercengang. Matanya yang bulat itu, bertambah bulat.

“What?”

“Do I need to repeat sayang?” Dafi menolak kembali cd itu sehingga menyentuh sedikit hujung jari Aisha yang runcing itu.

“Watch it. I’ll call you tonight.” Ujar Dafi lagi lantas berlalu dari situ.

“Sha, Mahfuz nak jumpa kau. Pasal Malam Kebudayaan Lagenda tu.” Nurul tiba-tiba muncul dan terpacak di hadapan Aisha.

Gadis yang sedang mengelamun itu sedikit tersentak.

“Apasal lambat hari ni? Selalu kaulah orang pertama yang aku nampak bila aku sampai.” Aisha berpura-pura marah. Geramnya dia dengan Nurul. Kalau gadis itu masuk lebih awal tadi, tentu Dafi tidak akan datang dan menyusahkan hidupnya.

“Masa nak ke sini tadi, aku terserempak dengan Mahfuz. Kitorang sempatlah berbincang dengan dia pasal prop stage. Lepas tu dia suruh aku panggil kau. Nak tanya pasal hall decorate pula.” Ujar Nurul lagi.

Aisha mengambil cd ayat-ayat cinta di atas mejanya untuk disimpan di dalam beg.

“Eh. Kejap-kejap. Bila masa kau beli cd ni?” soal Nurul tiba-tiba. Cd di tangan Aisha itu diambilnya.

“Erm, Mahfuz nak jumpa sekarang ke? Kau tak cakap yang aku ada kelas?” soal Aisha tanpa mempedulikan soalan Nurul itu.

“Let me guess. Dafi right?” teka Nurul. Giliran dia pula tidak mempedulikan soalan Aisha.

Aisha mengangguk perlahan. Kemudian dia mengerling ke arah Dafi yang duduk selang semeja di hadapannya. Pemuda itu sedang tekun melakukan kerjanya sendiri. Seperti dirinya tadi, pemuda itu kelihatan tidak mempedulikan langsung suasana bising di dalam kelas itu.

Nurul tersenyum-senyum memandang wajah kawannya itu. Dia tahu, Dafi semenangnya ada hati pada Aisha sejak kali pertama Aisha melangkah ke sekolah itu sebagai pelajar baru dua tahun yang lalu. Wajah Aisha yang seiras penyanyi Acha Septriasa itu, membuatkan ramai pelajar lelaki cuba mendekatinya, termasuklah Dafi. Kini, mereka semua sudahpun berada di tahun akhir di Kolej Lagenda itu. Nurul yakin, Dafi akan sedaya upaya cuba memikat Aisha. Dia akan tunggu dan lihat.

“Apa salahnya kalau diorang benar-benar jadi.” Bisk Nurul sendirian. Gadis itu tersenyum simpul.

“Apa yang jadinya? Aku tanya bila Mahfuz nak jumpa aku ni?” Aisha menyoal sahabatnya itu entah buat kali ke berapa.

Nurul mengambil tempatnya di sebelah Aisha. Senyumannya masih tidak lekang dibibir.
“Lepas balik nanti. Dia tunggu kau dekat library.” Ujar Nurul.

Aisha baru sahaja hendak bersuara kembali apabila pensyarah mereka tiba-tiba masuk ke dalam kelas dan memulakan sesi pembelajaran mereka pada hari itu.

**********

Aisha, Nurul dan Hadi Mahfuz melangkah keluar daripada perpustakaan. Perbincangan mereka mengenai konsert amal yang akan diadakan di kolej mereka tidak lama lagi hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja. Kemudian, masing-masing mengambil haluan sendiri untuk pulang ke rumah. Nurul yang sememangnya dihantar dan dijemput oleh pemandu keluarganya terus sahaja hilang dari pandangan sebaik mengucapkan selamat tinggal.

“Aisha.” Panggilan Mahfuz membuatkan Aisha yang sudah separuh jalan, menoleh.

“Ya?”

“Nak balik dengan I?” soal Mahfuz ragu-ragu.

Aisha mengeleng perlahan.

“It’s ok. I tunggu mama I jemput. Kejap lagi sampailah tu.” Balas Aisha lembut.

Wajah Mahfuz sedikit hampa.

“Sure?” soalnya tidak berpuas hati.

Aisha mengangguk.

“Ya, I’m sure. Thanks for your invitation.” Balas Aisha lembut.

Mahfuz membatalkan niatnya untuk ke tempat meletak kereta. Pemuda tinggi lampai itu sebaliknya melangkah ke arah Aisha.

“Just for your safety. I temankan you sampai mama you datang ok.” Ujarnya tanpa dipinta.

Aisha tidak membantah. Bukannya dia tidak biasa dengan Mahfuz. Lagipun, keluarganya memang kenal baik dengan anak muda itu. Mereka berdua beriringan menuju ke arah wakaf yang disediakan oleh pihak kolej tidak jauh dari situ. Selepas Aisha dijemput oleh mamanya, barulah Mahfuz pulang.

**********

Aisha naik ke biliknya setelah selesai manikmati makan malam. Gadis itu mencapai cd ayat-ayat cinta yang diberikan oleh Dafi pagi tadi. Buat seketika, fikirannya mengelamun memikirkan sikap lelaki itu yang ketara sungguh keanehannya sejak akhir-akhir ini. Aisha tahu, kesungguhan Dafi memikatnya selama ini, mula mendatangkan rasa cinta dalam hatinya. Namun, dia ragu-ragu untuk memberikan cintanya. Seakan-akan ada satu kuasa yang menghalang. Entahlah, sukar untuk dia menjelaskan perasaannya itu dalam erti kata yang sebenar. Nada dering lagu ‘Kehidupan’ nyanyian kumpulan Raihan yang berkumandang di telefon bimbitnya, menghancurkan semua bayang-bayang Dafi. Namun, apabila melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya, bayangan tersebut muncul semula.

“Assalamualaikum. Hai, sayang. Tengah buat apa tu?” Suara Dafi kedengaran dihujung talian.

Aisha menjawab salam tersebut sebelum melihat skrin telefonnya silih berganti. ‘Sayang?’

“Hello..?” ujar Aisha ragu-ragu.

‘Betul ke Dafi yang call aku ni? Lain macam je.’ Bisik hati gadis itu.

“Hello, boleh bercakap dengan Acha Septriasa?” suara Dafi kedengaran lagi.

Aisha mengangkat keningnya pula. Tiba-tiba dia tersenyum sendirian.

“Acha Septriasa? Sorry ye encik, salah nombor ni. Saya bukan Acha Septriasa. Orang yang nama macam tu pun, saya tak kenal.” Ujar Aisha bersungguh-sungguh.

Dafi ketawa tiba-tiba. Riang hatinya dapat mengusik Aisha. Kemudian pemuda itu berdehem berkali-kali sebelum meneruskan kata-katanya.

“Tak ada? Oh, habis tu yang bercakap dengan saya ni siapa? Boleh saya tahu.” Usiknya lagi.

Aisha meleretkan senyumannya. ‘Amboi, ni dah lebih ni.’

“Dahlah tu, Dafi. Ada apa telefon I ni? Something important?” soal Aisha.

Dafi masih ketawa. Terasa bahagia dirinya pada saat itu.

“Important sangat.” Ujarnya.

“Apa dia?” soal Aisha lagi.

“I miss you.” Ujar Dafi tanpa segan silu.

Aisha dapat merasakan wajahnya berbahang saat itu. Mujur Dafi tiada di hadapannya. Kalau tidak, entah bagaimanalah dia hendak berhadapan dengan situasi sebegitu.

“Stop it, Dafi.” Hanya itu yang mampu diluahkan oleh Aisha.

“Ok, ok. I’m sorry. But I really miss you.” Ujar Dafi sejujurnya.
Suasana sepi seketika.

“You dah tengok cd yang I bagi tadi?” soal Dafi.

“Cd ayat-ayat cinta tu? Erm, belum lagi. Kenapa?” soal Aisha pula.

“Tak ada apa-apa. I thought you have watched it.” Ujar Dafi perlahan. Mungkin jawapan Aisha tidak seperti yang diharapkan olehnya.

“Erm, actually I baru je nak tengok tadi. Tiba-tiba you call. So, that’s why lah.” Terang Aisha lagi.

“Oh, am I disturbing you?” soal Dafi lagi.

“Taklah. It’s ok. Lagipun, besokkan tak ada kelas. Kalau tak sempat tengok malam ni, I boleh tengok besok.” Aisha mencapai cd itu dan membelek-beleknya.

“Tapi besok I nak ajak you keluar.” Ujar Dafi tiba-tiba.

“Hah? Keluar? Buat apa?” soal Aisha bertubi-tubi.

“Amboi, cepatnya melatah.” Dafi ketawa mendengar reaksi gadis itu.

Aisha tersenyum sendiri. Mujurlah Dafi tidak nampak wajahnya. Kalau tidak, buat malu sahaja.

“Actually, I ada hal nak minta tolong dari you. It is regarding our Malam Kebudayaan.” Terang Dafi.

Aisha terdiam sebentar. Teringat pula dia bahawa Dafi juga merupakan salah seorang ahli jawatan kuasa yang penting dalam menjayakan malam kebudayaan itu.

“Cakap kat telefon je boleh? I’m not sure whether I can go out for tomorrow or not. Because mama cakap, we’re going back to our hometown.” Ujar Aisha tenang. Minta-mintalah Dafi faham dengan penolakannya itu.

“Oh, nak balik kampung ke. I ikut boleh?” usik Dafi.

“Jangan nak mengada-ngada, ok. Cepatlah cakap apa halnya?”

“Erm, oklah. I cakap kat phone je. Sebenarnya, I nak minta you tuliskan satu lirik lagu. Itupun kalau you tak keberatanlah.” Ujar Dafi perlahan.

Aisha ketawa perlahan. Dafi dan lagu, memang tidak dapat dipisahkan. Pemuda itu memang terlalu meminati muzik dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Tidak hairanlah mengapa dia layak menjadi peneraju kelab seni dan persembahan di kolej mereka. Mencipta lagu dan menggubah lirik pula, seakan menjadi hobinya pada waktu-waktu terluang. Dua tahun sudah cukup membuatkan Aisha faham sedikit sebanyak minat dan kecenderungan pemuda bernama Dafi itu.

“Oh, nak minta tolong I tuliskan lirik ke?”

Suasana sunyi sebentar. Aisha mengetap bibirnya dan mempertimbangkan permintaan Dafi itu secepat yang mungkin.

“I tak paksa. Kalau you tak nak, it’s ok.” Tambah Dafi lagi.

“Tapi, ada kena mengena ke dengan malam kebudayaan tu?” Aisha pula meminta kepastian.

“Lebih kuranglah.” Jawab Dafi ringkas.

“Kalau macam tu, I akan cuba. Tapi jangan berharap sangat, sebab I ni bukannya pandai cipta ayat yang best-best macam you.” Ujar gadis itu perlahan.

Dafi ketawa mendengar kata-kata gadis itu.

“I tak kisah. Yang penting, lirik tu you yang tulis. Tapi kalau boleh, as soon as possible ya. Sebelum malam konsert tu.” Pinta Dafi.

“InsyaALLAH. Erm, tu saja?” soal Aisha lagi.

“Eh, ada lagi.” Ujar Dafi pantas.

“Apa dia?”

“Nak minta tolong you cakap ‘I love you’ dekat I boleh?” pinta Dafi tanpa segan silu.

Aisha mengetapkan bibirnya, geram.

“Dafi, you are too much.” Gadis itu berpura-pura marah.

Buat kesekian kalinya, Dafi ketawa lagi.

“Okey, okey. I’m sorry. Bye sayang. Kalau rindu, sampaikan salam pada ALLAH, insyaALLAH, I pun akan rindukan you.” Ujar pemuda itu penuh romantis.

Untuk seketika, Aisha terasa seperti ditolak ke udara. Kata-kata Dafi sebentar tadi memang benar-benar menggugat nalurinya. Entah kenapa, kalimah Allah yang diucapkan oleh lelaki itu seakan-akan meresap jauh ke lubuk hatinya.

Sesudah memberi salam, Dafi mematikan talian. Cuma Aisha sahaja yang masih kaku dengan posisi yang sama.

‘Sudah berjayakan Dafi memikat aku?’ Aisha tertanya-tanya sendirian.

‘Ayat-ayat cinta bercerita, cintaku padamu.’

**********

“Kakak, cepatlah.” Kanak-kanak itu menjerit memanggil kakaknya.

Aisha geram memandang Adam. Kanak-kanak berusia 12 tahun itu bersemangat sungguh mengutip buah kelapa yang digait oleh datuknya di halaman rumah. Mama, dan nenek mereka pula, kelihatan sedang berbual-bual dianjung rumah.

“Adam ni, sabarlah. Kakak dah penat ni tahu tak.” Ujar Aisha pula.

“Kalau macam tu, biar I tolong.” Ujar seorang lelaki yang tiba-tiba muncul di sebelahnya.

“Abang Mahfuz.” Jerit Adam riang.

Mahfuz merenung gadis ayu di sebelahnya itu sambil meleretkan senyuman. Aisha yang terkejut dengan kehadirannya di situ, membalas senyuman tersebut dengan teragak-agak. Sebenarnya, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk bertemu Mahfuz di situ kerana keluarga mereka sememangnya berasal dari kampung yang sama. Cuma gadis itu tidak menyangka akan berjumpa pada hari itu, kerana kebiasaannya mereka hanya akan bertemu di kampung pada musim perayaan atau ketika cuti panjang.

“Tak sangka jumpa I kat sini?” soal Mahfuz ketika mereka berdua duduk di pangkin di bawah pokok rambutan sambil memerhatikan Adam yang seronok mengejar ayam-ayam datuknya.

Aisha tersenyum. Kemudian gadis itu mengangguk perlahan.

“Yelah, selalu jumpa you waktu cuti. Tak sangka pula weekend macam ni pun you balik juga.” Ujar Aisha sambil menoleh ke arah ibu bapa Mahfuz yang sedang berbual-bual dengan keluarganya dianjung rumah.

Mahfuz sekadar tersenyum.

“I pun tak sangka jumpa you kat sini. Kebetulan umi dan ayah balik sekejap untuk tengok atuk, kami singgah sekali ke sini.” Ujar Mahfuz.

“Oh, jadi lepas ni terus balik ke KL lah?”

Mahfuz mengangguk sebagai jawapan. Sesekali, pemuda itu mencuri pandang wajah Aisha. Gadis itu semakin hari semakin mencuri hatinya. Ingin saja dia meluahkan hasrat hatinya kepada Aisha. Namun dia tahu, itu tidak mungkin akan terjadi. Dia juga tahu, kesan dari tindakannya itu nanti akan menyebabkan bukan satu, malah banyak hati yang akan terluka. Lantas, segala urusan itu diserahkan sepenuhnya kepada Yang Esa. Hanya Dia yang layak menentukan perjalanan hidupnya nanti.

“Dah lama I nak tanya sesuatu dekat you.” Ujar Aisha tiba-tiba.

Mahfuz menoleh dan mengangkat keningnya.

“Tentang apa?” soal pemuda itu.

“Erm, about Dafi.” Ujar Aisha teragak-agak.

Gadis itu membalas pandangan Mahfuz. Sengaja hendak melihat reaksinya. Tambahan pula, Aisha memang sedia maklum, hubungan Mahfuz dengan Dafi agak rapat juga.

Mahfuz melarikan pandangannya serta merta apabila mendengarkan nama yang keluar dari bibir gadis itu.

“Kenapa dengan Dafi?” soal Mahfuz tenang. Gelora di hatinya cuba disembunyikan sedaya yang mungkin. Dia tidak mahu Aisha membaca isi hatinya.

“I tahu, you agak rapat dengan Dafi. Kita pun dah lama kawan sejak kecil. Jadi, I harap, you tak kisah kalau I nak tanya sesuatu. Dan mungkin agak peribadi.” Ujar Aisha perlahan-lahan.

“Apa yang you nak tahu?” soal Mahfuz.

Aisha diam sebentar. Mungkin sedang mencari ayat yang terbaik untuk bertanya.

“Erm, sejak akhir-akhir ni…”

Perbualan mereka tiba-tiba terganggu apabila Adam muncul dan menyergah kakaknya dari belakang. Aisha terjerit kecil lantas beristighfar perlahan.

“Adam..! Berapa kali kakak nak cakap, jangan buat macam tu.” Ujar Aisha geram.

Adam terkekek-kekek ketawa. Seronok sungguh dia dapat mengenakan kakaknya. Mahfuz pula tersenyum melihat telatah dua beradik itu.

“Alah, kak. Bukan selalu.” Ujar Adam.

“Banyaklah ‘bukan selalu’. Dah, pergi main jauh-jauh. Akak ada hal nak cakap dengan abang Mahfuz ni.” Ujar Aisha lagi.

“Tak naklah. Adam penat. Akak nak cakap apa dengan abang Mahfuz? Oh, ni mesti nak romantik-romantik ni. Kan?” ujar kanak-kanak itu sambil mengambil tempat di tengah-tengah antara Aisha dan Mahfuz.

Aisha mengeluh perlahan. Adam bukannya sebarangan kanak-kanak. Walaupun baru berusia 12 tahun, namun fikirannya seakan-akan orang berumur 21 tahun. Nampaknya dia tiada pilihan. Aisha memandang Mahfuz. Pemuda itu mengangguk tanda memahami isyarat yang diberi. Buat kesekian kalinya, Aisha memandang adiknya itu dengan renungan tajam.

“Sha, ajaklah Mahfuz tu minum. Asyik bersembang je dari tadi. Tak haus ke?” neneknya melaung dari anjung rumah.

Aisha tersentak mendengar panggilan neneknya itu.

“Ya, Allah. Sorry, Mahfuz. I lupa you tak minum lagi.” Ucap Aisha bersungguh-sungguh.

Adam ketawa melihat reaksi kakaknya. Mendengar ketawa anak kecil itu, Mahfuz turut ketawa.

“Hm, tulah. I tunggu je dari tadi. Nasib baik nenek panggil, kalau tak, tak tahulah sampai bila I nak temankan you kat sini.” Mahfuz selamba.

“Jom abang. Nenek ada buat bingka ubi. Rugi kalau abang tak rasa.” Adam pula menyampuk. Tangan Mahfuz ditariknya.

Aisha bertambah malu mendengar usikan Mahfuz tadi. Melihat langkah Mahfuz dan Adam yang sudah hampir sampai di tangga rumah, barulah dia bangun.

**********

Suasana redup di taman rekreasi itu sememangnya menjadi lokasi pilihan Aisha dan Nurul pada waktu-waktu petang begini. Mereka berdua selalunya akan berjogging bersama ataupun sekadar berjalan-jalan dan menikmati kehijauan di taman tersebut sambil bersantai-santai mendengar mp3 dan sebagainya. Sekali sekala, mereka juga membawa kerja-kerja mereka untuk disiapkan situ. Sekadar untuk menikmati suasana yang berbeza.

“Okey, Aisha. Non stop for two hour, kepala aku dah tepu ni. Boleh kita break kejap?” ujar Nurul tiba-tiba. Buku yang dibacanya tadi, ditutup dan di tolak ke tepi.

Aisha tersenyum melihat reaksi kawannya itu.

“Tak ada siapa nak paksa kau baca buku tu, Nurul.” Balas Aisha.

Nurul menatap wajah gadis di hadapannya itu.

“What?” soal Aisha terpinga-pinga.

“Kau dengan Dafi ada apa-apa ke?” Nurul menyoalnya straight forward.

“Apahal kau tiba-tiba tanya soalan macam ni? Kalau ye pun nak cairkan otak kau tu, takkan tak ada soalan lain kot.” Balas Aisha.

“Erm tak adalah. Semenjak dua menjak ni aku tengok dia tu rajin sungguh duduk kat tempat aku. Sampaikan kadang-kadang aku pula yang terpaksa duduk kat tempat dia.” Luah Nurul seakan-akan tidak berpuas hati.

Aisha ketawa perlahan.

“Kau jealous ke?” soal Aisha.

“Jealous? Hello, I already have Hanafi, okey. But I’m not sure about both of you. Looks like he is really on you. What do you think?” Nurul memberikan pendapatnya.

Aisha terdiam sebentar. Tidak dinafikan, kata-kata Nurul itu sedikit sebanyak ada benarnya. Sejak akhir-akhir ini, ketara sungguh sikap lelaki itu terhadapnya. Jika dulu Dafi sekadar mengusi-ngusiknya dari jauh, tetapi sekarang pemuda itu semakin berani mendekatinya dan kadang-kala begitu mudah melafazkan kata-kata cinta terhadapnya.

“Aku tak tahulah, Nurul. Selama dua tahun aku kenal dia ni, aku ingatkan dia tu pendiam macam Mahfuz. Yelah, diorangkan kawan baik. Tapi sejak kebelakangan ni, aku tengok dia tu macam terlebih-lebih pula dengan aku. Kadang-kadang sampai aku rasa rimas.” Luah Aisha pula.

“Aku boleh nampak kesungguhan dia tu. Bukan sehari dua aku kenal dia. Malah lebih lama dari kau. Ahmad Dafi tu bukan calang-calang orang tau. If he propose you, don’t think about it, terima je.” Ujar Nurul bersungguh-sungguh.

Mata Aisha yang sememangnya bulat itu bertambah bulat mendengar kata-kata Nurul.

“Nurul..!” ujar Aisha geram.

“Kau suka dia tak?” soal Nurul tanpa mempedulikan amaran Aisha tadi.

Sekali lagi Aisha membuat mimik mukanya.

“Soalan apa ni?”

“Jawab sajalah. Dengan aku pun takkan nak berahsia kot.” Pintas Nurul.

Aisha terdiam sejenak. ‘Sukakah dia pada Dafi?’

Aisha tidak menafikan bahawa usaha lelaki itu untuk memikatnya sejak setahun yang lalu, sedikit sebanyak tersentuh juga di hatinya. Dia dapat merasakan pintu hati yang dikunci sekian lama, sudah sedikit terbuka untuk lelaki bernama Ahmad Dafi itu. Namun, saat perasaan sayang itu muncul, ada satu perasaan lain yang turut sama menjengah ke dasar hatinya. Dia sendiri tidak pasti apakah perasaan itu.

“Aku takutlah, Nurul.” Ujar Aisha perlahan.

“Takut? Apasal dengan kau ni? Aku tanya lain, kau jawab lain. Kau takut untuk jatuh cinta dengan dia ke?” soal Nurul bertubi-tubi.

Aisha menarik nafasnya dalam-dalam. Kemudian dia mengangguk lemah.

“Dahlah Nurul. Don’t talk about this anymore. Otak kau dah cair kan? Sambung balik kerja kau tadi. Hari pun dah nak lewat petang ni.” Sengaja Aisha menukar topik cerita mereka. Kalau dilayan soalan Nurul yang melimpah ruah tu, alamatnya sampai ke besok pun takkan habis.

“Okey, mem. But next time…”

“Nurul, just enough.” Aisha member amaran keras kepadanya.

Gadis itu akhirnya akur, lantas kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

**********

Mahfuz mundar-mandir di dalam biliknya. Sejak bertemu Aisha di kampungnya kelmarin, berbagai-bagai persoalan bermain difikirannya. Persoalan yang tergantung tempoh hari, hilang begitu saja. Meskipun mereka selalu berjumpa di kolej, namun tidak sekalipun Aisha membuka mulut tentang persoalannya yang tergantung kelmarin. Pertemuan di kampung tempoh hari, seakan-akan tidak pernah berlaku antara mereka.

‘Aisha sudah mula sukakan Dafi ke?’ bisik hatinya.

Mahfuz sememangnya agak rapat dengan Dafi. Walaupun tempoh perkenalan mereka tidaklah selama tempoh perkenalannya dengan Aisha, tetapi disebabkan mereka berdua berada di dalam satu pasukan, iaitu sama-sama menerajui kelab seni dan persembahan di kolej itu, lantas persahabatan mereka menjadi semakin rapat. Apabila Dafi tahu dia dan Aisha merupakan rakan baik sejak kecil, semakin rapatlah Dafi dengannya. Dan pemuda itu terus terang mengakui bahawa dia menyukai Aisha.

Mahfuz yakin bahawa Aisha tidak menyimpan apa-apa perasaan pada Dafi. Namun semenjak pulang dari kampungnya kelmarin, Mahfuz diserang resah dan gelisah. Entah kenapa, dia merasakan cintanya kepada Aisha semakin hari semakin mendalam.

Deringan telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Sekilas melihat nama si pemanggil, pemuda itu menjawab panggilan tersebut.

“Hello, kawan. Amacam orang rumah? Kena queen control ke?” suara Dafi kedengaran di hujung talian. Serentak itu dia ketawa dengan gurauannya sendiri.

Mahfuz menepuk dahinya. ‘Macam mana aku boleh lupa ni.’ Marahnya pada diri sendiri.

“Sorry la beb. Aku lupa pulak meeting kita petang ni. Kau dekat mana sekarang?” soal Mahfuz pula.

“Aku dekat plaza la ni. Dengan orang rumah aku. Siap bawa member dia lagi tu. Haha.” Ujar Dafi sambil menjeling ke arah Aisha dan Nurul yang duduk tidak jauh darinya. Kusyuk sangat bergosip. Entah topik apalah tu agaknya.

“Wah, bagus betul orang rumah kau. Tapi aku tak kenal pun. Siapa nama?” Mahfuz berpura-pura bertanya. Dia yakin, Aisha lah ‘orang rumah’ yang dimaksudkan oleh Dafi itu.

“Kau ni Mahfuz, bini aku sikit punya famous pun kau boleh tak kenal? Acha Septriasalah, siapa lagi.” Ujar Dafi bangga. Matanya masih tidak lepas dari menatap wajah Aisha yang leka berbual dengan Nurul di restoran makanan segera itu.

“Sudahlah kau ni. Ha, tunggu situ sampai aku datang. Around fifteen minutes, I’ll be there.” Ujar Mahfuz sebelum menamatkan talian.

Dadanya terasa sesak tiba-tiba.

‘Kenapa dengan aku ni? Mahfuz, don’t be like this. Dafi tu kawan kau.’ Bisiknya berkali-kali. Mahfuz tekad, dia harus matang dalam hal begini. Tidak wajar jika dia membiarkan emosinya menguasai diri. Pemuda itu mencapai dompet dan kunci keretanya lalu keluar.

**********

Perjumpaan mereka di Plaza Angsana petang itu adalah untuk membincangkan persiapan akhir malam kebudayaan di kolej mereka tidak lama lagi. Masing-masing kelihatan teruja menantikan malam tersebut, terutamanya Dafi.

“Takkan ini saja senarai artis yang akan datang?” soal Nurul tidak puas hati. Kertas ditangannya itu ditelek berkali-kali.

Dafi merampas kertas ditangan Nurul itu tiba-tiba.

“Kau diamlah. Bukan kau yang buat kerja ni. Ingat senang ke nak panggil artis-artis ni semua? Ni pun dah kira bernasib baik tau.” Ujar Dafi tegas.

“Eh, rilekslah. Yang kau tengking aku tak pasal-pasal ni kenapa?” balas Nurul.

“Okey, stop it. Overall, I rasa projek kita ni dah 80% complete. Memandangkan hari pun dah nak malam, so sampai sini sahajalah discussion kita. Ada apa-apa nak tambah?” Mahfuz memandang kawan-kawannya satu persatu.

Dafi, Aisha dan Nurul mengeleng hampir serentak.

“Ok, good. Kalau ada apa-apa, just let me know okey. I’ve got to go. See you.” Ujar Mahfuz seraya berlalu pergi dari situ.

Dafi memerhatikan langkah temannya itu sehingga hilang dari pandangan. Pemuda itu kelihatan sedikit aneh dimatanya. Entah, dia sendiri tidak tahu apa yang aneh. Namun, apa yang ketara dipandangan Dafi, Mahfuz kelihatan tidak begitu selesa dengan pertemuan mereka pada petang itu. Nurul dan Aisha pula tiba-tiba bangun.

“Eh, you all pun nak balik dah?”

“Habis tu, takkan nak tidur kat sini pulak?” balas Nurul.

Aisha di sebelahnya sekadar tersenyum.

“Dafi.” Panggil Aisha tiba-tiba.

“Ya.”

“Nah. Lirik yang you minta tu.” Ujar Aisha sambil menghulurkan sehelai kertas kepada Dafi.

Dafi meneliti seketika kertas yang dihulurkan kepadanya itu.

“You can adjust it, change it, replace it or throw it. It’s up to you because I dah cakap awal-awal yang I tak pandai buat lirik ni.” Ujar Aisha lagi.

Dafi tersenyum gembira. “Thanks.”

“Alah, kau reti ke tak reti ke, Dafi akan cakap ok je.” Nurul menyampuk.

Dafi ketawa. Kata-kata Nurul itu ada benarnya juga.

“Whatever. Okey, Dafi, kitorang balik dulu.” Aisha meminta diri.

“Eh, bukan you kata nak balik dengan I ke tadi.” Dafi sempat lagi mengusik.

“Dafi, stop it.” Aisha malu apabila diusik begitu di hadapan Nurul.

Mujurlah gadis itu buat-buat tak tahu lantas pergi dari situ. Tanpa berlengah, Aisha pantas mendapatkannya.

**********

Malam Kebudayaan Lagenda

Hampir seluruh ruang di dalam dewan itu dipenuhi dengan para pelajar, pensyarah dan tetamu yang diundang ke majlis tersebut. Dekorasi dewan yang bertemakan warna biru itu sungguh mendamaikan suasana dan sejuk mata memandang. Aisha hanya tersenyum apabila hasil kerjanya mendapat pujian daripada ramai hadirin yang hadir pada malam itu. Nurul juga tidak kurang hebatnya. Tumpuan para tetamu terhadap hiasan pentas pada malam itu sudah cukup membuktikan bahawa gadis itu berjaya menjalankan tugasnya dengan baik.

“Assalamualaikum.” Suara itu mengejutkan Aisha yang sedang berbual bersama beberapa orang kawannya.

Aisha menjawab salam itu perlahan.

“Nurul mana?” soal Dafi.

“I’m not sure. Perhaps… Oh, dia kat sana. Dengan Hanafi. Kenapa?” soal Aisha pula.

“Tak ada apa-apa. Boleh I cakap dengan you sekejap?” ujar Dafi separuh berbisik.

“About what?” Aisha juga hampir-hampir berbisik.

“Something important. It’s very important.” Ujar Dafi bersungguh-sungguh.

Aisha diam sejenak sebelum mengangguk dan meminta diri daripada kawan-kawannya untuk beredar dari situ. Dafi membawanya ke luar dewan. Mereka mengambil tempat di salah sebuah meja yang memang disediakan bagi tetamu yang ingin menikmati suasana malam di luar.

“You nampak cantik malam ni.” Dafi memulakan perbualannya. Matanya tidak lepas dari menatap wajah ayu itu.

Dengan jubah potongan moden yang dipakai mengikut warna tema majlis itu, dan tudung yang dililit ala  penyanyi wahida, gadis bernama Aisha Zahra itu umpama puteri kayangan di mata Dafi.

“Dafi, I’ve told you already. Don’t start it, okey.” Balas Aisha.

“No, I tak tipu. Malam ni, buat pertama kalinya I want you take my word as a serious. I’m waiting for two years to say this.” Ujar Dafi tanpa segarit senyuman pun diwajahnya.

Aisha sedikit cuak. Dafi di hadapannya ini, bukanlah Dafi yang selalu ditemuinya di luar. Perwatakannya jauh berbeza. Memang sangat berbeza.

“Dafi, are you ok?” soal Aisha teragak-agak. Hatinya mula rasa tidak sedap.

“Aisha Zahra, I’m waiting for you almost two years. I tak tahu sama ada you tak faham ataupun you buat-buat tak faham dengan isyarat I selama ni, but tonight, I want to make you clear enough to say that I love you, Aisha. I really love you.” Ujar Dafi dengan tenang dan lancar. Tutur katanya begitu yakin dan tanpa keraguan sedikit pun.

Kata-kata itu umpama pisau yang tiba-tiba menusuk ke pangkal hati Aisha. Entah kenapa, saat dia mahu menerima cinta dari lelaki itu, tiba-tiba dia merasa takut untuk kehilangannya pula. Dadanya mulai sebak. Air matanya pula menitis tanpa disedarinya.

Dafi agak cemas dengan reaksi secara tiba-tiba dari gadis itu.

“Aisha, why are you crying?” soal Dafi.

Aisha sekadar menggeleng. Sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan yang dihulurkan oleh Dafi, gadis itu mengeluarkan cd ayat-ayat cinta yang pernah di pinjamkan oleh Dafi kepadanya suatu ketika dahulu daripada beg tangannya.

“Kan I bagi cd ni dekat you. You no need to return it. It’s yours.” Ujar Dafi lembut.

“It’s ok, Dafi. I dah tengok cd ni, so that’s why…”

“Kalau you pulangkan juga, I anggap you tolak lamaran I.” Dafi pantas memotong kata-kata gadis itu.

Saat itu juga Aisha terkaku. Matanya dipejamkan untuk seketika. ‘If he propose you, don’t think about it, terima je.’ Kata-kata Nurul suatu masa dahulu terngiang-ngiang di telinganya.

“Dafi, I…”

Aisha kehilangan kata-kata apabila sebaik sahaja membuka matanya, dia melihat Dafi sedang tercungap-cungap menarik nafas. Dada pemuda itu pula berombak dengan kencang dan wajahnya yang putih bersih itu kelihatan sangat pucat. Terkocoh-kocoh Aisha bangun mendapatkannya.

“Dafi what’s happen? Kenapa you tiba-tiba jadi macam ni?” suara Aisha yang agak kuat itu menarik perhatian beberapa orang tetamu yang berada berhampiran mereka.

Keadaan Dafi yang semakin kritikal itu membuatkan ramai orang mula mengerumuni mereka. Beberapa orang yang mungkin berpengalaman menghadapi situasi cemas sebegitu, bertungkus lumus membantu. Aisha mula menangis teresak-esak. Dia seakan-akan bermimpi saat itu. Cemas, takut, sedih, semua perasaan itu bercampur baur dalam dirinya. Adakah ini sebabnya mengapa sikap Dafi kelihatan aneh sejak kebelakangan ini?

‘Ya, Alllah, disaat aku mula menyayangi lelaki itu, janganlah kau ambilnya dariku begitu cepat. Selamatkanlah dirinya, Ya Allah. Aku tidak sanggup kehilangannya.’ Doa gadis itu tidak putus-putus.

**********

Dafi membuka matanya perlahan-lahan. Keadaan di dalam bilik itu kelihatan tenang sahaja. Melihatkan keadaan dirinya yang terbaring dengan beberapa wayar berselirat ditangan itu, barulah dia teringat akan apa yang telah berlaku. Matanya meliar mencari Aisha. Tetapi hampa. Aisha tiada di situ. Hanya wajah ibu bapanya sahaja yang berada di depan matanya.

“Kawan-kawan Dafi baru saja balik. Sepanjang malam mereka temankan Dafi di sini.” Ujar Puan Azilah, seakan-akan mengerti pandangan anaknya itu.

“Mama.” Panggil Dafi perlahan.

“Ya, sayang.” Puan Azilah merapatkan dirinya.

“Doktor cakap apa tentang penyakit Dafi?” soal pemuda itu lagi.

Puan Azilah terdiam mendengar pertanyaan anaknya itu. Wanita itu kelihatan serba salah. Wajah suaminya ditatap, mengharapkan penjelasan.

“Papa, Dafi nak jumpa Aisha. Dafi nak dia temankan Dafi di sini sampai Dafi pergi.” ujar anak muda itu kepada papanya pula.

Puan Azilah terus sahaja menangis sebaik mendengar kata-kata anaknya itu. Encik Ahmad merapati katil Dafi. Tangan anak tunggalnya itu digenggam erat.

“Dafi, Dafi kena banyak-banyak bersabar ok. Ni semua ujian Allah.” Ujar Encik Ahmad cuba berlagak tenang.

Dafi memejamkan matanya rapat-rapat. Kanser hati yang dihidapinya sekian lama, sudah sampai ketahap kritikal. Dia dapat merasakan saatnya semakin hampir untuk pergi meninggalkan dunia ini. Tetapi disaat-saat akhir itu, dia mahukan Aisha ada disisinya. Dia mahu gadis itu mengungkapkan satu ayat yang terlalu ingin didengarinya sejak dua tahun yang lalu. Hanya itu harapannya.

**********

Aisha, Nurul dan Mahfuz tiba di perkarangan Hospital Universiti Kuala Lumpur itu kira-kira jam tiga petang. Aisha mendongak memandang langit yang kelihatan mendung. Semendung hatinya yang tak henti-henti menangis mengingatkan Dafi. Dia harus kelihatan tenang di hadapan Dafi. Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum perlahan-lahan menapak mengikut langkah Mahfuz dan Nurul yang berjalan di hadapannya.

“Aisha, are you ok?” soal Mahfuz sebaik mereka tiba di hadapan wad Dafi.

Gadis itu memandang wajahnya seraya mengangguk perlahan. Mahfuz memandang Nurul pula. Gadis itu tersenyum hambar kepadanya. Sejak kejadian malam tadi, kegembiraan mereka bertiga bagaikan direnggut tiba-tiba. Dan apa yang paling membimbangkan Mahfuz ialah melihat keadaan Aisha yang langsung tidak bercakap sejak di awal perjalanan mereka tadi. Gadis itu seakan berada di dalam dunianya sendiri.

Mahfuz membukakan pintu. Aisha melangkah masuk dan diikuti pula oleh Nurul. Selepas bersalaman dengan ibu bapa Dafi, ketiga-tiga mereka mengambil tempat di sisi pemuda itu.

Aisha menitiskan air mata buat kesekian kalinya. Gadis itu menghampiri Dafi lantas memberi salam kepadanya.

“Dafi apa khabar?” soal Aisha perlahan.

Dafi tersenyum mendengar pertanyaan gadis itu.

“Bertambah baik sejak nampak Acha Septriasa masuk tadi.” Walaupun sakit, sempat lagi Dafi mengusik gadis itu.

Aisha tersenyum hambar. Bagaimana dia boleh mengatakan bahawa dia tidak menyintai lelaki itu sedangkan setiap gurau senda lelaki itulah yang membuatkan dia bahagia dan sedar bahawa dia jatuh cinta kepada Dafi.

“Kenapa you rahsiakan penyakit you daripada I? Kenapa you tak pernah ceritakan pada sesiapa? Walaupun kawan baik you sendiri? Ha?” soal Aisha bertubi-tubi.

Dia masih tidak dapat menerima hakikat, pemuda yang selama ini gemar menganggu dan mengusiknya itu, rupa-rupanya menderita penyakit kanser yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Walaupun Mahfuz, kawan baiknya sendiri. Dan mengapa, saat kasih sayangnya untuk lelaki itu hadir, lelaki itu pula harus pergi jauh darinya. Mengapa?

“Saja nak buat surprise.” Selamba Dafi menjawab.

Spontan Aisha menampar lengan pemuda itu. Dafi mengaduh kecil lantas ketawa riang kerana dapat mengusik Aisha.

“Dafi, please. Ni bukan masanya untuk main-main. You sedar tak yang you buat I takut? Dan you buat I sedih bila you cakap macam tu.” marah Aisha. Geram sungguh dia dengan Dafi yang tidak pernah serius ketika bersamanya.

Dafi ketawa lagi.

“Aisha, you tak jawab lagi soalan I semalam kan?” soal Dafi tiba-tiba.

Aisha mengangkat keningnya.

“Soalan apa?”

“Do you love me?” soal Dafi perlahan. Nada suaranya itu kedengaran amat mengharap.

Aisha terdiam. Lama sekali dia begitu. Peristiwa Dafi melamarnya semalam tiba-tiba kembali menjengah diingatannya.

“Kalau I jawab ya, adakah you akan tinggalkan I?” soal gadis itu sayu.

Dafi meleretkan senyuman. Ingin saja dia menyeka air mata yang mengalir keluar saat Aisha bertanyakan soalan itu kepadanya tadi.

“Maybe.” Jawab Dafi ringkas.

Air mata Aisha merembes lebih laju lagi mendengar jawapan Dafi.

“If that so, I tak mahu cintakan you. Because I don’t want to lost you.” Gadis itu mengesat air matanya berkali-kali.

“Aisha, jangan macam tu, sayang. It just a moment.” Balas Dafi.

Aisha diam membisu. Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi. Sebak lebih menguasai dirinya saat itu.

“Boleh tak I nak minta tolong sesuatu daripada you?” pinta Dafi tiba-tiba.

Aisha menatap wajah tampan itu sedalam-dalamnya. ‘Katakanlah apa saja, Dafi. I will.’ Bisik hatinya.

“Nak minta tolong you cakap ‘I love you’ dekat I boleh?” Dafi mengulangi permintaan yang pernah diajukan kepada Aisha suatu ketika dahulu.

Aisha mengeleng perlahan. Dia semakin takut untuk kehilangan Dafi. Air matanya mengalir dan mengalir lagi.

“I don’t love you.” Ujar Aisha antara dengar dan tidak.

“No, you love me. As much as I love you.” Ujar Dafi dengan nafas yang tersekat-sekat.

Aisha menangis teresak-esak. Dia terasa mahu memeluk Dafi saat itu juga. Namun sebaliknya gadis itu berpaling dan memeluk Nurul yang turut menitiskan air mata mendengar bicara mereka berdua.

“Nurul, I love him. I really love him. But please don’t tell him about this. Aku tak mahu kehilangan dia.” Ujar Aisha dalam tangisannya.

Nurul mengangguk perlahan. Dafi pula tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. Hatinya kini berasa lapang. Amat lapang. Kemudian dia mengisyaratkan Mahfuz agar mendekatinya pula.

“Beb, take good care of her.” Bisik Dafi perlahan.

Mahfuz terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Wajahnya yang tenang itu sedikit berubah.

“Aku dah tahu lama dah. You can’t hide anything from me.” Ujar Dafi lagi.

Wajah Mahfuz semakin berubah mendengar kata-kata Dafi. ‘Bagaimana dia boleh tahu?’

“Kau tak perlu tahu bagaimama aku tahu.” Dafi seakan-akan dapat membaca fikirannya.

“Cukuplah kau jaga dia dengan baik sehingga akhir hayatnya. Di hayat akan datang, she’s mine and I will take care of her forever.” Ujar Dafi lagi. Tenang dan lancar.

Mahfuz terdiam. Dia tidak tahu apa yang harus diucapkan. Kata-kata Dafi itu umpama kilat yang tiba-tiba memancar ke arahnya. Dan kata-kata itu juga umpama wasiat buat dirinya. ‘Dafi nak aku jaga Aisha? Mahukah dia?’ Pemuda itu menoleh sebentar memandang Aisha yang kelihatan sedikit tenang disamping Nurul.

“Beb, apa kau cakap ni? Kenapa aku pula yang kena jaga orang rumah kau? Kau tak reti jaga dia ke?” ujar Mahfuz sekadar untuk menyedapkan hatinya.

Dafi ketawa dengan kata-kata temannya itu.

“Eh, mestilah aku tahu. Tapi aku tak mampu…” Dafi berhenti untuk mengambil nafas.

“Dafi, kau ok, kan?” Mahfuz sedikit kaget dengan reaksi sahabatnya itu.

Dafi mengangguk-angguk sambil tersenyum hambar.

“Aku tak mampu nak melawan takdir Tuhan. Aku…” Dafi melelapkan matanya sebentar.

Mahfuz panik melihat Dafi tiba-tiba memejamkan matanya. Lekas-lekas dia memegang tangan lelaki itu.

“Hei, belum masanya.” Ujar Dafi sambil membuka matanya semula. Pemuda itu tersenyum.

Mahfuz menghela nafasnya dalam-dalam. Dia juga cuba untuk tersenyum.

“Nurul…” Dafi memandang gadis kecil molek di sisi Mahfuz itu pula.

Nurul segera menghampiri katil Dafi.

“Thanks for being my friend.” Ujar Dafi perlahan.

Nurul tersenyum sambil mengangguk lemah.

“Dafi, cukuplah tu. Dah banyak sangat kau cakap ni. Lain kali kita borak-borak lagi, ok.” Nurul seakan memujuknya pula.

Dafi mengangguk bak anak kecil. Sememangnya, dia amat penat kerana sedaya upaya cuba mengimbangkan nafasnya tadi.

Buat seketika, suasana sepi menyelubungi mereka semua. Aisha mengelamun mengenangkan detik-detik perkenalannya dengan Dafi dua tahun yang lalu. Nurul pula mengelamun mengingatkan persahabatan yang sedia terjalin dengan Dafi yang menjangkau usia lebih lima tahun. Manakala Mahfuz, cuba untuk tidak memikirkan tentang suka-dukanya sepanjang mengenali lelaki bernama Ahmad Dafi itu, Namun usahanya sia-sia. Ingatan itu datang tanpa dipinta. Dan semua bayang-bayang itu seakan diulang tayang dalam ingatan ketiga-tiga mereka.
Mahfuz merapatkan telinganya ke bibir Dafi apabila melihat pemuda itu seakan-akan cuba berkata sesuatu.

‘Kalimah syahadah…!’ bisik hati Mahfuz.

“Dafi…” panggil Mahfuz apabila melihat pemuda itu tersenyum sambil memejamkan matanya perlahan-lahan.

Rintik-rintik peluh kelihatan di dahi sahabatnya itu. Buat kesekian kalinya, Mahfuz memanggil nama Dafi. Dua kali, tiga kali, tiada sahutan. Mahfuz beristighfar dalam hatinya. Panggilan Nurul secara tiba-tiba, membuatkan pemuda itu lekas-lekas menoleh. Aisha rebah dipangkuan gadis itu dan langsung tidak sedarkan diri. Subhanallah…

**********

Aisha,


Maafkan Dafi kerana terlanjur mencintaimu. Bukan semalam, dan bukan kelmarin, tetapi sejak 730 hari yang lalu. Saat Dafi bersama Mahfuz dan teman-teman yang lain sedang bermain peralatan muzik di dewan dua tahun yang lalu, Dafi jatuh cinta pada Aisha. Saat Dafi leka memerhatikan Aisha mencuba-cuba peralatan muzik di situ, Dafi jatuh cinta pada Aisha. Saat Dafi berselisih dengan Aisha di tangga bangunan kolej saban hari, Dafi jatuh cinta pada Aisha. Saat Dafi duduk di dalam bas dan mencuri pandang Aisha dari belakang, Dafi jatuh cinta pada Aisha. Saat Dafi bercakap dengan Aisha buat kali pertama, Dafi jatuh cinta pada Aisha. Saat mendengar gelak ketawa Aisha, Dafi jatuh cinta pada Aisha. Saat Aisha marah-marah pada Dafi, Dafi semakin cintakan Aisha. Hanya Aisha.


Aisha, maafkan Dafi sekiranya tingkah laku Dafi selama ini mengundang kebencian dalam diri Aisha. Maafkan Dafi andai kata-kata Dafi selama ini, tidak enak ditelinga Aisha. Maafkan Dafi andai pernah Dafi menitiskan air mata Aisha. Maafkan Dafi andai sering mendatangkan kesusahan pada diri Aisha. Maafkan Dafi andai gurauan dan usikan Dafi pernah membuatkan Aisha terasa hati. Maafkan Dafi, sayang. Dafi lakukan itu semua adalah semata-mata inginkan sedikit perhatian dari Aisha. Agar Aisha tahu bahawa sekeping hati yang sedang diuji ini, hanya mengharapkan sedikit perhatian dan kasih sayang darimu.


Aisha, sayang. Berjanjilah dengan Dafi, Aisha akan mencontohi Aisha seperti cerita Ayat-Ayat Cinta yang pernah Dafi berikan dulu. Hanya insan seperti Mahfuz sahaja yang Dafi rasakan layak untuk menjadi ‘Fahri’ buat Aisha. Terimalah dia sebagai ‘adam’ mu. Jika Aisha ragu-ragu, pohonlah petunjuk Ilahi. Mudah-mudahan Dia memberikan yang terbaik buat Aisha. Andai Dafi pergi dahulu, maafkan Dafi kerana tidak sempat mencurahkan sepenuh kasih sayang dan cinta Dafi kepada Aisha di dunia ini. Tetapi, Dafi berjanji, di akhirat nanti, hanya Aisha yang Dafi cari. Yang pertama dan yang terakhir. Bersama surat ini, Dafi berikan sebuah cd yang terkandung di dalamnya lagu-lagu yang Dafi rekod sendiri untuk Aisha. Termasuk juga lagu daripada lirik yang pernah Aisha berikan dahulu. Hanya itu sahaja yang dapat Dafi berikan sebagai kenangan terakhir Dafi. Harap Aisha gembira menerimanya… Sekian dahulu.


Salam perpisahan…


Ahmad Dafi bin Ahmad

**********

Buat kesekian kalinya gadis itu menitiskan air matanya. Entah untuk kali yang ke berapa, dia sendiri tidak tahu. Tetapi yang pastinya, setiap kali menatap surat itu, hatinya akan dirundung sayu dan dilanda kerinduan yang teramat sangat. Meskipun sudah hampir setahun Dafi meninggalkan mereka, namun kenangan bersama lelaki itu masih segar diingatannya.

“Aisha.” suara Nurul kedengaran dari luar biliknya.

Pantas Aisha menyeka air matanya dan menyimpan surat itu semula. Tombol pintunya dipulas. Gadis itu melemparkan senyuman kepada Nurul.

“Dah siap dah?” soal Nurul.

Aisha sekadar mengangguk.

“Mana yang lain?” soal Aisha pula.

“Semua dah ada kat bawah. Tunggu bunga sekuntum ni, ha.” Usik Nurul.

Aisha ketawa perlahan. Tanpa membalas usikan sahabatnya itu, Aisha melangkah turun menuju ke ruang tamu.

“Acha…” panggilan tersebut membuatkan Aisha tersentak.

“Dafi…?” spontan dia menoleh.

“Got you. Aku dah agak dah. Mesti pasal Dafi punya.” Ujar Nurul dengan yakin.

“Nurul…” ujar Aisha geram.

“What? Aisha, dah hampir setahun Dafi tinggalkan kita. Please jangan ikat diri kau dengan kenangan-kenangan silam tu. Lagipun, kau bakal menjadi isteri orang. Tu, kat bawah tu, bakal suami kau dah tunggu, dah, jangan buat muka macam ni. Kesian kat dia.” Nurul menasihatinya sambil terselit sedikit gurauan.

“Hish, kau ni. Orang tu baru datang nak merisik, pandai-pandai je cakap aku nak jadi isteri orang.” Balas Aisha.

“Eh, betul apa. Habis tu, takkan nak cakap kau bakal jadi janda orang pula.” Ujar Nurul lagi.

“Ya, Allah budak ni. Dahlah Nurul, tak kuasa aku nak melayan kau.” Tanpa menghiraukan Nurul yang masih tidak berpuas hati dengannya, gadis itu terus turun ke ruang tamu.

Sebaik sahaja ternampak kelibat Mahfuz, langkahnya terhenti seketika. Senyuman diukir buat lelaki itu. ‘Mahfuz, Aisha akan cuba mencintaimu.’ Bisik hati Aisha…




CRETAED, LAST SEMESTER IN UITM KEDAH...

2 comments: